Sunday, October 24, 2010

Kek Gula Hangus

Nampak senang. tapi pelik nape che mah buat dah tak menjadi??

bila refer resepi dlm tenet, rata2 akan peram bancuhan 3-4 jam sebelum bakar.

mmg gitu ke? kalau tak peram apa jadi ek?

disebabkan follow resepi di internet, kena la ikut.

sib bek jadi. tapi masaelahnya... manisnyaaaaaaaaaaaaaaaa!

nak kurangkan gula or susu pekat tak berani. kang langgar perintah cikgu tak jadik kek ku.

kalau susu pekat tukar jadi susu cair boleh ke??

anyone??

meh tgk sikit kek gula hangus ku... sedap. tapi manisssssssss....



elok lah! pagi tadi bekpes, kek manis, meehun goreng taucu masin. adeh!

sgt sesuai togak air putih seliter yer lelepas tuh!
.
.
.
.

rindu pulak nak makan murtabak raja ni.. isi dia mmg tip top. tebal pun tebal. tak rugi lah kalau bayar RM6 sekeping dgn daging terasa bagai.

beli kat TTDI masa PARAM lalu... lupa nak amik alamat kedai dia bena kat mane.. haish!

Friday, October 22, 2010

Demam Punya Pasal

rumah pun rasa tak best!

mane taknya, segala tak terbuat. nak menyapu, susuke hati mane dan.

nak mop, pun susuke hati mane rasa melekit/ bersemut.

nak membasuh, nie takleh wat pelah, mmg wajib. lagipun mesin kan... hehe...

nak masak, haaaa ni paling la besar M nya...

udahnya... 2 hari mkn nasik, lebihnya makan mee la ek dinner. senang sikit nak masak.

sungguh tak suka selesema. yg felik tu.... mcm dah lama tak merasa batuk. pe kata pasni batuk plak. hahaha!

mcm la penyakit tu leh di minta2 kan?? dpt lagi teruk ha... padan ke muka... uish... nauzubillah!

Cup Cake


sempena merdeka itu hari, ni lah yg abah dia dapat dari pihak opisnya. erm...motif?? agaknya duit bonus di potong ke sini la gamaknya ek??? huhuhu... tidak berbaloi....
disebabkan dapat bulan posa, anak2 la happy makan. makan apanya? makan krim manis atas tu je. yg kurma ala2 candy tu dia tak heran pun.
dek krim yg dah licin, vanilla cake tu pun ala2 tak lalu je saya nak makan. dengki bena anak2 ku itew.... huhuhu....

ha........ ni lagi satu. dia dah ngantuk. tapi degil nak makan jugak. dah tak ingat dia tgh makan apa tu. tapi saya dah ckp, gi tido, takyah mkn dah. owh... ini budak mane leh kata tidak. mau dia menjerit satu taman dengar. bagi jugak lah. tapi... dalam beri tu duk pasang gak tinge, nape senyap sunyi dak sorang ni. ooohaiii... tido duduk pesen baru ek aris!!! ni duduk ke baring ke tak dapat nak kelas kan dah. mcm2 hal kamu ni....

Thursday, October 21, 2010

Bekal Makan

Agak2 apa yg sesuai untuk dibekal kan kepada anak ke sekolah kanak2 ni ya??

rehat pun bukan lama. dah tu mkn pun berjemaah ngan kengkawan. di bekalkan heavy food mau kecah berantak.

yang saya dah buat setakat ni, tuna sandwiches (potong kecik2), biskut tiger ngan coco crunch ( baru perasan kat kotak nya tulis koko krunch).

air?? bekal air kosong, dalam 7 hari ni, baru 2 hari balik kosong. tah dia minum ntah di buang. yang pasti, bekal susu tetap ada. nak gak tunggu dia malu nak bawak botol susu. tapi bilakah?? huhuhu...

cuma terkilan sikit sebab amirul tak dapat nak menjawab soalan bila kita tanya dia. cuma dia akan ckp nak tak nak je lah.

kalau susu or bekal habis, dia akan kuar dari bag untuk tunjuk. bila tanya air kosong, tak nak.

tapi bawak kan je la... mane tau dia terr haus ke.

ikutkan ok ke bekal gitu? knowing him yang payah nak makan, pening pale nak bekal apa tuk dia.

last week cookies famous amous abah dia dpt hamper raya pun saya sumbat sekali. abis pulak. kalau kat rumah... berkurun la duk catuk tak di makan.

apa lai ek nak bekal ke dia?? cam best je nak sumbat mkn ke dia jam ni. hehehe...

Selalu tak?

Bila tak ngadap blog, mcm2 nak citer.

tapi bila dah bukak new post section, satu haram pun tak hingat!

haiyaa!!!

tu la yg buat blog ni takdak post.

erm... mari membaca blog orang lain udahnya...

