Friday, April 30, 2010

Talam Suji vs Cheese Cake


Jangan berangan nak suruh saya amik order ek.. sesungguhnya saya masih tak berani dan tak pandai lagi buat dua hidangan ini. setakat makan sendiri tu boleh lagi. tapi... kalau nak suruh buatkan jugak, apa2 kecacatan adalah tidak dipertanggungjawabkan.. :p

rasa?? ok.

presentation??? mmg ko!

abaikan je ler...

talam suji nie mmg kuih yg mak saya terror buat. siap amik order lagik.

bila saya cuba buat.. aduhai... leceh tapi senang bila semua bahan ada.
percubaan berjaya walaupun tang suji agak tawar. kurangkan gula dalam makanan.. :D

cheese cake. owh.. yang nie versi coklat ala kadar.
balen ada sikit. campak je dalam. ada rasa coklat. tapi kaler agak hambar. takpe.. sendiri makan ok jek. :D

kesimpulan.. talam suji, lain taun terasa nak makan, baru leh buat. kalau tak.. mintak mak je lah buatkan... tehehehe!
cheese cake... urmm.. rasa dah byk improve. cuma fizikal dia jek... tak menarik.. kan??

Thursday, April 29, 2010

Dah Submit??

Borang BE kengkawan??

ke pakai e filing?? esok dah last day tau...

saya?? tak buat dah sbb gaji last year tak sampai tahap kena hantar form.

tapi... tetap la ngisi utuk abah pulak... senang je nak ngisinya.. cuma, docs kena lengkap lah.

kalau tak.. antar gitu, bila LHDN minta tunjuk bukti takde kang, kes naya pulak.

lelagi bila cukai terlebih bayar. cepat je depa nak bukti. kan??

Lagi satu, jgn lupa simpan segala rekod dan salinan sekurang2nya 7 tahun dari tahun semasa. lagi bagus, simpan je la sampai bila2. leh jadi bahan sejarah. :D

dedulu saya pernah juga follow mak utk buat susulan bagi dapatkan cukai lebih bayar bagi pihak arwah abah. er... sebenarnya, mmg saya yg banyak buat kerja gini utk pihak mak lelagi bila abah dah takde. sebab saya je paling senang bergerak kot. vrom..vrom.. hiks!

tapi.. lama jugak baru dapat. lepas arwah dah pencen dan dah takde baru la dapat balik duit lebih tuh.

tapi sekarang LHDN makin pantas. lebihan, tak lebih 3 tahun dah boleh dapat balik ..kan??

bagus2... tapi kan...lebihan yg tidak dituntut tu kemana perginya ya??

ni soalan saya sejak saya belajar dulu nih.. siapa nak jawabkan?? :D

ramai gak kawan keja lhdn. tapi... standard la kan.. memasing bz... tak nak la saya call semata2 nak tanya soklan gini. mau merajuk kawan kang.. call semata2 nak tanya benda ginih. :p


Wednesday, April 28, 2010

Pizza

alahai amirul... umi ko nie dah nak termuntah duk ngadap pizza.

dari beli sampai buat, saya dah tak larat nak makan pizza.

tapi kalau buat ke dia, saya dah malas nak masak mende lain. tak pepasal ngan abah2 sekali kena ngap! pizza.

tapi... susah jugak. amirul boleh abis satu bijik pizza saiz piring besar (2 kali makan), tapi aris pulak tak mahu makan pizza. satu potong pun payah. aduhai...


makan carrot je la ek adik... itu je la dia makan banyak. iskh.. iskh.. iskh..



tengok bebaik... ni namanya menggunakan segala apa yang ado... perasan tak sotong tuh?? nie pizza utk mak pak. sotong tu adalah balen sambal sotong kemarin yang saya amik sotongnya, buh dalam pizza. asal leh makan campak jek... :D



makin cun pulak pizza yang telah ku buat.. tehehe.. - merujuk kepada selepas dibakar ya mak teh! :p

teringat dedolu, masa blajar kat bangi, selalu balik ke sana bila dah nak ada kelas. disebabkan dari selayang terus masuk kelas, home made pizza yang mak buatkan pun duduk dalam beg. tak pepasal kengkawan duk tercium2 bau... hahaha! tapi yang kelakonyer.. saya wat dekkkkk jek bila ditanya! sebab apa tau, nie pizza nak makan ngan housemate je..! ekekeke! housemate saya mmg seronok kalau saya balik dari rumah... kita makan besarrr!! :D

Tuesday, April 27, 2010

Recently

Mood masih tak berapa nak kebah.

sebab, last friday kejadian yg sesangat la menakutkan terjadi kat diri sendiri.

ikutkan, takde air, atau black out tu masih saya boleh terima dengan hati terbuka.

tapi kalau sesuatu yang tak sepatutnya berlaku telah berlaku jugak... mmg trauma dibuatnya.

tau tak kat meter box yg tertampal kat depan rumah kita tuh, ada tiga benda alah terlekat?

