Wednesday, December 29, 2010

Bila Anak Belajar

Saya pun kenalah duduk sekali. amirul suka ngelat. dengar tapi tak sebut.

suka nak sebut apa yang dia nak sebut jek. melangkau tu mmg sokmo lah.

dalam banyak video, saya dan mirul suka dua ni. lelain banyak nya laju dan kalau sampai letter P sure menatang tu depa bagi contoh. haish... tu mmg kena banned.

meh dengar sekali.



walaupun ada bunyi huruf lain dgn apa yg cikgu mirul ajar, tapi boleh la jadi panduan.

CD skol takde gambar jadi dia kurang gemar nak dgr. boley??? manyak toyak heh!

Sunday, December 26, 2010

Hari Ahad

apa buat?? melepak la ek??

dah dua hari berjalan hari nie lepak di rumah. kasi chance abah tido coz esok dia keja.

saya??? dah abis keja umah rasa nak tido jap. berjayakah???

kita lihat siapa yg berjaya... :D

lama giler gambar ni terperap. tak pasti ada masuk ke dok. ni kesah ke Legend PD. layu giler muka sbb kol 7.30 dah bangun gi bekpes.

Friday, December 10, 2010

For The Rest Of My Life MAHER ZAIN

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart


Concert La Sangat

sebelum dan sesudah konsert, amirul adalah amirul. berlari bermain mcm takde pape.

bila naik stage utk menari.... KEJUNG okeh!

berdiri mcm nyanyi lagu negaraku.

saya tgk muka dia semacam. sah! nak menangis.

bila abis jumpa dia kat belakang mmg teacher dia ckp mirul dah menangis.

haiyaaaaaaaaa!!! ape lah kamu nih amirul!!!

bikin malu sajork!

kahkahkah!

tak marah tapi mmg lawak sei... kesian mirul. bila tanya dia, siapa nangis atas stage. ngan muka blur2 leh ckp 'dik'.

sape yg gi skol? mirul ke aris??? leh plak dia ckp adik dia yg nangis tuh. nampak bena dia malu. kiah kiah kiah!!

yg si kenit pulak?? dia takmo masuk hall. udahnya abah duk paling dekat ngan pintu keluar. saya duk dedepan stage dgn camera.

ala... kejap je. lepas mirul abis, kami pun balik. mirul dah tarik tgn suh keluar hall. teruk beno kamu ni.

overall, persembahan kekanak nie mmg cute dan lawak. tapi, bersungguh2 diorg tu mmg saya tabik lah! hehe... tapi rasanya lagi seronok adalah cikgu2 depa tu la kot. dpt tgk anak buah menari ikut step depa. teheheh! simple but happening!

syabas inspector sahab! EH! :D

Thursday, December 9, 2010

Hari Ngades!

pagi- makan tosai. aris mkn roti canai.
satu lagi roti canai simpan untuk mirul.

tghri - amik mirul trus ke IoI mall.

hajat nak beli donut JcO jek. sekali tembung jem umat manusia. felik eh!
sib dpt parking. tu pun nasib2 je tuh. yg haru tu park kat roof top. mcm nak pi shoping berhiya.

dek parking kat area jusco, terpaksa lalu jusco jugak.
umang aiii... ramainya...

J Card Member's day GHOPENYERR!!! (nampak sgt card ku dah expired. malas nak renew).

tah apa la yg bestnyer ek?? tak pernah gi member day pun selama ni. kalau dulu mmg rajin jadi member. name it. semua masuk. tapi lelama pk balik, rugi heh! bukan gi tetiap bulan pun. yg saya keep update cuma card mydin jek. hahaha!

alasan- tetiap bulan mmg labur duit kat situ beli brg dapur. yg nampak berbaloi setakat ni lah.
dah tahun ke 3, saya dah redeem 2x point nya.

1. towel- 3 in 1. ok lah. ada la tambah koleksi towel dari yg beso sampai yg kecik.
2. nonstick pan yg agak besar. - mmg best kalau buat roti jala. beso dan takyah minyak. hehe!

apa2 pun, terpulang la kan. kalau duk renew tapi point tak kemana apeke hayl a kan. tu yg nyampah tuh.

ada sesiapa dah gi metrojaya warehouse sales kat stadium shah alam??? apa cer??

hehehe..

Monday, December 6, 2010

Dah Pakai??

1st thing1st, kalau naik keta....amirul dah pakai seat belt?
aris sah2 la kena pakaikan. kalau kita lupa, mulut dia bising suh pakaikan.

tapi lately, ini la yg saya duk perati ramai mak pak tak ikut. saya adalah ngeri kalau tgk mak or pak drive, anak duk diri2 dlm keta. sekali terbrek, mau muka anak tu tertembam ke dash board. paling haru jatuh ke gear stick tu ha! benjol la gamaknya.

geram sungguh kalau ada mak pak yang biar anak dia duk julur pale kuar tingkap. mmg la kawasan perumahan, tapi pepatah kan berkata, malang tidak berbau. kalau ikut statistik pun, kemalangan byk berlaku di jln bandaran atau negeri.
Nape saya ngeri, sokmo teringat citer masa kecik2 dulu, kuar la pale, kang dtg lori, sagat pale ko, hilang terus!

haaa.... tu je la modal saya ke anak sekarang ni. wpun diorg ala2 tak faham, tapi so far, mirul atau aris mmg tak suka buka tingkap. bukan sebab panas. tapi dia takut bunyi lori yg kuat2 tu ha. kalau benti sebelah lagila dia menjerit suh tutup. hehehe...

sebelum apa2 jadi, minta lah anak pakai seat belt. kalau bawah 3 tahun tu duk la dlm car seat. bukan nak suh beli car seat memahal pun, janji ikut piawai udah la kan...

car seat aris?? tu... sgt dah balik modal pun. beli tak sampai RM200. tapi mmg berbaloi2. :D
lagipun turun temurun dari mirul. hehehe...

pada kami, asal leh pakai udah... beli mamahal kalau anak takmo pakai or dah besar cepat, tak ke stor gamaknyer?? sayang duit. simpan duit utk holiday lagi bagus. ngehehehe!

tetiba jek Holiday kan??? bila mau holiday eh?? mari berangan dahulu... :p

Sunday, December 5, 2010

Kesian Mangsa

byk benar baca berita berkenaan kemalangan jalanraya kematian disebabkan kecuaian pihak lain.

Sakit hati sangat. orang lain buat salah, orang lain yang meninggal. kekadang terfikir, kenapa la yang memberi sebab boleh kekal hidup.

tapi bila difikirkan balik, yang meninggal tetap dah ditentukan olehNya.
yang menyebabkannya pasti akan dimaafkan oleh ahli keluarga yang meninggal tersebut.
tetapi...kekesalan atas tindakan mereka tu, saya pasti akan di bawa sampai ke mati.

sebelum Kesal tu terkena batang hidung sendiri, satu je saya nak bagitau..

Berhati2 Semasa Memandu. Selamat BerHoliday!

Saturday, December 4, 2010

Apa Dah Jadi

Sampai sekarang takde updet laie...

hahaha! malas giler nak bukak pc. sesejak ada cik Wi Fi, ngadap hp je la.

paling2 koman pun leh bukak FB, YT ngan baca news. takpun search bebenda yg tetiba jadik penting. nama nak updet blog mmg tak dapek la. tah kenapa tah. mungkin my hp tak mesra blog.

hahaha! (alasan nak mintak BB la ni!)

ikutkan memacam nak citer, tapi... adalah tahap ke M an yang amat tinggi.

buat summary je la ek. :)

Amirul
makin seronok kat skol. as usual, sukar ikut arahan. tapi lately teacher ckp ada la improvement.
this coming sunday ada skol concert and the teacher insist for him to participate. ikut saya ngan abah mmg malas nak suh dia joint. lagipun baru klas percubaan. 2 tahun lagi dia ada masa.
dek termakan kata2 cikgu, yakni nak amik mood confident ke amirul + nak dia follow instructions, nak tak nak masuk kan je dia sekali. free?? heh! bayo plak tuh. tak ke gatal namanya. abah bagi green light masuk kan je lah. tapi kesian plak, tak pernah nampak dia practise. iyelah. lagu pun saya tak tahu. bebalik tanya dia duk sebut 'moving, moving' - means, menari la tuh. kalau buat gerakan pun sekejap je. macam teacher dia ckp, suka buat concert sendiri. kengkawan buat dlm group, dia pi rehearsal kat tempat lain. tak ke haru.

tak tau la cemane dia taun depan. harap2 berubah hendaknya. btw, dah mula masuk kelas dan tulis2 huruf. tapi bila tang coloring, TETAP... kelaut! gambar kemane, kaler ke mana. still teacher kasi star. hahaha! takpe la mirul! caiyok!

