Tuesday, August 21, 2007

Exam!

Exam apa tuh?

Ala... yg every year pangge org exam tapi interview lom tentu dpt tu...

OOoooooooooooooooooooooooooooooooooooo.....

Tehehehe... dialog antara aku ngan kengkawan aku la nih.

Saje je nak mencuba nasib sbg government servant. Tapi lom ada rezeki lagi. aku rasa nie kali ke 3 aku attend exam under SPA nie. tapi.... besa la.. yg terbaik je akan dipilih. tapi aku pelik gak. dgn soklan cam uji IQ tu nak nilai apa ek????

Takpe lah.. cuba je.. mane tau rezeki aku n bb nie ke. huhu... pi dlm keadaan gini plak tuh?? kesian aku. pastu kena campak sampai ke kajang. jauh tuuuuuuuu...... mintak ptj di anto sampai ke kajang. sib bek dekat ngan umah pak sedara. leh la aku lepak umah dia kejap tghri tuh.

Eer... tang isi borang nie pun setelah di brainwash oleh en laki ku baru nak fill up online form. klau idok... mahap ler... malas a..

Ada sesapa kaki dlm leh absord aku in d' gomen line??? ekekekeke

Monday, August 20, 2007

Pasar, Pasar Dan Pasar..

Pergh.. berpinau mataku nengokkan blog kak red ari nih. sampai pepening pale gue sbb nak baca gak attach link yg ado. huhu...

Tghri baru ade masa nak nyelit wat pe weekend aritu.

Sabtu... full la pulak arinie. Bukan full apa pun.. cam besa, pepagi lagi laki ku dah bangun utk dia sumbat kain dlm washing machine. Pastu dia buat apa dlm bilik pun aku tak pasan sbb aku on off kan tido. hiks..

Agak2 dah rasa nak bgn tu, aku tgk sikenit tu pun dah bangkit. hehe.. pelik tul ko nie mirul. ari cuti bangun awal. hari umi keja, selagi tak angkat selagi tu dia tak bangkit. kekadang je ari keja aku dengki aku selak langsir baru dia bangun. hehe..

Lepas dah prepare diri n bilik dah kemas, turun bawah buat bfast n mandi kan mirul. abah mirul pun rushing pagi nie coz ada training dia kena attend. Kul 8.30 pagi dah siap bfast. mkn apa pagi nie? nasi lemak beli kat luar ngan cengkodok pisang. sbb dah tau nak berjalan... tu yg aku mkn nasi lemak. nie aku rasa nasi lemak pertama aku selepas sebulan lebih rasanya. tak de ati sungguh nak mkn nasi lemak kebelakangan nie melain masak sendiri. ntah ler.. pepagi rasa cam tak best kot. hehe..

Lepas bfast, aku kemas rumah ckit then ready utk kuar ngan mother in law aku. kul 10 ++ gak lah kitorg kuar. besa la.. aku kan... selagi leh delay mmg delay la. beza klau kuar ngan laki aku. hahaha... klau dia kata nak kuar kul 10, sure 9.45 dah duk dlm keta. huhu.

Destinasi ketama... flat kg baru. mak aku nak anto kain utk kawan dia jahit. kira nak buat baju raya n etc la tu kot. hehe.. aku bawakkan je.. pastu sempat gak nyinggah rumah kawan dia. duk ctu kejap. mirul plak cam jakun. dia mane penah duk umah tinggi2 melain umah nenek dia ngan umah nyayi dia. dpt kaki lima flat tu.. berlari je keja dia. sambil tu duk nengok sukaneka kat badminton court flat tu. mungkin under KEMAS kawasan flat tu. yg aku tak menahan tu MC diorg tu.await ckp cam nak mkn org je... sure bebudak yg joint tu serammm jek bunyi mc dia tuh. hehehe...
apa diorg buat tu umi??
sukaneka la mirul... abg tu dah kalah dah.. :P

