Friday, August 28, 2009

Sejuk

dr semalam ke pagi nie tak pepasal jek pakai selipar dlm rumah.

sejuknyerrrrrrrr!!!

tinginnyer nak mkn roti jala... request kat che mah dapat tak?? ekekeke!

eh kak lat.. ko demam balik ke?? kansel nak balik selayang eh!

Tuesday, August 25, 2009

Puasa

dah duduk sendiri kan...

aku mempunyai masaelah nak bangun sahur. haiyaaaaaaaaa.... liat giles. tapi alhamdulillah belom terbabas lagik. :D

dugaan tahun nie..

1st day posa... aku sakit pinggang. tah kenapa tah. jadi pun lepas balik beli brg bulanan kat mydin. tak leh nak bongkok. nak rukuk rasa cam nak nangis.

today semakin baik. wpun subuh paling seksa nak rukuk. hueheuhu..

juadah??

setakat hari nie masak n buat kueh sendiri. tak bape jadi pun ok la jugak rasanya.. still ada rupa n rasa tu ok la kan??.. dr aku kena pi pasar ramadhan. :D

seram je nak kesana di sebabkan h1n1 nie. abah deme je yg pi. tu pun tak lama.

esok kena bangkit sahur kol 3++. fuiyooo... cepat tuh! sbb abah depa nak pi outstation. doakan aku berjaya bangun k. :D

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa buat semua rakan blog dan tetamu2 shazana1923.

moga ramadhan tahun ini membawa seribu keberkataan dan mendekatkan lagi kita kepada Nya.....

:D

sambal goreng jawa
(motif gambar?? saje nak tunjuk yg zana dah tau cemane nak masak sambal goreng renyah ini... ekekeke!)

Friday, August 14, 2009

Pakar

tadi bawak aris injek imunisasi utk 1 1/2thn ke 2 thn tu ha..

1st booster polio ngan er... lupa dah..

harapnya tak demam la dia mlm nie

klinik lengang. jumpa doc yg selalu jumpa watu siang kat klinik tuh.

bawak mirul. boleh dia takmo turun keta. alasan??? masuk klinik. haiyaaa!

aku ingat aris yg akan wat pangai. udah terbalik.

(amirul kalau benti kedai ala2 runcit, mmg seksa nak ajak dia turun. memilih ooo!! sape la ajo ko nih! :p)

doc cuba borak ngan mirul, tapi biasa la.. mirul takmo ckp. tapi dia just tgk je la muka doc cun tuh (wpun pelik nape doc pakai mask. ekekeke!)

bila dah amik jap, sementara staff dia buat keja, doc keluar n ckp ke aku,

suruh cuba bawa mirul ke pakar sbb dikhuatiri amirul ada masalah telinga ke, autisme ke,
serious, aku tak amik hati. cuma aku pernah bercadang tapi tak pernah jadi pun nak ke pakar.

lagipun, doc2 yg lain bagi advise yg tumbesaran lain2 budak berbeza, sbb bertutur pun ada yg cepat dan lambat.

kesimpulannya... tunggu dan lihat.

tapi doc yg aku jumpa kali nie, mmg syorkan ke pakar sbb mirul dah 3yo++ tapi masih taknak bertutur.

(semalam ada la dia mintak' cake' kat nyai masa bukak freezer :d, fluent katanya)

apa2 pun.. buat pemeriksaan awal tak rugi.. cuma dikhuatiri lambat, lain plak yg jadi. atleast bertindak awal boleh kesan apa2 yg tak sepatutnya berlaku dari berlaku..(nauzubillah)..

blom berkesempatan ckp ngan abah depa. dia pun baru balik nie ha.. siap bagi tiket ke seminar ke aku. adeh.. sape nak teman ku esok lusa?? :D

kalau kengkawan?? apa yg akan kengkawan buat? ada yg mengalami situasi sama ngan zana?? share la ... zana mmg kesian sgt. dia nak ckp. tapi tak keluar lgsg biji butir. :(

Eye Cream

terasa tua dah aku nie.. hukhuk!

siapa penah jumpa aku live sure perasan bhgn mata aku sgt huduh.
(tak ckp pun aku tau sendiri.. mmg huduh! hukhukhuk!)

any suggestion for me??? produk utk mata yg mane paling berkesan utk kurangkan masaelah mata.