Aris
makin cikeding. makan memilih ya hamat. masa bila nak tgk dia makan? atleast lebih dari 2 sudu adalah semasa abah dia ada di rumah. kalau tidak.... main mknn ado.
tapi klaau pi umah org pandai pulak dia nak makan. tak ke ngadessss.
junk food mcm biskut beras ngan sweets mmg faberet dia. kalau dicatu menjerit cam kena pukul. nyampah sgt. tu yg sehari tak melalak kat rumah tak sah.
peminat "tuwik"(tu bahasa dia, bahasa sebenar - toast bread, gula+butter je tapinya), tapi nyampah satu bebudak ni, kulit takmo. saya yg sayangkan makanan, telan la jugak. hai... leh agakla apa jadi ke umi dia skang. :p
yang bagusnya si kenit ni, dia dah kenal huruf A to P. cuma malas nak tulis sendiri. sokmo suh kita pegang tangan dia. sape yg pandai tulis?? sah2 umi dia la kan... kalau nombor dia nak kenal 2 (two) ngan 8 (eight) sahaja. sebab?? ada M sikit dia ni.... suka hati dia.. tapi suka hati amirul lagi takleh blah! mmg kena cubit sokmo. :p. huruf jawi tah nape takmo sebut. tapi kalau kita ngaji bz duk sebelah. bila tanya nak blajar tak? angguk. bila suh sebut, tak kuar plak bunyik. mcm bebudak ngaji je. di suruh sebut tak keluar bunyinya.. hehehe! kalau menjerit, dia la raja. tu yg selalu kena cepuk.

tu la beza mirul ngan aris. mirul sgt tak suka di ajar. tapi kalau kat skol pandai plak ikut ckp cikgu. padehal apa teacher tu suh dia buat sama je apa saya ajar kat rumah. tapi kalau kat rumah, hareemmmm dia nak ikut. tv jugak dia nak tgk. mcm aris, dia yg unjuk buku ajak umi tulis.

takpelah... janji masih belum terlambat ya mirul.. :)

hectic weekend nampaknya esok ni...

tA tA for now ;)

Monday, November 1, 2010

Nama Je Kena Chicken Pox

tapi.... lasak ya hamat!

ari rabu gi klinik, doc bagi ubat utk antivirus. doc pun kagum sebab dia tak demam. cuma selsema sikit2 je.

ha iyola...

bila tak ke sekolah, byk je akal nak bergaduh ngan adik dia.

tapi satu yg geram ngan mirul, dia takmo di ajar. adik dia plak lagi terror kalau kita ty A tu apa, B tu apa. mirul??

erm...

tu la masaelah dia kat skool. takmo masuk kelas. pi skol nak. tapi bila suh ikut apa cikgu ajo.... dia refuse.

nape ek??ingat pangai tu kat rumah je. rupanya sampai ke skool. ni cikgu dah ngadu. nak je aku duk dgn dia kat skol. tapi.... mak dia ni tak sabar. mau kena pap kalau dia takmo ikut apa cikgu ajo.

huhuhu...

anak korang gitu ke?

ada jugak google kat tenet, tapi belum terjumpa lagi kes mcm mirul ni. tak mustahil takde kan...
nak bagi peluang, dah nak masuk umur 5 tahun. nak paksa pun tak guna, tapi kalau kita tak mula sekarang, tak boleh jugak. risau tgk dia. ckp lagi la... tak dgr sgt biji butir. mmg kesian ke dia. tapi kesian lagi ke abah duk byr yuran skol dia takmo masuk kelas. huhuhuhu...

Sunday, October 24, 2010

Kek Gula Hangus

Nampak senang. tapi pelik nape che mah buat dah tak menjadi??

bila refer resepi dlm tenet, rata2 akan peram bancuhan 3-4 jam sebelum bakar.

mmg gitu ke? kalau tak peram apa jadi ek?

disebabkan follow resepi di internet, kena la ikut.

sib bek jadi. tapi masaelahnya... manisnyaaaaaaaaaaaaaaaa!

nak kurangkan gula or susu pekat tak berani. kang langgar perintah cikgu tak jadik kek ku.

kalau susu pekat tukar jadi susu cair boleh ke??

anyone??

meh tgk sikit kek gula hangus ku... sedap. tapi manisssssssss....



elok lah! pagi tadi bekpes, kek manis, meehun goreng taucu masin. adeh!

sgt sesuai togak air putih seliter yer lelepas tuh!
.
.
.
.

rindu pulak nak makan murtabak raja ni.. isi dia mmg tip top. tebal pun tebal. tak rugi lah kalau bayar RM6 sekeping dgn daging terasa bagai.

beli kat TTDI masa PARAM lalu... lupa nak amik alamat kedai dia bena kat mane.. haish!

Friday, October 22, 2010

Demam Punya Pasal

rumah pun rasa tak best!

mane taknya, segala tak terbuat. nak menyapu, susuke hati mane dan.

nak mop, pun susuke hati mane rasa melekit/ bersemut.

nak membasuh, nie takleh wat pelah, mmg wajib. lagipun mesin kan... hehe...

nak masak, haaaa ni paling la besar M nya...

udahnya... 2 hari mkn nasik, lebihnya makan mee la ek dinner. senang sikit nak masak.

sungguh tak suka selesema. yg felik tu.... mcm dah lama tak merasa batuk. pe kata pasni batuk plak. hahaha!

mcm la penyakit tu leh di minta2 kan?? dpt lagi teruk ha... padan ke muka... uish... nauzubillah!

Cup Cake


sempena merdeka itu hari, ni lah yg abah dia dapat dari pihak opisnya. erm...motif?? agaknya duit bonus di potong ke sini la gamaknya ek??? huhuhu... tidak berbaloi....
disebabkan dapat bulan posa, anak2 la happy makan. makan apanya? makan krim manis atas tu je. yg kurma ala2 candy tu dia tak heran pun.
dek krim yg dah licin, vanilla cake tu pun ala2 tak lalu je saya nak makan. dengki bena anak2 ku itew.... huhuhu....

ha........ ni lagi satu. dia dah ngantuk. tapi degil nak makan jugak. dah tak ingat dia tgh makan apa tu. tapi saya dah ckp, gi tido, takyah mkn dah. owh... ini budak mane leh kata tidak. mau dia menjerit satu taman dengar. bagi jugak lah. tapi... dalam beri tu duk pasang gak tinge, nape senyap sunyi dak sorang ni. ooohaiii... tido duduk pesen baru ek aris!!! ni duduk ke baring ke tak dapat nak kelas kan dah. mcm2 hal kamu ni....

Thursday, October 21, 2010

Bekal Makan

Agak2 apa yg sesuai untuk dibekal kan kepada anak ke sekolah kanak2 ni ya??

rehat pun bukan lama. dah tu mkn pun berjemaah ngan kengkawan. di bekalkan heavy food mau kecah berantak.

yang saya dah buat setakat ni, tuna sandwiches (potong kecik2), biskut tiger ngan coco crunch ( baru perasan kat kotak nya tulis koko krunch).

air?? bekal air kosong, dalam 7 hari ni, baru 2 hari balik kosong. tah dia minum ntah di buang. yang pasti, bekal susu tetap ada. nak gak tunggu dia malu nak bawak botol susu. tapi bilakah?? huhuhu...

cuma terkilan sikit sebab amirul tak dapat nak menjawab soalan bila kita tanya dia. cuma dia akan ckp nak tak nak je lah.

kalau susu or bekal habis, dia akan kuar dari bag untuk tunjuk. bila tanya air kosong, tak nak.

tapi bawak kan je la... mane tau dia terr haus ke.

ikutkan ok ke bekal gitu? knowing him yang payah nak makan, pening pale nak bekal apa tuk dia.

last week cookies famous amous abah dia dpt hamper raya pun saya sumbat sekali. abis pulak. kalau kat rumah... berkurun la duk catuk tak di makan.

apa lai ek nak bekal ke dia?? cam best je nak sumbat mkn ke dia jam ni. hehehe...

Selalu tak?

Bila tak ngadap blog, mcm2 nak citer.

tapi bila dah bukak new post section, satu haram pun tak hingat!

haiyaa!!!

tu la yg buat blog ni takdak post.

erm... mari membaca blog orang lain udahnya...

Tuesday, October 19, 2010

Selesema

bermula dgn amirul hari jumaat tu hari, dia dah baik, umi dia plak selesema start semalam.
teeelan segala ubat. tapi nama nak baring??? idokla berjaya...
amirul kat rumah mmg tak pakai diapers dah. cuma gi school tak bani tak pakai sbb dia payah nak dibantu sesiapa yg tak di kenali. hopefully by next week dah takyah pakai diapers. jimattttt kami.
Aris?? abang ada pun leh melalak sbb disakat, abg takde pun sama jek. takleh kita takde depan dia.
manyak haru ini budak.
jadual saya pun bermula pagi. dedolu susuka hati, skang, kena pk apa si mirul nak mkn pepagi. tapi dia?? susu jugak dia nak. dahnya...umi ngan aris yg bekpes besar pepagi. huhuhu...

Friday, October 15, 2010

Baca Ke?


Bz body kan??

biarlah... janji dia bukak book. wpun newspaper ngan catalog je pun. tgk gambar. bila kita nyelit ty dia gambar ngan letter yg beso2, mula la depa tutup book. hai, cemane nak kenal huruf ni?

takpe... iklan makan dulu.

kuah daging kicap+ kuey teow. kengkonon nak buat cam mother exboss buat. tapi rasa nya kedaung eh! takpe2.. janji bau tu ada la sipi2. rasa?? cam sedap lagi je ni.. ngahahaha!

Thursday, October 14, 2010

Sesungguhnya...

saya kecut perut seminggu ni sehinggakan saya perasan berat saya telah berkurangan dengan pantasnya... (hari ni 51.2kg, semalam 50.5kg) jeleskah? takpayah la nak jeles... mmg kalau saya susah hati makan pun tak nak. tu la kelemahan saya.

tapi kenapa ek??

last week mmg saya berhiya nak hantar mirul ke skolah. tapi bila masuk minggu ni, cuak bebenar saya dibuatnya. dijadualkan amirul ke skolah kekanaknya hari jumaat. tapi teacher dah call sabtu lepas kata leh hantar mirul by wed, 13/10.

seronok dengar bila dia kata 'yes', kala ditanya, "mirul nak gi skool?". tapi hati mak mane la yg tenteram kalau kita tau tahap mane kemampuan anak kita kan...


1 - amirul boleh adapt dengan persekitaran sekolah dan kawan2 yg tua setahun dari dia tu. cam seronok lah dia sebab jumpa kawan. tapi... masa gi jejengah, kita ada la lagi, dia pun sokmo keluar duk cari kelibat kita. yg nie masih boleh dipertimbangkan.

