Friday, May 11, 2007

Haru-Haru

Selasa aku cuti.. so hari rabu la aku memulakan kerja semula. dr pagi lagi aku dah ready. bangun awal gak la.. kul 7.00 pagi( lepas subuh mesti bum balik sbb jeles mirul tido... wakakaka) gosok baju n mandi. mirul pun jaga. aku siap2 dan bawak dia turun bawah.
owh.. aku terlupa amik kunci kereta.. alahai... cari satu bilik tak jumpa. padahal aku letak kat meja tulis biasa tu je. klau working days, aku selalu buh dlm handbag. tapi ari tak kerja ada la aku duk belek keta aku tu...Satu je aku pk... musti abah mirul terbawak pi keja.alahaiii... masaelah tul la abah mirul nie... sbb apa tau.. kat atas meja tu.. dia juga buh kunci keta, rumah, pintu opis dia. sah2 la dia grab belaka apa kunci atas meja tu.

Nasib baik la ada kunci spare.tapi kunci stering plak aku tak ingat buh mane yg spare tu... huhu.. tawakal je la...
Dlm kereta baru la abah dia return call kata MAYBE terrr hangkut kunci keta aku n ada dlm keta dia bersama2 kunci rumah.. iskh... sib bek aku nie tak suka nak marah2...klau aku la wat keja tu... huhu..... Tuhan je la tau hangin puting beliung dia :P

Aku pun selamat sampai ke opis cam besa... tapiiiiiiiiiii ari nie ujan lebat dr pagi kan? sampai keja cam biasa mende?!! sejam setengah kat atas jalan. NPE yg bertol mahal tu pun jem. padehal kul 9 lebih dah. ampeh tul.

Normally aku lalu Persiaran Tujuan mmg jem ckit kat USJ 4 tu.. tapi klau hujan.. extraordinary plak jem nyer... pelik sungguh. tapi geram gak la.. aku kuar awal pun sangkut. klau kuar cam besa... mau sangkut teruk lagi. ada staff jadi bos, bos jadi staff plak kang... hehe..

Tghri seb bek baru bos masuk. tapi aku kuar mkn ngan kelik sorg tu kat midvalley..leceh gak kuar ngan org lelaki nie. dia mkn cepat. takpa la.. tapi lepas mkn trus bergerak. ello apek! nasi aku pun tak turun lagi nie tau..haru tul.. nak wat cemane... saba je la.. aku mkn tak la slow. tapi dia mkn mmg laju la.. chinese kan. lagi la cepat. senak gak perut aku dibuatnyer. pastu sambil jln ke carpark.. aku nie duk nahan pening sbb berjalan lepas mkn. huhu.. kesian aku... tapi nak wat cemane.. tu je kelik yg aku ada. huhu..klau ada gurl.. mmg aku ajak dia lama ckit. hehe...
Dlm tempoh sejam kamiorg dah ada kat opis. huhu... sharp giles... ngan aku yg rasa nak terkeluar segala mknn tadi.. huhu...

Ptg... nak balik dah nie.. aku bawak kuar keta cam besa.. sekali apa peel la aku kuar keta kat parking bawah opis aku nie... keta aku sangkit kat pintu blakang. MAKKK AIII!! aku tengok balik... adeh... abis cat dinding building opis aku tu lekat kat keta.. huhu... nak nangis pun ada.. tapi aku tau.. mmg aku yg careless... selalu aku amik side.. semalam aku silap percaturan... ingat leh lepas.. sekali... DUM!! eh salah.. ZRASSS !! bunyinyer... mcm kita bergesel ngan dinding.. alahai... sepanjang jalan balik aku tak on aircond ngan radio. punya suspen. tunggu abah mirul bersuara... waaaaa takut nyerrrrrrr!!

Kalau ikutkan... parking lot kat bawah building opis aku nie mmg mencabar minda. klau keta ko proton iswara sedan, berpeluh gak la nak ejas masuk parking. tapi tabik spring gak la sbb SsangYongnyer limo pun diorg leh parking dlm nie.. aku sure... lebih 10 minit nak masuk parking tu sahaja.
Klau nak blajar parking... building aku nie la tempatnyer.. gila challenging!!

Huhu.. abah mirul balik kul 11++ mlm... dia tak tau.. tapi aku tersedar dia balik.. ckp la.. dia tak marah sbb benda dah jadi nak wat cemane... tapi... pjg gak la syarahan dia di malam yg gelita itu :P dia turun tgk keta pastu dia bersihkan cat putih tu.. paginyer aku tgk perh... lega.. tak la seteruk yg aku sangka.. TAPI!! klau nak cat, mau gak la RM200 dlm tgn. alamak... bulan 7 kot. lepas service kot. huhu... fulus oo fulus... kontang aku bulan2 mendatang nie.. hadey....

