Wednesday, November 23, 2011

Malware

ada lagi kah??? puas duk telek blog tu tapi rasanya dah tak wujud dlm blog list aku. heh!

tak de masa nak tgk blog sgt la ni sebab dah start berebut dengan hero2 kat rumah ni. tapi sekurang2nya tak la hadap kartun sgt. kita pulak tak berebut asterok ngan diorang. soookaaa!!!! hahaha!

oh iya..last sunday was amirul's school concert/graduation day. wahhh! bunyi cam gah jek! takpe la... biar dia merasa. jgn jadi cam umi dia yg keeejung bila masuk darjah satu sebab 1st time jumpa 'kawan'.

la ni dia tak menangis tapi tak nak pandang audience. hehehe!jadikla... ada la goyang2. nnt senang saya upload. sampai abis jugak duk kat dewan sebab this year dua2 behave. walaupun amirul terpaksa di tarik masuk dewan lepas abis persembahan, masih boleh di atur... :d

best gak tgk kekanak ni buat persembahan. cuma... mak ayah je yang lemau aku tgk. ciannn takde tukang sorak. seksa gak mc tu duk naikkan semangat. erm... saya pun terjebak gak kekadang. tapi rasanya org bawah saya tu nak tido pun tak dan sebab bingit dengar saya duk tepuk tgn cam nak rak. semangat tuuu!!! :D

esok ada evaluation /exam day. 3 hari gak makan. takmo pressure tapi ada gak ckp ke dia... kalau result teruk tukar skol. hahaha! gile kejam. 

serious...nak tukar skol dia. tapi kesian adik plak. tunggu result dr tuanbeso dulu.

len kali sambung ya.. daa!

Friday, October 7, 2011

Serba Tak Senang Dibuatnya

dalam satu kejiranan memang berbagai kaum yang kita akan jumpa dan kenal. selagi ber status adik beradik, suami isteri, anak beranak memang la tak menjadi masalah.

Tetapi bila satu situasi meletakkan anda dalam keadaan yang menimbulkan syak... apa yang akan anda lakukan???

Sesungguhnya ingin saya terus berhadapan dengan 'dia' yang tinggal bersama dengan bukan warga malaysia ini terus ke mukanya. Tapi....tak pernah berkesempatan kerana setiap kali saya keluar dan dia sampai di rumah ( pada waktu petang) seboleh2 dia akan melambatkan waktu turun kereta dan kalau dapat peluang, masuk rumah tak akan toleh kiri kanan.

Nampak situasi yang agak mencurigakan disitu??

kenapa saya bz body??

1. saya rasa dia islam. ke tempat kerja memakai baju kurung dan ada masanya berhijab.
2. kebiasaannya hanya pada hari biasa. bukan hujung minggu.
3. bulan puasa aritu tak nampak batang hidung pun.

Maha Suci Allah.... saya tak mahu bersubahat!!! selagi saya tak bertanya lanjut rasanya hati tak tenang.

tapi... risau... semua yang tinggal di rumah tersebut bukan warga tempatan. mmg geram je dgn tuan rumah. bagi sewa tak kenal penyewa. mmg mata duitan sungguh.

Macam mana eh???

Saturday, October 1, 2011

Terbakar

Cuak tak??

Lagi cuak bila keadaan ni berlaku tanpa saya sedari. terbakar dan tidak menendang kotak suis utama.

tau2 peti ais saya senyapppp dan sunyi..

ingatkan peti es ni majuk sebab selalu sgt pi mall tgk peti es besar dan selalu kabo kecik bona hang ni, sampai nak buat stok mknn pun seksa susun atur dlmn...

kalau manusia boleh merajuk, dia apa lagi kan??? hahaha!

tobat.. pasni kalau kami nak beli baru takmo kabo2 lagi. angkat terus je. kang dia buat peel lagi memang meremang tuan khemah ni ha... dah la duk umah ngan hanak2 kecik ni ha...seriau jek.

ni kali kedua la jugak plug ni wat pasal. dulu dia menendang je. kali ni terbakar terus tanpa signal. lagi bahaya kalau takde signal.

dah la masa tu dah magrib. baru balik dr selayang pulak. mmg haru dowh!

nasibla mamat electrian yg mai dulu tu saya simpan lagi nombornya. kalau tidak... mengelupur nak cari org lain. dan syukur rezeki, dia plak blom balik rumah. kalau balik dah alamat abisla brg2 dlm peti es ku itew...dan alhamdulillah lagi... sib bek dlm poket ada cash! kalau tidak??? menggagau nak korek duit!

iskh... kenapala bila bebenda ni jadi bukan weekend?? kalau weekend tau la org lain plak menggelupur!


Kad Tesco

Ada kad tapi tak pernah dapat apa2 ganjaran.

ikutkan dah beberapa tahun ada kad ni. malas nak tunjuk kalau ke tesco sebab pelik.

point kira tapi takda apa2 reward.

Sekali dalam bulan puasa hari tu tergerak nak tau kenapa kad ada tapi takde apa2 reward, saya ke counter pertanyaan diorg.

Sekali budak tu cakap apa???

'Kad akak ni aktif. point ada sekian2 tapi pemilik kad takde dalam rekod'

haaaa.... kad ni dimiliki oleh halimunan ghopenyerrr...

Ciesss!!!

Kad tu saya buat lama dah kat Tesco shah alam. masa tu baru2 depa tukar dr makro jugak lah.

ingat lagi that indian girl yang amik data plus bagi kad tu siiiibuk berborak dengan kawan dia. tapi.. tangan buat gak la kerja. atleast kad saya dapat. particular tu tah dia simpan dalam tray, ntah dia masuk sistem.. Wallahualam...

haiya.... rugi kan???

dan baru2 ni dapat la bonus RM2 hengget! atas 200 point. adoilaa....

kalau saya gi membeli belah dan selalu swip kad tu sure dah boleh lompat2 depan posmen bila dapat surat bonus Tesco tu kan lama dulu kan??? ngahahaha!


Saturday, September 10, 2011

No Pampers!

Alhamdulillah... seksa nya la hai nak nunggu si bujang sorang ni diaper-less. setelah berusia 5 tahun 4 bulan baru berjaya.

rasanya kena pakaikan dia seluar kecik baru cepat kot. malam pertama dua kali gak cuba kejutkan suh gi buang air. tapi dah tido.. tak hingin dia bangun. puas gak remind dia kalau nak buang air kejut umi. tapi, sampai ke pagi tak bocor tu yang senang gile uminya.. harap berterusan la hendaknya. cemane la umi dia tak cuak.. kekadang tido depan tv petang2 pun leh banjir. cemane la kita tak seriau sesaja kan...

Adik memang nak pakai macam abang, tapi..kesian plak dia skang ni, tak pakai diapers tak membuang2. tapi kalau pakai, laju je nak membuang. kang kalo pakaikan seluar kecik mau cepat dia membuang merata2. haiya...

hari tu dah kena kat kapet. dah tu dia bagitau lepas buang air. siap lari satu rumah. uish....tak pasal2 kena mop satu rumah. cancel nak masak awal.

lelepas tu terossss.... dia nak pakai diapers.. takpe... kita cuba lagi minggu depan. biar lambat asal selamat. :p

Monday, August 22, 2011

Biskut Raya

Alhamdulillah..dapat siapkan satu.:D

pada saya yang duduk rumah dgn anak yang hyper, pencapaian yang memberansangkan la jugak kan... hihi!

walaupun abah banyak kali kabo takyah buat, tapi cam tak best la kalau tak buat satu dua biskut sendiri yg tentu2 saya yang nak makan. :)

perangai sejak azali.

harap2 berjaya nak buat 2 jenis biskut lagi. :)

-mencabar sungguh nak curi masa hadap mirul ngan homeworknya bulan2 puasa ni. rasa nak hold sampai lepas raya jek.. hehehhe! -

Monday, August 15, 2011

Senang nya

dalam hati... weekend takyah masak lagik.. haha!

Tapi..... bila masuk hari senin... mula la liat nak pk menu. adoi!!!

hari sabtu ke selayang. singgah ke PaRam depan balai polis selayang, meriah gile dengan penjual mercun dan bunga api. mmg berani mati betul depa ya? kita yang nengok pun ada seram nak beli. kalau dedolu, tu la tempat pertama dituju. tapi sesejak diharam belaka, tgk je lah. kekanak ni pun penakut. dulu beli pun kami berdua yang main. :p

dan dalam baru kali ke dua ke param, terbeli pulak pulut panggang yang basi intinya... spoil tul. nasib tak baik sungguh. bila bawak balik lopes untuk makan sahur, basi jugak. mungkin kelapa yg dah basi, kesannya sampai ke pulut la pulak. huhuh...

tetiba cam nak beli daun pisang buat pulut pangang ngan lopes. geram lah rasanya... tekak nak mkn sekali basi. tetiba rasa nak duk sebelah umah mak je rasanya... :p

dan tiba2 saya kehilangan idea. hahaha! take 30 minutes jap la eh! :d

Thursday, August 11, 2011

Geram!

