Wednesday, April 27, 2011

Anak Dia Sakit Teruk Kot...

Bila badan tak sihat, korek2 banyak plak balen ubat klinik dulu. malas la nak jejak klinik nunggu. lagi2 anak sekolah. byk plak aktiviti nak buat kat rumah sementara tunggu dia balik. alamat gi klinik, mau bertapa sampai mirul abis kelas. Dalam pada tu teringat plak kesah masa bawak mirul ke klinik awal bulan yang lalu.

Seperti biasa, kalau apa2 berkaitan anak2, saya yang alert dahulu. kalau apa perkara jatuh hari kerja ke, tidak ke, sama je. soklan: abis kalo ko keja camne?? jawapan: sama je.
Bagi elak perkara2 berbangkit, saya yg dah biasa wat kerja sendiri, jalan je la... nama pun suri dirumah. eh..pjg mukadimah?? :p

Amirul demam on saturday. malas nak bawak di gi klinik tapi dek susah nak mkn ubat, bawak jugak la. dah masuk hari ke 3 pun tak bape nak kebah mmg abah dia paksa jugak. dah agak monday ramai, nak la kuar awal. takde maknenyer... amirul muntah lepas bape teguk susu. yg faling sayu, dia muntah di kapet. bukan di tikar yg lebih luas bukaannye. nak tak nak, basuh la tempat muntah je. ni kalo balik kang bau mmg basuh je la kapetnya. sib jenis ringan+murah tu ha.. kalau berat, menangis haku. oh...melalut lagi :p

dalam kol 10 baru gerak. hoho! dan2 abah depa call ty dah jumpa doc blom. alasan la. mirul kasi 'keje'. hehe..
sampai klinik usha parkin nearby, hoh! nan adoo. ni kalo byk shop lot baru tu penyewa, mau cramp keta. lagi seksa dpt parking. erm.. ok la gak, selagi tak kena lintas jln tu dah baik la ni. turunkan kekanak riang+menceceh sakan agar depa tak lari ke jalan, kami tiga beranak pun menuju pintu klinik.

dah nampak dah satu ibu dan bayi masuk dalam. sekali bila time saya dah hampir ke pintu klinik, mai seorang lelaki ni terus masuk n biar pintu tu tutup sendiri. aris yang hampir gile ke muka pintu nyaris gedebum dek hempasan pintu tuh. uish!!! saya dah mula cam... 'dia ni tak reti hormat perempuan or atleast, bagi la kami lalu dgn bukak kan pintu dari dalam ke..' dah terang2 haku ni kiri kanan pegang anak. tak gentlemen langsung. (dalam pada ni bersyukur laki aku tak cenggini wpun agak garang mukanya.. :) ).

Masa nak mendaftar pun dia duduk depan kaunter tu ala2 tak bagi laluan ke kita langsung. sib la dia nak daftar tu mcm lamaaaaa, adik tu terus amik kad kami yang kaler oren tuh. uish.. syukur la kan... dalam geram gitu takyah saya nak tunggu lama2 kat kaunter.

saya dapat no 31 dan dia plak rasanya no 30. btw, that mother and baby tu adalah anak bini dia.
adala dalam 10 menit menunggu tetiba wife dia ke kaunter n minta pembantu klinik tu percepatkan kemasukan dia jumpa doc. ala... klinik senyap sunyi sure dgr apa org ckp kan... lagi sekali. saya pandang dgn perasaan campur baur. anak org lain pun ada gak sakit. tunggu je lah. (aku pernah gi klinik, amirul ke aris ya.. lupa dah. melalak tak hengat. nama nak mintak masuk awal bukan aku ya! ramai lagi yg terpeleot tunggu anak bagai. biarla ikut nombor. tapi mmg kesian la ke anak aku masa tu, sampai dia terlelap sendiri kepenatan melalak. tobat, tak gi klinik tu lagi :p).

lagipun anak dia tak bising pun. dalam hati ni mesti laki dia suruh minta cepatkan. masal tol! dijadikan cerita, ada dua pintu doc. tetiba je ada dua. masa memula dtg satu je. dalam pada panggil2 tu, tetiba nama/nombor kami naik dulu dari nombor dia. masa ni mmg suka giler.. sebab, mirul dah terbaring peleot panas gile badan. alhamdulillah cepat dpt jumpa doc. dan lagi satu, family lagi satu tu masih menunggu. tak jumpa lagi doc. huish! dalam hati berdetik, tu la.. sombong lagi. dah la ko nak hentam muka anak aku kat pintu tadi. la ni dapat masuk jumpa doc lambat. rasain!

uish... ayat bongkak tetiba kan?? iskh.. tak elok2... tapi tula.. kekadang apa kita nak buat tu cepat je di balas. tapi sungguh, saya tak rasa pape masa kejadian tu. cuma bila dah sampai rumah, ulang tayang kejadian kat klinik n citer balik ke abah diaorang, baru la rasa panas tu datang. heh! lambat sungguh. sib la marah dah sudah . kalau marah tang tu, kan ke merugikan diri. heheh... tak berbaloi pun layan org cenggini. tapi yang sedihnya, depa ni ramainya melayu!

