Friday, September 14, 2018

PREMIUM STARTER KIT WITH DISCOUNTED PRICE ONLY FOR TODAY 14/9/2018

Kindly contact me to grab your PSK set at RM641.70 only😲😲😲

Don't miss it.

Good buy! Good price!!😍😍

Http://Wizana.wasap.my/

Sunday, August 26, 2018

🔉 Kombo Istimewa 🔉

Tawaran istimewa untuk bukan ahli. Jika masih berkira2 mana pilihan terbaik untuk memulakan perjalanan dengan minyak pati terbaik abad ini, inilah jalannya...

Thursday, August 2, 2018

Bila....

Amukan aris agak luarbiasa mlm ni.

Di tambah 'minyak' dek si abang, memang lagi kuat teriakan dia. Jam pula dah pukul 10++.

Sambil nak tenangkan dia mmg rasa nak gelak. Tapi... mau nya lagi galak amuk nya.

Dah tenang sikit, oils kan dia. Lebihkan #surrender dan #lavender

Amukan dia pun mula dari umi juga. Terleka dengan kerja.. menundakan oiling dia. Sabar la nak.. tgn umi ni 2 je.

Sudahnya, naik atas, ngamuk2  dengar nangis sahaja. Mmg takde mood nak pujuk. Biarkan.

Tah macam mana.. si abg ngajuk si adik menangis. Oohaii.. mmg mintak api la sebab dah simbah minyak😣

Lagi kuat amukan dia tu... mmg serius duk pk.. apa je kena ngan mu ni. Tapi tulah. Takde hati nak pujuk pun kena gak pujuk. Sib bek la aris kecik. Pegang peluk tak la meronta kuat.

Masa oil kan, dia teresak2 nanges. Ok2.. umi salah..minta maaf dengan dia, minta jangan ngamuk2 lagi.. bercucuran air mata aris.. sebak juga..

sebak sebab aku tahu aku tak mampu nak ngadap anak2 ni bersendirian sebenarnya... 🙁🙁🙁

Moga kita sentiasa Allah pelihara.. moga yang diluar sana juga Allah kurniakan kekuatan dan kesihatan menghadapi anak2 zaman ini.

Doa. Sentiasa doakan anak2 sebab inilah zaman fitnah bermaharajalela... Allahu.. mmg menakutkan...

Salam sayang...
Me..

Sunday, July 29, 2018

UPSR 2018

Bila dah dapat jadual dan nombor giliran (PSRA), debaran bermula.

Harini dan semalam si abang ke klinik UPSR Didik di taylor's university.

Moga input yang diperoleh bermanfaat di hari peperiksaan kelak. 😍😍




Dah anak bujang sorang ni. kata anty2 kawan ngaji umi. Dulu jumpa sokmo ikut pi masjid kalau sek cuti.
 Huhu...

Indirectly... omak dah tuooo😣🤣

Wednesday, June 11, 2014

Kebun di Atas Tiles

Kecil yang banyak baktinya.... ;)



Friday, May 9, 2014

Kenapa??

10/5/2014
Sekolah kebangsaan ada ganti untuk cuti hari raya. Anak sorang pagi dan sorang petang.

Dan2 jugak la mesyuarat pibg sek agama anak2. Sepatutnya minggu lepas tapi tunda minggu ni. Ada usul. Dan tertulis dalam surat, kalau tak datang, usul akan ditolak. Hamboiii.... dah suka suki tunda. Bajet nak kena follow rules pulak. Sah2 tak dapat datang sbb kena urus kekanak.  Ikut jadual khamis pulak. Balik pun cepat. Tak boleh nak sukahati datang lewat sbb sabtu. Biasa tak ramai yg datang.

Pontengkan?
Sorry... dah janji dalam diri kami mak pak, once anak dah sekolah, perkara terakhir yang kami akan lakukan adalah memontengkan anak2 sekolah.

Lorat eh?
Itu salah satu cara kami untuk mengajar anak menghormati  institusi pelajaran.

Ramai kata tak belajar kan hari sabtu. Tapi, Sekurang2nya ada yang dipelajari. Lagipun next week peksa. Biar la depa belajar...