Bila tgk video pejajar malaysia di belasah dan di rompak di london bebetul buat saya marah.

ini lah bezanya apabila kepala otak awal2 lagi dah letak di tapak kaki. Orang asing yang tidak bersalah pun terjebak sekali.

Beza kan dengan apa yang berlaku di Mesir dan Britain ni??

Demo+ Rusuhan sama je tindakannya... tapi... kalau tak berkenaan.. tak kan kena lanyak tanpa sebab!






Thursday, August 4, 2011

2 Jenis Sehari

without fail!

ni kalo masuk minggu kedua, mau ku paksa abah gi singgah PaRam la nih. dah tak tau nak buat kueh apa. hehehe...

hari pertama : Vadai dan donut ( siap ada cikelat ngan sambal tumis. sah2 aris ngan mirul :p) + mee sup.Rezeki ramadhan, neber beri cucur badak. sedap. leh abis plak dari 10 biji cecomel tuh. hihi!

hari kedua : masih kueh semalam ( balen) + kueh bom /bijan (memang bajet 5 ketul, dpt pun byk tu :p) + roti jala (as usual, kari aku mesti tercair ckit. padehal sejuk ok je. hahaha!)

hari ke tiga : ketayap + pulut cecah ngan inti kelapa udang kering (feeling pulut panggang dowh!) + sizzling yee mee.

hari ni??? ntah la.. rasa macam nak beli je. hahha! adoii!

Sesungguhnya.. kueh2 yang dibuat dia atas adalah sample semata2. mana tak nya, paling banyak 8. paling sikit 5. lawak kan?? makin tera plak bajet wat sikit2 skang ni. :D

Reverse Parking






Lorat kan???? hahahaha! mementang umi abah selalu reverse parking even nak park keta kat depan nu ha... dia pun nak jugak park beskal dia gitu. erm.. ni beskal ke keta eh??? hahha!

nampak tak polisterine tu??? kalau nak tau, polisterine tu diterbangkan dek angin sampai ke depan pintu pagar rumah. si kenit ni kalo kertas kecik pun dia nak telek apatah lagi sebesar2 size tu. dikutipnya jadi alas tempat parking beskal dia.

la ni dah tak heran sangat dah. tapi kalau nampak kita angkat nak buang... heran sangat la pulak. tak kasi buang. iskh.. takpe... esok2 nak raya clear la depan umah tu nnt. :D

Tuesday, August 2, 2011

Jualan Gudang OK Baby Mula ESOK!

Bertempat di

No 7, Jalan BP7/16, Bandar Bukit Puchong, Puchong
Selangor, 47120
03-8060-0181

Mulai : 3/8/2011- 7/8/2011

Gambar ni dah bajet nak benti amik.

sekali lori tu menyelit pulak! Hasemmm!

Malas nak tunggu, jalan je la.

best plak dgr ayat harga bermula dari RM1.



sesiapa nak kirim apa2???



sila senaraikan + jangan lupa ongkosnya ya.. hihi!

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Kembali lagi ya bulan mulia ini.

Syukur masih di beri kesempatan bertemu bulan penuh rahmat.

Selamat menunaikan ibadah puasa!!

Moga2 kita di kurniakan kesihatan yang baik untuk melipat gandakan saham di sana nanti... amin...


Sunday, July 31, 2011

Demam

Pagi sabtu mendung je. malas nak basuh kain. sudahnya, abah ajak gi Sunway.

Biasala la kami, kol 9++ dah tercongok kat parking bay. gelap lagi sebab kol 10 baru lampu dibuka.

Kali ni saya ingatkan level + parking code. hahaha! harem tau... leh lupa nak buat kerja ni masa gi mane ek???? menggagau aku mencari parking. sungguh! lupa nak ingat. tah apa kena tah. memang horror kalau gi jalan memane pastu parking tak ingat. lagi parah kalau dengan big boss. :p

Dari new wing ke old wing, memang segala ceruk la kami berjalan kali ni. sungguh, cam nak order air jam2 tuh. tapi... kalau ngan abah depa, nak singgah tempat makan selagi tak settle pencarian mmg sorry la...

Meriah betul sale. semua kedai masuk untuk buat perbandingan. sudahnya, parkson ngan jusco gak pilihan. percent disc lebih cun kat situ dari kedai2 yang byk tuh. kekadang mcm tak berbaloi je rasanya. kat big mall tu dah jual jenama sama. tapi ada gak kedai sendiri kat sebelahnya. padehal sama je benda alahnya. dan lagi tak syiok, mahal la pulak. kan dah rugi tu...

Bila dah puas jenjalan dan keperluan abah dah dapat, tiba masa saya nak cari jeans, boleh pulak si aris demam!!

haiyaaa!! spoil weh! memang nengok muka dia tak bermaya. tgn memang sejuk. tu yang ada masa dukung gak dia. bila kita pegang tak la rasa panas. tetiba plak bila turn abah dia jaga dia, demam la pulek....kita yang nak memilih pun rasa tak best. sudahnya, dapat satu terus angkat kaki balik. nasib menyebelahi umi dik...sauk size ok + berkenan. tu pun berdoa ya... tgk muka abah depa dah macam nak makan orang pun... baik cepat2 blah. :p

balik rumah makan, makan ubat terus tido. kerja dia bangun tido, bangun tido. amirul pun terjebak tido sekali. :p

bila malam, dah ok . tapi tampal gak la kool fever tu. takut la.. naik balik panasnya.

Satu je sebab dia demam tu rasanya.... kurang air. hehehe! maaf la ya dik...kalau dah berjalan. susah nak benti minum air. selalu saya bawak susu depa. hari ni lupa plak. dek sebab selalu sgt berjalan sekejap2, assume hari ni pun berjalan sekejap la kot... hehe!

bape hari demam?? hari tu je. ahad dah sihat berkinja balik. :d

Thursday, July 28, 2011

Sekolah

Anak jiran sebelah ni rupanya dah mula sekolah sama mirul bermula hari ni. tapi akak tu cakap semalam dah masuk dah. erm.. iye kot.. saya tak perasan.

memang dia ada minta nombor phone sekolah dari saya last week. tak sempat nak tanya panjang lebar beberapa hari ni sebab saya pun sibuk ngemas dalam rumah. kang tunggu nak kemas bulan posa, mau anak pun kena makan. :p

tapi lagi haru adalah, amirul leh tak bersuara langsung! macam tak kenal je kawan sebelah rumah! haiyaaa!!!

tapi teacher ada citer semalam dia bz. bz nak buang air, bz nak buang kahak, bz nak main!!!

iskh.. berdesing tinge dibuatnyer. bukan nak marah pun. cuma kena cakap ke dia la balik, masa main, main la sepenuh hati. kalau masa belajar, jangan la nak jadi 'kepala' ngacau kengkawan belajar. memang kena tegur dek abah dia semalam. tak tau la kalau hari ni dan hari2 seterusnya macam mana. harap amirul faham la hendaknya. ikutkan kat rumah dia agak menakal. tapi kat skol, ada hari2 mood dia mcm nak main2. cikgu dia tak kesah. janji masa buat kerja dia ok.

la ni kalau ada homework, kalau banyak kali buat benda yang dia rasa dah tau, selamba je cakap, 'umi boring!' siap buat muka lagi. :p

nak marah pun tak boleh. apa lagi... suruh dia tutup buku tengok tv je lah. kalau di paksa pun memang tak bergerak tangan tu.

la ni pepetang saja bawak diorg gi taman. sebelum puasa bermula baikla korang jalan sakan. kang dah puasa, umi ko ni sibuk nak bega menu sesaje. sah2 pepetang takleh nak merayap kecuali gi PARAM. hehehe...

boleh ke nak gi param tu?? mari berangan2 dahulu ya... ;)

Berpanas di Shopping Mall

Boleh??

semalam ke IOI Mall. mencari pakaian untuk anak2. namanya pun tengah sale. cuba la nak gi tengok2 mana yang berkenan.

tapi ... bila masuk je dalam mall, ' await macam takde aircond je ni eh??' tak la panas sangat tapi terasa la kontang je udara. bau lampu je lah. tak la terbit bau2 yang kurang menyenangkan sangat. sampai satu tahap, rasa macam bau lampu terbakar pun iya. :p

seperti biasa, kami kalau berbelanja memang semua kedai kami masuk. beli belum tentu. hehe...
dan seperti yang di rancang, Reject Shop la tempat yang kami melabur. reject sgt ke pakaian kat situ?? tak lah. masih cantik2 terutama baju anak2 yang berkolar. kami memang tak memilih jenama, janji cantik, kain elok, yang penting, tak turun warna masa membasuh. pernah gak terkena beli baju yang berjenama, sekali menurun warnanya. nasibla rendam sekejap. kalau tidak... selamat baju lain.