masaalah ku??
white head (yg nie ada la beza ckit sesejak amik HL. tapi aku nie tak konsisten. tu yg lambat nak hilang. konsisten pun... kena minum teh sebanyak mungkin.. hueheuehue.. aku?? paling tinggi teh HL pun 2 liter sehari. itupun asik la terkurang ;p)
eye bag
sembap

er.. apa lagi ek??

oh iya... saya sgt suuuuukaaa gosok mata. katanya resdung. tapi gosok mata tu mcm satu nikmat jek. tehehehe... ikutkan tak elok. tu pun nyumbang mata sembap n bengkak.

meh tolong saya meh! harga?? biarla munasabah. yg termampu dek aku claim kat hencik shuami...:D (kang termahal sgt, mau dia cancel. :p)

Cornflakes Madu


Tak dan nak buat sample telah selamat ke perut amirul. huheueheuheue...

berminat??? meh email zana. :D

2 Budak Botak



berhiya makan. nak tau depa makan apa?? mee maggi ayam jam 10 pagi isnin kelmarin.irup kuah je lebey. tu lepas depa tak abis, aku kumpul dapat lagi satu mangkuk kecik mee. sabar je ler... aku la sambung mkn. kontang tak berkuah. hueheheuhue...

aku mmg tak tau nak bagi mirul makan bf apa. ko goreng la nasi, mee, roti telur waima cengkodok... idokler dia heran.

bubur??? uish... bubur lagila dia rejek. mmg keturunan abah dia tak suka bubur. pernah mkn bubur pepagi, udahnya aris yg kekenyangan. mirul?? dia jengah pastu lari sambil tunjuk no, no,no.. tehehehe..

kepala?? dedua dah botak. abah dia tarah ahad arituh. amirul minggu kelmarin dah botak dah. kira baru nie trim kasi kemas. gambar?? dah dedua kena pegang satu badan, amik gambo kang ada yg kena marah dek abah dia kang. :D

kira nie potong rambut sampai raya la nih. raya nnt udah berambut baru.. :)

next week posa. cemane la kekdahnya aku berbuka nnt kalau abah dia belum sampai rumah???

semalam aku posa, n masa nak berbuka, rasa nak makan budak lagi ado. padahal tak sampai setengah jam sebelum tu aku dah siap2 kasi mkn aris ngan mirul. hueheuehuehue...

depa plak yg sibuk nak itu ini bagai tetengah aku nak mkn. mmg la takleh buka nasik. tak aman nak makan. huhuhuhuhu...

can u spot the different between brothers??? :D


Thursday, August 13, 2009

Kehilangan

Innalillah...

sangat2 terkejut bila buka2 tenet tau kisah nie pagi tadi.

menitik jua air mata bila mengingatkan tak akan lagi mendengar suara gemersiknya mengalunkan nasyid, zikir dan bacaan Al Quran 'live' nya di bulan ramadhan akan datang...

moga tenang la dikau di sana... amin...

Balasungkawa~ Allahyarham Ustaz Asri ' Bila2 pun syurgaku selalu bersamamu'

Wednesday, August 12, 2009

Bergedil Daging

heheheehe.... sejak bila la aku nie rajin nak tepek resepi kat dalam blog nie kan???

bukan rajin... tapi dah mcm tak reti nak citer apa. lagipun aku dah janji ngan sape ek... dulu la.. dulu... bila dia tgk bergedil goreng, tingin nak makan.

kalau nak order dari aku?? boleh je... aku buatkan seketul RM.80. mahal ek?? uish.. aku yakin tak rugi beli. tehehehe... (berani aku nak amik order??? lom cuba lom tau :) )

tapi... aku sgt suka nak kongsi resepi nie lelagi dah nak posa sbb buat ari nie, stok dia sampai seminggu. takpun... suka hati la nak simpan bape lama dlm fridge.

(kelemahan aku... bagi resepi tapi penerangan pjg gile lebar. :p ..takpe.. aku suka bagi tau ala2 aku berckp ngan korang face to face :D)

bahan2 nyer... ( utk dapatkan lebih kurang 20 bijik. saiz?? er... kecik ckit dari tapak tgn aku :))

400gm daging (kalau beli kat pasar ckp utk goreng. tak la semahal daging batang pinang. bhgn yg mmg aku tak tau tang mane depa amik dan apa nama dia. :d)
8-9 biji kentang ( saiz besar. secara logiknya yg paling besar ada kat pasar or supermarket)
10 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
daun sup (sedikit sahaja)
lada hitam
garam

cara2 pembuatan;

1. kupas kentang dan potong ala fries. tapi lebar2 dan tebal. goreng. tapi jgn garing sgt. ala2 dah kuning2 coklat leh angkat tos. tumbuk kentang utk lumatkan.

