Tuesday, May 6, 2008

Gambar lagi...




Siri Pintu Hidayah - friday, rtm1

Last 2 weeks aku tgk citer nie kat tv1, tajuknya tukang kebun dan majikan yg kedekut.
biasa la.. citer nie ending dia mesti insaf dan yg bakhil jadi pemurah.
yg menjadi kemusyikilan aku...kalau diorg kat indonesia, yg sakit memang kena kuar duit bayar perubatan dulu baru doc entertain ke???
bukan ke apa2 pun, kemanusiaan diutamakan? aku paham kalau hospital tu private, sure dia suh bayar dulu kan.. tapi .. kalau kita yg kurang berkemampuan pasti ke spital gomen, gitu kan...
erm.. kekadang tak faham aku citer2 indonesia nie.. kalau miskin, miskin sgt, pastu kalau nampak duit mcm apa shj di suruh buat, pasti diorg buat. erm.. ikutkan tak la semua org macam tu.. tapi.... kalau setiap kali dihujani dgn situasi yg sama, sampai mentaliti rakyat sini, (means aku jugak..) selalu pk... 'agaknya.. mmg mcm nie diorg kat sana'.
kalau nak buat drama or telenovela tu biarla logik jugak.. nie kalau nak dijadikan watak tu bodoh jadi amat bodoh sangat pun payah gak. kekadang macam tak kuasa nak nengok citer dr seberang. tapi... itu je yg terhidang kat tv mesia nie.. layan kan jek.. wpun mulut tak abis mengomel. :D
~ikutkan citer org mesia pun sama jek... tapi sesejak pengaruh luar masuk, byk gak cerita2 yg kurang logik gini diorg buat utk tatapan penonton especially yg ala2 telenovela~
apa2 pun..kita yg wajar memilih yg mana perlu n elok di tonton. :D

Friday, May 2, 2008

Vaksin

Dr ckp la nie rotavirus ada vaksinnya. tapi sebaiknya di ambil sebelum jangkitan berlaku.

disebabkan anak2 sekarang ramai di hantar ke nursery, selain bertawakal, doc sarankan ambil la vaksin yg boleh mencegah anak dr kena penyakit2 yg membawa maut. rotavirus pun salah satu penyakit yg membawa maut. di US sendiri menyatakan, hampir kesemua kanak2 dibawah 5 tahun akan mengalami rotavirus. Sedihnya la aku dgr pernyataan ini. nmpk sgt kediaman kita dah kurang selamat.

tapi..satu je la... vaksin nie agak expensive juga lah. sama la nie dgn vaksin phenomococal la kot nie...

mirul mmg amik phenomococal tapi aris, cuma ambil basic vaksin shj.Kalau ikutkan, once anak pi nursery, better segala jenis vaksin di beri sbb kanak2 blum ada sistem imunisasi yg kuat. so, nak tak nak diorg mudah terdedah kepada apa jenis jangkitan. kesian kan anak2 yg duk kat nursery?

harap2 lepas nie tak la jadi perkara2 merunsingkan kami sekeluarga lagi. (wpun cuak nak hantar anak ke nursery but, what else can we do??? no choice n no other plan to go... tawakal sahaja)

Makanan Pejal

26/4/08

jumpa doc kat klinik utk injek aris 5 bulan. aku suka pi klinik nie sbb doc nie jugak yg cek aku masa maternity dulu. sebenonyer dia keja kat LPPKN, tapi lepas office hour dia buat part time kat klinik aku selalu pegi nie. selalu gak aku baca artikel dia dlm paper pasal ibu n anak nie sbb dia mmg pakar perbidanan dan selalu beri ceramah kat luar. kalau nak tau, nama doc nie dr hamizah. binti apa, lupa plak nak cek. :D

masa aku baru2 kawen dulu ada doc nie bukak klinik utk sambut kelahiran, tapi pelik gak tak lama kendian dia tutup klinik tu. aku tau lokasi dia tapi lepas bbrp tahun tutup pulak. tak pulak aku tertanya kenapa. tapi..salah sorg patient yg aku jumpa penah la bersalin dan doc hamizah sambut anak dia. tapi la nie, lepas bbrp tahun n dia pregnant masa aku borak nie, kena gak la dia cari alternatif ke spital n doc lain. tapi cara dia bercerita tu mcm dia ralat gak la, bukan doc hamizah yg bakal sambu bb dia. huhuhu..

kalau aku pun nak dia je yg sambut sbb lagi senang. aku pun dah tau dia camna n dia pun dah biasa dgn patient dia. asal takde komplikasi, then dia kata ok je... melain ada problem, then dia suggest pi spital yg dipercayai.

amirul aku nak pi sunway dgn doc noraini. dan aku suka juga dgn doc nooraini nie. cuma caj sana je mcm boleh biaya 2 kelahiran anak berbanding 1 anak kat spital swasta lain. kopak ooo...