Tapi bukan nak citer sangat pakaian tu pun... masuk kedai yang agak lama kita 'bersidai, rasa macam daging salai pulak. hahah! panas weh! nak memilih pun rasa serba tak kena. yang budak berdua ni sokmo berlari larian. sudahnya, berpeluh lencun muka badan. sama je ngan umi dia. tak pernah2 shopping berpeluh2 melain jalan TAR la kan.. hiks!

tanya gak ngan staff RS ni, bape lama tak de aircon? boleh dia citer... 'last time 3 hari mcm ni kak. tapi dah bape hari elok, hari ni jadi lagi. tak tahu la sampai jam berapa kak.'

haaaaaaaaaa!! kalau saya sure fengsan! kalau salah sorang penyewa, sah2 saya mintak disc atas electricity. dah la customer hilang, siapa yang nak pilih baju lelama ye dok?? saya pun kalau boleh nak cepat2 keluar. tak tahan dibuatnya. abah depa pun duk tunggu kat entrance lepas dah pilih baju. saya je yang rajin nak pusing2 dalam tu. :p.

lepas tu masuk plak wing baru. nasibla kat sini aircond berfungsi seperti biasa. tapi... kedai yang biasa kami pergi tu, suda tukar der.... alahai...leceh plak sebab nak tak nak kena pi Tang, Pav. nak cari baju kerja abah. tu nampak nya ujung tahun tak pun lepas raya. sale sampai 4/9 kan?? hehe... orang lain pi beraya rumah sedara, kami gi raya kat mall. as usual. :p

lepas dah rasa sejuk cikit, patah balih wing lama yang panas tuh. wah!!! masuk jusco lagi rasa terkuap! adohai... balik je ler... tak kuasa nak lelama kat situ. leps beli dinner, pulang la kami ke sangkar.

kejap je pi shopping kan?? lepas zohor gi, asar dah sampai rumah. :p

sesungguhnya, kalau la shopping mall tu tak berpenghawa dingin sampai weekend, mau lengang mall tu. :p

panas oooo!!

Friday, July 22, 2011

Nanny 911

Dah lama tak tengok rancangan ni. dulu ada kuar ari senin. skang dia tukar jumaat pulak. ikutkan, masa yang dia tunjuk tu agak sukar nak tengok. masa tu la nak tidokan bebudak. tapi hari ni ada syiok sikit. amirul suda pengsan. berkat berjalan ke rumah nenek selayang gamaknya. :D

semalam dia berjalan pun balik rumah segar bugar. yang pasti memang dia tak tido petang. malam tetap tido lepas 9 malam.tah mane penat di duk sembunyi tah!

Nanny 911 hari ni kesah single parent yg terpaksa menjaga 3 anak dibawah umur 5 tahun. kenapa single parent?? sebab buat masa ni laki nya berpergian. army rasanya, sebab tgk dah lepas 15 mint terawal, makanya tempias2 cerita je la yang dapat dengar. berkemungkinan setahun tak balik. ha... tak army tu?? hehe..

anak nya yang dua atas perempuan dan yang bongsu lelaki. tapi.. bila tengok satu hari kat rumah, mmg horror! anak perempuan memang kaki memberontak. merengek, mengacau adik, mengaruk dan paling haru sekali, cakap bukan2 ke mak dia. sampai tahap keluar ayat ' i wanna kill u (mommy)' .mengamuk bila apa yang dia mintak tak dapat, pastu kena denda, memang terrible lah! denda duk dendiam kat tangga. tapi anak dia dah terlalu biasa, buatkan hukuman tu mainan. lari sana sini, kacau adik2. aduh..

yang mak dia pun berusaha untuk tak pukul anak dia. jadi... denda byk tak jalan. pastu tak tido plak siang. uiskh... ni kawan mirul. tapi lagi haru.... malam dia susah tido. masuk tido jam 8.30-9 malam, tapi tido betul pun jam 11 ke atas. wah!!

kalau saya dah meroyan dah! :p. mmg stress gile mak dia. lagi father tak de.. mmg haru sungguh.

bila nanny tu datang, dia pun sgt terkejut dgn kemengarukan anak perempuan yang ekstrim tu. tapi iye lah... dia bagi jadual untuk mak dia ikut sebab sebelum nya takde jadual yg boleh jadi panduan untuk mak dia. dan paling haru, mak dia selalu mengalah ngan anak nya... apa anak dia nak, end up, kena bagi jugak. sebab tak larat dengar anak nya melalak.

memang kesian ke mak dia. tapi... lepas few days nanny tu dtg tolong, semua berubah jadi terkawal. dalam pada tengok tu, yang saya faham, anak dia sgt perlukan perhatian. lagi2 father tak ada. mmg anak biasa buat ragam. lagi satu, apa kita buat, kena ada had masa. kalau yang ni tak dapat nak control, memang huru hara la jadinya..

ikutkan masa memula benti kerja pun mmg saya stress sebab tak tau lagi cemane nak kawal anak berdua ni. lelama bila kita ajak dia buat aktiviti, baru dia ok. nak dengar cakap dan yang penting, tak mudah mengalah. saya lebih byk bising mulut dari tgn berjalan. tapi sesejak amirul sekolah ni, mmg takleh wat apa... sehari tak kena jentik tinge, cubit ckit, memang tak sah. haha!

moral...

apa2 yang kita nak buat even menjaga anak pun kena ada ilmu. tak tahu bertanya, tak tanya... sesat la jalan.. iye dok??? :)


Cantik La Tuh!

Budak sentap + budak takleh di usik + budak yang agak kurang nak dengar cakap. haaaaaaaaaa... dia la nih! owh iya... pelakon handalan nih!

ni muka lepas melalak sakan siap hingus terkeras kat kening lagik umi tak lap. hahaha! pastu dia jumpa pen haaaa... tulis kat muka. nak mintak sah2 tak dapat. sekali rampas, muka dah cantik. tak sempat conteng tapak tangan ngan kaki je. JE!



Ni plak gambar aris amik pakai hp umi. baek punya posing abg ko pi snap ya aris. banyak lagi dia amik sampai dah tak kuasa nak delete. hohoho! ni antara yang diampunkan lah... boleh cuba lagi ya dik! tingkatkan usaha! dengan harapan abah belikan umi new camera. ;p



berhiya tengok pc. paling tak leh tahan siap susun lori kat atas meja. penuh hujung ke hujung si kenit nih. tengok apa??? segala tok nenek berkaitan lori, kontena,ketapi, sume dia tgk. yang paling tak larat nak layan.... ulang tayang gambar sama plak tuh. disuruh tukar lain takmo plak. iskh...layan kan je lorrr....




Thursday, July 21, 2011

School Trip.

Masa kita dulu kalau mak ayah tak bawak berjalan takde nya dapat gi lawatan sekolah. La ni, kekecik tadika pun ada gi jenjalan ek? memang beruntung anak2 sekarang. keluar duit je la mak ayah nya.

Hari ni mirul gi lawatan ngan kengkawan sekolahnya ke kilang coklat ngan muzium tudm. disebabkan tempat pertama tu mmg bukan boleh masuk suka2, saya lepas kan dia pergi.

yang tempat kedua pulak kami memang belom sampai pun. memang berhajat nak bawak, tapi macam terasa2 la... bila dia nampak heli beso2 tu, sah2 dia mintak keluar. :p. jalan terbaik, biarla dia gi ngan cikgu2 dan biar dia bedikari sedikit + hilangkan perasan takut dia tu. Ni berdiri sebelah bas pun dia taknak, sah2 saya biar dia ikut sekali untuk dia experience naik bas. mak ayah takde lagi senang dia nak dengar arahan cikgu. kalau parent ikut, sure bersepah2 diorg ni kan??

Dek kerana pakaian semua pakai baju sekolah, satu je lah yang amirul tak lengkap. stoking. dia gi skolah pakai kasut tapi tak pakai stoking. kasut sendiri je. tak beli pun kasut seragam sekolah sebab tak wajib. ngeheheh! yang wajib uniform je lah sebab masuk kelas pun bukak kasut stoking bagai. even bag pun tak beli. dah ada beg pree, kita utilise okeh. dah ranap baru pk nak beli beg cap sekolah ke, sendiri nanti. :D ... yang penting... jangan membazir...

ikutkan nak cari sepasang je stoking, tapi.. dijual pun 3 pasang sekali. adeh... bila masa plak la budak ni nak pakai lagi kendian. kalau ada musim sejuk kat mesia ni ok la jugak.. iye dok?? hahha!

sudahnya, angkat jugak yang 3 pasang tu. dah last minute, hari ni pi, semalam baru teringat. sib la teacher kasi surat. kalo tak... togel je mirul jalan pakai kasut no socks. :d

Dan yang pasti, mamat bawah ni la yang merasmikan nya... siap paw nutrigen lagik. mmg cukup2 je 20 hengget dalam wallet. tu pun suka suki depa amik mknn, saya kat blakang letak balik. hahaha! apa2.. tunggu ujung bulan wokeh! tu nak paw bape pun umi joint sekali. :p


sampai hari ni pakai.... kekejap bukak. panas la kot. :p

haiyaaaaaaaaaaa!!! dah la ini satu2 gambar dapat amik. dia plak men nyenyorok! apeda... nnt suh teacher amik gambo ya mirul!! :D

dalam hati.... cemane la mirul skang ni??? tapi saya pasti dia teruja nak tunggu lunch happy meal dia tu nnt. hiks!