2. siap2kan bawang kecil dan putih, potong utk dibuat bawang goreng. gorengkan sehingga masak. toskan minyak.
3. potong daging nipis2, dan goreng dgn minyak yg sangat sedikit. lebih kurang satu sudu besar. tunggu sehingga air daging kering. kalau rerasa daging tak goreng sepenuhnya, leh la tambah air sikit. tutup dan tunggu dia kering. toskan daging. dah sejuk, blend kan daging. (nak tumbuk pun boleh tapi... larat ke?? tehehehe).

sebelum di blend

selepas di blend

4. tumbuk lada hitam dan garam secukup rasa. kalau suka lada hitam lebih, boleh je bubuh. secukup rasa.

5. potong daun sup dan masukkan ke dalam bekas beserta semua bahan2 dia atas. gaulkan.


6. boleh la di bentuk seperti bergedil. cemane ghopenyer??? mcm nie... :D


7. simpan stok dlm freezer dan kalau nak mkn, sediakan telur sebijik utk menggoreng.

dah siap... takyah pk nak mkn apa sahur nnt. mkn nie semata ngan nasi+kicap pun sodap.

cuba lah... kalau tak menjadi, leh ty zana lagi. tapi.. ni sape follow gerenti boleh lah! :D

pernah cuba buat beli kentang kat satu pasaraya, tah kenapa, kentang tu mcm melekit2. adeh.. bergedilku tak bape menjadi.

Dek kerapnya membuat,.. alhamdulillah... terasa sekejap je kerjanya. memula dulu mmg rasa lamanya nak menyiap. tapi bila dah terrbiasa... ok je...(masaelahnya... aku plak yg takleh nak makan. hueheuhue.. buat pun utk abah bebudak nie.. sbb dia paling payah makan. tehehehe )

cuba okey.. gerenti tak rugi. resepi zana mmg extra daging. tu yg bergedil tu nampak golappp jo. :D

Tower!

Tower terbalik kong!

nie la kerja anak bujang kedua ku kalau aku kat dapur. segala mak nenek mende dlm freezer, laci, cabinet dia selongkar.

tapi yg tower nie la paling haru! hueheuehuehue...

ko kalo jatuh kat kaki ko dik... lobam tau!!

see... adik pandai elak la umi!!! :p

Monday, August 10, 2009

Akal di Lutut kah??

motif gambar?

pakai hp la katakan... nak fokus pun tak reti. tah kenapa bila fokus (4x tuu), dah amik, gambar tu back to the normal size. aku tak reti guna ke ape???

cut the story short, nampak keta depan aku tuh?? anak dia duk dekat apak dia yg tgh memandu. anak dia mungkin baya anak aku gak. dr belakang mmg clear gile pergerakan anak n bapak.

yg menjakikan aku, itu adalah jln besar. depan tu adalah traffic light ke jln puchong lama dan ke LDP. boley??

dah la selow satu hal! menyusahkan pemandu yg lain sbb dia, lampu dah bertukar hijau ke merah, yg kat blakang tak lepas2, disebabkan ke 'slow'an dia tuh! dah la lampu ctu cepat. (bukan cepat mane pun... pemandu ramai yg makan angin sambil memandu :p).

tau la weekend... tapi... ko telah memperjudikan nyawa anak ko tu ha!!!

bila keta aku potong keta dia, haiyaaaa!!! masih anak kat stering lagi!! dah tu... MELAYU!

suka na nak nyusah diri. pastu bila dah excident baru la keluar kesah sedih 1001 malam. heh!

ikutkan benda nie tak boleh di lakukan wpun sejengkal perjalanan naik keta. tapi.. area tmn ok lagi kot dr di jalan besar. walau apa pun.. pls.... safety 1st.

Kengkawan... fikir2kan lah yg terbaik utk anak kita..

Mana Gula??


