Sunday, February 27, 2011

Ku Menunggu... Ku Merindu...

Balik dari selayang tadi dgr lagu ni dlm keta.
Eh?? ni lagu org sini ke org sana?? sape yg copy sape ni?
tapi masa ella ngan shah nyanyi saya dgr je. tak masuk otak sangat.
tapi bila dgr lagu yg si rossa ni nyanyi, terus masuk dlm otak maksudnya.

tgk video clip lagi la faham. hah! lagu cenggini nampak sweet tapi cam apa jek.

fine, kalau bf ngan gf. tapi yang di tunggu tu kalo laki orang mmg nak kena taji je ler pencipta lagu nih.
hahaha! emo kah?? saje jer... tetiba je kan?? :p

nak tgk?? meh tgk meh. sib la saya suka Rossa. tapi lagu ni ok je. cuma kalo kena batang hidung ada panas ckit. :D

Thursday, February 17, 2011

Pemandu Sengal!

Lepas ambil mirul tadi, singgah mymydin mart kat tmn tasik prima sat. beli diapers aris sambil tgk2 kedai yg baru bukak tuh. parking ok sbb shop lot pun baru. takde masaelah lgsg.

dah nak menuju ke kereta yg saya park depan pintu kedai tu, dtg sebuah kereta mcm cik 'wha' dulu tuh, nak cuba park kat sebelah keta saya. tapi depannya ada segerombolan motor buat parking sendiri. maksudnya, kena la cari parking lain. takyah jauh, sebelah kanan keta saya kosong lagi.

Nak dijadikan citer, si pemandu yg sah2 melayu dgn deretan anak skol di dlmnya, buat buta tuli pekak badak, selamba park suku body keta dlm parking site,selanting n lebihnya sah2 jln utama. kita nak kuar mmg tak nmpk dah jln. dgn tetiba anak dia kuar keta. sib saya baru nak reverse. kalau gerak,sah2 anak dia bantai pintu keta ke keta saya. ujung keta dia pun sipi je kena my mr 'b'. haram betol!

mmg selambak bebel saya. ni bukan pertama kali pun. dah byk kali saya kena gini. mmg ramai pemandu msia ni otak kat lutut. keta besa ingat takleh kena saman kot. sekejap pun parking biarla semenggah!

Dalam pada saya nak kuar tu bini dia, (kot, tak tgk pun mukanya) kuar dari seat sebelah pemandu ala2 nak tgk, keta dia block keta saya atau nak tgk samada saya akan langgar keta dia..haha! - andaian semata2.

tapi masa nak reverse mmg tingkap belakang saya turunkan. jadi, kalau dia perasan, akan nampak la saya mumbling sambil geleng kepala. lembu punya orang! cies!!

moral! parking la keta elok2.. tau la awak bayar ins roadtax. saya pun bayar jugak! kalau kata ko sekejap, sekejap tu pun leh buat kemalangan berlaku. pk la ya dgn otak yg di beri dek Tuhan tu!

Tuesday, February 15, 2011

Maher zain - Ya Nabi Salam Alayka



Salam Maulidur Rasul

~Aku rindu padamu ya kekasih Allah~ Saat Nabi Allah Wafat~

:|

Hanya kerana kemik yg tak tahu disebabkan apa, mood aku dah zero pepagi ni.

sumpah! sepjg keta aku parking dalam, anak men beskal, tak pernah kemik. wpun gedegang kena handle beskal depa.

*sigh*

Monday, February 14, 2011

Malam Pertama


Arrival date : 31 Jan 2011, 7++pm, BBP2.

Siapa nak dung dung ceng pun saya tak tahu.

tapi mmg keta raya lah kiranya ni. hahaha!



malam pertama di rumah. sampai pun lepas magrib. lepas tidokan anak2,

abah duk belek 'bini' baru dia dari luar ke dalam. 'bini' lama cuma dapat bega radio jek.

itupun baru nak feeling2 bawak, dah kena turun. alasan?? tah.. mmg dengki tau. kalau dulu henpon dia baru beli pun saya nak godek seksa. apa lagi keta dia. takpe2, esok2 nak bukak, kena tanya mem gak. hihihi... :D


soklan cepu tembaga, berapa kalikah kami 3 beranak menaiki kereta ini setakat hari ini??? sila jawab... hadiah tarak. tapi.... mmg lawak lah!