Tak lama kendian kitorg pun chow ke destinasi kedua. mane lagik klau bukan umah nenek mirul hehehe... (hajat dihati nak pi shopping, tapi... tak larat lah. lagipun stroller tak bawak:( ) kat umah nenek mirul aku melepak la sbb mirul dah ramai org nak tgkkan. ekekekee... nie kes mengelat la nih. tapi mmg btol pun.. aku mengah sungguh la sejak dua menjak nie. Itupun klau kat umah kekejap abah dia suh buat itu ini, sume aku buat dlm kadar yg amat la slow melow nyer.. huhu..napas dah pendek dahhhh.. :D

mirul nie ada penyakit.. klau pi umah nenek dia susah sgt nak tido petang. aku plak dah ready bwk pelampung n bola pool dia. dgn harapan biar dia mandi kolam n pastu leh tido ngan nyenyaknyer..tehehehe...

Tgk la ape kemende la yg dia buat tuh:

Sessi "mengemas" rumah nenek. buh la lagi bebenda atas meja dia leh capai.. mmg selamatttt.

Best! Best!

He eh.. dia amik gambar kita la!

Mandi kolam. tapi sibuk nak men air yg turun dr paip air tuh. ape kekdahnyer tu mirul oiii...

Mane pale gue??? kak meghah... pasan tak baju ku itu sama ngan sape?? harus tak ku pakai baju nie round jln riong tau. wakakaka...

Lepas mandi.... apa lagik... pakai baju, makan, susu, tidoooooooooooooooooooo..............

Susah sgt nak pakai baju suar budak nie. men kekejar lagi ado kekadang.

Terbongkang iye tido.. iskh..iskh..iskh...

Aku nak melayan tido.. tpai nak melayan borak jugak. adeh.. udahnyer simpan je la niat nak tido tu.. mkn tghri dulu pastu borak ngan adik badik aku. mau dlm pada tu 2 kali mirul bangun. dia nie mcm abah dia. klau bukan tempat biasa dia tido sure seksa nak tidokan dia. asik la.. duduk pastu merengek.. cian dia.. lagi satu... bilik tu kipas siling rosak. udahnyer pakai kipas berdiri kaki tinggi tu. itu pun dia takut!!! ape la anak bujang sorg nie... penakut tahap gaban. padehal dah selalu dtg. itu jugak yg dia seram tak sudah. iskh iskh iskh...

Ptg dlm kul 4 lebih mak aku angkut mil aku pi pasar. hehehe.. dilah la aku paksa bawak keta bawakkan mak2 sekelian ke pasar. bukan cari ape pong, carik kepok ngan tgk2 buah2an. mmg byk gile cempedak kat pasar borong tu cuma aku je dah tak lalu nak mkn dah.. durian takpe.. ngehehehehee....

Lepas asar baru gerak balik subang. dah hujan dah masa tu. tapi kamiorg singgah melawati beli brg mkn mlm. singgah pasar mlm pun iye beli sate pun iye.

Kat pasar mlm tu mak je yg pi sbb hujan. malas nak angkut mirul. kang kena dukung pengsan gue. tehehe.. udahnyer aku bersantai kepenatan ngan mirul dlm keta. apa dia sempat buat dlm keta?? amirul poh poh plak..... abis air masak utk aku minum jadi air cuci mirul . ekekeke.... klau abah mirul ada sure panjangggggggggg bebel dia.. ekekeke.. sib mirul baik la nih. :D

Pastu beli sate pulak... adeh... aku ingat aku yg lambat sampai.. rupanyer org sate nie lagi lambat sampai... kul 7 baru dia dtg. sib bek arang sume dah ada org siapkan. klau tidak... mau kamiorg magrib tgh hway. huhu...

Nape lambat sgt sampainyer Yunos?