Makin berhiya krisis gula kat malaysia nie ya??

ikutkan pada zana yg menggunakan gula dengan kadar yg minimum sebulan, tak begitu terasa keadaan nie..

tapi bila ke pasaraya nak beli stok rumah,uish... kosong sesaja area gula.

masa ke mydin subang weekend, mcm penuh saje setiap rak dgn barang... tapi bila gi weekdays... uish.. byk betul yg yilek pocik.

katanya stok tak mai lagi.

harapan... tak terjadilah kes naik harga yg tak masuk dek akal di bulan2 ramadhan dan musim perayaan nnt.

terbaca dlm suratkabar yg ramai pelancong tempatan datang ke kl bukan sahaja nak melancong, tapi beli stok gula utk bawak balik negeri. iskh... teruk sgtkah krisis gula nie ya???

Yesterday, Today, Tomorrow

Tak sangka pulak ada nama bunga seperti nama blog aku nie...

kaler dia tetap cun wpun bertukar2 mengikut kematangan.

nak tengok??
Warna kelopak Yesterday, Today, Tomorow berubah ikut usianya

NAMANYA amat unik - bunga Yesterday, Today, Tomorow selain turut dikenali Sunday Morning atau Morning Noon Night.

Namun, bukan saja namanya pelik, malah bunga yang nama saintifiknya, Brunfelsia pauciflora juga mempunyai ciri unik kerana bunganya bertukar warna mengikut usianya iaitu semakin matang, semakin cerah warnanya.

baca seterusnya...

Friday, August 7, 2009

Seee!



kusyuk dengan menggunakan dua sudu menghirup sup. mmg gagal la nak numpang sesudu dua. huhuhuhuhu...

alhamdulillah... makan jugak si cerewet makan nie.. tehehehe....

oh iya... ari ahad aritu misi membotakkan kepala mirul. raya nnt tgk la samada kena potong ke dok lagi.

aris?? itu budak telah kepengsanan ari ahad arituh. thsi week baru leh tarah rambut adik. tehehehe...

Banana Shake!


Selamat Pagi!!!

dah ambil sarapan pagi kengkawan???

dah boring mkn benda yg sama???

come n try this!

2 sudu bumbung f1 - cappuccino /chocolate
1 sudu bumbung f3
250ml non fat milk / soy milk
1 sudu bumbung oat
1 biji pisang saiz sederhana
lemon beberapa titis
150ml air sejuk
ais kalau suka

masuk kan cecair dahulu ke dalam blender di ikuti segala bahan2 di atas.
blend sehingga sebati. dlm 30 saat dah ok dah.

orait! satu breakfast yg sihat tersedia!

Enjoy! - dah beberapa kali buat masa pisang byk kat rumah... sampai ke tghri kenyang.. huhuhuhu...

ps-sesiapa yg bekerja di sekitar bangsar, kalau nak cuba rasa shake cenggini, leh dtg ke nutrition club di tingkat atas bangunan TMC, bangsar.
open daily 7.30am-2.00pm, monday to saturday..
singgah jgn tak singgah! nak free wellness evaluation pun boley..
kalau segan or malu nak terjah, leh call me 1st or my fren, 0122077022 utk jumpa.
tak rugi mencuba utk kesihatan kan?? !

Gila Muffin!

siapa la agaknyer tuh!

tah kenapa.. pangai sebelum aku kawen udah kembali.

mane tau..esok2 aku leh meniaga plak kan... eceewah!

tapi aku mmg suka buat sekut2 raya, buat kek mentega/marble ngan coklat dedulu. (ada kes aku dah lupa apa nak kena buat, tak blend gula tros masuk utk pukul. geleng kepala adik bongsu aku. ceh! ko dedolu mane tau buat! aku jugekkk tau...! tu ilang ingatan namanyer... ekekeke)

spesific - sebelum kawen. bila dah kawen, duk umah mil, bukan taknak buat... mcm... iskh..selesa nye lebih ke rumah mak sendiri la kan... tehehe...

ada gak la aku buat kat umah in law tapi mcm serba tak kena. huehueheuheue...

perasaan aku je kot... huhuhu...

la nie... sejak duk umah sendiri, dah tu kerja pun ala2 nampak tak nampak, aku seronok plak tgk resepi kat dlm tenet.

tang masak lauk tu jrg aku ikut sbb tekak abah dirog lebih kepada cara mak dia masak, so aku lebih suka nak cuba biskut or muffin.