Sunday, February 13, 2011

Gendang Gendut

Tali kecapi, kenyang perut, rasa nak menari-nari. hahaha!
Hari ni lunch sizzling yee mee. (apa?? saya pun ala2 tak lalu dah :p).
alasan, smalam abahnya balik pagi n mmg tak dinner pun. Pagi gi keja n
tghri balik hangatkan portion abah + tambah apa2 patut utk anak2 mkn
sekali.
Mlm ni mmg beli dinner dan tghri lom sampai pun saya dah terfikir2 nak
mkn apa. haha!
Sedap eh dapat mkn tomyam campur ngan nasi goreng daging merah. pastu
request ice blended. wah! mewah giler mkn. tapi dimane? sah2 tapau.
Mmg tak akan mkn diluar punya lah.anak2 mkn nasi beriyani bukhara,
abah plak yong tau fu. mcm pasar mlm kan? tapi kat puchong mmg ada
jual hari2 yong tau fu tu. jadi, tak la seksa nak cari kat pasar mlm.
Kami mkn before magrib. kol 9 dedua ketidoran. dah 2 hari aris tak
tido siang. nak ikut mata abg dia gamaknya.

Tapi mmg syiok la hari ni. dpt mkn apa yang saya da lama tak mkn. gile
ah, bape taun tak mkn nasi grg daging merah. tak percaya? sila la
percaya :d

Saturday, February 12, 2011

Tawakal

saya mmg tak kesah siapa neber kiri kanan depan belakang. yg penting,
saya hormat mereka selagi mereka menghormati sesama jiran.
tapi nampaknya tindakan senyum, diam, tegur, beramah mesra di awal
kehadiran kami disini telah disalah erti dan dipijak2 sesetengah
daripada mereka.

owh.. takpelah...dah tak kuasa nak tulis dah. klau tulis pun bukan
saya dpt apa pun. huhu.. sakit je lebey.

dlm 2-3 minggu ni dpt neber baru depan rumah. african. mungkin
student. takmo letak tanda tak baik la kan.. berbaik sangka je lah
selagi deme tak buat sesuatu.

until tonight, berbaik sangka tu dah lebur jadi seram cuak segala. dgr
suara org bertekak luar rumah, to be exact, depan pagar rumah saya,
tgh jln raya, berhadapan rumah mereka. kuat dan mcm nak bergaduh dah.
saya buka pintu, n dan2 diorg berjalan ke arah rumah deme. uish..
bunyi apa pun boleh buat mirul sedar. dgr dah suara mirul tapi tahan
takmo jengah kat bilik.

owh... bukan 2-3 org, rasanya lebih 5 org. dlm pada berani,saya fikir,
yg berani sgt pehal?? abah pun baru je kabo yg tak pasti balik rumah
sbb keja banyak. or atleast balik tapi mungkin bukan sebelum kol 2
pagi.
lelepas tu dgr jugak bising2 n msg abah dia minta tlg dia call guard
ke hapa. tu je area kol 10.30pm. sampai lelepas tu mmg dgr gak kecoh2,
but alteast, dgr la bunyik moto guard tu kerap ulang alik depan rumah.

tetiba mcm meriah sekali lagi. saya jengah dari bilik atas. apa kena
pulak si guard ni dtg dan mmg nampak 'semacam' keadaan kat depan rumah
tuh. biarlah... (ayat penyedap rasa walaupun dah cuak).

sampai saya selesai tgk independent day, naik atas, isyak, n baru nak
baring2 ngan bebudak, sekali lagi.... kecoh. wpun tak bape bising,
tapi masih bz bodi nak tau.

iskh... nampak pak polisi pulak. siap ada sesi amik gambar bagai kat
keta depan rumah dia tuh. tapi keta yg diambil gambar tu bukan keta
umah dia. tu keta neber chinese sebelahnya. uish... apehal pulak??