Kesimpulan: moga ada mana2 ibubapa yang sama usul dan diperbincangkan untuk di ambil tindakan. Khas untuk anak2 sekolah.

11/5/2014
Dari awal mmg dah kosongkan hari ni untuk anak2 belajar. Insya Allah... tapi, ada aqiqah baby raqib pulak. Adeh...

Ya, dah kasi tau jadual kekanak. Takpela... asal mak ayah baby raqib ok tarikh tu, jalan je la.. takkan la nak ikut jadual kami pulak... iye tak??

Iskh... payah betul bile rasa serba salah.

Tayar keta myvi pun dah mintak tuka. Even kena servis pun minggu ni. Yup... itu yang dalam fikiran abahnya. Bila jadual berubah, boleh tengok muka dia pun berubah.

Sekian.

Mokcik yang masih serba salah.

Tuesday, February 25, 2014

Ujian

Cepatnya masa berjalan. Minggu depan dah bulan 3. Masa untuk ujian bulanan di sekolah agama. Mungkin tahun ni haru biru sikit sbb abang adik sekolah. Last year duk tolong mirul. Tahun ni nak ngadap yg kecik plak. Masalahnya, yang abang masih tak rajin nak baca buku. Menjadi monster la omaknya nanti. Lol!

Selamat berujian ya anak2!!

Eh jap... buku teks ada tak dapat lagi??!! Acaner nak baca nie??? Puasla  nak kena belek buku tulis depa. Tulisan amirul ok lagik. Adik??? Halahai.... dua perkataan bersambung. Puas gak nak memaham. Jawi plak tu. Takde titik pun dah haru umi baca nak oiii.... tolongla...harap by end this week dah boleh dpt. :)

Dan sebab ujian ni gak, nampaknya aktiviti hujung minggu ni terpaksa dibekukan. Hukhuk!

Monday, February 17, 2014

Kelas Tuisyen

Tetiap minggu akan peruntukan masa untuk kelas tuisyen. Hari biasa akan berlangsung kalau anak2 takde homework sahaja. Kalau ada kerja rumah cuma buat hafazan surah sebelum tido.

Hujung minggu adalah WAJIB paling lekeh 1 1/2 jam belajar. Tak kesah la apa pun. Janji tulis. Dah nama kelas tuisyen dengan umi kan.. redho je la...

Memang payah nak suruh diorg bukak buku kalau cuti. Tapi ada la reward kalo blaja. Kalo tak... harommm... :d

Terkesan weh kalo ada kawan baya amirul aris gi tuisyen atau cikgu mai rumah. Omak dia pun taknak mengkalah. Ahaha! Janji dengki yg sihat kan.... anak mu nak pandai. Anak ku pun sama.... walaupun yg mengajo omak nya...:)

Berjejesan air mata tu piawai. Biarlah... biar susah sekarang jangan kemudian hari. 

Moga Allah permudahkan usaha kita mendidik anak kita dunia akhirat... amin... :)

Saturday, January 11, 2014

Hangin!!

Baru ambil lambat sehari dah buat hal. Perangai tahun lepas takkk lenyap2!
Dia tak sedar yang dua minggu sekali, umi lambatkan ambil adik sebab kesian kan dia yang datang awal ke sekolah.

Masih!! Tak berubah perangai. Sungguh!! Smalam rasa macam nak makan je si amirul. Tapi, mmg cuba bertenang. Takmo marah2.

Selalu dia menangis je.. semalam dia menangis dannnn siap naik van kakak yg biasa kami jumpa di sekolah. Hah!!! serempak dengan van tu ms umi dah sampai. Hailaaaa anakkkkk!!! Grow up!!! Matang la sikitt!! Umi lambat sikit melalak!. Awak bukan si kecil 5 tahun. 8 tahun mei nnt. Kenapa la haiii....

Sungguh!! Dah tak tau nak cakap apa dah anak pun...doa je umi mampu..

Mood: berantakan

Monday, January 6, 2014

31/12/2013 Orentasi Darjah 1

Dah besar anak umi. Walaupun fizikal mu kudut, umi yakin sangat awak boleh berdikari. Dia ni walaupun nampak pendiam tapi boleh tahan gak bersosial. Yg penting perangai dia. Tak kesah nak berkawan. Mmg, kawan memang kawan. Tapi, kalau dia nak buat itu ini dia on je.

