Wednesday, May 30, 2007

4.7.7

nombor apa tu?
sebenonyer tarikh nie aku tunggu gak la.
apa yg ada? haaaaaaa... tgk la bawah nie...



I am not a big fans of cartoon or anime but still admire this.
>THE TRANSFORMERS<
Hahaha.. sure korang tak pecaya kan. tapi klau kartun pasal robot2 nie mmg aku minat. lebih minat dr anime yg duk lawan2 tuh. huhu..
ni citer fews years back la.. masa zaman muda2 remaja.. ngeheheeh..tapi klau ada masa aku mmg suka tgk kartun2 gini. cuma sekarang je kurang menonton sbb selalu clash ngan abah mirul yg sibuk nak men game ps2 dia.. ciess...
Apa2 pun aku mmg tunggu movie nie kuar. paling2 pun aku layan Cd kot. nak pi cinema? huhu.... mimpi disiang hari la aku... hadey...

Apa lagi kengkawan... jgn lupa tonton TRANSFORMERS de' MOVIE this coming JULY 2007.

Monday, May 28, 2007

Cerita Hari Ini

Weekend baru nie bertapa kat rumah je. Sebabnya? amirul kena DEMAM CAMPAK!! Alahai... padanla badan dia panas sungguh. rupanya nak demam campak. kesian dia kekecik lagi dah kena.tapi alhamdulillah kena campak. klau chicken pox naya aku ngan abah dia. huhu.. aku dah la gini. wpun doc kata antibodi kuat klau nak kena tu kena jugak. huhu..

Tak bawa pi klinik pun. cuma makan ubat demam aritu dengan mandi ngan minum air kelapa. itupun seksa nak beri dia minum air kelapa. air yg dia tak penah minum la katakan. pagi nie aku tgk dah ok ckit. merah2 kat muka pun dah surut. tapi tak tau la klau tghri nnt panas mula la dia naik balik.

Semalam pun nenek amirul ngan makcik kat selayang datang. sebenanya balik dr tjg karang coz ada kenduri tahlil ngan arwah pak long aku buat.so balik tu singgah la umah. tgk mirul pun iye, hantarkan mknn mirul pun iye. hehhe..apa mknn mirul tu? kepok kacang dal peberet dia lah. mkn tu leh tak toleh kiri kanan lagik. huhu...mcm2 hal sikenit tu.

Pagi nie hujan lebat gile sepanjang jalan nak pi office. erm.. harap2 hujan nie berenti la lunch time. kang tak pepasal kena bawak keta pulak nak pi cari mkn nnt. huhu..

Kepada yg baca blog aku pagi nie... SELAMAT HARI ISNIN>>> sesapa yg dah dpt gaji tu senyum la pepagi nie. jgn memasam plak. kang rezeki tak masyukk... hehe.. :)

Saturday, May 26, 2007

Insaf nya....

Aku dapat nie dr e - mail yg di forwardkan menerusi satu laman kesihatan yg aku join. korang bacalah.. moga2 jadi iktibar buat kita semua... :)

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun
kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit
jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan
disegani di kampung beliau.
Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara
menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri
Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil
merungut-rungut.


Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara
Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau
merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya
membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada
arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun
sampai.


Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan
merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil
bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar
jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya
ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka
milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan
anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya
bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham
sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam
perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping
itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan
kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.


Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil
waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut
dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang
anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang
bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya

diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli
perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan
anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama
rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak
saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak
perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15
ekar

seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya
diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak,
dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk
menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin
lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta
mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah
dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah
surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.
Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik
lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar
dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras
kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah
proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang
digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan
satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu
banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling
berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun
pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa
sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar
rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum
anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak
pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia
mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."


"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas
seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang
sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis
faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa
berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan
apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna
kepada kita sebagai umat Islam

-she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-



25/5/2007

Penat dan pening. 2 ayat yg aku rasa dah jadi bestfriend aku sesejak dua tiga bulan nie. Bukan tak nak mkn tapi takda selera. bukan takmo amik supplement food tapi tak berani takut keluar balik. kan ke rugi namanya tu.. huhu...