Byk keja kat umah nak kena settle la makcik. sib bek makcik mai airinie.. klau esok..saya balik kg. pergggggggh... rezeki mak la arinie.. :D

Posing sat. aku dah flat dah nie.. tapi nak gak amik gambo sdri. ekeke..

kul 8 dah sampai. abah mirul plak dah ada kat umah dgn muka ala2... asam jawa dan gula yg serata je nmpknyer. :p (korang dpt agak tak rupa dia cemane sbb aku pun takleh bygkan. wakakaka...)
Rupanya semalam baru dia ckp... dia rasa nak demam. lerrrrrrrrrrrrrrrrrr....aku ingat aku salah sbb balik lewat. rupanyer dia nak demam. padan la sonyappppp jek. takpe la encik... saya udah bisa gituh. :D.

Mlm... penat sungguh.. tapi aku leh siap tgk abis cerekarama GADIS MELAYU tuh...jrg layan cerekarama tapi mlm tu terrajin plak nengok tb. adeh... masaelah2...

Hari Ahad...

Hari nie abg ipau kat ampang mai. anak dia nak tido rumah. Sonok la mirul sbb ada geng. hehe.. TAPI,, ada tapi nyer... org tu dtg je.. meraung mcm tak penah nengok org. truk tol. ingatkan dia dah ok. rupanyer penyakit takut org tu tak ilang lagik. iskh.... lepas bbrp jam baru ok. pagi senin nie.. pepagi lagik dah jejerit. sonok la tuh sbb ada kawan jerit. huhu..

Haaaaaa... ari nie jugak aku masah bubur cha cha. bahan2 nyer diperolehi dr.. Chemah catering. akakakaka.. kan semalam pi umah mak aku.. aku dah nak balik dia pulak balik dr pasar siap beli bhn2 nak buat bubur tuh. mane la nyompek mak oii.. kang big2 bos kat umah tu kelaparan kang.. kamiorg gak yg susah. lelagi aku nak drive mlm? mau pjg syarahan menantumak ituh. huhu..

Sedap gak aku masak tapi keledek tu ada lembik ckit. huhu.. keledek merah. lupa plak. Aku pi la rebus lelama.. mmg lembik sungguh la dia. huhu. tapi sib bek ada org mai umah. tinggal suku je lagik. ingat nak bawak pi opis tapi cam malas la nak mkn. erm... bekal roti lagi sedap kot. tehehhe...

Kesudahannyer... mkn roti telur lunch arinie... mls ooo nak kuar. takde kawan. huhu...

Friday, August 17, 2007

Nikmat Kasih Sayang

Sekadar berkongsi ilmu dr e-mail yg saya perolehi..


Assalamualaikum,

Salam Sejahtera Selamanya Allah Anugerahkan. ..!!

Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang
kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara. Ada-ada
saja aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenai
tanggungjawab kamilah.

Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun
saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada
juga rasa tersinggung dengan keceluparannya.

Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan
merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut'
dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dan
suami dibuatnya.

Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlu
menggunakan idea logik untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala
menggelikan hati - hujah seorang anak kecil yang jujur dan bersih.

Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta maaf
apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan
minta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurna
beberapa ketika kemudian.

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai
solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami
saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan
dibawa.

Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung.

"Dah sembahyang?" suami saya bertanya.>

"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup
mukanya.

"Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran.

Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Tak
apalah..

Adik boleh usaha lagi."

"Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah dan
mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar tak
pandai."

"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba
memujuk dengan suara lembut.

"Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik
masih menyembunyikan mukanya.

"Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang
ajalah!" saya menyampuk.

"Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!"

"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha."

" Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!"

"Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni."

"Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macam
bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."

Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya.
Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan
kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus
berbisik.

"Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkata
perlahan.

"Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perut
mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara
sambil menangis teresak-esak.

Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika.
Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah
seperti mencampurkan 2 dengan 2.

Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?"
saya bertanya.

Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang takdir dan
nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar
lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya
mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram.


"Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya
mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam
mukanya ke ribaan, menyesal agaknya.

"Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut
mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar
Kasih- Sayang ," kata saya.

Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan dapat
memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara.

"Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah Tuhan
kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik juga
begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan
memahaminya.

"Kerana Kasih- Sayang lah Adik lahir dan kerana Kasih- Sayang juga kami
menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan Kasih- Sayang
Adik tak besar dengan duit!"

Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air
mata saya mengalir.... . Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami
tersenyum.

"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau.
Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.

Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan
ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam.
Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya
meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu...
- terharu sungguh..... ..!!

Begitulah indahnya dan hebatnya Kasih- Sayang sehinggakan dalam hadis
Qudsi,

Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad,
kalau tidak kerana Kasih- Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Dunia
ini......."

Manusia yang hidup tanpa Kasih- Sayang ibarat makan nasi tanpa kuah
dan lauk

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku
sanggup keNerakamu.. ......., kami lah hamba yang mengharap belas
darimu ......., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang
bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua
umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia "

Anak2 sekarang terlalu bijak berkata2 hingga ibu bapa perlu belajar menanganinya. :)

Thursday, August 16, 2007

Khamis dah!

Sekejap je kan dah sampai ari kamis. pastu jumaat. pastu cutiiiiii.... horayyy!!

Sonok ke bila hujung minggu nie dtg? selalunya sonok sbb masa tu la boleh melepak ngan ahli keluarga. Tapi.... selalunyer mcm tak cukup je dua hari tu. mcm2 hal nak buat kan? huhu..

Nak buat cemane... diberi cuti hujung minggu 4 hari lom tentu puas ati selagi namanya bercuti... selagi tu takkan puas.

Nak cerita apa sebenarnya?

Amirul?... alhamdulillah dah ok dah dia. cuma ada gak la benjol kat pale dia. mlm keja aku duk tuam kepala dia ngan air panas. dia plak men kejar2. ingat org duk memain ngan dia.. hadey.. lotih umi nak ngejar la mirulll... Nyayi pun dah tak larat nak jerit2 sbb tgn dia tu. skang dah pandai main on off tv pulak dah.... haiyooo.... kita la pulak sakan duk tarik tgn dia. erm... tahan ke tuh? seminit je kot. pastu dia buat lagi. iskh... dak kenit nie...

Dua tiga hari nie aku bagi dia mkn biskut pegang sendiri. boleh dah la masuk mulut sendiri. tapi... bahaya gak. abis dia jumpa benda tabur2 atas lantai dia nak masuk mulut. kes pulak nak ngelak dia buat lagi.

Sebelum nie dah byk kali ajar dah suh mkn sdri.. tapi mirul nie tgn dia tak mau buka. dia duk ramas mknn tu sampai hancur. pastu nak sua ke mulut penumbuk dia. bukan mknn tu. huhu.. udahnyer... bagi suap je la. klau selalu sgt suruh dia pegang mmg bertabur je mknn. di cuma reti pegang botol susu dia je. itu pun loose. bila dah jatuh tu mula la merengek. hadey... manja sgt la dia nih. tapi... ada tapi lak tu.. klau abah dia around pandai plak dikari tu :p (kes takut abah dia besar biji mata la tuh ekekeke)

Semalam... mcm biasa.. kalau aku balik kerja dia mesti tgk kat sliding door. pastu jerit. bukan panggil umi ke apa ke. pakai bahasa dia je. ajar selalu pun lain kita suh dia sebut lain g dia sebut. panggilan utk semua org adalah piawai. wpun dia tau tu nenek, atuk abah or umi dia. hahahaa... sbb dia kecik lagi ke? setahun 3 bulan. wat do u espek.? tehehee...

Semalam jugak aku kat dapur duk pangge2 nama dia.. apa dia buat? melepak kat tangga rumah. anak tangga ke 3 tuu.... klau terjatuh kan ke sakit gak. bila aku tgk dia kat situ siap leh sengih2 sambey tepuk2 tempat sebelah cam ajak kita joint dia plak. ade ke?? mcm2 kes ko nie mirul. iskh.. tak senang nak nengok ke manja lara(kata nyanyi dia ;p)

Semalam mkn apa malam? aku nak mkn sgt steak tapi aku beli kfc pulak. huhu... sbb.. dr last week nak mkn keja nangguh kan pencarian je. udahnyer balik keja semalam beli je la drive thru yg dekat ngan umah tu. tghri nie pun sambung mkn lagik balen semalam. boley>? (gila mkn ayam plak kali nie. huhu...)