Waaaa! cuak tahap gaban. tak pernah rasa gini. cuba call abah tapi
masuk mesin. iskh... geramnya la hai. tipon cam apa jek. degil takmo
tuka tipon. tu mesti off sdiri or bateri flat. iskh!

saat saya menulis entry ini saya adalah sedang celik di depan pc.
takleh tido. Cepat la balik abah oii! terasa nak balik subang dan dan
nih heh!

Thursday, February 10, 2011

Nasi Ayam..Lagi??

owh... maaf di atas gambar yang mengancam semalam tu.. jgn kata
kengkawan, saya yg tgk lagi pun boleh telan ayaq lioq lagi ni.
iskh..iskh.. :p

paham la kan, kalau tak berbalas komen sah2 saya view pkai hp cinotet
ni. nak bukak tang komen mmg seksa. nak reply lagila lamaaa nak
tunggu. lagi sadis tak lepas. hehe..

untuk kesekian kalinya, saya masak nasi ayam. LAGI! dek kerana anak
mkn dgn seleranya, lebih sekali tambah, nak tak nak seminggu or 2
minggu sekali mesti akan masak. tapi, diorang berdua mkn nasi ngan sup
je. mak pak la yang kena ngadap ayamnya. ikutkan dah takleh ngadap
dah. tapi kerana anak, ku turutkan jue.. huhu.

seksa nak pancing selera bebudak ni kan? semalam dah beli yee mee ngan
cendawan kering. esok try buat sizzling yee mee pulak. takde plate pun
takpelah. janji depa mkn. dah google resepi dah.

ada nak tumpang semangkuk? meh mai puchong meh. ngehehe..

Wednesday, February 9, 2011

Oh Petai Oh Tempoyak

kalau mengidam menda2 mahal ala western boleh gak dicari anytime skang ni.

TAPI!!!! kalau nak makan mende2 tradisional gini, kat mane saya nak tadah pinggan nih???

Petai... dah sebulan lebih rasanya minta abah depa belikan kat pasar bila gi belanja brg basah setiap hari minggu. tapi...sokmo takde. jering ada la dia kata. uish... kalau jering dia mkn ok lagi. kang saya mkn sengsorang, mabuk jering dibuatnya.. hahaha!

sampai minggu sudah minta tolong mak selayang carikan kat sana, pun yilek pocik! hapaa!!! pasar borong selayang ngak ada petai??? ajaib nya lahai...

gambar credit to makcik google

petai tengah mogok berbuah ke?? ada gak saya jenjalan pi pasar2 basah area puchong nie, tapi mmg takde. ke saya yak takde rezeki masa tuh. huhhuuh...

tadi singgah HERO lepas amik mirul, nampak la petai dah siap kupas dlm plastik bag. ala.... tak fresh dah pun. takmo lah. siapa yang kupas?? tu lagi la saya cuak. takde la nak beli. rela tunggu yg masih susun berpapan tu ha.. :p

aduhai.... udang bertimbun2 dlm peti es. masak tak jugak. alasan, takmo masak sambal udang kalau takde petai ngan belimbing buluh. boley??? hahaha! hangin je abah bebudak ni.. :p

Tempoyak lagi satu. pernah buat sendiri tapi tak jadi. tunggu mak selayang buat, ala2 mimpi di siang hari la skang nie.. :p


durian pun lom musim kan?? ada gak nampak kat tepi jalan tuh, tapi mahal la pulak. tu bukan sini punya gamaknya..

iskh... telan ayor lior dibuatnya cakap dua menda ni lah!!! lapar petai ngan tempoyak lorrrrrrrrrr!!