TNB sediakan,

satu.. meter box. nie mmg see thru lah. kalau karan ada, mmg ada piring akan berputar. bacaan pun refer kat sini.

kedua, yg ditengahnya, kalau rumah biasa cam kita2, sure pakai single phase sahaja kan? kalau office mungkin 3 phase ke bagai.

ketiga, kotak empat segi tepat ni tak sure apa kegunaannya. tapi, baru last friday tau, ini wayar neutral. aduhai... lupa dah. :p

haaaaaaaaaa! benda alah yang ketiga nie lah... pagi jumaat yang permai airtuh, terbakar berasap2... I TELL YOUUU!!

standard la.. saya turun lepas mandi bebudak dan kol 8 mmg timing mirul tengok kartun dia.

bukak tingkap depan, dah tercium benda terbakar. apa benda nya ni ek??? cuak jugak. tapi tak leh pk lagi masa tu. mungkin neber kot ada apa2 hal.

tapi... tak sampai beberapa minit, saya tak puas hati, jengah keluar, menerusi tingkap jugak, cium bau, terus terdongak ke kotak meter TNB tuh.

berdebar dibuatnya, nampak asap dari salah satu box kat luar tuh!

terus tutup bekalan elektrik dalam rumah. kesian mirul lah, tak dapat tgk tv. :p

terus saya call tnb. pantas jugakla tindakan sbb saya call tnb around 8++am, depa datang sebelum pukul 10am.

TETAPI!! dari apa yg dia cakapkan, kotak tu mmg terbakar (mmg ada kesan asap hitam pun pada papan litar meter box tersebut) dah lama. cuma tempoh masa dia makan tu sikit2, sebelum berlaku kebakaran tuh. katanya kat dalam tu longgar. pastu, depa tukar box sahaja. wayar sambungan tu kena panggil electrician sendiri. waduh... berterabur aku heh!

terus call abah bagitau keadaan. ikutkan takmo dia risau, tapi.. sampai kena pangge orang lain, nak tak nak call dia nak tau siapa yang perlu dipanggil. lagipun dia yg ada contact nyer...
tetapi... dia pulak suh call org yg sepatutnya saya simpan nombornya... huwaaaaa!! huru hara beb!

disebabkan tak jumpa contact, tanya la kat org tnb tu, nape diorg takleh provide service yg sekangkang kera tuh. tah apa dia bebel, yang masuk kat tinge saya, mmg kena panggil org luar. depa tukar box sahaja. ceiss!!

tapi... dia tukar box n ikat bagi elok pakai wayar lama yg ada balen tak terbakar, kira boleh pakai temporary la jugak. tapi temporary pun, esok lusa kena panggil dah.

by 11am, saya dapat segala nombor yg perlu dihubungi. beres...tunggu dia mai esok sahaja. means sabtu lah.

baru tenang sikit hati. tapi, dlm temp wayar tu pun, saya sempat jugak basuh kain bagai. tehehehe! sesambil tu, duk la tertengok2 kat box luar tuh. alhamdulillah, semua ok. takde dah asap kepul2 keluar.

tapi..asap dia bukan la kekepul apa pun, ala2 asap org hisap rokok tu je..
yang paling saya kesalkan, kenapa la saya tak alert benda ni dari awal eh??

beberapa hari sebelum tu, mmg saya perasan, lampu akan blinking2 kalau pakai extra elektrik.
contohnya, saya nak gosok baju dan pada masa sama nak buka air cond, ha.. tu jam, macam lampu disko. bling bling belaka lampu.

Mmg abah ada cakap nak tukar main box kat dalam tu jadi dua layer dari satu layer, tapi tak sangka pulak, cepat benar depa mintak 'duit'. :p
bila dah jadi gini, tukar luar, dalam pun tukar sekali lah! mmg melayang la RM. tapi... kurang2, keselamatan kami anak beranak terjamin.

jadi, kalau berlaku kes cam zana nie, baikla kengkawan cek suis box kat luar dan dalam rumah. mane tau, apa2 jadi, leh ambil tindakan awal.

memula ingat, lampu nak mati. rupanya, lain halnya... huhuhu...

owh.. bila apek repair wayar tu mai, dia cakap, org tnb yg biar benda alah kat luar tu longgar. kalau bukan diorg siapa lagi?? sendangkan yg repair jumaat tu kata longgar, dia betulkan pun, tetappp longgar. apehal???

nasib baik la saya duduk kat rumah. perasan jugak. dibuatnya bekerja, peti ais paling koman akan berjalan, tetap la eletrik berjalan... kan??

tu pasal, kalau keluar rumah, make sure sume plug dicabut n even pemanas air pun, baik ditutup terus.

er.. nie pesanan utk my sister juga la kan... teheheh... harap2 masuk otak la jugak iyer... :p
sebab apa tau, rumah mak saya tu, dah bape kali tah, trip, saya sgt bertuah, akan ada kat rumah. kalau tidak.. uish... bahaya oooooooooo!! takut rumah je terbakar.. adeh... menangis dibuatnya..

Diapers lagi!


Total: 38 keping

dikiri = 10 keping sebelah berpelekat, sebelah tiada

di tengah = 8 keping sebelah pelekat sempurna, sebelah lagi ala2 nak tercabut. pelekat dilekat ala kadar.

di kanan = 10 keping yang sempurna. walaupun tak sempurna mana pun...


sakit sungguh hati bila cek sesatu ini keputusannya..