Wednesday, April 25, 2012

Tuesday, April 24, 2012

Resepi : Mee Rebus Che Esah

boleh?? ahahaha! sekali sekala letak nama kat resepi pun ok jugak. :D


Sungguh saya blajar masak ni dari mak mertua . banyak gak saya blajar dr mil. sebab??? kawen lepas blajar pastu nak blajar masak ngan mak sendiri mmg la tahap malas gaban. padan ke muka saya. tapi worth it kan?? :p)


Sape pernah makan saya masak angkat tangan?? hiks... macam la sedap sgt iyer?? biasa je sebenarnya. tapi boleh la dari ko beli kat kedai silap aribulan rasa tepung ngan gula. 


Saya rasa hutang orang resepi ni. tapi siapa mintak eh?? lupa dah. dan yang pasti, saya tak pernah buh kat sini lagi. ampun la kalo yg menunggu pun hampir lupa. :)


Nak tengok ghopenyer??? nanti la ya.. kita pass resepi dulu.


Bahan2 nya  untuk 4 orang makan (tapi biasanya berlebih :)) 


Kuah
sebiji keledek yang besar lebih kurang botol susu anak 250 ml -nak lagi pekat dan kuah lebih manis keledek. boleh lebihkan lagi (masak suka hati namanya :d)
2 biji kentang sederhana besar
segenggam udang kertas 
200gm daging dipotong kecil/nipis
10 tangkai cili kering ( kalau rasa nak pedas boleh je tambah lagi)
1 1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit
sebatang serai
2 sudu kecil udang kering
3 keping asam keping
1 sudu besar serbuk kari daging (opsyen) - che esah tak bubuh, menantu che esah ni buh. sedap lagi. hiks!
garam gula secukupnya.


cara2 nya
1. bersihkan keledek dan kentang. potong kekecil dan rebus. air lebih kurang 3  cawan. (asal terendam tu ok je)
2. rebus daging hingga masak/lembut. - air dalam 1- 1 1/2 cawan.
3. bersihkan udang kertas buang kepala sahaja dan rebus. (biasa saya buat, rebus daging dulu, bila 1/2 masak, masuk udang rebus sekali. kurang air tambah sikit sahaja)
4. dah rebus belaka, blend lumat semua bahan2 tersebut. (kalau suka nampak daging dan udang ketul2, takyah la blend. potong kekecik je. blend belaka adalah mudah untuk mereka2 yg tidak mkn daging atau udang. :d)
5.blend juga cili kering (yg telah direndam/rebus terlebih dahulu), bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dengan sedikit air dan tumis hingga garing/ naik minyak. masukkan juga serai yang telah di titik.
6. bila bahan tumis dah garing boleh masukkan udang kering yang telah direndam dan ditumbuk halus. begitu juga serbuk kari daging. kacau lagi hingga garing.
7. dah garing, masukkan air sikit, kacau2, tuang ke dalam hasil rebusan tadi.  - selalu saya buat penuh periuk beli 3 in 1 tu. yg periuk paling besar. (tapi pastikan kuah tak terlalu pekat atau cair - logik masing2 tambah air la masa ni ya :D)
8. pastu jangan lupa masukkan asam keping dan garam gula. biasanya saya masukkan gula dan garam selepas asam keping kembang sepenuhnya. biasanya kuah mee rebus ni manis2 masam. er..sgt2 kena pandai2 rasa sendiri. :D
9. dah masak, boleh tutup api dan sediakan bahan2 untuk mee pula. biasanya kuah di peram seketika baru mkn. kalau masak dan makan masa2 tu jugak, rasa masih lom rasi. (haha! gile detail. mcm masak kuah laksa gak ni, lagi lama masak lagi sedap! )


Mee dan hiasan2 penyedap rasa
1 peket mee kuning - di celur seketika
40 sen taugeh - dicelur seketika
2 keping tauhu - digoreng dan di potong dadu
sebiji telur - direbus ( nak mkn banyak pun boleh suka tekak)
2-3 batang cili hijau  - di hiris halus( nak pedas byk suka hati)
daun sup dan bawang - potong halus
bawang goreng sedikit


bahan2 ni di bubuh dalam mangkuk/ pinggan dan tuangkan kuah di atasnya... siappp!!



 Gambar ni versi lama. kalau buh serbuk kari dia jadi gelap ckit. rasa pun hampir2 dah macam beli kat pak Tam zaman saya muda remaja. :p (skrg rasanya tak bape kick lah! )


kalau kedai dah jadi RM4 hengget dah! :D

JANGAN TAK CUBA OKEH!! kalau sedap bagitau saya. kalau tak sedap, pi cari kat kedai la iye.. hihihi~