Tuesday, February 8, 2011

First Time Aris

semalam saya ke kl. tujuannya untuk ambil ins n road tax mr 'B' yang
akan expired awal minggu depan.

memang cadang nak ambil last week masa abah cuti. tapi..mcm hari rabu
tu nak bawak anak keluar, cancel la plan sendiri2 saya tu.
sib la jalan masih lengang. tak sampai 40menit dah sampai kl. hajat
nak park terus kat DM, tapi pk kat celah mane nak park, terus saya ke
kl sentral. kengkonon nak bawak aris naik lrt la tu. kira semalam 1st
time untuk aris sampai kl sentral n naik lrt la nih.

seronok bukan main bila naik platform nampak 'choo choo'.
TAPI, bila saya ajak masuk train, dia buat hal. taknak masuk n siap jerit2.
nasibla dlm train dah tak ramai org. saya dukung n suruh dia tgk
keluar je lah. wpun tak berapa nak jalan taktik tu, kurang ckit la
volume jeritan dia tuh. :p.
nasibla 1 station. klau byk pit stop, mau dia paksa saya naik cab. hahaha!
dah turun bising mulut ckp, 'umi car'. nak jugak naik car. tapi aris
masih terima kita ckp. kalau mirul, sah2 naik car dr kl sentral.kuar
parking balik heh!

hala balik dah ok. tapi tetap kena dukung la dalam train. kali ni dah
seronok tengok ke luar. walaupun sekejap. tanya jugak, nak naik train
lagi??? NO! dgn geleng kepalanya... ngahahaha..

lama tak park kat kl sentral. sekali tgk bayaran... umang aiii!! 4
hengget jam pertama. di ikuti 3 hengget 1/2 jam berikutnya... uish...
kayap kalau parking satu hari.

yang saya lagi tak bley blah... mesin autopay tu pi telan kad parking
saya!! hampeh tol. dah tu kena la pi bayar kat kaunter. lagi haru....
saya tak ingat masuk pukul berapa. yg pasti sebelum 9.30am lah.

erm... kalau la saya 'baik', cakap je masuk lepas kol 9.30am. sebab
bila saya tgk jam masa ckp tu baru 10.40 am. dah tekan baru la
termenyesal sebab kena bayar RM7 instead of RM4. hahaha! rugi..rugi...

Baguskan Kalau...

terbaca di satu halaman web yang ada bertanyakan pendapat pembaca apa
perasaan mereka jika mereka tidak ber 'twit' or bbm dalam sehari.

jawapan yang diterima ada yang biasa2. tapi bila ada yg sampai mcm tak
sempurna hidup kalau tak ber twitter or bbm sehari, rasa tak
sepatutnya berlaku.
ya..saya tau pendapat masing, tapi... saya juga ingin menyampaikan
pendapat sendiri.. maaf jika tercuit. tapi mmg kenyataan.

alhmdulillah.. dgn teknologi yg semakin maju kita semain mudah
berhubung dan mengetahui keadaan yg berlaku pada sekeliling kita.

tapi, biarlah berpada2.

KALAULAH ayat2 sedemikian dikeluarkan bila kita tak cukup solat lima
waktu(bila tak sempurna hidup) ataupun membaca kalam Allah, alangkah
bagusnya..

Sunday, February 6, 2011

Tak Best

sangat pun kalau gi mall tengah2 cuti CNY ni. ramai umat tu mmg wajib.

tapi yang saya perasan bila lepas cuti umum, tempat mcm jusco tu
ala2 seperti dilanggar todak. hahaha.

kesian salesgirl yg tak dpt cuti. tapi kalau kerja sah2 payment double. hehe..

tak larat ko diorg nak mengemas. bila ramai dah kerja balik sah2 baru
berkemas belaka.

beli apa? takde apa pun, cuma bawak anak2 jalan2. duk umah pun ngadap
tv je depa. sampai dah tak kuasa nak layan tv, bercekau berdua pulak.

ikutkan ada jemputan, tapi, susah jugak nak ajak abah depa ni gi mkn
kenduri. haish!

ni esok dah start keja skol, sampai ke sudah tak bawak mak subang ke
ampang. haiya.. tunggu amirul cuti skol lagi nmpknya..