Monday, April 25, 2011

Pesta Buku 2011

Jeles plak bila duk baca ramai kengkawan dah sampai sana. iskh!!

as usual, abah depa mmg tak lalu nak pi sbb dia tau ramai umat. udahnya saya bercadang2 nak pi ngan mak ari jumaat ni.

tapi... cemane nak kenen kat 'boss' extra pocket money eh?? hahaha!!!

rindunya nak beli buku+mag lama2 yg dah turun harga tuh.

tapi pi last year turun harga tak la mcm turun sgt pun. tak mcm dolu2.

masih mahal gak rega nya. ada la kurang singgit or tak sampai singgit pun.

Ikutkan mak nak ajak pi ari rabu tapi pkkan mirul skol pagi dan sah2 dia selalu ada homework, takleh la nak jalan hari biasa dah. jumaat la paling ideal. kalau ada hwork leh tangguh ujung minggu.

pontengkan?? uish... nak kena makan dek abah dia sila la... kehkehkeh!

cemane ek nak pi jumaat ni. omak den kek selayang sinun. kami ni kat puchong. duk nyusun cara cemane nak kasi dedua senang dan cepat sampai. jumaat kl cam harem je jalan kan?? :p

harap ramai la yg amik cuti sebab senin cuti kan. pi balik kg gih! saya approve kan cuti. ekeke!

Sunday, April 24, 2011

Sukaaa.. bahayakan nyawa anak!

tghri semalam ke rumah mak di selayang. kol 1.30pm kat bulatan bt
caves. eh! tak sessak eh! kagum dibuatnya...
dalam pada kagum tertoleh keta di sebelah. panorama yang sgt2 buat
dahi pale muka berkerut.
seorang lelaki@ayah mungkin, memandu sambil anaknya tido di bahunya.
anaknya mungkin dlm umur 2thn+.
tah dari mane nak kemana. tapi tolongla baring/dudukan anak di seat
lain. dibuatnya terbrek emergency, mau anak terhumban ke stering.
makin bengap driver sekarang ni. kalau nak bhykan diri sdiri, gi
terjun lombong. jgn nyawa org lain jadi taruhan. terutama anak2 yg tak
tahu apa. mmg la depa ada karenah, still, as parent kena amik tindakan
munasabah. gilo!! kita tengok pun seriau!

Thursday, April 21, 2011

Selesai Sudah

Rasa lepas beban yang due end this month..
1. tax submission
2. pendaftaran awal tahun 1 2013

Kes yang pertama tu patut saya buat. sekali sampai end last week tak berbuat2, hencik boss suda sound. udahnya dia buat sendiri. huhuhu... ampun la ya hencik boss. bukan sengaja tapi tersengaja lewatkan... eh! :p

Kes yang kedua tu pulak khas untuk amirul. tak sangka diam tak diam dah nak darjah 1 dah dia dua tahun lagi. ikutkan takmo reg dulu. nak tunggu tahun depan la... tapi disebabkan bila masuk pendaftaran online tu di khaskan sekolah yang berada dalam lingkungan alamat rumah kita SAHAJA, uish... suspen jugak kang takleh masuk sekolah nearby sebab penuh.

Dan lebih mengharukan... neber2 yg ada anak sekolah sini kata sekolah2 yg terhad ni mmg byk kelas untuk darjah 1 this year. cuba bayangkan 2 tahun akan datang + pertambahan penduduk? uish... kang tak pepasal kena masuk private skol matik nak korek duit bayar bulan2. haha!

sebelum saya nak daftar mmg la duk jengah secara luaran + korek2 mana tau ada blog or website pasal sekolah2 ni kan... and to my surprise, mmg sekolah2 ni ada laman web sendiri + up to date ya kengkawan... huhuhu.... beri de IT minded youls!

mmg byk sekolah yang byk kelas untuk darjah 1 this year. lebih dari 6 kelas. tapi...apa option saya ada ya?? kalau tak daftar online, saya kena pi sekolah daerah lain secara manual. iskh...kalau manual, kena pi awal tahun depan. iskh... tak berani nak tanggung risiko. biarla stick di sini. insya Allah, dapat hendaknya.

Oh ya, alamat saya jatuh dalam daerah Sepang. dan yang mengharukan, sekolah nearby ada 3 ketul jek. lelain nama sekolah mmg la jauh kedaung. tetiba nak marah sebab kawasan ni dah lebih 5 tahun tapi sekolah dijanji tak nampak tiang lagi. dah la sekolah under JAIS tu pun terbengkalai. haiya.... sadis lah!