Mohamad Aris Ashman. Jangan menakal okeh. Blajar elok2 pasni. Dah drjh 1 sila hapuskan pangai sentap awak yee... :p.

Alhamdulillah, urusan hari tersebut berjalan lancar. Disebabkan dua anak dah sekolah, pengalaman lepas sgt berguna. Sambil dengar taklimat di sek keb, abah dengan rela hati pi bayar yuran sek agama. Ikutkan tak nak abah bayar sbb byk benda nak tanya guru anak2. Tapi, takpelah...byr je dulu. Kendian kita tanya.

Sebab berpecah, umi nya sambil dengar taklimat duk pasang mata. Mane nak bayo yuran amirul. Elok je terjengah2, nampak neber berkeliar kat skolah. Call/sms. Ahaha! Terosss dpt info boleh byr. Togeder2 dgn kakak duk sebelah dgr taklimat, kami cabut byr yuran anak2 yg besar. :d. Iskh... tunggu taklimat abis, kol 2 gak balik nnt. Idokler... tobat okeh!.

Selesai byr yuran mirul merangkap kenal2 cikgu kelas nya, turun ke bawah nak bayar yuran aris pulak. Sekali abahnya telepon. Aris ada dgn abah kat dewan taklimat. Owhaii... rehat. Tu yang keluar. Beza dgn amirul, dia duduk je dlm kelas dan kalau boleh nak tunduk muka masuk bawah meja. Aris?!? Sengih2, jalan2. Macam biasa pulak dia kat kelas. Padehal 1st day. Syukur lah cikgu kelas sementara aris ni cikgu amirul drjh 1. Tau jugak la cikgu ni cemane. Tapi, kena tunggu ujian pengesanan jugak. Harap tak jauh sgt kelas hang pi nnt aris.

Selesai yuran, kolek buku teks. Nampak la bbrp buku teks amirul djh 1. Elok je berbalut. Eceewah!! Sbb, mane2 buku yg tak elok balutnya cikgu bukak dan repair. Abahnya ckp, amikla yg ada nama mirul tu... umi plak takmo. Nak jugakkk buku lain. Dah bawak balik... haila.. azab pulak aku nengok buku2 ni. Mmg cikgu dah repair. Tapi.... terpk, awaitla buruk na bukunyerrr??!!... haru sungguh!

Buku2 amirul mmg aku belek telek selalu. Dannn selalu la dia kena bebel sbb sumbat buku dlm beg mcm kain buruk. Mmg kena tegur... kalau tak ditegur sampai sudah la pangai tu. Biarr... nak marah umi sukatik!. Yg penting, selagi kita pegang amanah, kena la bertgjwb sebaiknya. Payah gak nak bagi dia paham. Tapi kat situla tahap kekereativitian seorang umi terpakai. Ahakss!! Selalunya menjadik. Tapi ingat tak sampai 2 hari pun.... kendian jadi balik. Huhuhu...

Berbalik cerita yuran bagai, selesai urusan lebih kurang 11++am. Wah!!! Mcm nak lompat katak!! Seronok sbb cepat siap. Padehal nak ngala balik tu saya perasan taklimat blom abis. Takpe la.. tu taklimat linus. Dah dgr last year. Harap aris lebih mudah nak di ajar sbb linus 2.0 ni ujian dr kementerian. Nak uji 4m pelajar.  Yang ni kita citer kendian. Panjanggg lebar pun kesahnya.. oklah.. kita cuci mata gambo la iye...

Wednesday, January 1, 2014

Monday, December 30, 2013

Majlis Perkahwinan Terakhir 2013

Esok lusa dah tahun baru. Sibuk apa??! Anak sekolah la jawabnyer.. ada jugak kes babas nak ingat wedding anniversary nnt. Huahuahua...

Dah bape minggu ni duk kira dah bape tahun kawen. Iskh.. mcm asik salau kira je rasa. Macam tak pecaya pun iye..dah nak masuk 11 tahun 3/1/14 ni. Dan... jumpa balik hari pernikahan kami. Jumaat.

Hadiah??!! Tak tau lagi nak beri apa. Tapi la ni beli pun pakai duit dia mcm tak syiok plak. Nak tunggu duit sdiri tah bile taun agaknya. Huhu...

