Wednesday, March 31, 2010

Anak2...

tu siapa suruh buat?? amirul la tuh. tapi yg nyusun tu dia sendiri. yg atas sekali baru umi dia tolong.


hobi abang dan adik. nak suruh tgk book kita beli utk dia baca??? 2 minit boleh la.. lebihnya, brosure tah apa2 dia suka belek. gambar byk kaler kot. huhuhu...

Tuesday, March 30, 2010

Nak Kata Apa..........

Bila sesuatu yang diharapkan berada di depan mata tetapi tidak diperolehi, sesungguhnya perasaan saya bercampur baur...

Renungi hadis ini...

(1) "Empat perkara sesiapa yang memilikinya adalah dia munafik yang nyata dan sesiapa yang memiliki satu daripadanya dia memiliki satu sifat munafik,
Apabila bercakap dia berbohong,
Apabila diamanahkan dia khianat.
Apabila berjanji dia mungkiri,
Apabila bergaduh dia melampau".

(2) "Nyawa orang mukmin itu tergantung dengan hutangnya, sehingga hutang itu dibayar".


'no hard feelings. sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan!'

Monday, March 29, 2010

Earth Hour

mmg rumah bergelap.

sebab nak kena tidurkan dua hero yg tak rereti diam disiang hari.
sudahnya, umi dia pun terlajak tido sekali. sesedar kol 11 mlm.
aduhaiii... lari jadual.
malam ahad mmg jadual utk iron baju kerja abah yg telah dibasuh.
dedolu baju ku termasuk sekali. rasa sejam tu mmg penatnyer la hai...

sekarang....
setengah jam sudah siap 5 pasang + seluar panjang.. walah!!!

hari ni... siang mmg takleh menggosok sbb dua hero akan sgt sibuk 'menolong' sama.
tadi plak dah keluar ke subang.
sudahnya... esok2 la den gosok.
mcm tak lengkap plak hujung minggu ku kali nie..

Friday, March 26, 2010

Steak Suka Hati


-kesah seorang isteri yg dari kurun ke berapa nak mkn steak tak dapat2, udahnya belasah buat sendiri... kasihan daku-

daging pakai daging beli kat pasar sahaja.
sos lada hitam ikut resepi kak lat.
mashed potato amik dari tenet. boleh di pertimbangkan rasanya.
coleslaw ikut resepi kak lat gak. hahaha!

terover grill daging. standard la... well done. medium macam uncle mirul masak tu tak tertelan gamaknya..

oh iya... amirul adalah sangat taksub dengan King of Grill Mr Robert Rainford tuh!

asal kol 7.30pm, dia la org yg ingat jadual tv dia tuh. tapi yg tak menahan tu, asik la mende tuh dia pi bakar. aku yg nengok pun rasa nak terkeluar anak tekak. tapi, cara dia marinate daging pun takleh nak ikut sgt pun, banyak mende tak halal plus aku sendiri tak penah dgr bahan2 yg dia gunakan. dalam erti kata lain, kat mesia tak friendly ingredients tu.

hahaha! sah2 la umi hang takkan follow mirul oii!!!

owh.. berbalik kepada steak tu... lembut la jugak sbb pakai meat tenderizer ...walauponnnnn... :p

kalau potong mmg senang. tapi amirul insist nak gigit. udahnya dia amik manis daging, sepah di baginya umi dia suh makan. boley?? manyakk cantik muka umi mu!! hahaha!

kesimpulannya, kos murah je walaupun daging agak kontang (manetaknyer, asikla di bakar, dibakar. sib tak rentung. :p), sedap kat tekak sendiri la kot. kalau nak jamu orang, tak berani lagik. oleh itew...

mu je lah yang buat kak lat.. :p... panggil saya makan len kali.. hehehehe...



Thursday, March 25, 2010

Alhamdulillah

Seronok bila dengar anak kawan semakin baik dari eczema.

anaknya sebaya anak saya yang sulung. sikit2 susu dan makanan ruji pun boleh kata susu. apa yang dia ambil??? hanya beri F1 sahaja . alhamdulillah, nampak perubahan dan yang pasti, takla terkeruk2 gatal cam dulu.

kesian kalau anak kena mcm nie. masa mirul kena gatal2 dulu mmg saya takut sgt dia kena benda ni. tapi alhamdulillah, tukar susu, gatal2 pun reda. tapi tak semua berjaya bukan???

tak salah mencuba, yang bagusnya, dari ramai yang beli untuk anak, semua yang mencuba serasi dan anak kembali sihat. mak pulak, leh makan utk sihat dan bonus, berkurangan berat badan....how about that??? menarik teertarik???

terasa ingin mencuba?? hubungi saya :)

-info berkenaan ekzema-

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

dari wikipedia BM

owh...aris adalah sgt taknak makan sekarang ni. yang tak boleh blah adalah, dia tau kalau susu dia ada penambahan rasa lain dari yang asal. adeh....mirul?? masuk F1 lagi laju dia minum... tehehehe...