2 - berkali2 saya cerita kat teacher yg amirul still guna diapers dan dia tak fokus pada pertanyaan. dia takkan jawab kalau ditanya. akan ikut beberapa perkataan pun kalau dia nak sebut. teacher noted. tapi... saya masih risau..tgk cemane nnt.

udahnya, bila hari pertama amirul ke sekolah semalam, saya htr dia ke atas, kelas start 9am, saya dah tercongok 8.35am. tercepat la pulak... hehe..takpe... biar amirul amik feel skol dulu. sibuk dia lari sana sini dgn sape2 tah. yg pasti, tua pada dia. cuma bdn je beh kuang. tu yg dia pakai sesah je. nampak cam boleh tinggal je la...

around 9.10am, saya menghilangkan diri bersama aris. sebab??? selagi saya duk kat situ, bebudak lain yg sgt peramah tu takmo masuk kelas. dia nak layan borak ngan saya kat luar. boley??? hahaha! sampai bape kali teacher dia panggil. dan... sebab tak nampak mirul, saya pun... cabut! tapi... masih lagi tak kemane, pusing2 kat area skol jek. dikhuatiri amirul melalak n cikgu takleh kontrol, saya pun tunggu je kat dlm keta sampai kol 11.45am. kagum gak sebab takde sape call. tapi... masih la duk ngadap depan skol dia. aris la keboringan..


jam 11.45am, nak tau sape budak paling awal turun??? amirul lah! terkejut gak. sebab, saya nak jumpa teacher dia nak tanya apa jadi dlm kelas bagai selain nak byr yuran sekolah. alih2, dia pulak yg terawal turun. adeh... dia nie apa2 kalau kata nak keluar or ckp je la mandi, dia la yg no ketama kedepan. tu yg kalau nak ajak mandi takleh ckp jam2 tuh. mau apa kerja kita tergendala. kalau nampak saya bertudung, terus, dia tutup tv. nak keluar la katakan... huhuhuh...
berbalik kepada citer jumpa teacher amirul, dedua teacher adalah sgt surprise dpt jumpa student cam mirul ni sebab???
tanyalah macam2, amirul tak menjawab langsung! apa kawan tanya pun sama. dia tak menjawab langsung. dia huhahuha suka hati dia like a baby.
itulah yg buat saya sgt risauuuuuuu akan amirul.takut cikgu tak sabar dgn dia. sah2 amirul akan sgt slow progress nya, tapi teacher ckp dia akan cuba tgk 2 bulan nie cemane. lagipun bukan amirul tak ckp langsung, cuma kekadang dia menjawab tu ala2 dengar tak dengar kat telinga teacher nya tu.

mmg saya pun kena la sgt sabar, wpun tak sesabar mana. selagi teacher kata ok, saya pun kena la sama2 bantu untuk dia banyak bercakap.

erm... byk benda nak citer... sampai tak tau cemane nak citer dari mana ke mana... yang saya mohon, doakan lah amirul agar dia mudah bercakap...

oh ia... hari ke dua saya hantar dia turun keta terus leh naik ke atas. alhamdulillah... tak buat hal. bila balik, rasanya dia jugak yg 1st turun. saya plak park ke belakang, haru pulak bila nak amik anak. sebab shop lot kan... cam payah nak tunggu2 ni.

but still.... bila kita nya apa amirul buat kat skol hari ni? teacher ajar apa? nothing came out from his mounth... sabar ya umi.... nak tak nak... tipon teacher lah! atleast, dia suka gi skol tu dah satu rahmat buat saya. moga2 adalah perubahan pada amirul nanti... amin....


seriously, agak cemburu bila anak2 kengkawan muda dari amirul dah petah berkata2, dan dah boleh jadi teman berbicara, tapi, apa yg Dia jadikan sebenarnya menguji kekuatan rohani dan jasmani kepada ciptaanNya. mungkin ini antara dugaan kecil kami dariNya.. tabah la wahai hati...

Monday, October 11, 2010

Thursday, October 7, 2010

Bila Duk Rumah Sesaje


Asyikla nak bengkeng kata umi.

asal di tegur buat tak endah. bila kena pap! kita di
tengking semula. siap baling2 brg lagi.

paling haru, dia baling ke adik dia.

tu la pangai mirul yang paling umi dia tak sukaaaaaaa!


nak wat cemane...anak sendiri. bila dah menyampah dengar dia meraung dengan drama baling2 brg (bantal ke, bola ke, menan ke) baru la saya pujuk. tapi bergoni la teguran. teguran ke?? mcm marah la tapi cakap secara lembut (lembutkah?? :p).

amirul nie mmg keras hati sikit. kalau nak tau sila la refer orang2 tua. anak lelaki lahir hari sabtu ni ada peel yg sukar di jangka. memang nak sgt dia lahir bukan hari sabtu. tapi... apekan daya...ada hikmahnya kot...amin...

Dek kenakalan yang agak memeningkan kepala abah dia, (saya pun sama.. :p) bercadang nak hantar dia ke trial class for preschool. dah dpt tempat. insya Allah, start mid oct, ke sekolah la kamu ya amirul....

no more tesco, mydin or jalan2 on weekdays...

Aris??? cam nak letak sekali. tapi kena cek bajet dulu. hehehe...

Tak sangka la depa dah semakin besar. harap2 dah sekolah nnt, berubah la sikit ketegaq hangpa tu ya mirul... :)

Monday, October 4, 2010

Ice Blended




Kegilaan Amirul tapi bukan pada Aris.

kenan ke mak dia kot. masa mengandungkan mirul kata takleh minum nescafe, saya tetap minum.

akibatnya, lom 2 tahun, si mirul dah pandai minum nescafe masa bfast. hehehe...

Aris?? dia pun sama... tapi bila masuk kepada ice Blended, mirul mmg boleh habiskan satu cup tu sorang. kalau aris still leh share ngan dia.

tak elok kan bebudak byk minum kafein?? tapi saya cuba gak kurangkan dgn menyorok2 minum. hahaha! berjayakah?? kadang-kadang ... tapi selalunya Aris mcm tau2 je kita nak nyuruk something pada dia.

haru betul la ko dik!

Friday, October 1, 2010

Teratak Indah Mila

Terbaca kat BiPop last sunday.

cantik umah mila... 2x pandang... lorrrrr.... dekat ngan umah saya rupanya...

setiap kali lalu depan umah dia, mesti abah bersuara..

'org penang kot pindah sini'

'besa betul rak kasut depa'

sekali artis da...

mesti dia terharu kalau saya ckp saya undi dia sgt byk masa final AF dulu kan.. ekekeke!

ramai katanya artis kat area umah saya ni. cuma tak pernah bertembung je.

siapa ek?? erm.. kalau depa reveal, saya pun reveal lah.. hahaha!

artis gitew...

Sehening Pagi

Nasyid - Al' Irs Yad (Doa Taubat)
Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil adziimi

Tuhanku aku tidak layak untuk syurga Mu tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu,dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,ampunkanlah dosaku,sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar



Sesungguhnya... kita lah yang boleh merubah diri kita...

Thursday, September 30, 2010

Ada bezanya,,,

ada org ckp bila raya mesti nak mkn lontong. tapi lontong tu apa maksudnya???
ada ckp pakai suka hati, tapi maksud lontong tu kuah lodeh.

dedolu saya pun tak bape pasti. tapi bila dah jadi bini orang nie dgr orang ckp lotong=kuah lodeh, rasa nak gi baiki je mulut depa tuh.

lontong tu nasi yg di rebus di dalam daun pisang yg berupa kelonsong pajang, selama 4 jam +-, dan bila di potong gitu la ghopenyer... bulat2 dan sisinya kaler hijau.. (kalau pakai daun pisang batu atau abu).


yang kuah kaler kuning tu pulak, bukan sambal lodeh eh. tu namanya kuah lodeh. lontong mkn dgn kuah lodeh+sambal ikan bilis(jawa)/kuah kacang(org johor).

kalau masak nasi impit plastik tu bukan lontong dah... tu nasi impit je..

iskh... apa la aku marah bena... bukan marah pun... cuma nak betulkan jawapan melalut2 kuar dr mulut meka2 kat dlm tv tu ha... tah pape tah!

Wednesday, September 29, 2010

Nasi Lemak

Gambar kredit to touringmalaysia.wordpress.com

Siapa tak suka kan?? kalau dah nama penduduk malaysia, tak suka makan nasi lemak nie alamat gi duk luar dr mesia la gamaknyer...hehe..

saya lama dah tak beli nasi lemak kat luar. even every sunday abah gi pasar, beli nasi lemak utk bfast ngan anak2, saya tetap tak nak makan. bukan demand tapi ... cam tak bape nak best nasi lemak kat pasar puchong tu. kuikuikui...

selalu kalau tingin nak mkn, saya rela masak sendiri, ataupun beli kat tempat2 yg biasa saya beli. contohnya, pasar malam melawati. miahahaha!!! masal sungguh!

nak yg sedap jauh beribu batu. paling2 pun saya minta che mah katering masakkan. nanti saya roger2 bila nak balik minta mak masakkan. tapi... kekdah nie berjaya bila saya peknen je. kalu hari biasa... mau kena sound je ngan mereka2 tu ha.. :p

apa nak citer nie ek??? lari bena jauhnya...

oh iya... nak ty ckit, agak2 apa yg basic dlm nasi lemak eh?? kalau saya,

1. nasi la kan..
2. sambal ikan bilis la kan..
3. telur rebus la kan...
4. kacang la kan...
5. ikan bilis goreng la kan...
6. timun semestinya kan...

dan... pada saya.. kalau takde salah satu di atas nie... bukan basic nasi lemak lah!

yg apa saya nak citer disini adalah...! stail org meniaga sekarang ni.

yg saya duk perati skang apa tau...