Wednesday, July 20, 2011

Durian Kunyit

Dalam banyak2 buah, ini satu2nya buah yang kami laki bini makan agak banyak. yang lelain, mmg agak seksa la hencik suami nak makan. lelagi yang ada kes2 kena potong dulu sebelum makan. memang sukar la dia nak makan. selalunya, kalau nak beli apa2 buah saya kena set in mind, beli mesti habiskan makan. tak pun kena rajin potong siap2 buh dlm peti es. tapi biasanya kalau potong pun saya gak yang abiskan... hehehe...

last sunday, mmg nekad la kami beli durian kunyit ni hanya untuk makan. saya ni ada sikit gatal tangan, asal beli mesti nak banyak, pastu nak jugak buat pengat durian tuh. pastu duk la bertahun dlm peti es, makan cecah roti secara berkala. :p

dek kerana neber kiri kanan takdak kat rumah, takleh la nak pass2 mkn..dan sebab tu jugak, beli la sebijik sahaja durian ni...

ada yang panggil Maosangking. tapi katanya panggilan ni orang cina yang panggil. tak tau la maknanya apa... tapi saya teka... kuning kunyit+mewah kot. hahaha! sila betulkan ya.. :)

memang la terkejut ngan rega dia. tapi memang berbaloi la beli setakat nak merasa. pasni, tunggu duit turun dari langit baru leh beli. :D

Isi kuning, rasa lemak2 manisssss kelat2 ckit dan paling best.
.. isi tebal. biji dia nipissss jek. mabeles weh!

ni ada belen ckit yang saya duk dalam peti es. walaupun bertutup rapat, semerbak bau dalam peti es ku dah la posa. sudahnya habiskan jugak semalam. geram punya pasal.


bape ulas agak2???
.
.
.
.
.
.
.....
.
.
.
.
.
.
empat ulas lor... tapi mmg tebal isinya. lepas makan durian, kita makan mata kucing pulak.
beli tak sampai setengah kilo tapi...gigih saya abiskan sensorang. sayang kalo busuk. owh, buah tu??? abah memang tak makan. tapi air mata kucing tu, boleh plak dia minum + makan buahnya... macam2 kan.. :)

Thursday, July 14, 2011

Entry La Sangat!

Asal nak mengarang je ada la tukang tumpang sibuk kat tepi nih! hah! kan dah lupa...

tu la.. patut baca yassin. aku duk ngadap pc. cemane nak berkat.

sat ya.. tunggu kol 8, naik atas terus biar depa tido. senang sikit nak buat apa2 berkaitan diri sendiri.

opss... dinner depa tak makan lah??!! erm.. kalau tanya sah2 mintak mee sup a.k.a maggi mee. oleh itu lebih baik sumbat susu sahaja. hohoho!

mmg nampak kejam... tapi kalau sesiapa berjaya sumbat nasi dalam mulut anak2 aku, akan diberi rm0.10. okeh! ahahaha!

dah tak larat nak marah + bising2. memang seksa sunguh nak bagi anak makan. tghri tadi pun depa makan ayam goreng ngan suhun dalam sup sahaja. cemane nak kenyang??? alih2 susu jugak depa mintak lepas tu. tak ke kesian mak dia masak. rasa dah cukup ikut dah tekak deme. udahnya.. kita gak yang kenyang.

eh.. dah kol 8 eh.. tutup pc dulu... sambung kendian..

Thursday, July 7, 2011

Dah Khatam


Sekarang adalah sangat blur nak buat apa waktu senggang (macam la banyak sangat waktunya iyerrr :p). dah hilang skil nak ngadap komputer gamaknyer...

dah gatal tangan nak cari buku baru. tapi, kena tunggu ujung bulan. tgk ada balen belanja bulan ni ke tak. hahahaha!

haru kan??

berjimat cermat la kita hendaknya sekarang ni. tapi.. bahan bacaan kena ada la.. kalau tak cam lemau rasanya.

apa guna kusi dan lampu baru, ye tak mak Teh?? ahaks!

Tuesday, June 21, 2011

Makan Budak!! Eh salah... Makan Ubat!!!!


Anak kome seksa tak nak makan obat??? oohaiii! anak kawan mmg seksa sangat2! rasa kalau diorg ni sakit, biarla abah dia je yang sakit. eh?! leh ya gitew?? hahaha! nauzubillah!

iye la... tu je cara nak tgk abah dema mc. tu pun kalo dia nak mc. kalau tidak, sanggup tido kat off dari tido kat rumah. sebab kat rumah anak duk kacau kan. sib la umah sendiri. leh la lari tido bilik lain. tapi... kalau umi sakit, huhu.... aktiviti harian berjalan tetap sama sahaja. tu pasal, jgn la umi sakit. ada benar kan di situ?? :D

ampun abah ya! hihihi!

apa nak citer ni eh??

oh..

hari ni, pagi lepas hantar mirul skol, terus ke klinik untuk bebetul amik ubat batuk anak.
ada plak kes bebetul ya?? maksudnya, sebelum ni pakai mkn je ubat dlm peti es tu ha. lagipun batuk je. takde demam sesema pun.

sebab ke klinik?? owh.. dah tahap kronik malam semalam dia batuk2 non stop terus muntah 2x. 1st time muntah nasib la kami berdua dah siap mkn malam. terus tinggal pinggan dlm singki. lagipun aris menjerit2 siap berlari ke bilik air ke katil ulang alik. sebab saya kat bawah le tuh! bila bukak lampu.. nah kau! bersepah2 muntah dia kat tilam, bantal, cadar, lantai, baju dia apatah lagi.

sesebelum ni memang dia ada muntah. tapi masih boleh diselamatkan lagi la cadar tu. basuh pakai air sabun dan spray febreeze ilang la bau nya kan... iyola... baru je ganti last week amirulnya muntah. koje heh nak basuh cadar tetiap hari. fengsan!

dah bersihkan sekelian2, ganti baju dia, bagi dia minum air masak (ni pun kena paksa), dalam pada tu, dia still batuk2. ajak baring tapi standby ngan kain lah. tak sempat. dalam pada berhati2, duk kalih2, dia muntah lagi. melompat2. kita yang duk jaga dia bukan rasa simpati lagi dah. gelak nak rak jadinya. sambil tadah mulut sambil berjalan ke bilik air terlompat2. ekekekeke!

maaf lah aris, umi ko kejam plak. ahahaha! dia geli kahak nya la tuh. tapi.. ok la dari duk batuk di telan belaka. muntah keluar la jadinya. dah bersih baru boleh tido. still kongkong! tapi dah tak bangun lagi dah.

since anak dah batuk2, abah yang suspen tak cukup tido telah ku kerah tido di bilik sebelah. apa2 biar la anak je sakit. kang abah sakit, umi ko pitam plak. hahaha!

yang pasti, aris ok je bila kata nak jumpa doctor + ambil ubat.

tapi.... tang nak makan ubat ni yang... was was.

tghri lepas mkn, saya cuba bagi dia ubat. dah lama tak bagi sendir, tadi cuba, umang aiiii! 360 darjah pusing oooo!!!

kaki ku kepit kaki dia, tgn satu lagi kepit tgn. tu pun dah ala2 nak terlepas + uminya nak terbalik dek tak dpt tahan lonjakan badan dia.

ubat masuk tak??? gigi rapat. pakai tembak jek. sambil tiup2 muka dia. hahaha!

masuk la jugak walaupun sikit. lepas magrib kejadian sama berulang. kali ni dia lonjak ke arah kita pulak. weeeeeeeee!!! senak perut kanan ku. ingat balik sama macam kes dia dalam perut dulu. suka landing belah kanan. selalu gak saya senak.

hai la anak....cepat la sihat. fening omak mu ni... :D

si nakal!

Sunday, June 19, 2011

Dah Tempah ke Baju Melayu?

satu kalau datang hari raya, antara aktiviti yang saya tidak akan paksa abah depa buat adalah membeli baju melayu.
tapi sesejak anak dah agak besar ni, takyah kabo, abah dah siap2 plan sekian2 nak beli kain, sekian2 nak hantar tempah.
wah! bagusnya... erm... la ni abah je yg bekerja, jadi keterujaan saya nak berhari raya tu tak bape nak jadi. sebabnya, takut ter request perkara2 yang diluar bajet, hehe..

last 2 years, cuba nak beli baju siap, tapi mmg tak dapat. asal baju ok, seluar tak ok. sudahnya, tahun2 kehadapan berazam menempah awal. (nampaknya janji dikota :d).

manakala anak2 pulak, asal beli baju, nak tak nak kena repair. kalau setakat naikkan tgn ngan kaki seluar ok lagi. ni sampai nak kena potong bagai... haiii.... mane la saya ada kepakaran tu. kalau jahit2 tgn ni ok lagi. kalau sampai nak kena guna mesin, sah2 sub ke mak selayang. dan2, mak plak menjahit baju kurung anak2nya, ala2 potong que la pulak. pun serba salah.

sudahnya... tahun ni, azam abah adalah, beli kain dan tempah untuk tiga beranak. wah! kagum sungguh!