Takde apa pun aku nak cerita ari nie.. cuma merapu sambil2 tgk ikan kerapu dlm buku. ;d.

ps- bos tak masuk2 office since dia masuk spital last week. rasa nak ngelupur pun ada coz byk benda terbengkalai. do wh!

Tuesday, August 14, 2007

Nape La Nakal Sangat...

Bangun pagi.. gosok gigi.. cuci muka... pergi mandi...
hehehehe... betul ke lagu tu? aku pun tak ingat dah. selalu klau mandikan mirul pun half way je nyanyi sbb tak ingat dah yg belakang2 nye.

Pagi nie.. bangun2 je takleh diri tegak. Sakit nye pinggang nie... iskh.. tapi bukan sepjng masa.. dia ada posisi yg tersalah pose je sakit la dia. huhu... cakit ooo...

Tak sangka jugak 2nd pregnancy nie lagi mencabar dr yg 1st. klau dulu kejang kaki bila dah masuk 8 bulan baru terasa but la nie... baru 4-5 bulan aritu dah kejang2 kaki. Siap senak bagai perut nie. mungkin sbb byk benda kena setel kot kat rumah n skang nie pun aku dah drive sendiri.. antara penyebab2 kot. erm... takpa la.. tawakal moga semuanya dipermudahkan olehNya.. amin...

Semalam................. ada dak kenit jatuh katil lagik. aduh.......... bape kali dah aku tarik kaki dia ngan jerit ke dia jgn naik katil tapi.... kali nie babas jugak. baru je pusing badan nak masuk baju dlm kabinet aku tgk dia dah naik siap berdiri lagik. tgh aku nak kejar ke dia utk elak dia lompat... gedebuk!. jatuh. aduh...klau bawah tu ada kapet ke ok lagik. nie buta2 jatuh ke lantai. kepala lagi yg kena. meraung la dia lepas magrib tu. Risau aku nape la lasak sgt sikenit nie. iskh...ikutkan dia lasak tak la lasak memanjat apa ke.. tapi tgn dia tu..dia nak amik baju yg aku dah lipat kat atas katil. nak wat apa??? nak kembur balik la..aku nak wat keja lelaju mmg payah la sbb perut nie sengal je. klau tak... sume keja setel sebelum dia kacau. huhu..

sudahnyer.... merah gak pale dia kesan hentakan tu.. tapi bila dah tuam tu kurang la ckit. aku plak yg nangis bila abah dia ty camne leh jadi gitu. huhuhu....

Ikutkan klau org jaga la leh jadi gini. ini... aku mak dia plak yg jaga dia leh mcm2 jadik. sokmo jatuh. Klau aku wat jurnal bape kali anak aku jatuh masa dgn aku mau cover to cover ceritanyer. huhu...

Pasnie jgn la jatuh lagi ya amirul.... sengal perut umie nie nak bawak sambil nak ngejar kan dia huhu....


Gambar selingan nie masa mak aku amik katering buat nasi tomato last week. Pastu adik aku nie plak nak pi CM beli brg opis . dia malas nak mkn kat opis dia sbb takut lambat hantar la mknn ke aku dan sambil tu lunch sekali ngan aku.

Alhamdulillah.. rezeki2.. sedap mak masak ek mak.. tapi ala2 masin tu mesti ade. teheehe...


Cantik sungguh souvenir dr Cameron Highland ini. Nie adik aku yg kat atas tu la bawak mak n adik badik ku ke sana atas company trip dia. kakak aku bersungguh nak nganto. padehal aku kabo weekend kan aku balik. nenanti la amik. tak pong, masak kan utk aku jek. muehehehe....

Tgk la.. nnt mlm nak rebus jagung tu. cam sedap jek. malam tadi dah gagal sbb sikenit jatuh. malam nie kot ok ckit.

ada org tu mkn stoberi ngan honey la dia... erm....nanti aku mkn stobery cecah kopi plak ek. hahaha...