cam comel2 je muffin aku tgkkan. cup cake??? uish.. aku masih belum terbukak ati nak blajar deco2 lagik. nnt la ek... rasanya ada org leh ajar dah nie... tehehehe (er... pree sample takde ke as??tehehehe... )

meh tengok beberapa jenis muffin yg telah berjaya aku buat dlm tempoh 3 minggu nie..


banana popiseed muffin. ini beli tepung ready mix. cam ada kekurangan... tak bape sedap sgt. mak aku ckp, ala2 keras jek bila sejuk. pisang pun rasa dia ujunggggggg dunia... iskh... arahan silap tuh. tu pun aku lebihkan pisang suka suki. :D


cubaan ke dua, aku buat ikut resepi dr chef terkenal empunya blog hanieliza's cooking. ha... yang nie banana muffin yg aku rasa sedap. cuma stilll... nape dia naik tak merekah2 ek?? huhuhuhu...

dan semalam... aku buat coklat chip n nescafe muffin. follow kak hanieliza nyer resepi tapi aku ubah2 ikut bahan2 yg aku ada kat rumah. :D

yang nie cun ckit dari yg sesebelum nie. sedap. siap aku buh ovellete nak kasi lembut. (ya mak... kita buh ovellete jugak. :) )

nape kaler atas dia tak sekata?? aku pi masak pakai oven gas. tapi takde api atas. bila dah dekat 20 menit, aku tutup oven aku tukar ke microwave oven plak. sbb ada api atas. tapi disebabkan 1st time pakai... aku cuak ckit takut hangus. udahnya.. keja duk telek belek. tu yg kaler gitew. 2nd round baru aku yakin dan kaler sekata. tehehehe...

(aku la org nya... nak pakai microwave oven baru hegeh2 idup api. bbtol jakun aku nie... huhuhu. seseblum nie preheat jek. cam best plak.. leh buat mcm2 pasnie.. ekekeke)

tapi kan... aku still fail nak bajet masuk dlm cup. ada yg terover load. ada yg ok2 je dan ada yg mcm segan je nak keluar dr cup tuh. miahahaha!

adeh... siapa leh tolong advise???

mekasih...

er... nak rasa?? meh la mai umah! :) tapi bagi notis nak mai dulu ek. kang ada org dtg putih mato plak. :D

Thursday, August 6, 2009

Seram

Takut pulak bila dgr berita2 terkini ttg demam H1N1 nih!

harap2, kita semua sentiasa peka dgn perkembangan kesihatan ahli keluarga masing2.

tiba2 teringat yg semalam bawak mirul sampai ke maju junction! harap2 takde perkara tidak di ingini berlaku... amin...

Pose Kegemaran = Pose Rasa bersalah


bila gigi susu nie nak berganti gigi kekal ek?? kesian sgt tengokkan amirul. tapi... bila enjin ;nakal; dia mula...

ilang terus kesian aku. huhuhuhu...

dah dua hari keja dia duk main air. air apa??

1. vitagen dia tuang dlm lori menan yg dia letak atas sofa. apa lagi... air tu turun ke sofa la. hilang akal aku dibuatnyer nak marah. tapi meraung gak dia kena sekali ngan aku. huhuhuhu... kerja2..

2. tumpahkan air atas meja. aduh... tangan nyer sgtla fragile. lelagik kalau tgk tv. geram betol. mknn minuman masuk mulut. mata ke tv. puas di tegur.. bo layan.. udahnya...tutup tv. apa lagik. menjerit la. bila di layan kan perangai... aku la pemgemop tegar rumah. tak dan mop tu kering.

3. asal ada air apa je lah kat atas meja. even bawah tudung saji, dia leh amik, di campor ngan apa saja balen air yg dia tengah minum. susu pun jadik.pakai sauk mane dan.

udahnya... air masak aku dlm botol udah tukar kaler green air vitagen, air teh aku pun dah tukar kaler putih susu dia. kalau dia mkn lauk or hirup kuah, penyudahnya, dia tuang air dlm mangkuk dia.

yg paling best, semalam mkn pizza ngan mirul (bawak dia keluar renew ins ngan roadtax abah kat kl), dia leh tuang mushroom soup ke dalam air pepsi aku!!! sib bek soup tu dah abis. kira tinggal setitik dua la.. but still!!! spoil air haku!

haiyoooooo..... apa mau buat?? pukul pun tak guna sbb dia tak ttp gituew.. bercakap?? uish.. ala2 ckp ngan tembok ado. huhuhuhu..

mirul..mirul...