Seperti biasa, abah akan hantar kat wisma yakin. tak tau la orang lain, tapi saya mmg rekomen sungguh kedai ni pada orang lain yg masih tercari2 nak cari kedai buat baju melayu. nama kedai nya, Haji Ramly Hayati. tak tahu la plak mane satu nama abg yg meniaga tu. tapi dari gaya kedai, nama ramly dan hayati tu mcm nama mak ayah dia je. :D

kenapa saya rekomen?? jahitan dia mmg cantik. means, baju melayu jrg dipotong bahu melainkan diminta oleh pelanggan, biasa akan buat berpesak dan yang penting dia tak buat jahit mesin tepi untuk basi kain, tapi lipat jahit untuk nampak kemas. aduhaiii... cemane ek nak terangkan?? hahaha! yg biasa menjahit paham la kot. ala2 jahit luar sekali dan jahit lagi sekali untuk tutup basi kain. kemas dah pasti takkan berumbai.

ala... biasa la kedai lain pun sama kak zana oii! iye ke?? mcm nasib2 la kan.. kekadang beli siap jahitan cantik tapi kurang sedap di pakai. tapi dah bape kali jugak abah cuba tempat lain mmg haru. ada sekali baju melayu dibuatnya takde pesak. heh! felik dan nampak sempit.

dan yang paling saya tabik kat abang ni apa tau?? dari abah buat baju melayu sebelum kawen, lebih kurang 10 tahun lalu, harga dia gitu gitew gak! kalau naik pun adalah tak lebih 10 henggit!
baju melayu abah tempah sepasang hanya RM70 (baru ni) dan kekanak cam mirul/aris RM55 sorang.

menarik kan??

ikutkan, ada gak tipon satu kedai yg nearby rumah, sekali dia mintak baju budak rm120 sorang (kekanak 12 thn ke bawah), tertelan ayaq liuq ku weh! mmg la nama kedai tu pemes, tapi bukan empunya nama kedai yg jahit pun... :D

kalo kengkawan nak cuba, leh je pi kat wisma yakin depan masjid india tuh. kedai kat corner dan jgn lupa tgk signboard kaler ijo dia tuh. mmg old skol weh! perniagaan turun temurun nih. tak silap berselang 2 kedai ngan den wahab.

kalau baju siap untuk dewasa dan kekanak plak saya tak bape pasti. ada mmg ada tapi tak byk pilihan. lagipun abg tu mmg ckp dia byk terima tempahan dr buat siap sbb tempahan senang nak siapkan. hehe..

waktu perniagaan, 11 am hingga magrib tetiap hari. seingat saya la kan... lagi seminggu nak posa pun abah pernah htr dan abang tu terima. amik pun seminggu nak raya. alhamdulillah, mmg tak pernah bermasaelah tentang jahitan. harap2 begitulah juga akan2 datang ni.

susah nak ke sana??? naik je la train lrt. mcm saya ni mmg seksa la nak naik train ngan kekanak penakot ni. tapi kalau nak amik baju pas ni, tak seksa sbb abah kerja dedekat sana.

Nak cuba?? gi la jenjalan dan bawak je kain. insya Allah tempahan masih lagi diterima..

wah! promo! takpe... tolong sesama sedara seislam meniaga. orang jujur dalam meniaga kita bantu, tapi kalau jenis mintak upah melangit output plak sangat2 azab, sah2 la saya wat dek!

apa lagi??? gi la terjah ek!

Hari Bapa

gaya model weh! :p

Pagi2 abah gi pasar beli brg basah.
Pagi2 bapak subang call dari pasar tanya nak air soya tak?? sebab depa mai lambat. abah dah balik, nanti gi sana amik. saya kata ok je.
lepas bfast kami berempat bertapa di mydin subang untuk beli bekalan brg rumah sebulan.
weeee.... ramai weh kat sana wpun baru kol 9.30am.
oh iya, giant usj 1 udah tutup. giler ah!! mydin naik tak sampai 5 tahun giant bungkus! sadis!
dan... latest, secret recipe dah bukak kat dlm mydin (ganti kedai jual porduk tempatan near stroller bay). meriah!
dua jam di sana, tengok2 dah sampai umah in law kat subang. hahha! beli brg dapur mmg maks 2 jam je...hebat kalau berjalan ngan 'Bapa' ni. takkan dapat selit sana sini. :d
singgah subang amik air soya je. pastu terus balik puchong.
sampai rumah kemas barang, basuh baju, petang masak nasi (sebab lauk panaskan semalam kemarin punya:p).
hanak2 makan roti sahaja (mmg seksa nak mkn) dgn tuna. lepas tu mak pak plak makan.
kol 8.30 naik tido, dah kol 9 mlm umi dah tercongok depan tv3. hahaha!
sungguh tak best hari bapa nih! :p


baru cdg2 nak ajak abah makan luar sekali kena sound, hari bapa nak keluar mkn pulak! masak je lah! tak ke paw abah namanya tu? :P
ler... takleh ek?? hahaha! ciesss!!!

Thursday, June 16, 2011

Kenapa Kuku nya Panjang??

agak2 ramai tak orang lelaki sekarang membela kuku panjang??

pada pendapat saya setakat hari ni adalah RAMAI!

asal kemane2 je mesti saya akan terjumpa para2 pria ni berkuku panjang. iskh.. kalau bukan islam ada sikit geli dan mula terbyg mcm2 lah kan. piawai la tu.

tapi... kalau sesungguhnya mereka ni melayu dan islam, adohaiii.... lelaki pulak tuh... pastu buka perniagaan runcit (brg basah dan kering), mau keluar balik kedai tu dibuatnya. iskh!

bukan ke dah dinyatakan terang2 lelaki ke perempuan ke membela waima satu batang jari yang kuku panjang ni seumpama membela sekandang ba alif ba ya! sah2 la besar dosa yang dibawa dek mereka2 nih!

yang lagi buat saya geli geleman, cemane depa uruskan bahan2 niaga diorg nih?? pastu bersuci? adeh... maleh nak pk kan. sah2 pasni cari kedai lain. sedih sungguh! kedai dah strategik+bhn2 semua ok. tapi pengelola plak wat sadis. kan ke haru tu...

cemane la bangsa kita nak maju eh? terang2 perkara2 sekecil ni di bawak mudah. indirectly, apa yang kita lakukan tak dapat keberkatan.

peringatan tun diri sendiri juga ni...

salam hari khamis!

Thursday, June 9, 2011

Birthday Present



almost every year dpt birthday present yg praktikal. mmg la bagus tapi yg tak syiok ia adalah pemberian tersebut di suruh pilih awal2 lagi. huehuehue...

Tapi kan, rasanya makin lama kita bersama pasangan kita tu, lagi bagus kalau apa2 present yg nak diberi berdasarkan keperluan... kan? dedolu boleh la.. SURPRISE! skang ni macam dah tak sesuai.
tapi rasanya kalau nak beri yg bling2 tu elok sgt la konsep SURPRISE! tuh. ekekeke!

wokeh! bulan 4 birthday abah, dpt hadiah
pun bulan 5. tapi birthday umi yang bulan 5, dapat present ujung bulan 4. cemane tuh?? :p

konsep yang boleh diterima pakai apabila wife adalah seorang surirumah. hehehehe!

Pn Zana dapat apa???

mende alah ini lah! syukur... ada gak adiah kan... dari takde. :D
btw, dah lama aim menda ni. dpt gak lepas microwave oven yang ada kat rumah tu dah ngeng!

mekasih abah ya!


dan julung2 kalinya bakar cheese cake. wah! sendiri bakar, sdiri buh lilin, sendiri makan. bijak..bijak...

sedap walaupun simple.. :D

Friday, June 3, 2011

Amirul 5!

13/5/2011

jatuh hari jumaat. tarikh keramat kejadian yang berlaku di kuala lumpur tanggal 1969, sebulan selepas abahnya dilahirkan, mmg senang sgt nak ingat. hahahaha! pecah rahsia umur abah mu mirul oiii!

direct dua hari tiup lilin si mirul dan aris (kes tumpang sekek! :p).

cara berlauk 1st time bikin. keras ckit. takpe.. janji cuba. sedap tau! :d

cadangan mirul untuk bawa kek ke rumah nyai. iyola... ikutkan.. lagipun sepupu mirul yg rajin melayan dia tu ada, ada la org nak tolong abiskan kek. hehe...

petang jumaat kat subang, hari sabtu kat rumah nenek selayang pulak.

ini kami bawak pizza, nenek siap2 belikan kek. kek cantik. tapi.... isi kek plak cam... hihi! telan je la nenek.. macih beli kek! :D


saya pun nak jugakk!!

spiderman. tapi amirul mane kenal. :p

ya.... mak teh! jgn lupa utang nak banjer okeh! ngahaha!