Ok lah.. cite wedding la plak. Smlm ada jemputan. Dr sepupu abah. Majlis untuk anaknya yang sulung. Last week dah buat di pihak perempuan. Minggu ni lelaki di dewan perdana felda. Okeh! 1st time masuk situ. Besar. Tolong gigil bila duk congak anggaran kos majlis. Ahaha!!

Ikutkan kami ni dah pangkat pakcik makcik. Walaupun majoriti anak buah abah baya aku ni ha... tetap takmo bahasakan diri makcik. Depa pun panggil awak saya. Hehe.. sbb umur lebih kurang kan...

Lama sungguh tak jumpa sepupu sepapat abah. Bukan sebab takde majlis. Aku yg segan nak pi kalo dia tak pi. Lelagi skrg mak mertua pun tak sihat (sepupu sebelah mak abah), tak boleh pi, mmg la boleh je nak pi anak beranak. Tapi tetappp... tak syiok nak pi sbb sedara nya sendiri takde. :)

Anak2 masing2 dah besar. Yg belajar pun dah tamat. Tunggu ms nak berkenduri je ni. Wahhh!! Cepat sungguh ms berlalu. Rasa diri semakin tua. Ahaha! Not that old!!! Just increase the number every year.. hihi!! young inside. Alwaysss!!!

Selamat Tahun Baru 2014 semua!!! ;)

Sorry, gambar pengantin takdak. Mcm biasa la kan... anak2 buah pun dah tau peel pak sedara dia khennn. Jadi... kita amik mane dapat je lah. :d

Saturday, December 28, 2013

Aktiviti Hari Ini

Ada gotong royong kat tmn. Tak pi pun. Sbb tuan beso takmo pi. Penat keja tak hilang katanya....haish... tak penah ikut serta apa aktiviti komuniti pun sejak duk sini. Mmg rasa bersalah. Tapi takkan nak heret tuanbeso plak kan??? Derhaka weh! Ahaha!

Mmg la ada jumpa2 kaum ibu yg duk setmn ni kat skolah, bila borak2 ty duk mane... eh setaman kita iye.. tapi tak pernah kenal. Tak pernah ikut aktiviti kah?? Dah... pandang semacam pulakkk bila ckp tak pernah dtg.

Ha lerr... korang iye la..laki tak kesah. Mokcik laki kesah. Sebelum kesah dia bergumpal, baik la kita sedar diri.. iye tak??!! Esok2 skolah nak bukak ni byk plak nak buat sehari dua nnt.

Jadi, bertepatan dgn tema hari ni, kita spring cleaning dan settle kan gosok baju sekolah kekanak.

Eh.. kengkawan hari pertama sekolah kapur kasut tak? Kasut baru?? Last year kita ni merajin la kapur kasut mirul, kena tegur dek abahnya. Kasut baru buat apa kapur?? Ahaha! Gelak la... tapi bini dia ada alasan. Dah... kalo kotor, kasut berkapur, kan basuh senang tanggal.

Oh iye???
Ha ler... mmg la.. zaman abah kasut getah. Zaman bini nya dah kasut kain. Lainnn pendekatan. Ahahaha! (Nampak nau jauh beza zaman kami:p)

Hakikatnya kasut depa lom kapur lagi. Tak dan hari ni. Ni pun dah separa mata.

Esok dah takde kat rumah. So senin la kejar belari. Nasibla orentasi aris abahnya cuti. Kalo tak cuti?? Pengsan umi nak ngadap kelas dedua byr yuran bagai. Huiii..

Ok lah.. mau sambung lipat kain. Sungguh!! Bantal udah manggil!!! :(

Thursday, December 26, 2013

Percutian Hampir Tamat

Alhamdulillah....sekolah dah nak buka. Patut lagi tak suka kan?? Omak sini suka. Sbb?? Tab ipad boleh masuk muzium... ahaha!

Nak suruh itu ini mmg seksa. Suruh ulangkaji lagi kedaung. Aris nak masuk drjh 1. Cemane la omak tak ketaq. Tapi tak elok gak nak pressure anak. Jadi... blajar untuk pastikan dia boleh mengeja mengira simple2. Takpela nak... biar kamu masuk skolah dan tau langit tu tinggi ke rendah. Muahahaha!