Masak Lemak Pucuk Ubi Che Esah

hehehe... kalau mak mertuaku baca sure dia gelak guling2. lawak tol aku nie kan...

ke dia malu?? sbb aku masukkan nama dia??takpe.. org tak kenal...

ekekeke!

tapi...masakan dia mmg lain dari yang lain ya kengkawan.

tak pasti kalau orang JAWA lain masak cenggini. tapi... jawa tanjung karang tak pulak gini masaknya.

bukan pucuk ubi sahaja. tapi kalau kuah lodeh pun cenggini gak caranya..

tapi ari nie kita belajar masak pucuk ubi dulu la ek...

colan2 nyer.. (bahan2nya)

pucuk ubi - anggaran - selepas di rebus dalam 200gm
bawang besar - separuh
belacan - sedikit (suku ibu jari)
cili merah - sebiji
cili padi - 4-5 biji. nak pedas lagi leh tambah
kunyit (idup lagi best) / serbuk pun boleh
sedikit ketumbar
sedikit jintan
ikan bilis
tempe atau tauhu (optional) - digoreng dulu pun boleh, takyah goreng, masuk terus dlm kuah pun boleh.
kelapa parut utk diambil santan - 1/2 biji

maaf dipinta... sukatan adalah bergantung kepada byknyer pucuk ubi kengkawan ek. saya pun masak ala2 suka suki... lagi ramai yg terrer menganggar kot.. huhuhuhu

cara2 pembikinan

1. rebus dulu pucuk ubi. (utk buang getah dan elak angin) - pucuk ubi nie berangin gak macam pucuk manis. tapi pucuk manis tak yah rebus. ramas je sebelum masak.

2. tos lepas beberapa minit di rebus. tang nie saya suka suki tgk kaler dah tak hijau, yakni dah bertukar kepada ijau lumut, baru tos. :D

3. tumbuk bawang besar, belacan, cili merah, cili padi, kunyit dan sedikit ketumbar dan jintan. (nak kasi wangi sahaja, 1/2 sudu kecil dah cukup utk dedua herba ni).

4. nak tumbuk ikan bilis pun boleh. tapi kalau tak suka terrgigit ikan bilis, baiklah basuh sahaja, masuk dlm santan.

5. sediakan santan. (tang cair ngan pekat nie takde dlm istilah saya... sekali blend, terus masuk dlm periuk :D rasa tak cukup baru amik 2nd nyer santan. :D tapi selalunya, mak saya ajar, masukkan yg cair ckit, pastu dah nak mendidih, baru masuk yg pekat. memane yg kengkawan ikut la ya :) )

6. masukkan bahan2 yg dah ditumbuk tadi ke dlm periuk yg dah ready ber santan. er.. blend pun boleh. tapi seeloknya blend ngan santan. dikhuatiri pakai air biasa cair plak kuah nya nnt. disebabkan dah duk lama ngan in law, tgn saya masih gatal nak menumbuk. kehkehkeh!

7. takyah tunggu didih, masuk sekali pucuk ubi yg telah direbus dahulu bersama2 tempe atau tauhu yg telah di potong kecil ke dalam periuk berisi santan dan bhn tumbuk, kacau dan terbalik2kan lah sayur sampai mendidih, tapi pastikan tak naik minyak santannyer iyer...(org jawa pangge.. cemplong. - sape tau apa maksudnya??? :d)

8. buh garam secukup rasa. nak tambah perisa pun boleh. sbb sayur mil ckp ok nak bubuh. cuma kurangkan la pak aji tu... :D

dah siap! leh mkn ngan nasi panas beserta telur masin dan ikan cencaru sumbat bercili. pergh!! sedap!

Tuesday, August 4, 2009

Dah Waktu???

ekpresi adik kalau dengar azan kat tv. la nie jarang dapat dengar sbb kalau tukar canel sah2 dengar sora mirul jerit setaman leh dengar. haiyaaaaa!!!

lupa diri betul la abg mirul. dia kekecik dulu gitu gak. :p

Monday, August 3, 2009

"Heaven"nya

sedap kan??? lelagi goreng sendiri. dekat 5 bijik pisang dah masuk dlm mulut aku sejak bekpes tadi. tehehehe...

owh.. minggu pisang sudah tamat. tunggu lain taun plak aku buat muffin pisang bagai ek. mcm takleh masuk dah. ekekeke!