Thursday, June 2, 2011

Mr Pieman





Korang tengoklah terbalik eh. nyampah dah betulkan tapi upload dia terbalik cenggitu gak. ngeng!

sempena birthday amirul arituh, takde kena mengena ngan tekak mirul semestinya, abah bawak balik pie. katanya kawan opis dia yg meniaga. sekali bila ku belek telek kotaknya, borang order pun leh upload dr website nya. malah FB page pun ado. huhu... hebat..

Yang saya makan adalah Rotorua Chicken (regular size. cari sendiri tapinya dalam website dia, tanya abah nya apa nama, dia tau pie ayam jek. :d). sedap dan leh terima di tekak melayu saya. tapi kena makan masa lapar2. kalau separa lapar alamat tak abis gamaknyer.. mmg besar dan sesungguhnya kenyang ke petang.

teringat sup dome yg ber tutup dek roti tuh. cenggitu la rasanya beh kuang. adeh.. sejak tak bergaji sdri, lama sungguh tak makan kat situ... tetiba teringin. :D

owh iya.. last week abah bawak balik yg diperbuat dari daging. kecik ckit dari yang ayam dan harga kurang singgit. maaf cakap, saya takleh masuk yg daging ni. cam ada kurang. hehehe... tekak saya kan.. ada lagi seketul dlm peties... sape la nak ku paksa makan nih. haha! ( Berkemungkinan besar namanya waikato beef. lagipun tak byk menu dlm website dia.. hihi). lain tekak lain citarasa kan.. mane tau kengkawan suka plak.

kalau tingin nak makan search la nama tu ya. tak silap kat hartamas shopping centre ada kiosk nya. OU dan Sunway Pyramid pun ada.

Sekali sekala bertukar selera ni ok gak. cuma... anak2 tetap wat pandangan slack! iskh.. rugi sungguh. nasi pun takmo makan. tak ke haru??

Wednesday, June 1, 2011

Wash Beda!


Dapat tangkap BEDA tu apa??

Basikal....

tu bahasa aris dan juga aktiviti paberet dia kalo dpt kuar rumah. kata nak main basikal. tapi... kalau dah peminat air, sikit2 sibuk nak siram pokok. bukan siram pokok je. basikal pun disiram sekali. siap amik kain nak basuh.

dah tak kuasa nak halang sebab rasanya sora umi dia ni mcm dah takde yg tak kenal kat sini. huhuhuhu!

dah besar nnt jangan wat2 rabun ke keta abah umi okeh! :p

Saturday, May 28, 2011

Dutch Lady Milk Election

ke Tesco semalam. selain mengejar susu DL yg berharga rM18.89 leh amik sampai 5 pek (motip?? wat stok sebulan hokay! jimat banjer ckit :d) , dapat la rasa ke empat2 perisa baru susu dutch lady kotak baru tu. kalau thru FB saya pilih karamel toffee sebab mungkin la rasa akan lebih sedap dan ada ciri-ciri manis sikit.

bila dapat rasa semua sekali, jawapan saya adalah... semua manis. iskh.. felik plak susu manis. ckit tu ok la tapi pada saya semua manis terutama si karamel toffee tuh.

sudahnya, saya leh plak terima dek tekak perisa mo melon tuh. ok la... tak manis sgt dan boleh diterima tekak dan otak.

red bean? manis dan duk pk kalau minum mcm terasa2 bijian2 kekacang tuh. hahaha! rejek!
jagung plak.. makan jagung ok. air berunsur jagung ataupun bubur jagung mmg saya takleh terima kecuali puding jagung. hahaha! again ..rejek!

makanya... moo melon and karamel toffee je yg ok. tapi... rasanya susu yg kaler putih tu lagi leh masuk tekak ku... ;)

kengkawan dah cuba?? cuba gak bagi anak2 , wpun tak sesuai ngan diorg. mmg tak cecah bibir pun. depa bau je dah rejek! :p

lain tekak lain terimanya... cubalah!

Monday, May 16, 2011

Eh!

follower saya yang terbaru (jarang tengok tang follower ni benonyer.. ampun.. :)) adalah seorang yang saya sangat hormati penulisan nya. wah! sonok rasanya!

Mekasih kak!

Nak tau siapa?? meh jengah blog dia meh! takpun jengah ke blog NBKara.

Saya memang hantu novel melayu dari sekolah. dalam ramai2 novelis, rasanya Norhayati Berahim tak pernah putus ilham barunya...

thanks kak melawat blog tak seberapa ni. :D

(seperti biasa.... kalau gi pesta buku jumpa penulis, jarang tingat nak amik gambo. huhuhu.. peel dari azali -kan dah rugi... uhuk uhuk uhuk)

Tuesday, May 10, 2011

Bila Hari Panas

Masa ni la dapat tgk rumah nak tak nak, terpaksa pasang aircond.

Cuba tengok harga air conditioner di kedai2 elektrik. kalau nak mintak kurang mmg sikittttttt je turunnya. Harga asal nak kata turun, rasanya tahun lepas saya jalan dengan tahun ni sama sahaja. Model baru keluar lagi mahal la kan. yang lama gituuu gak harganya.

Laku sungguh lekapan nikan?? dah jadi keperluan asas dah rasanya. kalau dulu2 macam tak berapa nak kesah. tapi la ni, anak sekecil aris (3++) tu pun dah pandai mintak pasangkan air cond kalau nak tido malam.

global warming yg makin mendesak... rasa dulu panas tak seteruk ni. kita leh main lagi kat luar rumah. ni kalau biar anak berpanas, esok sah2 la tak bangkit. badan panas.

Rumah di Subang semua bilik memang ada aircond. bayangkan la 4 bilik dgn host power lebih dari satu. bila malam pakai, atleast 3 bilik on air cond, datang bil, cam nak nangis tolong tengok. hehe.. (tengok sebab yg menghulur dan pembayar orang berlainan :p).

La ni, aircond nya rosak. semua sekali ya! katanya 'wayering' (lupo nak eja dah.. haha) rosak. semua sekali tu yg saya geleng kepala. dah tu nak repair makan ribu. adeh...

Macam best je kan teknologi ni. tapi bila dah rosak nak dibaiki, takde pulak harga nya murah.

(iskh.. kata nak lelap... lain jadinya.. hehehehe... nap la sangat.. :p)



Monday, May 9, 2011

Di Pusat Servis

sib la depa beri free wifi. tak la tercangak ngadap sokabo dr depan ke
belakang. tv astro tapi...malas nak tgk. discovery channel tuu... :)

servis keta yg paling minima. tapi extra2 plak kena ganti buat takdek
extra dlm wallet ku.. huhu..
lama la pulak arini. dah dekat 2 jam bertapa ni ha. apela si berdua tu
bikin kat umah nyai. saje malas balik sana ( leh je jln kaki balik, 10
min tak sampai) sbb anak buah yg sulung tu ada. biar aris mirul kawan
ngan dia. kalau tak, aris cam nampak hantu. itupun takut.

ikutkan pasni mau beli susu depa. tapi... esok je lah. nak 'tadah tgn'
lagi mlm karang. ekekeke!

Friday, May 6, 2011

Alahai Apam Balik

gambar kredit kepada Resepi Raidah

Cun sedap je apam balik kat atas tu kan??

Semalam ke pasar malam, dah khatam ujung ke ujung baru leh pk nak beli apa. salah satu adalah apam balik. favorite abah bebudak ni.

memang la nampak dia dah ready buat sesiap dalam tempat dia tu banyak. cuma kurang berkenan adalah putihnya... kes jimat gas gamaknya.

takpelah... kang balik kita panaskan kejap. lagipun yg meniaga pun org tua dah lanjut usianya. simpati pun iye gak ni. setakat rm2 ngan tebalnya, pesalahnya kan... sambil membeli sambil membantu taraf hidup orang lain.

tapi sadis laaaaa... itulah apam balik pertama saya makan masuk mulut sekali gigit saya lueh balik. abah pun cakap tak sedap.

alasan... kacang kat dalam tu adalah kacang mentah ya kawan2...tu belum cek lagi rasa gula + jagung ada ke idok. tak dan nak rasa lebih2 dah ke tong sampah perginya..

sedih la cenggini... nak meniaga tapi tak sempurna. kalo mil ku mmg dah kena sedas dua la kalo pi sana pakcik tu ada lagi. haaaaa!

tu ala2 menjual kepada pelanggan pertama je la kot. pelanggan ulangan sah2 yilek pocik.

haduyai.... cemane nak meniaga ni??? sila la meniaga tu ikhlaskan diri. kalau setakat nak untung, mmg tak kemana la jawabnya...

sadisss!!!

rindu plak apam balik depan pasaraya bintang, selayang baru masa kekecik dulu. sheedaappp! ( bak kata amirul), gula, jagung, kacang, perghhh!! perfect lah! ntah2 peniaga nya pun dah takde... :)