Thursday, May 10, 2007

Peringatan Utk diri sendiri dan Rakan Taulan yang membaca... sekadar renungan....

Ni ada sikit pesanan untuk adik-adik dan kakak-kakak. Jauhkan diri anda dari mencintai suami orang. Antara sebabnya ialah :
1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua… .khususnya wanita.

Tuesday, May 8, 2007

Bosan

Kenapa la aku rasa bosan nie? padehal kerja dah buat. bos pun ada nie ha..hajat di hati nak tido tapi.... mcm kurang ajo je kat bos kan. huhu..
Tghri tadi pi lunch kat kedai belakang dataran maybank. punyer la tak sedap.. lebih tepat lauk dia yg tak sedap. klau ku tahu begini... awal2 pi mkn kat dataran maybank jek. huhu.

Aku pun tgk2 lauk byk pilihan tapi tak menarik. disebabkan nak lari dr mamak, aku pun mkn jugak la kat ctu. amik taugeh masak lemak(terpaksa sbb lauk lain tarak), sotong sambal dan kuah kicap ala2 masam manis. Ieeyewwwwwwww..... sotong tak basuh bersih!! bodoh tul. klau nak meniaga biarla bbtul.. nie sume tasteless. tulang sotong yg seketul pun still wujud lagik kat situ. sakit tul jiwa. amik 2 ketul tapi mkn satu je sbb ketidakbersihan itu. hadey.. dah la lapo. mkn cam ampeh. sib bek esok cuti. leh gak la aku pi cari sushi esok...muahahahaa... sukanya... esok cuti...

Sebenarnya esok mak mertua aku nak amik darah je... tapi aku padulik hape... nak cuti gak. padehal leh amik 1/2 day jek.ngehehehe... saja je nak cuti.. next monday pun aku cuti sbb mirul plak pi imunisation dia. muahhahaa.. bestnyer...


Rupe meja kerja org yg bosan ari nie....semaknyerrrr!!!

Mohamad Amirul Ashraff 13/5/06 till now

Thursday, May 3, 2007

Pertunangan

Alhamdulillah... selamat lagi sorang anak Pak Sani bertunang. Ni kira sepupu aku yg ke 3 la belah mak aku. aku pangge dia Ela je. aku pun tak perasan sejak bila dak sorang nie membesar jadi anak dara sunti.. kahkahkah... sorry la ela.. sbb still pk cam kita nie bebudak lagi... dan aku pun tak sangka aku dah ada anak pong... hahahaha.. lagi tak terima realiti. :P

Ela nie pun baru umur 22. beh kuang aku gak la masa bertunang dulu. aku kawen pun awal tahun jadi sah2 lom lagi umur 23 masa tu.

Dijadikan cerita...bertunang patut start kul 2. kira rombongan lelaki patut sampai kul 2 la dr Klang. aku minta maaf bebanyak sbb lewat. tetiba mirul wat peel tido plak dia tghri tu. kul 1 sharp dia dah tertido.. hadey... aku siap2 je la.. janji dia bangun aku tukar baju dia angkat trus. dan akhirnya... kul 2.30 baru dia bangun. kelam kabut gak aku siapkan dia.

Aku ingatkan aku la org terakhir sampai.. rupenyer pihak lelaki pun lom sampai!! aii... ini klau lewat 1/2 jam tu understood la.. nie dekat 2 jam lewatnyer. kul 3.30 baru nak ambil port. kira kul 4 jugakla mulanya. erm... takleh aku bayangkan kalau jadi kat pihak laki aku. mau bapak mertua aku hangin satu badan. strait cancel kot.. huhu.. haru2.

Kesian kat makcik aku la.. masak nasi berlauk. akhirnya. mkn tea time.. hakhak... timing suda lari daaaa....sib bek sedap.. hehehe.. pandai acik shidah masak. pasnie leh import catering putrajaya plak.. ngehehehee....

Cousin aku lak... mata cam takleh bukak jek.cian... mana taknyer... dgn cari brg hantaran last minute.. ngan masak lagik.. huhu... ala2 kamiorg gak la dulu... nie tunggu dillah la plak utk kamiorg bekerja seperti itu... huhu.. sadis2.. penat ooo...

Apa2 pun mintak mahap la ek... satu keping gambo pun den tak sempat amik sbb pihak lelaki ada lagi laki aku nak pulang.. huhu...mmg tak dan la nak bergambo kenangan ngan minah kepoh tuh.. hakhak..

Apa2 pun ..tahniah la utk Naielah Bt Mohd Sani.(klau salah eja ampun...) Moga berkekalan jodoh hingga akhir hayat.. ;)

Inilah bakal pengantin tuuu... Ela dan boy.. nak tengok lagi byk gambar2 menarik dan memuaskan hati.. sila la rujuk ke...http://fozalin.fotopages.com (kalah kakak dia bertunang... lagi penuh gambo adik dari diri sendiri... ngehehehe)