kalau minta telur goreng, takde telur rebus. yg nie masih acceptable.
kalau minta sambal sotong or udang or rendang ke hape bagai... takde sambal tumis.. ada citer cenggitu ah???
kalau dah buh sambal ikan bilis, takdak ikan bilis goreng. alasan peniaga, dah buh ikan bilis dalam sambal. wat de...???!!
kalau nak buh kangkung, bye2 timun, tak dapek la pulak!

tu yg lagi menyebabkan saya masak nasi lemak sendiri. kalau beli... ada je la nyakitkan hati.
belum lagi bab nasi tu mcm2 wangian. yg paling takleh saya masuk bila nasi tu dibubuh jintan manis... huhuhu.. mungkin ada org biasa, tapi saya... tidak sama sekali.

sedih bila peniaga skang meniaga atas dasar nak kaut untung. tak fikir pahala meniaga. lagipun tak salah buh segala bagai dengan harga yg bersesuaian, dan pada saya, kalau ada belaka, harga sesuai, dah ok dah tuh. ni harga mahal, isi dalam kosong sana sini. lagi kena maki ado.

lagi satu, tak kesahla kecik mano kedai... sila la pamer harga. ni satu lagi saya marah. dah la saya tak suka nak ty2 rega. jadi bila beli tempat ada rega, leh la bajet2. ni kang.. rega takde, katak pun tak melompat cam saya bila dgr rega. pastu isi dalam ciput.

nie jadi kat saya jugak la nie, beli nasi lemak kat usj kelmarin. mcm tak berbaloi RM4.50 dengan nasi beberapa sudu dan sotong yg leh dikira tak sampai lengkap 5 jari. huhuhu. sedih ooo...
nak kata susah... meniaga restoran. sah2 restoran nama makanan tu, isi aduhai..

komplen byk2... sudahnya masak je la sendiri.. anak beranak mkn bertambah pun tak kesah..

tapi mmg saya sedih je la kalau nengok org melayu meniaga gitu. cam tak ikhlas je... kan??

Tuesday, September 28, 2010

Tak Mampu Eh...

memang kulit muka saya sgt sensitif. pencuci muka pun dah bape byk cuba. kalau ada yg sesuai, poket pulak tak sesuai. tapi alhamdulillah yg pakai sekarang masih boleh diterima dek muka dan poket.

ikutkan skin care tak byk masaelah. tapi kalau bab make up, mmg saya sgtla fail. belum make up pun lagi, baru nak cecah bedak compact, pun selalu muka takleh terima.

mmg byk bedak compact saya cuba. even yg loose powder pun pernah. tapi.... tak tahan lama. sekejapan muka saya akan gatal2. tu jangka pendek. jangka panjang, cik J plak naik. mmg seksa eh nak melawa. mcm raya baru ni, baru cuba pakai compact powder+foundation+ blusher, esoknya muka saya terus menerima tetamu. cik J tau!! tak suka sgt!. dah la seksa nak surut. mmg bercinta dibuatnya.

tak tau la kenapa... tapi makin naik usia, makin seksa nak sesuaikan sesuatu kat muka ni.

tapi dalam pada tu, saya adalah sgt sesuai dgn satu 2 way cake powder foundation ni. itupun dapat sample beli buku tuk office last 2 years.

sampai hari ni saya simpan. pakai bila ada perkara yg penting sgt jek.

glowing cantik, kemasan cantik, tahan lama, muka tak naik minyak, pendek kata mmg sesuai lah dgn saya.

yg penting, tak bagi muka saya gatal dan naik cik J.

tau bedak apa tu??? sample powder foundation jenama RMK!

gile bapak kan??? bila surf web, feedback ttg product ni, especially powder foundationnya, mmg 2 tumbs up lah katanya.

haritu pi pavillion baru saya jumpa counternya. rupanya mmg limited place ada produk ni. dan.... secara tidak langsung, dah dapat agak dah berapa harga original powder foundation N yg saya dapat sample tuh...

umang aiii.... tak sanggup nak invest. tapi... sample pun saya pakai lama, inikan pula kalau beli yg original pack.

powder foundation pun dah keluar yg baru. PF EX. yg saya pakai PF N.

katanya liquid foundationnya sgt famous kat jepun. testi pun ramai berpuas hati. tapi... saya mmg nak powder foundation jek...

agak2 dapat ke saya beli PF nie ek??? mcm dah cerita kat abah, tapi... dia wat dek jek... agaknya abah tak kuasa nak layan pangai bini dia ni... hahaha! beli2... pastu bedak johnson's gak di tepek ke muka. hahaha! (cam dah terbayang dah ayat tu kalau saya cuba melobi lagi... hahahaa!)

nak baca review?? meh la gi blog ni.... mmg details. apa produk korang nak pun leh dapat tau ok ke dok. :d

Monday, September 27, 2010

Cerita Lama Tu.....

ke zoo negara bulan februari tahun ni. few days after CNY.
gile lama gambar ni duk terperam dlm camera.
nape tak minat nak cerita??? sebab anak2 ku tak enjoy langsung ngadap menatang dalam ni.
felik2... amirul takut lagi ada. kalau kat tv ok jek. bila tgk live mmg dedua takmo dekat.
tengok la dari jauh. bukan jalan kat sebelah kandang, jln kat laluan keta kecik tu haaa!!! rugi je tau bayar tiket. sib bek abah dia tak beli tiket masuk memane. kalau tak... berganda ruginya...
tgk je la pangai depa nie ya...

tak byk amik gambar pun. tapi ni terambil sebab dekat ngan laluan pejalan kaki. :)

tertekan je abah ko tau.. :p

dahi di gigit nyamuk. pipi kanannya tak ingat kenapa, yg pasti pipi kanan dia pi main tiub losyen. kan hujungnya tajam, dalam usaha nak ambil pada dia, selamat... dia layangkan dipipinya. sib bek tak mata dik... huhuhu...

gitulah mirul. bila dgr bunyi pepelik, ditariknya abah dia mcm boleh terbang ke kereta. sungguh menyampah! saya pun terjebak la kena sound, sibuk sgt nak gi zoo... hahaha! bukan anak nak gi, mak yg sibuk.

puting terakhir adik. tak ingat bila dia stop. tapi, dalam bulan 3-4 jugak lah. kenapa stop? dia gigit puting sampai hilang kepalanya. bila dia tgk pelik, terus takmo. sib bek dah train dia tak pakai tido malam. taklah drastik sgt kehilangan BF dia tuh. :)

berisi jugak kamu masa nie ya adik?? sekarang??? cekudut jek! :p

Sunday, September 26, 2010

Realiti

Bila tgk cerekarama tadi mmg itulah realiti kehidupan segelintir manusia.

ibu yg mementingkan diri, anak yang terlalu menghormati, menantu yang menurut perintah, tiada kebebasan bersuara, segala lah.

bila telek diri sendiri, Alhamdulillah syukur saya masih boleh berjumpa dgn mak dan adik beradik serta kaum keluarga yg lain pada hari raya pertama (walaupun tak pernah dapat bersama dimalam raya).

ikutkan boleh je saya nak minta izin beraya di rumah mak sendiri sebelum dan pagi raya, tapi.... rasa tanggungjawab dan kasihan lebih berpihak dalam diri sendiri.

cuma satu je yang saya rasa perlu diambil kesah kepada mereka yg telah mendirikan rumah tangga.

bila si wanita sudah berkahwin, atleast, cuti lah sehari sebelum hari lebaran. tolonglah apa yang patut di rumah ibu atau ibu mertua. dengan cara itu sahaja dapat menggembirakan orang yg kita sayang. tak kiralah dirumah siapa pun.... janji kita membantu... siapa yang nak makan nanti??? kita anak beranak jugak kan???

renung2kan lah....

kerja.. sampai mati pun tak habis...

Friday, September 24, 2010

Kesayangan ku...




ish... sesejak dah besar ni mmg seksa nak dpt gambar yg semenggah!

haru tol kamu berdua nie tau...

Thursday, September 23, 2010

Terbaek!

Dah dapat makan satay last weekend.

disebabkan tak terfikir nak minta contact no Satay Yunus dari mil,

dek kegigihan saya (abah depa yg desak pun..:p) melayari internet, kami pun menuju ke jln Peel lepas asar ahad itu hari.

bebetul la kedai dia bawah pokok berhampiran carrefour jln peel.

ramai dah masa tu.

tak lama pun tunggu. mungkin siang lagi. cepat je kami gerak balik.

as usual, tapau la kan..

sempat lagi singgah mydin beli ABC.

ikutkan tawaf dah kg baru. nak cari ABC. tapi .... agak2 cemane nak beli kalau pandu laju je kan??? hehehe...

disebabkan dah makin tidak familiar dgn kawasan tersebut, balik subang jugak..

lepas magrib anak beranak mengadap satay bertemankan ABC.

testimonial:

satay D'zul ni okey. kepingan daging agak kering. tapi still sedap. abah ckp keras sikit. saya rasa ok je.
kuahnya datang rasa pedas dulu. baru manis. kacangnya agak lumat. takkan nampak la sgt keketul kacang. masih acceptable.

kesimpulan... pilihan ke dua selepas Satay Yunus. hehehe...

satay station tak pernah cuba tapi baca komen orang perseorangan kata so-so jek. lagipun location nak kena redah mrr2, petang ahad, ala2 kurang waras la... :d

begitu jugak satay yunus. kedudukan nya kat Melawati, agak2 kurang waras nak ke sana semata2 tapi tak tau dia niaga ke dok. huhuhu...lagipun dia bukak lepas kol 7 pun. mmg masak gak nak menunggu.

tapi... disebabkan kau wahai cik satay yg sedap, lambat pun saya akan tunggu... eceewah!

mengadakah kami??? tak...

sesapa nak cuba saya sgt rekomen satay yunus ni. daging lembut, rempah sgt terasa, kuah nya saya siap simpan tau... buat mkn ngan nasi impit. mmg sedappp!

bukan kata yg lain tak sedap, tapi... mmg satay dia 1st choice la kalau buat pilihan nak mkn satay.


nak tau kat mane satay yunus ni??? meh tgk gambar... sesapa yg biasa ke Tmn melawati bertentangan jalan ke TC Permata/Giant, sure leh byg kat mane kedai ni.