Tuesday, October 19, 2010

Selesema

bermula dgn amirul hari jumaat tu hari, dia dah baik, umi dia plak selesema start semalam.
teeelan segala ubat. tapi nama nak baring??? idokla berjaya...
amirul kat rumah mmg tak pakai diapers dah. cuma gi school tak bani tak pakai sbb dia payah nak dibantu sesiapa yg tak di kenali. hopefully by next week dah takyah pakai diapers. jimattttt kami.
Aris?? abang ada pun leh melalak sbb disakat, abg takde pun sama jek. takleh kita takde depan dia.
manyak haru ini budak.
jadual saya pun bermula pagi. dedolu susuka hati, skang, kena pk apa si mirul nak mkn pepagi. tapi dia?? susu jugak dia nak. dahnya...umi ngan aris yg bekpes besar pepagi. huhuhu...

Friday, October 15, 2010

Baca Ke?


Bz body kan??

biarlah... janji dia bukak book. wpun newspaper ngan catalog je pun. tgk gambar. bila kita nyelit ty dia gambar ngan letter yg beso2, mula la depa tutup book. hai, cemane nak kenal huruf ni?

takpe... iklan makan dulu.

kuah daging kicap+ kuey teow. kengkonon nak buat cam mother exboss buat. tapi rasa nya kedaung eh! takpe2.. janji bau tu ada la sipi2. rasa?? cam sedap lagi je ni.. ngahahaha!

Thursday, October 14, 2010

Sesungguhnya...

saya kecut perut seminggu ni sehinggakan saya perasan berat saya telah berkurangan dengan pantasnya... (hari ni 51.2kg, semalam 50.5kg) jeleskah? takpayah la nak jeles... mmg kalau saya susah hati makan pun tak nak. tu la kelemahan saya.

tapi kenapa ek??

last week mmg saya berhiya nak hantar mirul ke skolah. tapi bila masuk minggu ni, cuak bebenar saya dibuatnya. dijadualkan amirul ke skolah kekanaknya hari jumaat. tapi teacher dah call sabtu lepas kata leh hantar mirul by wed, 13/10.

seronok dengar bila dia kata 'yes', kala ditanya, "mirul nak gi skool?". tapi hati mak mane la yg tenteram kalau kita tau tahap mane kemampuan anak kita kan...


1 - amirul boleh adapt dengan persekitaran sekolah dan kawan2 yg tua setahun dari dia tu. cam seronok lah dia sebab jumpa kawan. tapi... masa gi jejengah, kita ada la lagi, dia pun sokmo keluar duk cari kelibat kita. yg nie masih boleh dipertimbangkan.

2 - berkali2 saya cerita kat teacher yg amirul still guna diapers dan dia tak fokus pada pertanyaan. dia takkan jawab kalau ditanya. akan ikut beberapa perkataan pun kalau dia nak sebut. teacher noted. tapi... saya masih risau..tgk cemane nnt.

udahnya, bila hari pertama amirul ke sekolah semalam, saya htr dia ke atas, kelas start 9am, saya dah tercongok 8.35am. tercepat la pulak... hehe..takpe... biar amirul amik feel skol dulu. sibuk dia lari sana sini dgn sape2 tah. yg pasti, tua pada dia. cuma bdn je beh kuang. tu yg dia pakai sesah je. nampak cam boleh tinggal je la...

around 9.10am, saya menghilangkan diri bersama aris. sebab??? selagi saya duk kat situ, bebudak lain yg sgt peramah tu takmo masuk kelas. dia nak layan borak ngan saya kat luar. boley??? hahaha! sampai bape kali teacher dia panggil. dan... sebab tak nampak mirul, saya pun... cabut! tapi... masih lagi tak kemane, pusing2 kat area skol jek. dikhuatiri amirul melalak n cikgu takleh kontrol, saya pun tunggu je kat dlm keta sampai kol 11.45am. kagum gak sebab takde sape call. tapi... masih la duk ngadap depan skol dia. aris la keboringan..


jam 11.45am, nak tau sape budak paling awal turun??? amirul lah! terkejut gak. sebab, saya nak jumpa teacher dia nak tanya apa jadi dlm kelas bagai selain nak byr yuran sekolah. alih2, dia pulak yg terawal turun. adeh... dia nie apa2 kalau kata nak keluar or ckp je la mandi, dia la yg no ketama kedepan. tu yg kalau nak ajak mandi takleh ckp jam2 tuh. mau apa kerja kita tergendala. kalau nampak saya bertudung, terus, dia tutup tv. nak keluar la katakan... huhuhuh...
berbalik kepada citer jumpa teacher amirul, dedua teacher adalah sgt surprise dpt jumpa student cam mirul ni sebab???
tanyalah macam2, amirul tak menjawab langsung! apa kawan tanya pun sama. dia tak menjawab langsung. dia huhahuha suka hati dia like a baby.
itulah yg buat saya sgt risauuuuuuu akan amirul.takut cikgu tak sabar dgn dia. sah2 amirul akan sgt slow progress nya, tapi teacher ckp dia akan cuba tgk 2 bulan nie cemane. lagipun bukan amirul tak ckp langsung, cuma kekadang dia menjawab tu ala2 dengar tak dengar kat telinga teacher nya tu.

