Wednesday, March 28, 2012

Memalsukan Penculikan

pandai anak2 remaja zaman sekarang. adakah mereka duk hafal lagu 'bawaku pergi' sampai jadi tindakan wajib untuk ikut maksud lagu tu??

buat pening rakyat mesia je. terutamanya mak ayah mereka yang tertipu hidup2, dan lelepas tu tak tau mane nak letak muka kat masyarakat bila dapat tahu yang anak mereka yg merancang perbuatan tersebut.

macamana nak cakap ya?? eh salah, tulis...anak muda sekarang ni yang makin kurang akal atau terlalu mengikut perasaan?? mak ayah salah?? betul la tu kot... tapi.. kan Allah dah kurniakan akal fikiran pada manusia lebih dari segala. pun tak boleh fikir yang mana baik, buruk, kesan pada diri sendiri. sedih nya la hai...

ada hukuman ke pada anak gadis tersebut?? mcm takde je kan?? paling2 pergi rumah perlindungan. bagilah segala motivasi. mmg la insaf.

tapi pada saya, kalau tak di tunjuk buku dengan ruas, sampai bila2 pun anak remaja ni kan ulang perkara yang sama.

cue kasi depa ni duk kat penjara seminggu. ha... amik ko!! memula mmg la mak ayah takkan setuju. tapi dah takdak cara nak ajor dah. duk ko dalam. dendiam. pe perasaan??

agak kejam kan?? tapi biasanya, bila dah berkuatkuasa tindakan macam ni, agak2 berani tak bebudak ni nak create drama diculik?? gila la kalau nak buat jugak. mmg otak di tapak kaki.

doa2 sangat anak2 kita tidak akan bertidak sebegini... amin..


Tuesday, March 20, 2012

Selamatkah Bumi Bertuah Ini???

Setiap minggu dengar kes anak hilang, culikan, kematian sekarang ni.

memang... kalau nak salahkan semua akan menunding jari kepada ibubapa yg tak pandai menjaga anak. betul sangat kah??

yang pertama memang betul! apa2 ibu bapa perlu ambil tau kemana anak2 mereka. dekat ke jauh ke, sekarang ni mmg nak tak nak kena ikut jugak. malang tu tak berbau. penjenayah kalau nak buat kerja semua dia pakai sapu. depan rumah pun jadik! kesian anak2 kecil yang tak berdosa ni.

yang terbaru semalam di kuantan. dekat je rumah dengan kedai. berjalan dgn adik2 lagi. punnnn sempat di culik! tapi dalam kes ni saya sgt terkilan sebab mata yang memandang tak membantu! jiran kah itu?? paling2 pun dptkan lah plat no keta tu. ni sekor pun tak membantu. kesian sgt! (agak2 ada tak antara mereka tu yang duk menyalak kat forum yg hangat tu?? :P)

ikutkan saya sendiri agak risau dgn keadaan kejiranan saya sendiri. walaupun boleh kata baik hubungan dengan jiran tetangga, saya ada rasa risau sebab kalau nak panggil jiran yg ada di dalam rumah pun seksa sebab kekdahnya, 10x panggil pun kekadang tak keluar2. nikan pula kalau berlaku kecemasan di hadapan rumah. iskh...!!

kes2 kita pandang diorg tak mahu senyum atau paling muka tu memang lumrah la...(padahal sebangsa). tapi harapnya masyarakat lebih alert dgn keadaan sekeliling.

saya??? sgt bz body. ahahaha!!!
hon kuat sikit saya mesti jengah keluar. kalau org htr surat mmg saya tak jawab la. biarla depa paham2 sendiri. kekadang poslaju ni duk hon2 rumah sebelah mungkin dia ingat ada org sebab ada sebijik keta kat luar. padehal orgnya kerja. tapi kalau org duk bagi salam kat rumah yg takde orang banyak kali, saya pasti tegur. untuk kepastian..

paling lawak ada sekali tu tetiba saya tgk ada keta depan rumah orang sebelah. pastu dengar gedung gedang macam ada bunyik org menggeledah. teroosssss saya call jiran tanya dia ada kat rumah ke?? nasib la dia yang balik tapi pakai keta mak dia. tu yg cuak2 lawak jadinya. ahahaha!

kalau jiran2 balik kg, ada bunyi2 curiga, saya mmg bz body nak tau. hahaha! takpe... untuk keselamatan.. amanah pun.

walaupun berpengawal 247, pecah rumah masih berlaku di sini. skang ni awang hitam pulak ramai. saya selalu tgn gatal nak dial no polis suruh diorg cek apa depa buat kat rumah yg bertutup 247 tuh. cuak gak. tapi nak tunggu meeting dulu. kalau masih takdak tindakan, mmg saya nak tipon polis je. tensen je bila kita keluar depa tgk org semacam. sorry, saya tak pernah senyum atau tegur. depa pernah senyum nak menegur, saya pandang buat muka tak suka. boleh??? adeh...

berkemungkinan besar 'tuanbeso' akan outstation lebih kerap lepas ni. cemane ek??? sape nak duk ngan kami eh?? huhuhu...

yang lebih penting sekarang ni...harap2 lepas ni masyarakat lebih prihatin dengan kejadian yang berlaku di sekeliling kita...

Thursday, March 8, 2012

Cita-cita

Dah tua2 nak cita2 hape lagi ek? Ahahaha!

saya ada satu minat yg teringin sangat nak jadikan kerjaya. dek kerana cita2 utama dah tercapai dan kerja pun half way, teringin nak jadikan minat tu part time job.

saya suka nak bekerja dengan perpustakaan. tak kesah la katalog buku atau apa2 bentuk bahan bacaan yg perlu di susun, even pembaik pulihan bahan bacaan, semua saya teringin nak buat. zaman sekolah ada jugak jadi pengawas perpustakaan,tapi seminggu sekali je kan. tak rasa sgt pun peranan pustakawan tu. la ni berangan2 je bila tengok jawatan kosong kat mana2 perpustakaan.

pernah hantar permohonan kerja kat satu gedung ilmu ni, dek kerana kelulusan tak 'klik' dengan syarat2 diminta, sampai kesudah tak dapat reply. ahahaha! ngeng tol diri sendiri.

takpalah...kita buat library sendiri jelah ya.