Pernah dgr nasi ayam hainan popular kat melawati?? ha... kedai tu sebelah kedai perabot kan?? Satay Yunus nie pulak masih dekat area situ cuma gerainya yg hujung sekali menghadap kedai tayar bridgestone (bridgestone ke bridgestore??)



dapat bayang??? tu lah kedai nya... bukan gambar curik tau... nie masa saya tunggu mil gi order rojak mamak kat seberang jalan. ha.... ni pun rojak terbaeekkk pernah saya makan.

dedolu pak tam. skang yg nie la pujaan saya... ngehehehe!

gile ah!! duk puchong/subang. cari makan sampai ke ulu klang area??!! hahaha!

inilah untungnya umah mak kat selayang. sekali jalan... :d

Sunday, September 19, 2010

Belum

Mai lagi mood nak citer pasal raya... lagipun hari2 keluar berjalan. dah beraya umah sedara, gi mall pulak.

haish... rumah ku cantik masa org nak mai aritu je la.. kendian cam kapal karam.

hehehehe!

nenanti eh!

Wednesday, September 8, 2010

Salam Syawal

buat semua rakan2.

tak sempat nak terjah rumah sorang2.

rumah sendiri ala2 taufan melanda.

hehehe...

Selamat Bergembira di hari lebaran

ampun dan maaf jika pernah terasa dgn tulisan dan perlakuan saya sebelum ni

moga kita semua diberkati oleh Nya...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Monday, September 6, 2010

Belum Kemas Lagi!

apa bendanya??

rumah saya lah!

jiran kiri kanan semua dah tukar langsir bagai (mane tau?? sebab diorg dah basuh langsir.. hehehe)

saya?? esok2 la kot. lagipun banyak aktiviti lain skang nie..

pagi ni kala entry ni dah publish, saya dah berada di subang pasangkan langsir mil. haritu cucu balik dah pasang separuh. la ni tinggal sliding je.

tak sangka, masa awal kawen dulu, cucu mil semua baru nak sekolah rendah. sekarang dah jadi anak bujang/dara, dah leh harap bekerja. boleh saya ngelat sikit. eh eh... :p (boleh ke??)

sambil tu saya nak kena pi amik barang avon pulak.. ada sesiapa nak kirim?? saya leh amikkan. tapi jgn tak jadik plak nak amik dari saya ya!! :D

byk brg menarik dlm buku kempen sept ni tauu!

tapi kan.... ada satu saya tak suka...

Pelik gak kekadang ngan manusia ni... dah berhiya kirim brg itu ini bagai. sekali bila dah ambilkan, boleh pulak dia reject?? kesian kepada dealer yg dah keluarkan duit tuh. lagi haru bila buyer tu tak pass duit lagi. mane nak jual brg yg dah di beli tu??? pastu, takleh return brg dah beli. kesian tauuuu....

bukan nak mengata tapi FAKTA ni...

alhamdulillah lom jadi lagi pada saya... tapi...kesian pada kawan yg terkena..

korang tak kan??? :)

Bila Kita Gembira

Ada yang berduka...

sedih bila dengar berita kematian disebabkan pembunuhan..

apa salah dua beranak tu ya?? kejamnya manusia berhati binatang.

harapan..segera bertemu pembunuh tersebut.. amin...

Monday, August 30, 2010

Geram!

bukan geram apa... geram dan rambang mata bila tgk brg2 hiasan rumah kat Nilai 3 hari sabtu haritu.

gile tau! mmg byk pesen baru yg cantik2 belaka. cuma sedia duit ngan ruang letak brg kat keta jek.

saya beli apa?? hehe... takyah reveal lah.. saya beli brg yg kecik2 jek. yg pasti dari last year nak beli tak terbeli2. asal ada udahla.. nak berlawa, tak mampu eh. mau anak saya ranapkan nnt. :D

nampak je diorg nie ala2 berbudi bahasa ngan org lain (yakni pemalu) tapi kalau kat rumah, ceruk mane depa tak panjat, celah mane dia tak sepah, perabot mane dia tak kasi dent. mmg rumahku syurgaku betullah!

berbalik pada Nilai 3, mmg meriah lah! saya berkenan ngan bunga yg beranting pjg tuh. tapi... tang mane nak sumbat keta chumel ku itew??

takpe... leh ikhtiar.. hahaha! nak jugak!

anak? ada yg saya ikat tgn depa bila ada bunga nih. sebab apa?? amirul ngan aris mmg suka kutis2 bunga.

mcm bunga ranting kat umah kawan saya kat klang itu hari, dah dua ranting kecik dia patahkan. seb bek shaz ckp bunga lama ek shaz... kalau tak.. mau kena ganti ooo...

anak bertuah!

abah kata leh gi lagi weekend nie. kita wait n see lah. gi ke dok. tapi yg lagi syiok, dari umah saya, ikut jln salak tinggi, sepang, takyah tol! tu lagi la buat abah kata OK tuh. wah!!!

nak jugak bunga tuh!!! ngehehehe! ( itupun abah duk ulang ty betul ke.. betul ke..) ishk... lagi ty byk2 kang merajuk kang... hahaha!

Bila Abah Tiada...

untuk berbuka bersama maksudnya...

bolehla saya buat2 lupa nak buat kueh. hahaha! (femalas funyer fini... :p)

tapi kebiasaannya mmg abah akan cuba sedaya upaya berbuka dirumah.

kalau 2 minggu awal semangat nak buat kueh berkobar2, la nie mmg angin malas tu udah mai.

asal buat satu mknn berat, satu je la kueh saya akan buat.

tu pun abah duk ty, nak buat kueh apa hari ni. kalau jatuh weekend mmg malas gaban. tapi kalau hari kerja, ala2 jugak la buatnyer.

macam last friday, abah ada buka puasa kat office, saya pun berangan nak masak utk bebudak.

walaupun tak posa, dia selera nak mkn ngalah org puasa. iyela kot, siang mkn ala kadar. org buka dia pun mkn besar.

hari tu buatla pizza utk mirul. dan masak nasi ayam untuk saya dan aris.

alhamdulillah, selera depa makan. nasi ayam pun ala2 je. lagipun aris makan nasi ngan sup je.

saya pulak, makan nasi ayam tu dgn hanya goreng ayam drumet.

sgtla inovatif. asal dan. tehehehe....

siap bawak ke sahur tuh.

leh kira ngan jari makan nasi waktu berbuka dan sahur.

seingat saya, kalau sahur masuk 20 hari puasa, 4x je makan nasi.

abah pulak makan nasi yg digoreng sahaja. baru sekali buat. ehehehe... (nampak tak rajinnya saya.. kan).

takpe2... asal buka mkn mewah ok la tuh.

setakat hari nie semua dah buat kot. mee kari, roti jala, mee hun goreng, mee sup, bubur lambok, kuey teow cantonese, nasi ayam, spagetti bolognese/ goreng, semua dah belaka..

sekarang... saya sudah kering idea nak masak apo. nasi berlauk kah???

waduh... mmg nak mkn sambal tumis udang+petai+belimbing buluh. tapi abah mau makan apa??? majuk kang.. saya gak yg susah. :p

masih mengekalkan rekod ke param paling kurang taun nie. baru 2x pi. mmg haru la nak buat mkn apa utk juadah berbuka.

any suggestion?? yg pasti bukan mknn berasaskan nasi eh.

owh.. last weekend abah beli ketam kat pasar. sekor je tapinya... tapi besar. buka isnin tu saya makan nasi lauk ketam. agaknya dek tergoda ngan ketam yg cun tuh... abah pun makan jugak nasi waktu berbuka. hahaha! lagipun saya buat kueh je. tak masak yg heavy selain nasi. sah2 la nak mkn. hehehe... tapi syiok... sbb saya ngidam nak mkn ketam dan dah dapat mkn. :D

Saturday, August 28, 2010

Dah Mai Dah..

mood nak dgr lagu raya.

kalau masa kerja dulu buat keja giler, skang dah kurang sikit.

dedolu start 1st puasa dah main lagu raya, la nie dah halfway posa baru teringat nak dgr lagu raya.

macam2 la umi mirul ngan aris ni.. hehehe

alangkah indahnya masa kerja dulu... hahaha!

4u2c pulekkk.... (sambil dgr la nih.. :p)

Friday, August 27, 2010

Dengar Lagu

Bila menonton drama bersiri di rangkaian tv buat masa ni, saya lebih memberi tumpuan kepada lagu latarnya.

terukkah??

tak.. sebab dari lagu la saya terduduk nak tgk drama tersebut.

lagu2 nya amatla menyentuh perasaan. terutamanya lagu Akan ku jumpa oleh azfar dari drama syurgamu ramadhan.

ikutkan lagu ni ada dlm telifilem antara garisan. tapi disebabkan drama syurgamu ramadhan 3 hari seminggu, maka, lagu ni lebih dekat dgn saya. sambil tgk drama sambil melayan lagu ni mmg sangat menginsafkan.

lagu dari drama Nur Fansuri pun sama. nyanyian opick. tajuk? lupa plak.. :D. ini pun menginsafkan. wujudkan blog Nur Fansuri tu?? saya dah google, takde pulak. hehehe...

hantu tv kah?? tak jugak. timing pun tgk selalu ulangan. bila bulan puasa mmg rasa masa tu singkat sgt. tak lama lagi nak raya. dan sesejak saya dah ada anak, nak je biar raya tu post pond. puasa lama sikit. walaupun lelah, masa nie je lah dapat collect lebih pahala.. kan?? insya Allah..