Tuesday, May 3, 2011

Labour Day a.k.a Cuti 3 Hari

Jumaat pi pesta buku. kol 7 ++ baru sampai rumah. tembung jem kat plaza tol jalan Duta. iskh.. lama gile tak tembung jem gini. Insaf... baik jaga anak dirumah dari kerja. :d

Sabtu lepas bfast ke jakel shah alam untuk misi planning dari last year. haha! sesungguhnya pinau mata hitamku duduk disana. tghri berjaya minta beli ayam penyet di summit. puas hati sebab sedap. mlm mkn burger sdiri bikin ala2 mcD (siap lettuce bagai) :p. mirul gak telan daging semata. seperti biasa, dia makan bukan cecah sos. tapi mustard. iskh.. kalo saya mkn takde sos, mau terkeluar balik. hehehe!
Elok2 lepas semua abis makan si Aris bangkit. cey... baru nak angkat dia naik atas. sian plak ke dia, mknn dia abg dia dah tibai. nasibla dia mintak susu je. tu la... sape suh tido kol ptg ke magrib?sorang ni memang seksa nak di tegur. tah cemane nak htr dia sekolah nnt. mesti seksa.

ahad pulak, lepas mendobi, ke rumah orang kawen di kota damansara. ikutkan pangkat yang kawen tu anak buah suami. tapi dek saya ala2 beh kuang umur ngan anak2 buahnya, rasa mcm depa ni lebih kepada sedara saya sendiri. encik suami pulak mmg jenis susah nak bertegur sapa ngan sedara2 dia belah perempuan. jadi, nak tak nak, saya kena berusaha rapatkan dia ngan sedara mara dia sendiri. sedara belah mak dia mmg ramai. tu yg kekadang saya pun ingat2 lupa nama apatah lagi ghope. yang betul2 kamcing ngan mak mertua saya mmg jarang saya miss event depa. tang ni mmg ingat dari nama pak depa sampai anak cucu. Tapi yang harunya.. kalo ckp ke laki den, sah2 dia tak cam yg mane kawen tuh.haru gilos! yg naik pelamin pun si bongsu yg akhir sekali kawen, mcm extra meriah pulak kali ni. :). balik dah nak asar pun. dan2 kami lencong ke tempat cari mkn malam. Dapat la tapau domino n donuts.
Uish.... kalo selalu cuti gini mmg bagus rasanya. takyah masak. :)

Hari senin, pe lagi, melayan hw mirul lor... today no excuse, kena masak. dah lapar nasi lauk lemak pucuk manis dah. uish.... sedap2. sdiri masak, makan dan puji. pakej utk diri sendiri. kengkawan apa cer?? :)

Eh! tetiba nenek balik kampung pulak...sib la kami tak ke selayang. kalo tak...sure kena paw ngan adik2 ku. miahahaah!!!

Wednesday, April 27, 2011

Anak Dia Sakit Teruk Kot...

Bila badan tak sihat, korek2 banyak plak balen ubat klinik dulu. malas la nak jejak klinik nunggu. lagi2 anak sekolah. byk plak aktiviti nak buat kat rumah sementara tunggu dia balik. alamat gi klinik, mau bertapa sampai mirul abis kelas. Dalam pada tu teringat plak kesah masa bawak mirul ke klinik awal bulan yang lalu.

Seperti biasa, kalau apa2 berkaitan anak2, saya yang alert dahulu. kalau apa perkara jatuh hari kerja ke, tidak ke, sama je. soklan: abis kalo ko keja camne?? jawapan: sama je.
Bagi elak perkara2 berbangkit, saya yg dah biasa wat kerja sendiri, jalan je la... nama pun suri dirumah. eh..pjg mukadimah?? :p

Amirul demam on saturday. malas nak bawak di gi klinik tapi dek susah nak mkn ubat, bawak jugak la. dah masuk hari ke 3 pun tak bape nak kebah mmg abah dia paksa jugak. dah agak monday ramai, nak la kuar awal. takde maknenyer... amirul muntah lepas bape teguk susu. yg faling sayu, dia muntah di kapet. bukan di tikar yg lebih luas bukaannye. nak tak nak, basuh la tempat muntah je. ni kalo balik kang bau mmg basuh je la kapetnya. sib jenis ringan+murah tu ha.. kalau berat, menangis haku. oh...melalut lagi :p

dalam kol 10 baru gerak. hoho! dan2 abah depa call ty dah jumpa doc blom. alasan la. mirul kasi 'keje'. hehe..
sampai klinik usha parkin nearby, hoh! nan adoo. ni kalo byk shop lot baru tu penyewa, mau cramp keta. lagi seksa dpt parking. erm.. ok la gak, selagi tak kena lintas jln tu dah baik la ni. turunkan kekanak riang+menceceh sakan agar depa tak lari ke jalan, kami tiga beranak pun menuju pintu klinik.

dah nampak dah satu ibu dan bayi masuk dalam. sekali bila time saya dah hampir ke pintu klinik, mai seorang lelaki ni terus masuk n biar pintu tu tutup sendiri. aris yang hampir gile ke muka pintu nyaris gedebum dek hempasan pintu tuh. uish!!! saya dah mula cam... 'dia ni tak reti hormat perempuan or atleast, bagi la kami lalu dgn bukak kan pintu dari dalam ke..' dah terang2 haku ni kiri kanan pegang anak. tak gentlemen langsung. (dalam pada ni bersyukur laki aku tak cenggini wpun agak garang mukanya.. :) ).

Masa nak mendaftar pun dia duduk depan kaunter tu ala2 tak bagi laluan ke kita langsung. sib la dia nak daftar tu mcm lamaaaaa, adik tu terus amik kad kami yang kaler oren tuh. uish.. syukur la kan... dalam geram gitu takyah saya nak tunggu lama2 kat kaunter.

saya dapat no 31 dan dia plak rasanya no 30. btw, that mother and baby tu adalah anak bini dia.
adala dalam 10 menit menunggu tetiba wife dia ke kaunter n minta pembantu klinik tu percepatkan kemasukan dia jumpa doc. ala... klinik senyap sunyi sure dgr apa org ckp kan... lagi sekali. saya pandang dgn perasaan campur baur. anak org lain pun ada gak sakit. tunggu je lah. (aku pernah gi klinik, amirul ke aris ya.. lupa dah. melalak tak hengat. nama nak mintak masuk awal bukan aku ya! ramai lagi yg terpeleot tunggu anak bagai. biarla ikut nombor. tapi mmg kesian la ke anak aku masa tu, sampai dia terlelap sendiri kepenatan melalak. tobat, tak gi klinik tu lagi :p).

lagipun anak dia tak bising pun. dalam hati ni mesti laki dia suruh minta cepatkan. masal tol! dijadikan cerita, ada dua pintu doc. tetiba je ada dua. masa memula dtg satu je. dalam pada panggil2 tu, tetiba nama/nombor kami naik dulu dari nombor dia. masa ni mmg suka giler.. sebab, mirul dah terbaring peleot panas gile badan. alhamdulillah cepat dpt jumpa doc. dan lagi satu, family lagi satu tu masih menunggu. tak jumpa lagi doc. huish! dalam hati berdetik, tu la.. sombong lagi. dah la ko nak hentam muka anak aku kat pintu tadi. la ni dapat masuk jumpa doc lambat. rasain!

uish... ayat bongkak tetiba kan?? iskh.. tak elok2... tapi tula.. kekadang apa kita nak buat tu cepat je di balas. tapi sungguh, saya tak rasa pape masa kejadian tu. cuma bila dah sampai rumah, ulang tayang kejadian kat klinik n citer balik ke abah diaorang, baru la rasa panas tu datang. heh! lambat sungguh. sib la marah dah sudah . kalau marah tang tu, kan ke merugikan diri. heheh... tak berbaloi pun layan org cenggini. tapi yang sedihnya, depa ni ramainya melayu!

Monday, April 25, 2011

Pesta Buku 2011

Jeles plak bila duk baca ramai kengkawan dah sampai sana. iskh!!

as usual, abah depa mmg tak lalu nak pi sbb dia tau ramai umat. udahnya saya bercadang2 nak pi ngan mak ari jumaat ni.

tapi... cemane nak kenen kat 'boss' extra pocket money eh?? hahaha!!!

rindunya nak beli buku+mag lama2 yg dah turun harga tuh.

tapi pi last year turun harga tak la mcm turun sgt pun. tak mcm dolu2.

masih mahal gak rega nya. ada la kurang singgit or tak sampai singgit pun.

Ikutkan mak nak ajak pi ari rabu tapi pkkan mirul skol pagi dan sah2 dia selalu ada homework, takleh la nak jalan hari biasa dah. jumaat la paling ideal. kalau ada hwork leh tangguh ujung minggu.

pontengkan?? uish... nak kena makan dek abah dia sila la... kehkehkeh!

cemane ek nak pi jumaat ni. omak den kek selayang sinun. kami ni kat puchong. duk nyusun cara cemane nak kasi dedua senang dan cepat sampai. jumaat kl cam harem je jalan kan?? :p

harap ramai la yg amik cuti sebab senin cuti kan. pi balik kg gih! saya approve kan cuti. ekeke!