Macam mak tiri!!. Bukann.. dak sorang ni tak boleh di tekan. Klu kata suh blajar ke baca ke, dia yg tentu masa. Jd, klau luar waktu yg di ckp mmg sakit jiwa mak nak melayan tantrum nya. Haaaa jgn tak tauuu... lagi sadis dr budak umuq 3 thn yee...

Setakat ni ok la kot..penat ms amirul naik drjh 1 tak abis lagi benonyer.. tu yg bila sampai ke adik, umi dah kurang daya nak menekan. Ahaha! Boley?? Cuma risau boleh ke aris adapt dgn persekitaran?. Gi toilet sah2 takmo. Tu pun risau jugak. Hadoii...dah2.. takmo pressure kepala sdiri. :p

Amirul plak?? Drjh 1 duk kelas ke 7 dari 9 kelas. Next year lompat galah pi kelas no 1. Anak ok. Omak ketaq. Jugakkk!! Ha lerr. Cemane cikgu hang leh campak hang jauh bena??? Harap2 amirul performed.  Byk kali ckp ke dia, next year takleh main2 dah. Klau main2 awak ketinggalan.  Iye sesaje. Tapi kalo suh ulangkaji, hangin sesaje. Acane??!! Umi mampu doa je mirul... usaha sama2 la kita tingkatkan...satu je yg peel dia kena kontrol. Baran. Huhuhu....

Barang2 keperluan?? Alhamdulillah dah settle. Yuran je belom. Yang agak terbakar, sek keb dan sek agama buat pembayaran yuran hari dan waktu yg sama. erm... tgk la mcmane. Kot bahagi dua keja ke. Nak ke abah???!! Ahaha! Wat to do... ni la cabaran anak2 sekolah. Peace yeowww!!

Kengkawan cemane???!!! ;)

Tuesday, December 24, 2013

Sambal Goreng Jawa

Gambar semalam. Dah lama tak masak mmg rasa penatnyeee hadap. Pastu masak macam nak berkenduri. Sendiri mau ingat la kan... ahaha!

Resepi??? Macam dah penah bagi. Macam ibu mertua ku katalah.. nak resepi boleh. Janji kena cuba buat. Setakat amik simpan buat tukun buat apa kan?!! Merajuk org yg bagi resepi. :d. Lagi sadis tanya resepi patplopat kali. Ada...jangan kata tak ada... ;)

Yup!! Nasib baekla menantu dia ni kalo mintak buat terus. Kang aku kena pangkah kes naya okeh!! Muahahaha!

Selamat Makan Tengahari!!!

Sunday, December 22, 2013

Tugu Negara

Lebih 15 tahun tak kemari. Fefeling pelancong sabtu dua minggu lepas. Padehal rombongan dr batu caves. Ahaha!

Seronok sbb dapat berjalan dengan family. Wpun abahnya takde, (dok cadang dr kekanak kecik. Sampai sudah tak pi) tak ngape lah... mane yg ada je la.. janji cuti sekolah ada la jugak aktiviti berpaedah. Ada dua lokasi lagi kami tuju. Nnt la ya. Saja  bg banyak entry. Bukan selalu pun kannn??!! Kehkehkeh....

Pengisar Dalam Peti Sejuk

Ke Aeon Big Puchong Utama petang jumaat lepas. Lazimnya ke sini anak2 suka ke electrical area sebelum ke tempat lain.

Nak di jadikan cerita, amirul dan aris bukak pintu peti sejuk. Bukan semua tapi mana yg dia berkenan dan senang di capai.

Tiba2 dalam pada bukak satu pintu peti ais yang lebih kurang tinggi kita ni, jatuh kotak kena sipi kepala aris. Nasib baik tak hempap kaki.

Umi yg duk blakang ni mcm..eh! Terus cek kepala aris. Mmg sakit tuu.. muka dia berubah. Klau menangis sah2 sakit sgt. Syukurla tak menangis. Sakit sikit kot. Amirul dah marah2. Padehal bukan aris sengaja jatuhkan benda tu. Bukak ckit je pintu nya. Umi tau sbb umi kat blakang pintu peti sejuk tu pun...