Thursday, August 26, 2010

Jalan Jalan

pi beli brg dapur ahadnya. biasa ke mydin mall usj. mmg sebulan sekali ini la kerja kami berempat. beli sepenuh troli. hari2 lain beli sikit2 yg mana nak sahaja.
yg menyampahnya, saya kena renew kad mydin. dah la takleh renew lebih setahun. bila mai system down pulak. leceh benar. dah la seksa nak mai situ. kalau tak cari brg, mmg tak kuasa nak panjat hypermarket ni. sayang la... beli byk2 tak take point. nyampah je.

tapi hari tu juga adalah hari kami meredah hypermarket yg terdekat utk beli susu anak.
yang pasti, susu DL 123/456 kat mydin adalah sgt mahal. :D rasanya brand lain pun sama kot..
nak wat cemane, tu je lah mknn anak2. nak harap dia mkn mknn pejal?? memilih ya hamat. nak mkn nasi pun nasi berkaler sesaja. nak tak nak stok susu mmg takleh putus.

tapi rasanya ramai lom gaji 22/8 haritu. tapi mydin tetap full house! meriah eh bazar kekecik tuh. as usual, ngan abah kan... takkan berjaya nyerlah nak jenjalan.

nak cari tudung... nak cari tudung... miahahah!

Wednesday, August 25, 2010

Nak belajar ke??

siyes bila dtg raya hati nie nak sangat blajar jahit baju.

muahahaha!

ko gelak la ek kak lat... aku tau tuh..

ikutkan mak sendiri terror jahit baju kurung bagai. dtg ke anak mmg haram... sorg pun tak ngikut.

dedolu lepas abis blajar adalah saya belajar jahit baju. sekejap je. dpt satu baju kurung. itupun rasanya mak yg tolong jahitkan abis. sebab saya sungguh dah surrender.

la nie... dgn kain yg bertimbun tak dihantar ke kedai, mak plak sokmo jahit baju adik badik lain, sah2 que panjang, nak je blajar menjahit.

tapi... sebelum tu.. kena la ada mesin jahit kan?? agak2 en sharin nak ke belikan??? miahahah!

mari berangan lagi... freeeeee ooo!

Alkisah Jumaat

Kisah pertama

ke param di puchong prima last friday. meriah. mknn pun menarik. (ke sebab ni param pertama saya tahun nie, belaka cantik??). saya beli kueh puteri ayu 3 ketul. laksam 2 bungkus ngan popiah basah 5 ketul.

keputusannya, puteri ayu sungguh la sedap. gebu cantik je org ni buat. tak mcm saya beli tepi jalan nak masuk rumah few days before. siap bau hanyir telur. mcm dia buh telur kat kelapa parut utk pegang kelapa dari berderai. haru sungguh. laksam pun sedap. berbaloi ngan RM2.50. byk pun byk. tapi yg lagi haru, yg sebungkus tu, kuah dia yg kontang. sebab mirul hy hirup kuah isi ikan tuh. nak tak nak, kuah sebungkus lagi kena catu sebab mkn 2 bungkusnya bahan. ceit!. popiah basah pulak saya makan masa buka ok lagi. tapi bila abah balik kerja nak mkn malamnya, udah masam. adeh.... sayangnyer lahai... taugeh byk sgt kot. kan elok dia celur sikit. sure tahan lama. udahnya, masuk cek tong la jawabnya.

saya juga beli roti nan haritu. tpai sadis la... kuahnya cair kebair. tak mcm biasa wpun bli kat tempat biasa. ala2... ini yg terakhir di bulan ramadhan kot. baik la beli mende lain.

hari tu mmg kenyang giler. kenyang mkn mknn beli luar. hehe... 1st time tuh.

kisah kedua

tetiba paip air yg saya guna utk basuh kain (attached to washing machine) kebocoran. abis dinding basah. sampai ke hari jumaat last week mmg mkn seminggu jugak lah. sampaikan bila main paip dibuka, terasa lantai basah dek air yg keluar dari dinding. ha... nie.. memang takleh la saya buat sendiri. mau terjerit laki den kang. mane anak mana kerja tu plak pepecah dinding kan..

sudahnya panggil la jugak orang repair. org nie pun yg buat rumah kami dulu.dia datang habis segala mana ceruk yg bocor, pecah, lampu tukar sana sini saya suruh dia buatkan sekali. lump sum! siap minta dia gantungkan blind kat tingkap dapur laie.. mmg dia lagi handy manny dari saya. ngehehe!

friday abah kerja. jadi saya la yg monitor dia ngan pekerja dia bekerja. masaelah paling besar kalau ada org asing kat rumah adalah si ARIS. takmo turun dari dokongan! sakit perut dibuatnya. mana taknya... duk dendiam ok lagi. ni dia pi panjat perut kita. haru betul.

baru kol 10 pagi saya rasa nak tumbang. iyela... bekejar sana sini dgn aris mmg seksa. seb bek la dia buat kerja cepat. kol 11 dah siap. tapi sabtu kena dtg lagi repair lampu pulak.

diorg balik baru aris back to normal. saya apa lagi, mula enjin bersih rumah ler. dah berdebu jadinya. nak tak nak, basuh je lah dapur. kol 1 sakit tumbang depan tv. tu pun nak kena keluar cari lampu sat. jawabnya, beli mkn je lah. wah! peluang... tu yg jauh berjalan tuh. sampai ke puchong prima gamaknya...

Friday, August 20, 2010

Dunia Akhir Zaman

Hari2 cerita kes buang bayi. ada yg selamat ada yang tak bernyawa.

Apa nak jadi manusia zaman sekarang ya...

benarlah kata pepatah, dalam haiwan tiada manusia, tapi dalam manusia ada sifat2 haiwan.

sedih bila hari2 degar berita sana sini kes bayi dibuang. mcm sampah rupanya.

elok la di buat hukuman gantung sampai mati kepada pesalah laku ni.

tapi... seeloknya diselidik dalam2 punca2 berlaku kejadian begini.

tapi paling tak syiok, buat kerja berdua, yg kena sorang. ini yg perlu disiasat sebelum hukuman dijatuhkan..

renung2kan lah...

moga2 zuriat kita dijauhkan dari melakukan perkara2 begini... Nauzubillah!

Thursday, August 19, 2010

Handy Manny


Kalau dah jadi surirumah sepenuh masa, macam2 hal rasa nak settle sendiri.

ni la jadinya bila mata sakit dan takde sape leh tolong repair. kalau hal2 gini jadi tengah minggu, mmg nak kena nunggu abah repair lah.

tapi saya??? nak tunggu??? idok sama sekali.... meh kita tgk leh jadi ke tidak.


kenapa tukar pale paip tuh? sebab pemutar nak bukak air tu dah pusing 360 darjah. mcm umah mak saya kat selayang, pale tu tercabut. mcm ni, tak tercabut2. puas godak. kot la kalau tercabut tu leh la pk cemane nak jimat duit. tapi nie... beli baru je lah! mmg sendiri bikin. tapi cam tiris sikit air kuar. sampai la nie berbalut kain kat bawah tuh. seksa gak tukar mende alah nie. mkn 2-3 jam gak. sbb nak pastikan takde kebocoran. padahal dah ikut sepenuhnya seperti asal. erm... apa2 pun.. dah ok dah skang nie. :)

assist tak bergaji ku amatlah kepoh. mekasih la ya mirul. adik dia... wat dekkk tgk tv. haish!

nia lagi satu. amirul la suka duk main kepala paip tuh. udahnya tercabut terus. ikutkan leh guna lagi kalau letak bebetul kat gigi skru tuh. tapi dibuatnya satu hari nanti gigi skru dah haus, air plak terbukak, mmg kena tutup main paip la pulaknya. leceh. udahnya, beli baru. haa nie success! terror tak terror makcik sorang nih! :p


Rancangan Sempena Ramadhan

Dalam banyak2 saya layan 2- 3 rancangan sahaja di tv.
1. sah2 la ketuk2 ramadhan- tv1
2. geng surau-astro aosis
3. Nur Fansuri- tv1
4. qaleysha musim baru - astro prima
lelain mmg tengok kalau terbuka sahaja.
rancangan masak2 tak sebanyak last year ek? ke saya yg tak terrtengok?
takpe2... janji tak lepas citer Geng Surau.
mmg siyes lawak.
ini tertgk pun sbb ditayang waktu berbuka. kalau malam ke, petang ke, mmg sah2 la tak dapat.
byk pengajaran citer ni. tapi yg takleh tahan tu, latest episode. nak cat surau kaler RETRO. kejadahnya ha!
haiyaaaaaaa... tgk la... mmg lawak.
Nur Fansuri plak tertgk masa nak sahur. ok gak citer dia.
qaleysha plak, sebab dah tertgk dari last siaran, nak la tgk yg baru. boleh la layan.
dah seminggu dah posa kan??? apa plan akan dtg?
say duk pk bajet kira2 nak beli brg buat kek+biskut skang nie. hehehe...

Wednesday, August 18, 2010

Budak Susah Mandi Pagi


kontra betul ngan abang dia.

nak suh basuh o onk pun seksa.

belaka lah seksa.

apa nak jadi kamu nie aris....

Tuesday, August 17, 2010

Geram Je...

sebab semua rancangan yg saya tak pernah miss kat tv dah ada kat Channel 710- FOX.

itula yg tak ada dlm list kami. dengki tauuuuu...

dah la new season NCIS dah start. nyampah heh!

nak suh tambah duit sesaja!

mcm dah bagi hint ke abah ala2 nak channel tu,

tapi bolayan lorrr... hahaha!

padan muka ku..