Wat 2 do... nak hantar mirul sekolah sebelah umah nyayi di subang?? tak dapek la.... IC kami berdua dah tukar add puchong. kalau tak... ko duk umah yayi kena torture la mirul... ahahaha! (yayi dia mmg takdak kompromi pasal pelajaran, mau balik skol terus buat hm no makan mandi dulu. ngahahaha!) . tapi elok gak ada yg lebih grg pada saya...

buat msa ni mirul sekolah kanak2 mmg ada Homework. biasanya hm tu bukan hm pun... dia je tak siap kat skol. mmg rajin berangan sorang ni. tu yg saya kalau nak suruh dia buat hm mmg bercinta. masih blom jumpa timing sesuai. lepas kol 2 dia duk menguap. disuruh tido tak jugak. lepas kol 5, dia tau jadual nak mandi makan men kat luar kejap. lepas magrib la yang ok setakat ni. tu pun duk ngelat ngantuk. tapi.. setakat ni mlm ok la ckit. sebab.... kalau dia tak siap ada alasan 'satgi abah balik, esok dah skol teacher nak tgk buku siap, kalau tak buat tido luar' ngahahah! byk alasan leh bagi. teruk kan umi dia??? biar teruk sekarang... esok2 dia tau apa dia patut dan kena buat. kena belajar hormat masa. la ni... tv je dia hadap. mmg nak buang je chanel kartun tuh. tunggu naik darjah 1 mmg hapus terus. ( berjayakah?).

Dalam pada sibuk daftar sana cek sinun, saya lagi risau tahap komunikasi amirul. masih byk patah perkataan yang belum keluar dari mulut dia. up to today, alhamdulillah ada la perubahan wpun agak perlahan. cuma itu lah... moga2 dalam temph dua tahun ni amirul boleh bercakap dengan sempurna macam kawan2 yang lain... doa2 kan la ya... :)

Tuesday, April 5, 2011

Duhai Si Ayam Penyet

Dukacita dimaklumkan, dinner ayam penyet sabtu lepas adalah di tahap yang sangat mengecewakan.

Haiyaaa! salah kedai ghopenyer...

Nak dijadikan cerita, satu hari di tahun lepas, cuti skolah ujung tahun, kami 3 beranak ke Summit usj mencari bhn bacaan untuk dua badik ni. Ke MPH tu.. yg mane telah berjaya membengkokkan poket ku sendiri. bajet lain, penge'paw' plak suka suki nak sekian2 book. mcm salah org je kome mintak. patut bawak makcik2 kome tu ha. kehkehkeh!

oh btw, kat cnie rasa kecik tetiba bila masuk satu parent dgn anak dia baya 2thn+, tunggu buku yg telah dia order. tak tau la saya senyum kureng manis or dia ala2 pandang tidak ke saya. heh! mcm2 ragam org 'kita' ni ya. payah nau nak bermanis muka. dah la aris kwn sat ngan anak dia. tu pun dia sibuk tarik tanpa pdg. saya tarik je la aris. nak je ckp, takyah kawan org sombong. tapi gilo apo? manela bdk nak faham, ye dok. rasa diri kecik sbb pe? depa beli buku satu set hak kenal hurup,abjad,menatang mcm2 bagai yg tak silap lebih rm1k. (cane tau? dak cashier lupa bagi dia voucher. kat saya dia bagi voucher tu (RM10) tapi, voucher tu telah diberi ke adik saya. ntah guna ntah tidak tuh. :P).

Tapi saya sempat belek telek buku yang depa beli tuh. sekali bukak2 ada plak gambo menatang haram tu... uish... not good, not good. hahaha! letak balik.

Lepas dah dpt buku+menan, saya pi la bawak depa makan. cam teringin nak makan ayam penyet. cuba la tapi mmg tak ingat langsung kedai tu nama ayam penyet apa. ayam nya mmg sedap! rangup+bumbu+sambal mmg sedap.

iskh... mmg saya tingin nak makan lagi. cuma menyedihkan soto nya la...bergedil, nasi impit mmg takdak. kosongggg jek. tu mmg tak masuk menu la pas ni.

Nak dijadikan citer, saya tingin bena nak mkn sabtu lepas. mmg pi beli tapi haiya.... lain kedai la.. dah abah depa nak pi kedai dedekat puchong, terpaksa la pi yang mmg dekat2 sini je la. nama Ayam Penyet tu dah betul. tang blakang tu salah ghopenyer...sudahnya, resepi nya pun lain lah. ayam nya pun rasa sangatttttttt lain.

Yang sangat2 tak puas hati, ayam nya macam ayam semalam dan depa cuma perangat sahaja.ceh! sambal plak pedas ya hamat. merah je la.. rasa tah apa2. lelain? erm...kira gagal la kedai nih. tapi yang kagumnya, lama jugak kedai tu. lebih 2 tahun dah. cam pelik nape rasa dia tak sedap kat tekak saya.

Dalam makan duk bebel2, rasa tak sama+ada sikit sesal tak pi Summit terus. tapi.... tu sume dalam hati ya tuan2 dan puan2... malas nak ngungkit. kang saya gak kena. lagipun masa tu kan mirul demam... takleh jalan jauh2 pun.

bila surf tenet baru la tau... nama kedai kat Summit tu Ayam Penyet Ria. yang saya pegi tu Ayam Penyet *P*. mmg gagal lah!!!

Sampai ke hari ni saya mengira waktu dan hari gaji dari hencik boss untuk pi mkan ayam penyet di summit dgn hanak2.. hehehehe!!! ngidam ayam penyettttttttt!!!! hujung bulan... hujung bulan...