Monday, February 8, 2010

Bersih Nya Lahai

hari nie kemuncak sumber bekalan air kat rumah adalah sangat2 teruk!

mane taknya... dua bulan kebelakangan nie air mcm tak semenggah.
sekejap kuning sekejap putih. tapi kalau putih, bau klorin adoiii... mcm nak klorok kain la pulak.

tapi hari ni, kuning nya dah tahap karat dah. dah rupa air parit kat umah mak long aku kat tanjung karang tu ha!

kalau kat sana masih waras lagi la kan sebab air tu ke bendang n kekadang je dedolu kitorg berkubang dalam tu.
tapi sesejak dah besar remaja, idok la wat keja gituew.

kalau air sana utk bekalan bendang, air kat rumah utk bekalan siapa pulak?? haru betul.

bila bukak je air dalam bilik air, waduh...saya yg nak mandi pun suspen. abis berkarat2 dinding bilik air. harap2 esok ok la gamaknya.

towards midnight mcm ada perubahan jugak la. tapi geram la tak rereti nak kabo kat penduduk je en syabas nih! pastu tetiba plak air slow pepetang tadi.

bila air dah tukar kaler, dan2 saya tipon diorg. ada la reply call dr pekerja site katanya tukar ke bersih kan mende tah. dua kali gak saya suruh dia ulang. tapi cam tetap tak clear apa dia ckp. ok la tu, janji lepas nie kualiti air baik la hendaknya. kalau still teruk, ada yg kena jawab call saya hari2 kang!

nampaknya saya perlu pilih penapis air secepat mungkin. murah dah reliable. ada ke?? teheheh...

Thursday, February 4, 2010

Home Made Fishball


resepi mil


saya tak bape gemar makan ready made fishball melain terpaksa buh dlm mee, baru la saya guna.

kalau masak, rela buh sayur ngan tauhu telor lagi sedap.

tapi yang nie gerenti tak rugi cuba sebab 100% buat sendiri n 100% ikan semata.


nak cuba?

amik tau resepi...

bahan2 fishball:
ikan tenggiri batang sederhana besar (korek dan amik isinya)
satu sudu kecil tepung jagung
air 3 sudu besar (utk bancuh tepung jagung)
garam secukupnya
pilihan:
sedikit daun sup+cili merah
sedikit lada hitam

cara2:
dah ambil isi ikan - blend/tumbuk hingga lumat (ikan nie lembut, so, tak yah nak blend beriya2 or tumbuk cam nak rak. asal ilang ketul ok dah) - saya mmg tumbuk sahaja. :)

dah lumat, masukkan garam+bancuhan tepung jagung bersama2 bahan2 pilihan di atas.

kacau rata dan bentukkan bebola. pakai sudu pun ok. tapi mil ajar pakai genggaman kita dan keluarkan bebola tu in between jari telunjuk n ibu jari. paham tak? hehe..nnt saya amik gambo tunjukkan ek..

lepas tu leh terus campak dalam sup yang telah didihkan.

resepi sup??

er... saya nie di ajar oleh mil, jadi resepinya sgt ringkas.

bawang putih+halia+bawang merah.
tumis dan masukkan air.
pastu, tauhu tu leh gak disumbat isi ikan kalau suka.
lelain sayur tu, idea saya sebab malas nak tambah lauk lain. hahaha!

cuba lah. makan menjilat jari.. :)



nie pun dah makan masa nak buat. baikla saya buh segala sayur dalam tu.. ok kan?? ngehehehehe!

Wednesday, February 3, 2010

Slanting

tak semua orang tau apa maksud slanting kan??

saya tau pun sebab masa dedolu kakak saya rajin beno joint memende alah bertanding menari tarian tradisional tuh, selalu ada macam pergerakan termasuk 'pose' n kedudukan yang berubah2.

salah satunya adalah slanting. atau lain maksud menyerong atau separa 'V'.

hahaha! pepandai je kan?

ikutkan kalau mengikut kamus dewan, maksudnya adalah menyerong, menyenget ataupun condong.



serupa tak ngan gambar kat atas???!!

tulah anak bujang no 2 saya nyusun selipar kamiorang depan pintu aritu... ada la dua tiga hari dia nyusun camtu.

pandai2... tah sape ngajar tah... :D

Mandom!

Masa kerja nak bercuti pun tak boleh

Dah tak keja pun tak dapat bercuti jugak???

hai....

sekarang alasan kerja

esok lusa alasan bajet

lepas 4 tahun??? anak dah sekolah.

ala2 maid tak bergaji ler haku nie!!

Tuesday, February 2, 2010

Senyap

Kenapa senyap ek??

owh.. angin malas nak berblog dah mai.

lagipun saya nak abiskan baca novel yg di kapur dari umah mak saya 2-3 minggu lepas. huhuhu...

satu novel 'setahun' nak abis. terukkan???