Sunday, April 24, 2011

Sukaaa.. bahayakan nyawa anak!

tghri semalam ke rumah mak di selayang. kol 1.30pm kat bulatan bt
caves. eh! tak sessak eh! kagum dibuatnya...
dalam pada kagum tertoleh keta di sebelah. panorama yang sgt2 buat
dahi pale muka berkerut.
seorang lelaki@ayah mungkin, memandu sambil anaknya tido di bahunya.
anaknya mungkin dlm umur 2thn+.
tah dari mane nak kemana. tapi tolongla baring/dudukan anak di seat
lain. dibuatnya terbrek emergency, mau anak terhumban ke stering.
makin bengap driver sekarang ni. kalau nak bhykan diri sdiri, gi
terjun lombong. jgn nyawa org lain jadi taruhan. terutama anak2 yg tak
tahu apa. mmg la depa ada karenah, still, as parent kena amik tindakan
munasabah. gilo!! kita tengok pun seriau!

Thursday, April 21, 2011

Selesai Sudah

Rasa lepas beban yang due end this month..
1. tax submission
2. pendaftaran awal tahun 1 2013

Kes yang pertama tu patut saya buat. sekali sampai end last week tak berbuat2, hencik boss suda sound. udahnya dia buat sendiri. huhuhu... ampun la ya hencik boss. bukan sengaja tapi tersengaja lewatkan... eh! :p

Kes yang kedua tu pulak khas untuk amirul. tak sangka diam tak diam dah nak darjah 1 dah dia dua tahun lagi. ikutkan takmo reg dulu. nak tunggu tahun depan la... tapi disebabkan bila masuk pendaftaran online tu di khaskan sekolah yang berada dalam lingkungan alamat rumah kita SAHAJA, uish... suspen jugak kang takleh masuk sekolah nearby sebab penuh.

Dan lebih mengharukan... neber2 yg ada anak sekolah sini kata sekolah2 yg terhad ni mmg byk kelas untuk darjah 1 this year. cuba bayangkan 2 tahun akan datang + pertambahan penduduk? uish... kang tak pepasal kena masuk private skol matik nak korek duit bayar bulan2. haha!

sebelum saya nak daftar mmg la duk jengah secara luaran + korek2 mana tau ada blog or website pasal sekolah2 ni kan... and to my surprise, mmg sekolah2 ni ada laman web sendiri + up to date ya kengkawan... huhuhu.... beri de IT minded youls!

mmg byk sekolah yang byk kelas untuk darjah 1 this year. lebih dari 6 kelas. tapi...apa option saya ada ya?? kalau tak daftar online, saya kena pi sekolah daerah lain secara manual. iskh...kalau manual, kena pi awal tahun depan. iskh... tak berani nak tanggung risiko. biarla stick di sini. insya Allah, dapat hendaknya.

Oh ya, alamat saya jatuh dalam daerah Sepang. dan yang mengharukan, sekolah nearby ada 3 ketul jek. lelain nama sekolah mmg la jauh kedaung. tetiba nak marah sebab kawasan ni dah lebih 5 tahun tapi sekolah dijanji tak nampak tiang lagi. dah la sekolah under JAIS tu pun terbengkalai. haiya.... sadis lah!

Wat 2 do... nak hantar mirul sekolah sebelah umah nyayi di subang?? tak dapek la.... IC kami berdua dah tukar add puchong. kalau tak... ko duk umah yayi kena torture la mirul... ahahaha! (yayi dia mmg takdak kompromi pasal pelajaran, mau balik skol terus buat hm no makan mandi dulu. ngahahaha!) . tapi elok gak ada yg lebih grg pada saya...

buat msa ni mirul sekolah kanak2 mmg ada Homework. biasanya hm tu bukan hm pun... dia je tak siap kat skol. mmg rajin berangan sorang ni. tu yg saya kalau nak suruh dia buat hm mmg bercinta. masih blom jumpa timing sesuai. lepas kol 2 dia duk menguap. disuruh tido tak jugak. lepas kol 5, dia tau jadual nak mandi makan men kat luar kejap. lepas magrib la yang ok setakat ni. tu pun duk ngelat ngantuk. tapi.. setakat ni mlm ok la ckit. sebab.... kalau dia tak siap ada alasan 'satgi abah balik, esok dah skol teacher nak tgk buku siap, kalau tak buat tido luar' ngahahah! byk alasan leh bagi. teruk kan umi dia??? biar teruk sekarang... esok2 dia tau apa dia patut dan kena buat. kena belajar hormat masa. la ni... tv je dia hadap. mmg nak buang je chanel kartun tuh. tunggu naik darjah 1 mmg hapus terus. ( berjayakah?).

Dalam pada sibuk daftar sana cek sinun, saya lagi risau tahap komunikasi amirul. masih byk patah perkataan yang belum keluar dari mulut dia. up to today, alhamdulillah ada la perubahan wpun agak perlahan. cuma itu lah... moga2 dalam temph dua tahun ni amirul boleh bercakap dengan sempurna macam kawan2 yang lain... doa2 kan la ya... :)

Tuesday, April 5, 2011

Duhai Si Ayam Penyet

Dukacita dimaklumkan, dinner ayam penyet sabtu lepas adalah di tahap yang sangat mengecewakan.

Haiyaaa! salah kedai ghopenyer...

Nak dijadikan cerita, satu hari di tahun lepas, cuti skolah ujung tahun, kami 3 beranak ke Summit usj mencari bhn bacaan untuk dua badik ni. Ke MPH tu.. yg mane telah berjaya membengkokkan poket ku sendiri. bajet lain, penge'paw' plak suka suki nak sekian2 book. mcm salah org je kome mintak. patut bawak makcik2 kome tu ha. kehkehkeh!

oh btw, kat cnie rasa kecik tetiba bila masuk satu parent dgn anak dia baya 2thn+, tunggu buku yg telah dia order. tak tau la saya senyum kureng manis or dia ala2 pandang tidak ke saya. heh! mcm2 ragam org 'kita' ni ya. payah nau nak bermanis muka. dah la aris kwn sat ngan anak dia. tu pun dia sibuk tarik tanpa pdg. saya tarik je la aris. nak je ckp, takyah kawan org sombong. tapi gilo apo? manela bdk nak faham, ye dok. rasa diri kecik sbb pe? depa beli buku satu set hak kenal hurup,abjad,menatang mcm2 bagai yg tak silap lebih rm1k. (cane tau? dak cashier lupa bagi dia voucher. kat saya dia bagi voucher tu (RM10) tapi, voucher tu telah diberi ke adik saya. ntah guna ntah tidak tuh. :P).

Tapi saya sempat belek telek buku yang depa beli tuh. sekali bukak2 ada plak gambo menatang haram tu... uish... not good, not good. hahaha! letak balik.

Lepas dah dpt buku+menan, saya pi la bawak depa makan. cam teringin nak makan ayam penyet. cuba la tapi mmg tak ingat langsung kedai tu nama ayam penyet apa. ayam nya mmg sedap! rangup+bumbu+sambal mmg sedap.

iskh... mmg saya tingin nak makan lagi. cuma menyedihkan soto nya la...bergedil, nasi impit mmg takdak. kosongggg jek. tu mmg tak masuk menu la pas ni.

Nak dijadikan citer, saya tingin bena nak mkn sabtu lepas. mmg pi beli tapi haiya.... lain kedai la.. dah abah depa nak pi kedai dedekat puchong, terpaksa la pi yang mmg dekat2 sini je la. nama Ayam Penyet tu dah betul. tang blakang tu salah ghopenyer...sudahnya, resepi nya pun lain lah. ayam nya pun rasa sangatttttttt lain.

Yang sangat2 tak puas hati, ayam nya macam ayam semalam dan depa cuma perangat sahaja.ceh! sambal plak pedas ya hamat. merah je la.. rasa tah apa2. lelain? erm...kira gagal la kedai nih. tapi yang kagumnya, lama jugak kedai tu. lebih 2 tahun dah. cam pelik nape rasa dia tak sedap kat tekak saya.

Dalam makan duk bebel2, rasa tak sama+ada sikit sesal tak pi Summit terus. tapi.... tu sume dalam hati ya tuan2 dan puan2... malas nak ngungkit. kang saya gak kena. lagipun masa tu kan mirul demam... takleh jalan jauh2 pun.

bila surf tenet baru la tau... nama kedai kat Summit tu Ayam Penyet Ria. yang saya pegi tu Ayam Penyet *P*. mmg gagal lah!!!

Sampai ke hari ni saya mengira waktu dan hari gaji dari hencik boss untuk pi mkan ayam penyet di summit dgn hanak2.. hehehehe!!! ngidam ayam penyettttttttt!!!! hujung bulan... hujung bulan...