Tapi itu la.. aku mmg takda selera langsung nak mkn. no wonder last week check up doc kata low Bp. hehe.. Semalam aku pi beli mknn je sbb mak mertua aku dah kepenatan jaga si kenit tu. Amirul pulak merengek sesaja. takmo berenggang dgn org langsung sbb dia still demam lagi. aku nie risau gak sbb panas badan dia makin menjadi pulak.lepas mkn semalam aku pun apa lagi... jalan kan tugas masukkan ubat thru du*** dia. sib bek dia dah ala2 mamai nak tido. jadi takla dia terkejut. tapi... dia tido malam tu pulak mcm ketakutan. tak tau kenapa. mcm asyik sentak2 badan pulak. iskh.. nak kata semut ke .. dah kibas dah cadar. nak kata nyamuk dah pasang ubat nyamuk dah. tapi alhamdulillah dia banyak merengek dalam tido but suhu panas badan dia dah turun n aku leh ckp zero. dah tukar sejuk pulak badan dia. apa lagi.. keja aku duk selimutkan dia pulak takut dia sejuk. dlm erti kata lain tido aku mmg terganggu sungguh la. every hour aku akan sedar n no wonder i am so sleepy 2day. huhu. bukan sleepy jek, cakit pale pun iye gak. huhu.

Tapi takpa la.. janji mirul cepat sembuh. pagi nie lagi sekali dia bangun lewat. aku nak bawak dia turun kul 7.30 pun dia still tido lagi. sekali dah kena angkat apa lagi... buntang la mata dia. dahhh satu kes plak.. takmo letak. huhu...demam lagi kot dia. even badan dah tak panas tapi...sejuk badan dia pulak len macam. mcm demam panas sejuk pulak jadinya. erm...harap2 arinie dia tak wat perangai lagi kat rumah. kesian gak ngan parent aku tuh. langsung takleh wat benda lain. kena ngadap dia je. lagi satu.. truk gak temper sorang nie. ngalah budak besau.

Pagi nie je aku marah dia sbb dia duk kacau nenek subang dia nak minum. dia sibuk nak minum jugak padehal dia baru je lepas mkn. sudu yg dia pegang tu trus dia baling ke belakang. protes ler tuh. iskh... apa aku ckp kat mirul, 'angin la mirul.. ko tak tengok lagi angin abah kau' hehehe... mcm la dia paham. tapi next few months kena ajar gak sikenit nie kontrol temper dia.. klau tak.. bbtul anak abah la nie.. huhu..tambah caket pale aku kang. huhu..

Sekian utk pagi ini. hehe..

Friday, May 25, 2007

Pictures! Pictures!

13/5/07 - close up gambar mirul ngan umi.. hehe.. nak gak inframe..

13/5/07 - amirul dan abah dia.. nak bergerak tu.. takmo diambil gambar.. ciess...

13/5/07 -kek birthday amirul.. mak teh dia yg carikan.. comeykan.. sib bek dia tak amik satu pastu baling.. dah nama bola kan.. hahaha.

13/5/07 - Nie kek utk para ibu dan para2 tetamu yg sama sambut b'day dlm bulan may. salah sorg nyer aku la tu.. hehe.

13/5/07 - dishes of the day. clockwise:kek dr nenek shidah, mee kuning, rendang, kuah kacang, nasi impit, buah anggur, tertutup tu buah betik.

13/5/07 - clockwise:kuah mee rebus, bertutup tu bawang goreng, rencah2 yg lain utk mkn mee rebus dan mee kuning(inframe sekali lagi)

13/5/07 - clockwise: sambal tumis ikan bilis, nasi lemak, yg bertutup tu tak sure satu2 tapi itu ada ikan bilis goreng, kacang tanah, kagkung rebus, telur rebus, timun dan ujung sekali tu sambal tulis sotong.. wallah... mmg sedap mknn ari tuh...

23/5/07 - nie plak.. muka budak demam.. huhu.. cian mirul ek.. susah na nak snap gambar dia nie. ngalah artis. huhu..