mmg saya pun kena la sgt sabar, wpun tak sesabar mana. selagi teacher kata ok, saya pun kena la sama2 bantu untuk dia banyak bercakap.

erm... byk benda nak citer... sampai tak tau cemane nak citer dari mana ke mana... yang saya mohon, doakan lah amirul agar dia mudah bercakap...

oh ia... hari ke dua saya hantar dia turun keta terus leh naik ke atas. alhamdulillah... tak buat hal. bila balik, rasanya dia jugak yg 1st turun. saya plak park ke belakang, haru pulak bila nak amik anak. sebab shop lot kan... cam payah nak tunggu2 ni.

but still.... bila kita nya apa amirul buat kat skol hari ni? teacher ajar apa? nothing came out from his mounth... sabar ya umi.... nak tak nak... tipon teacher lah! atleast, dia suka gi skol tu dah satu rahmat buat saya. moga2 adalah perubahan pada amirul nanti... amin....


seriously, agak cemburu bila anak2 kengkawan muda dari amirul dah petah berkata2, dan dah boleh jadi teman berbicara, tapi, apa yg Dia jadikan sebenarnya menguji kekuatan rohani dan jasmani kepada ciptaanNya. mungkin ini antara dugaan kecil kami dariNya.. tabah la wahai hati...

Monday, October 11, 2010

Thursday, October 7, 2010

Bila Duk Rumah Sesaje


Asyikla nak bengkeng kata umi.

asal di tegur buat tak endah. bila kena pap! kita di
tengking semula. siap baling2 brg lagi.

paling haru, dia baling ke adik dia.

tu la pangai mirul yang paling umi dia tak sukaaaaaaa!


nak wat cemane...anak sendiri. bila dah menyampah dengar dia meraung dengan drama baling2 brg (bantal ke, bola ke, menan ke) baru la saya pujuk. tapi bergoni la teguran. teguran ke?? mcm marah la tapi cakap secara lembut (lembutkah?? :p).

amirul nie mmg keras hati sikit. kalau nak tau sila la refer orang2 tua. anak lelaki lahir hari sabtu ni ada peel yg sukar di jangka. memang nak sgt dia lahir bukan hari sabtu. tapi... apekan daya...ada hikmahnya kot...amin...

Dek kenakalan yang agak memeningkan kepala abah dia, (saya pun sama.. :p) bercadang nak hantar dia ke trial class for preschool. dah dpt tempat. insya Allah, start mid oct, ke sekolah la kamu ya amirul....

no more tesco, mydin or jalan2 on weekdays...

Aris??? cam nak letak sekali. tapi kena cek bajet dulu. hehehe...

Tak sangka la depa dah semakin besar. harap2 dah sekolah nnt, berubah la sikit ketegaq hangpa tu ya mirul... :)

Monday, October 4, 2010

Ice Blended




Kegilaan Amirul tapi bukan pada Aris.

kenan ke mak dia kot. masa mengandungkan mirul kata takleh minum nescafe, saya tetap minum.

akibatnya, lom 2 tahun, si mirul dah pandai minum nescafe masa bfast. hehehe...

Aris?? dia pun sama... tapi bila masuk kepada ice Blended, mirul mmg boleh habiskan satu cup tu sorang. kalau aris still leh share ngan dia.

tak elok kan bebudak byk minum kafein?? tapi saya cuba gak kurangkan dgn menyorok2 minum. hahaha! berjayakah?? kadang-kadang ... tapi selalunya Aris mcm tau2 je kita nak nyuruk something pada dia.

haru betul la ko dik!

Friday, October 1, 2010

Teratak Indah Mila

Terbaca kat BiPop last sunday.

cantik umah mila... 2x pandang... lorrrrr.... dekat ngan umah saya rupanya...

setiap kali lalu depan umah dia, mesti abah bersuara..

'org penang kot pindah sini'

'besa betul rak kasut depa'

sekali artis da...

mesti dia terharu kalau saya ckp saya undi dia sgt byk masa final AF dulu kan.. ekekeke!

ramai katanya artis kat area umah saya ni. cuma tak pernah bertembung je.

siapa ek?? erm.. kalau depa reveal, saya pun reveal lah.. hahaha!

artis gitew...

Sehening Pagi

Nasyid - Al' Irs Yad (Doa Taubat)
Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil adziimi

Tuhanku aku tidak layak untuk syurga Mu tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu,dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,ampunkanlah dosaku,sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar



Sesungguhnya... kita lah yang boleh merubah diri kita...