Ok... skrg kita tengok menatang apa yg jatuh. Hah!! Kotak blender??!!! Lebih ajaib..kotak tu BERAT!!!! sah2 ada barang!!

Belek peti plak. Macamane ada org sampai hati letak benda tu kat dalam peti sejuk tu???

1. Merbahaya kalau betul2 himpap anak aku, berdarah dan bengkak, mmg totally akan meroyan kat situ  jugak!! Hakikatnya mmg dah marah! Tapi takde org. Ada la minah ni tgh ngadap apa tah. Dah cukup kuat dah ckp, tapi dia mcm pekak! Mmg workers gini kena pekak kot!! Utk kebal dgn komplen pelanggan. Heh!

2. Kalau benda tu duk dlm peti, rak fiber glass tu boleh patah. Eh! Non of my business pun.. lantak la...klau workers yg buat, nak aniaya org. Mmg tak selamat la kamu...

Ni kena kat budak umur 6 tahun (rupa 4 thn). Dibuatnya parent tgk, bawak stroller??!! Bedebab jatuh kat baby nya??!! Haaa... sape nak jawab??!! Allah... gile lah!!

Ntah la... aku pun nak cepat, tak terpk plak nak komplen kat kaunter. Malas sebenonyer nak masuk Aeon Big ni. Mahal wpun promo. Tu pun kena gak masuk sbb nak beli brg yg betol2 murah ikut list belanja aku. Rekod rasanya ni baru kali ke 2-3 masuk utk thn ni. Sbb kalau mai pun tak masuk hypermarketnya. Cuma gi kedai kat dlm bgnn tu shj.

Alhamdulillah takde plak aris ckp apa2 lepas kena tu. Kalau kena betul mau bengkak kepala. Iskh.. Nauzubillah. ..

So kawan2, jangan la bagi kekanak yg bukak brg2 berpintu ni. Lagi2 tinggi. Jadi kes anak aku?? Hai... nak salah sape?? Petamanya sendiri la kan.. sbb bg diorg bukak dulu.

Tapi,... tetap la ni kes menganiaya pelanggan. Pedulik!! Mmg nak attention diorg la ni buh nama hypermarket nih. Sebagai peringatan kepada kita ibubapa dan amaran pada pekerja mereka.

As salam...

Saturday, December 21, 2013

Coklat

Makan la sepuas2 nya.. abahnya beli sejenis plak tu. Sebab?? Dia tengok anak dia makan macam nasi. :p

Aris je pun...amirul suka yg biasa tu. Ni kalo kirim tak bagitau bini nya mmg gitu la jawabnya. Amirul macam biasa, buat muka sedih gaban. Dahhh nak wat lagu mana.... abah tak kabo nak kirim.

Tapi nasib baik abahnya kirim menatang men guli tu jugak. Seronok la dia.

Tapiii!!! Umi dia la tak sonok. Sebab yg memasang nya kitaaaa jugak! Heh!  Dah siapkan nak tampal sticker pun malas??!! Dah patut umi hang ni dpt upah pasang tauuu... manyakkk songeh!

Dah penuh stok cokelat ha. Bila nak abis tak tahu la... iskh.. rezeki... Alhamdulillah ;-)

Sunday, December 15, 2013

Bergedil

Kegemaran abah dan anak2 :)

Resepi ada dalam blog ni. Rajin2 la search ya. :d

Friday, December 13, 2013

Kehilangan

Al fatihah....

Sabar tabah redha

Betapa kita terkadang leka, maut menjemput tidak kira tua muda sihat sakit.

Bersediakah kita menghadapi kematian orang yang kita sayang??

Sungguh! Janji Allah itu pasti...

Moga sahabat2 yang kehilangan suami tabah bagi meneruskan amanah Nya mendidik khalifah masa hadapan.

Sungguh aku merasakan saat itu. Walaupun bukan aku. Tapi, tak salah sama merasa sedih itu bagi menginsafi diri, mensyukuri apa yang ada kini.

Sekali lagi takziah buat sahabat yg suaminya pergi bertemu pencipta Nya tahun ini.. sungguh, Allah menyayangi lebih dari kita mengetahuinya...

You know who u are....