Monday, August 16, 2010

Buat Masa Ni



ni je gambar yg saya dapat upload. pelik. lain yg diupload, lain yg termasuk dlm pc ni. iskh..iskh..iskh... saya yg tak betul kot. huhu..

amirul takleh jalan jejauh. sibuk nak balik bilik nak mandi pool. mmg hantu air dia tu. suspen gak sebab baru kebah demam. batuk je tinggal. kalau si aris, baru suh pijak tangga, dah melalak. kalau diangkat masuk pool, sora dia je la dgr menjerit. No..no..no..no!

tapi mmg syiok lah duk sana. cuma.. saya tak bape syiok sbb bendera merah! cemane nak masuk pool! awal2 hari plak tuh. potong tol! sib bek last day kat sana dah leh terjah pool. kalau tak.. kemfunan den!

nyai cakap kalau dua beradik ni berambut panjang mcm orang sakit + tak mandi. saya pun rasa gitu. nyampah tengok rambut yg serabai tu.

sudahnya... sempena nak raya ni, kita tebas rambut diorang. sabtu lepas dah selamat kepala dia berdua. abah tebas kasi separa botak. tehehe... takpe.. raya kang pjg la sikit. hensem dah cucu nyai.

mirul kalau ditebas rambutnya, akan kegelian sbb rambut yg termasuk2 kat leher dia. tapi masih terkawal lah tahap merenyam dia tu. nak tak nak, kena la pegang mcm nak rak.

tapi Aris.... huaaa... dia punya melalak... satu rumah dengar. mcm kena pukul! dah la potong kat Subang. mmg bergema je la umah nyai ko tuh.

sudahnya, petang tu dia tido pun boleh termengigau menangis. kasihan... tapi... saya tak kesian pun. mamat drama king nie mmg takleh dilayan sgt. hahaha!

kekadang sora saya nie tune dia mendatar je. tapi bunyi nye menegur dia. boleh dia sentap! siap baringkan badan pastu melalak. haiyaaaaaa!! kang umi ko plak yg melalak sbb fenat nak layan ko sambil siapkan juadah berbuka tau! hari2 plak tuh! nak marah, lagi kuat dia melalak. sampai... iskh.. ada plak yg kena humban masuk stor kang!

rasanya bila berpuasa ni, dugaan lebih hebat jadinya..takyah tgk jauh, ngan anak sendiri pun kalah. huhuhu...


Buka Apa Tadi?

Bubur lambok
keria yg rupa cek mek molek
popiah goreng

semua pun wat sediri sbb tak lalu nak pi param. mau renyah ngan anak.

nape tulis ek?? saje, khas utk adikku yg teringin nak makan popiah goreng tuh...

miahahha!

1st time ku dengar popiah goreng inti behun goreng sira cili.

muahahaha!

Saturday, August 14, 2010

Ke Sogo???

Semalam pi renew insurans kereta abah + renew road tax di kl.
tetengah bandaraya kuala lumpur lah katakan...
mmg mencari peluang bershopping sendirian la tu. hehehe...
dari satu jln musyi abdullah saya ke maju junction.
tapi satu tempat yg paling dekat di hati masa nie. kat mana tau..
SOGO.
mmg rindu nak membeli belah di sini. sesejak duk puchong, ni la 1st time saya gi jln TAR.
eh? iye ke?? tak.. tak... 1st time this year adalah. hahaha!
tapi Sogo kalau ngan abah mmg tak akan dpt masuk la kan...
Gi sensorang baru leh merambu tak ingat dunia.
anak? saya tinggal kat subang sat. (sat ke?? sampai mil nak amik cucu kat cyberjaya kol 2++pm pun terpaksa hangkut sikenit berdua tuh... ampun..).
tapi saya sampai umah kol 2.30 pm tau... beberapa menit sebelum mil hantar si kenit berdua. hikss..
apa saya beli?? khas tuk diri sendiri hy beli selipar raya (selipar pun... pk 10x gak nak beli... huhuhuhu...) dan blouse.
mmg seksa nak cari 2 brg nie untuk diri sendiri. bukan tak berjalan. tapi mmg byk tak menepati citarasa. abah pun tak kuasa nak melayan. hahaha!
tapi lagi satu kat Sogo yg saya suka cari apa tau, bedsheet! murah dan berkualiti. tapi kena tunggu sale lah kan. kalau tak sale, rabak poket.
sib bek tak ramai sgt pagi jumaat semalam. tapi saat meninggalkan sogo @ kl, dah makin ramai org. jalan ke arah pusat bandar pun dah sesak.
oh iya, dapat la cari serundung daging. RM12=200gm. piawai rasanya harga tuh. rasa? ok kot. lagipun saya dah lama tak mkn serunding daging (last mkn pun raya sudah),kira sedap la tuh. kalau amirul mkn mudah membuang, sah2 la pedas dan dah agak lama dibuat. tunggu je la amirul mkn hari ni ya.. :D
kengkawan dah shopping untuk raya??

Thursday, August 12, 2010

Selamat Berpuasa

Baru hari nie dapat online. itupun lepas habis berkemas bagai. membasuh jgn cakap la...
bukan baju balik holiday je, segala yg tertangguh dek demam minggu lepas, semua saya sapu sesah bersihkan sesejak semalam.
rumah pun dah kembali normal. tak berhabuk. eceewah.
puasa?? setakat hari ni ok je. wpun cuti mcm tak cuti je posa. ngehehe!
menu kah?? mcm biasa je. nasi mmg takdela atas meja kala buka.
semalam try buat samosa. ala2 samosa suka hati. hahaha! asal jadi. rasa?? ok je.
resepi pun suka hati. follow resepi inti sikit2 je. kena fleksibel dgn bahan rumah la jugak kan...
selain tu... ada la buat bubur kacang sikit ngan goreng spagetti.
ya udah.
sahur? as usual, abah akan makan roti bakar dan saya pulak makan la apa yang ada. mmg standard la nih.
nak ajar mirul aris makan nasi buka. so, ada la geng mkn nasi. tapi... ala2 impian takkan menjadi kenyataan la kan.. huhuhu..
abah nya buka, depa lagi bz. fenin...
hari ni nak masak apo? samosa ada lagi dlm peti es. maknanya goreng abiskan ngan panaskan bubur kacang. tambah satu kueh je. tapi lom decide.
nak mkn nasi lah.. rasa macam dah lama tak makan nasi berlauk. huhuhu...masak pindang ikan sela kuning eh!.. mabeles!
citer holiday?? tak dapat nak upload lagi. ni pun kiri kanan dia nyibuk. bz beno... hukhuk...

Thursday, August 5, 2010

Rugi... Rugi..

Semalam gi sevis keta. habis tu terus ke tmPoint untuk tukar pakej fixed line+tenet kepada Blocbuster Deal yang heboh dikatakan tu lah.

Tau je la kan Taipan Usj sekarang sistem parking maksima 1 jam sahaja. resah gak bila masuk je ke dalam punya la ramai umat.
Tunggu punya tunggu bila no ku dipanggil ada la dalam 10 menit sebelum parking fee tamat.

fuh! tu pun duk pk, nak kejar mane dulu. tapi normally lunch hour depa tak mai. biasa depa mai pagi dan 2nd round lepas kol 2. tapi... tu kat kl. kat Subang takleh jangka. lelagi hot spot mcm tu. Tawakal je la..

Sambil2 tunggu staff tu check key in mcm2, saya duk la baca terms n condition hok tulisan kecik cinotet kat dalam promo tuh.



if tukar pakej sama dgn curent internet speed tak dapat la cordless phone! Ceit! dlm internet takde tau. tapi promo dlm paper kat tmpoint je ada mende alah ni. heh!


sabar je ler.. kalau dia ckp wifi modem pun tak dapat, saya hangkat kaki je la... kehkehkeh!


dah siap belaka baru la staff tm tu ckp apa dapat, apa tak dapat. cey... ckp la dulu.. kan dah jadi cam saya yang kucewa tak dpt tipon tuh.. :p


now pakai speed 1 mbps tu je. kiranya tukar pakej sama speed cuma kurangkan bil je lah.


lagipun tipon rumah pakai utk call fixed line je. hp pakai utk call hp jugak. ni dah jadi 10 ke 15 sen ke hp kira ok la kan... tak la terkejut tgk bil.


sesebelum nie kalau bill canak ke RM120++ ada la terpakai call hp tuh. :P


owh.. nnt depa mai rumah pasangkan modem. sah2 la saya nak suruh dia tolong setting dlm hp ku nnt. tensi ooo... tipon leh pakai wifi, tapi tenet kat rumah takde wifi modem. (nampak sgt tau pakai je tenet. setting fail :p)


duk la cuba nak curi kot2 ada wifi takberpassword kat area rumah nie. nan ado! ada ramai pakai wifi. tapi... password protected la kan.. muahahaha!

3- 5 hari bekerja depa mai lah. tapi harap2 esok depa mai lah. lagi cepat saya berinternet melalui telephone. yuhuuu!

nak tau kol bape saya masuk kereta?? lagi 3 menit parking fee abis.. hebat tak hebat! :p

Wednesday, August 4, 2010

Lapar Tak??


Meh saya nak buatkan burger khas untuk semua.

Mc Zan Value Meal!

Ngehehehe!

jangan memain... siap pickles ngan mustard sos tau... owh.. burger duk salut dek telur. ala2 special burger gitew..

nie jadi bila tak masak dinner je. waktu abah offer takyah masak. ngehehe...

anak???

depa makan macam2. tapi bukan nasi. lagi haru. kekadang sup campbell pun ok. kurang nasi?? buatkan kentang lenyek. tapi disebabkan tak sama ngan KFC, kureng la makannya.. lorat sey..

oh iya... diorg berdua dah kebah demam. cuma batuk je tak bape surut. yg nyampahnya, umi dia la, demam+selesema. lama dah tak rasa demam gini.

cepatla baik wahai penyakit, nak berjalan nie.... :) go go away...........

