Thursday, February 7, 2013

Kenduri Kahwin

 Pelamin. simple n clean
 Aris!!! mmg perosak gambo skang ni. 

Kenduri Kahwin pertama untuk tahun 2013. Di Dewan Merak Kayangan 19/1/2013. first time masuk. Dan kami jemputan pertama yang datang. boley?? hukhuk.... nasi, lauk semua memang sedap. Cuma kueh mueh je tak dpt amik sbb dah kena sound dgn abahnya. rugi2.. ahahaha! 

abahnya, klau kata dalam kad 11.30am waktu jemputan, mmg dia la yang akan sampai dulu. katanya senang. orang tak ramai lagi, mesti boleh berborak dgn tuan rumah. teraplikasi jika rumah pengantin dekat la. kalau jauh, awal kami keluar. mungkin lewat 1/2 jam je lah dr waktu sepatutnya.. ;)

yang si Aris tu 2 hari tak ke sekolah sbb demam. tapi sbb ada jemputan, paksa makan ubat. kalu tak.. melepek sesaje. masa ni demam dah kebah. tapi batuk je teruk. dah lepas 3 minggu, batuk selsema dia on off. yg harunya, balik sekolah atau ngaji mesti hidung tersoksek-soksek. hai... kekanak.. tak boleh nak cakap apa. redho je la.. :)

Ada sesapa kawen lagi tak?? mcm tekak ni nak mkn nasi org kawen je lah.. ekekeeke!

Thursday, January 31, 2013

Rindu

Masa kecil anak2. sekarang dah besar, sekolah, macam2 perangai. Dah terrnampak ciri2 membengkeng je si amirul ni. ehem2..sape lagi dia ikut kannn... :d.
Si Aris ni tah bila nak membesar pun tak tau lah. drama king dah satu hal. ikut kepala dia je..tapi satu yg dia pandai tepis bila kita marah abang dia, yg si kecik ni akan jadi kekanak yg paling baikkkk dalam masa tu. masa tu je la.. :p

mirul selalu clash gambar dia ke adik. tgk balik, ada bezanya. tapi yg pasti, dedua muka abahnya. adeh...

 Aris

Amirul

Wednesday, January 30, 2013

Hanya Kau Ku Mampu

Tak dpt handphone, dapat pouch pun jadik la...dr hp asyik menyembam lantai tak sudah kan..



Ada la yang membahan kan si atas ni satgi.. :p

Mokcik pun ala2 paksa rela okeh!

Tuesday, January 29, 2013

Tukar Kelas

Dah hampir ke penghujung bulan  januari. hakikatnya bukan nak bukak pc, nak menyapu ni haaa... dah terpjg plak tangan mokcik! huhu..

Last 2 weeks amirul dah pindah kelas. 1 Delima. tak tau la ranking cemane amirul ni. dgr cikgu2 ckp masa amik duit rm100 tu, ada ujian bertulis sebelumnya. maths, bm, bi katanya. tapi, cikgu sorang lagi ckp, wpun dah buat penilaian mudah, pelajar di tukar masih tidak mengikut tahap pencapaian mereka. kira kelas campur2 lagi. haii.. mane satu nak dengar tah.

Nak jumpa cikgu kelas amirul mcm tak nak mengganggu sessi pembelajaran. tapi sangat2 nak tau cemane amirul setakat hari ni. 21/1 haritu gi htr borang permohonan aris utk masuk darjah satu plak tahun depan. ty nama cikgu kelas, bila tgk jadual, lorrrrr... cikgu mirul ni masuk sekali je seminggu. itu pun hari rabu. adeh.. bg msg kat buku pun sampai la ni tak berjawab2. haru sungguh.

Setakat hari ni, amirul mcm ok kat skol. bagi duit belanja pun minggu ke dua sekolah je dia guna. la ni, bawak balik duit masuk tabung je. dia mmg cepat blur nak beli apa. ala2 omak dia jugak. ahahaha!

tahan tak blanje kalau dah tak tau nak mkn apa.bebalik sama pun tak selera. :p

La ni, asik bawak nugget. umi pun dah boring nengok dia bekal nugget. tapi itu je dia abis n minta. lelain, cengkodok ke, roti ke, semua balik ada balen. paling2 pun separuh. tu yg kalau dia kata nak beli sekian2 kat kantin, saya ty balik, 'amirul boleh habis tak?' selalu jawab tak. dahnya ckp, mirul balik, umi masak je. lagi lama+ulang2  dpt mkn.

minggu lepas ckp kat kita cikgu nak sekian2 buku rampaian. hai... ada buku aktiviti pun nak buku rampaian lagi eh? dah la stok buku tu takdak kat rumah. dan2, lepas antar kafa gi skolah jap belikan buku. beli tie sekali. baru ada stok. ber tie plak gi skol. hai... melaram sungguh skang eh? kita dulu, kalau bukan prefect jgn harap nak ber tie bagai. :d

Dan pagi ni umi buat lawak. tak perasan tie tu boleh tarik2. ejas pjg pendek. akakakaka! udahnya, mirul gi skol tak ber tie sbb umi ingat nak kena jahit. dowhh!!! hayun sungguh!!

Ni kalau citer kat abah hang mau kena sound dulu, sebelum digelakkan. hahaha! dah tuuu.. dia yg duk pegang mende alah tu lama, tak plak ajar ke kita. hahaha! kan dah anak jadi mangsa. :p

kesian mirul...yg jual tie gitu wat gapo?? depa jahit tapi hakikatnya masih boleh ejas. len kali buh je getah. senang lagi nak usik2. :p (sdiri salah lagi mau cr salah orang... ahahaha! )

eh.. ok lah.. mau sapu mop. rumah dah bersawang2 rasanya.. :D

jumpa lagii!! ;)


Wednesday, January 16, 2013

Resepi: Tempe Goreng Berempah

Masa bujang, mak selalu goreng tempe. tapi mkn mcm takdak feel sbb mak hy goreng kunyit+garam. jadi tak bape mkn pun iye gak.

Tapi bila dah kawen, tempe digoreng dgn resepi ni, pergh... tiap minggu lauk tempe pun takpe. kenapa sedap?? pada yg tak pernah masak cenggini, cubalah. mesti nak mkn hari2.. ;)

Tapi bab rangup tu mak sdiri yg ajo. mcm kita goreng ayam tu la kan.. nak rangup2 kulitnya dan tahan lama, buh tepung.


bahan-bahannya;

1 bungkus tempe
seulas bawang putih
setengah sudu kecil jintan putih
setengah sudu kecil ketumbar
satu sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
setengah sudu kecil serbuk penaik

cara2:
potong tempe ikut suka. jgn basuh ya. satu kerja kang nak keringkan. ataupun, tempe akan berderai.
tumbuk bawang putih, jintan dan ketumbar hingga lumat.
masuk garam, tumbukkan dan masukkan serbuk kunyit.
sebatikan. ambil tempe dah dipotong dan gaul sebati dgn bhn tumbuk.
sebelum digoreng boleh ditaburkan tepung naik sendiri ataupun tepung yg dicampur serbuk penaik.

hasilnya,;

Tempe goreng yang wangi dan rangup diluar, lembut di dalam.