udahnya, aris aku mintak doc suggest, n kitorg go for Dr siti kat SMC. kawan doc hamizah gak.
tapi.. doc siti nie agak kasar la kalau buat keja. tapi.. depends la kan pada individu. sbb aku dah kena dgn doc yg agak lembut, suddenly kena ke dia mmg terkujat ckit la... tapi alhamdulillah..aris selamat gak dia sambut tanpa sebarang komplikasi...

eh..aku citer apa nie ek??? lari topik jauh gile nih!! hahaha....

sebenarnya nak kabo berat aris dah naik 7.8 kg hari nie... alhamdulillah..selera dah ada. doc ty apa dia mkn? aku ckp susu je. suma sehari sekali tghri aku bg mkn masuk dlm susu. itupun sesudu. surprise gak doc tgk body aris tuh. :D

doc ckp 4 bulan dah boleh kasi dia mkn dah. tapi nestum yg halus tula... bancuh cair2 dan beri dia mkn pakai sudu. biar dia latih rahang dia utk makan...

owh. pulak........... dia pun ckp, mmg la doc galakkan beri mkn after 6 months, tapi kalo dah sehari 8-10 kali nak susu, better bagi dia mkn.bila dia asyik nak susu, means dia dah lapar nak mkn la pulak.. erm... masa mirul aku tak jumpa dia so, tak tau la...

so skang nie kiranya aku leh bg aris mam la... hehehehe... bestnyer...

dannnnnnnn.... petang tu jugak aku kasi aris dinner yg ke tama. mknn pejal nya yg pertama. wheat with milk. (doc kata nasi blend boleh beri dia after 6 months, so skang beri dia nestum dulu which is extra soft utk usus dia berkenal2an)

wahhhhhhh....anak umie dah mam.! abg dia plak bz body nak celup tgn dlm air masak adik dia. aku nak suap pandai plak lari. padehal dia pun mkn. tapi masuk botol. tak boleh jalan la mirul nie :D

owh iya.. aris nie skang takleh di tinggal. mau dia sembam muka dia kat lantai. kalau berguling dr hujung tilam ke hujung tilam peginya dia. nak angkat punggung tapi still tak dpt. cemane nak angkat tu aris??...badan awak semangat la.. hehehehe....

Thursday, May 1, 2008

Aris part 5 (final)

13-14/4/2008

masih sama. perubahan yg perlahan. alhamdulillah demam berkurangan dan tak muntah lg. cuma cirit je ada. aris masih aktif.

amirul plak taknak minum susu sbb jeran muntah malam kelmarin. 1st night tido ngan kitorg, dia muntah lepas minum susu. dia lapar sgt dan mintak susu. aku buat tapi tak lama kendian dia muntah. mmg abis la cadar segala bagai... huhu...kesian mirul makin kering bdn dia aku tgk. yg lalu pun vitagen ngan milo shj. susu mmg dia tolak lgsg. mkn?? di nie lagi payah mkn. nasi takmo langsung.

mmg menahan lapar dlm jeran. huhu...

15/4/2008

jumpa doc follow up utk aris.berat aris turun 6.88 kg.

aris masih tak berubah n doc bagi ubat lain. yg mana beri kuman yg melawan virus nie. aduh... mcm2 ubat aris minum sampai dia dah pandai. asal letak kat mulut je sure dia keeeemmammm gusi dia. takmo bukak dah sbb dia tau benda tu ubat. heheh... tapi seb baik ubat baru doc beri tu dia mkn. manis agaknya.

16/4/2008

aku mcm tak larat nak duk subang. mintak ngan abah dia nak tukar angin. mana tau aris boleh baik. masa hari nie aris takde perubahan pun. masuk susu tak lama kendian sure yak. wpun qtty ckit tapi tgk pada najis, still tak baik lagi.keadaan najis tu memberitahu aku yg virus still wujud dlm perut dia.

mlm tu jugak abah hantar aku balik selayang. mirul blur2 je. dekat kul 1 baru dia tido. mungkin pelik nape kena tido kat umah nenek.

alhamdulillah, aris mlm tu tak yak pun. mungkn nak baik dah kot.. amin...

17-19/4/2008

Aris makin pulih. mirul pun dah berselera nak menyusu. even mkn pun dah lalu. apa depan mata suma dia mkn wpun tak abis. atleast ada jugak perubahan berlaku bila kita nak tukar angin nie...

Sabtu abah ambik n kitorg balik subang. abah pun outsation dr jumaat, so, takla ralat sgt tinggalkan dia kat rumah.


sekarang.........

alhamdulillah.... syukur sangat2... aris dah pulih dr cirit. mirul pun dah ok dan dah mula minum susu dan mkn mcm biasa.

22/4 pi jumpa doc, katanya aris dah sihat. tapi susu doc suh maintain pakai FL sampai atleast 6 minggu. tapi kalau rasa dah ok, boleh cuba campur dgn susu asal.

berat aris dah naik 7.11 kg. syukur... aris dah baik... amin...


lepas nie aris boleh injek 5 bulan lah. :D