Monday, August 2, 2010

He Ehhhhhh...

terbakar je telinga nie bila satu hari tu pi ke kedai yang jual barang basah, hencik cashier tu duk membebel ngan in law saya pasal anak2 sekarang yang duk minum susu lembu berbanding susu ibu, lebih bersifat kurang ajar dari lebih bersikap makan diajar.

Yang paling best tu dia kata ikut pangai lembu. saya baru 1st time mai situ, mmg tak hingin nak menjawab. lelagi nengok salah satu kuku dia panjang (ala2 Chu kang tu haaa, tapi hencik nie melayu). last la nie mai sini.

Bukan nak menafikan tapi mmg la betul dan teruji anak yg minum susu ibu akan lebih rapat dan mendengar kata ibubapa berbanding yg minum susu lembu nie... tapi... pada saya la kan...

bila fikir-fikir balik,

yang membuatkan anak2 mendengar kata ibubapa, taat pada agama dan hormat pada orang lain sebenarnya daripada DIDIKAN.

Didikan ibubapa, pendekatan kepada persekitaran dan yang paling penting, PEMAKANAN.

sebut pasal pemakanan, bukan sahaja sumber makanan itu mesti bersih dan halal (bagi muslim), tapi pada saya lah, sumber pendapatan untuk mendapatkan makanan tu lebih dititikberatkan.

misalannya,

setiap pekerjaan yang kita lakukan, sepatutnya berteraskan kepada ibadah. kalau ibadah dah terpesong, anak yang diberi makan melalui ibadah tersebut, pun.... terpesong lah kan... (rasuah ke, makan gaji buta ke)

bukan nak mengata tapi boleh di tengok kepada kehidupan sekarang,

bukan semua tapi, iyalah, kita ambilah iktibar.

Sebaiknya kepada hencik cashier, sebelum menjatuhkan hukuman, silala tanya kepada 'anak2' yang dia kata minum susu lembu tu, siapa mak ayah mereka, dimana mereka tinggal, kenapa berpeleseran, semua pun ada sebab dan musababnya. tak baik melabel sedemikian rupa.

bukan semua ibu mahu memberikan anak mereka susu lembu. Apa yang terjadi, pasti ada sebab musababnya.

takyah tgk jauh la... tgk yang menulis nie sendiri. berhiya nak nyusu anak. bila tak dapat, ada je la sora2 yg suruh bagi anak tu susu lembu. abis camno???

Bila

Anak demam, mak tak demam, ok lagi.

kalau mak demam, rasa nak tumbang sekali.

demam ni abah depa yg bawak. mane taknya, keluar rumah gelap, balik pun dah dinihari.

tu kalau mesin pun rosak. inikan pulak manusia.

tapi biasala... kalau ditegur pun tak guna. ala2 kita gak yg kena balik.

sudahnya, diam je lah. siapa la kita nie kan...

Thursday, July 15, 2010

Alahai Pembanci

cemane kekdahnya bancian terkini ya??
setakat yg ditulis dalam paper, cek itu ini kat pembanci, pastikan pembanci ada tag, ada kad kuasa, bla bla bla...
tapi.. bila tiba giliran rumah ku...
hari sabtu yang lalu, tetiba jek ada sehelai kertas putih berlambangkan kerajaan mesia terselit dlm post box.
lor... suh isi bagai je ke?? takde interaksi secara lisan ke??
bagus2... mmg la cekap. tapi... leh caya ke?? kena la percaya... kot.. (masih mood cuak)
apesal dia tak panggil eh?? saya sekeluarga mmg ada je kat hall. asal ada bunyi2an, contohnya hon, orang bagi salam, posmen datang hantar surat, walaupun bukan kerumah saya, sure saya jengah. mane tau, rumah kita ke kan...
tapi ni... mmg takde bunyik pun.
dah tu suruh isi dan akan kolek form tu esoknya dari kol 9 ke 1 ptg.
disebabkan hari sabtu agak bz, terlupa terus form tu. sampai la ke hari esoknya.
yg lagi musyikil, takde plak depa panggil or gegar pagar nak kolek form. lagila saya lupa nak isi.
bila saya sedar mende tu tak berisi??? masa anto adik nak balik kol 7++ petang tuh depan pagar.
sebab??? nampak budak banci ni duk gegar pagar rumah orang lain nak kolek form... kot...
sudah... kelam kelibut saya isi. sampai jadual dinner pun tertunggang terbalik.
bila dah isi, jengah ke luar mane pulak budak ni??? tak nampak dah.
bila dgr dia gegar pagar rumah org lain, saya jengah lagi... tak nampak pun...
haiii... bila nak kolek ni?? kan dituduhnya saya warga tak bertanggungjawab pulek...
bila esoknya (isnin), masih tak mai, tetiba tghri/petang dgr announcement dari mane tah, minta bekerjasama untuk isi dan lengkapkan borang, hati saya dah panas!
ewah2!! org lain tak bertanggungjawab, kita pun terjebak! heh!
punya la tunggu mamat tu kolek form, sampai ke sudah tak mai, siapa salah??
mmg la takleh nak salahkan dia, mungkin byk rumah/tempat dia nak pi ronda, tapi, bila kita yg tercatuk kat rumah nie dia tak singgah.... hangin gak la...
sudahnya, saya buang RM0.40 sms mamat tu supaya kolek form sebelum hujan. (nampak mendung, kang hujan, dia gak susah).
ler... suh buh dlm post box je??? pastu dia kolek lepas kol 7 mlm.
overtime gamaknya... kesian... tapi....bila fikir logik, cemane kita nak pastikan betul ke idok pembanci nih??
sib bek dpt paper kecik berwarna yg catat bancian telah dijalankan. kalau idok.... mau report kat kementerian.
mmg la menyenangkan pihak pembanci, tapi, bukan ke kekdah tu dijalankan sekiranya pembanci mendapati tiada sesiapa berada di rumah???
masaelahnya saya ada je kat rumah 247!!!
bukankah salah dari segi etika seorang pembanci???
tolong jawab sesiapa yg tahu???

Thursday, July 8, 2010

Busy Betul

saya semalam. busy ke??? hahaha!

buat2 bz itu penting!

kalau kat rumah bz lain.

kalau keluar bz apa?? berjalan jumpa kengkawan HL lah!

oh iya...

semalam amik produk. lepas tu terus jumpa kawan.

dah jumpa kawan pun bape bulan sekali... lama la terborak.

dari terik sampai mendung. hoho...

bila dah mendung, balik ler... teringat janji nak bawak mil ngan anak2 gi mkn luar.

mmg bajet nak gi lepas zohor, lepas kol 2.

tapi baru kuar rumah dah hujan.

tak pepasal sampai sejam kat jalan. iyela... hujan kan.. org drive pun jadi slow.

takpe... janji hajat nak makan tercapai. jauh, hujan, akan ku redah!

akhirnya... sampai kami ke sini...

RESTORAN DOLI, TTDI.

(mahap... gambar takleh nak upload, usb port pc nie mmg jaki sket kalau saya nak upload gambo. heh!)

tapi gambo apa je... gambar anak bujang ku je. tak dan amik gambar mknn ke kedai ke.

sbb kami berempat adalah sangat LAPAR. satu jam kat jalan tuh...

ikutkan tak la sampai gitu. hujan la katakan...

rasa kuey teow gorengnya... sedap. nak tau rasanya cemane???

gi la makan.

hahaha!

tak tau sgt nak review. tapi ikutkan sedap la kat tekak saya. tapi... rasa dia ada lebih kurang mcm yg saya beli kat pasar mlm bangi yg hok kuali beso anak beranak meniaga tuh.

tapi, rasa nya masa zaman dolu lah... masa saya masih belajar. skang mmg out je rasanya...

apa2 pun, mmg tak rugi mkn. hok RM10 mmg segala2 banyak. udang, telur, kerang, togeh, kuchai. tehehe...

amirul banyak kali tambah. tapi dia saya beri pun sikit2. kira ok la tuh. byk gak dia mkn.

aris cam biasa... rasa je. yg impress, dia mkn togeh. sbb aritu saya goreng kuey teow saya ckp kat aris togeh tu mee. tehehehe.... bagus.. bagus..

mil beli bawak balik mee rebus ngan nasi ayam. saya hy makan kuey teow je kat sana.

nanti saya kabo cemane rasa yg lain tu.

bintang??? 4 dari 5 kot. lagipun saya lama tak mkn yg sedap. kira ni antara yg 'masuk' kat tekak saya la nie.

tempat??

Plaza ttdi tau? erm..tau caltex kat jln damansara? sederet je ngan caltex tuh. kira kalau dari Federal hway, masuk kat jalan damansara (kat flyover under construction tuh), terus, perati kiri. make sure nampak signboard TTDI plaza, jgn masuk dulu. terus ke depan. akan nampak caltex, terus masuk kiri jalan sebelah caltex tu. ikut jalan tuh (sbb one way), jgn lupa baca signboard, restoran doli tu akan nampak depan dan belakang. sbb belakang jalan wan kadir 3, depan jalan wan kadir 4. kalau dari jln besar ( jalan damansara), mmg akan nampak signboardnya.

kat mane tuh??? kalau sgt blur .... kalau kengkawan dr damansara, cari jalan ke damansara specialist hosp. terus ke depan dari spital, tgk kanan. sure nampak caltex belah kanan dan bersebelahnya shop lot. situlah dia...

psst... leh kasi tau abg kakak awak ya etty kat mane kedai tu. tehehehe... tak sesat dah nie.. :D

erm.. nak makan apa lagi ek pasnie..

rindu plak mee goreng mamak kat tesco extra shah alam... sedap.. tah ada lagi tak tidak..