Wednesday, May 30, 2007

4.7.7

nombor apa tu?
sebenonyer tarikh nie aku tunggu gak la.
apa yg ada? haaaaaaa... tgk la bawah nie...



I am not a big fans of cartoon or anime but still admire this.
>THE TRANSFORMERS<
Hahaha.. sure korang tak pecaya kan. tapi klau kartun pasal robot2 nie mmg aku minat. lebih minat dr anime yg duk lawan2 tuh. huhu..
ni citer fews years back la.. masa zaman muda2 remaja.. ngeheheeh..tapi klau ada masa aku mmg suka tgk kartun2 gini. cuma sekarang je kurang menonton sbb selalu clash ngan abah mirul yg sibuk nak men game ps2 dia.. ciess...
Apa2 pun aku mmg tunggu movie nie kuar. paling2 pun aku layan Cd kot. nak pi cinema? huhu.... mimpi disiang hari la aku... hadey...

Apa lagi kengkawan... jgn lupa tonton TRANSFORMERS de' MOVIE this coming JULY 2007.

Monday, May 28, 2007

Cerita Hari Ini

Weekend baru nie bertapa kat rumah je. Sebabnya? amirul kena DEMAM CAMPAK!! Alahai... padanla badan dia panas sungguh. rupanya nak demam campak. kesian dia kekecik lagi dah kena.tapi alhamdulillah kena campak. klau chicken pox naya aku ngan abah dia. huhu.. aku dah la gini. wpun doc kata antibodi kuat klau nak kena tu kena jugak. huhu..

Tak bawa pi klinik pun. cuma makan ubat demam aritu dengan mandi ngan minum air kelapa. itupun seksa nak beri dia minum air kelapa. air yg dia tak penah minum la katakan. pagi nie aku tgk dah ok ckit. merah2 kat muka pun dah surut. tapi tak tau la klau tghri nnt panas mula la dia naik balik.

Semalam pun nenek amirul ngan makcik kat selayang datang. sebenanya balik dr tjg karang coz ada kenduri tahlil ngan arwah pak long aku buat.so balik tu singgah la umah. tgk mirul pun iye, hantarkan mknn mirul pun iye. hehhe..apa mknn mirul tu? kepok kacang dal peberet dia lah. mkn tu leh tak toleh kiri kanan lagik. huhu...mcm2 hal sikenit tu.

Pagi nie hujan lebat gile sepanjang jalan nak pi office. erm.. harap2 hujan nie berenti la lunch time. kang tak pepasal kena bawak keta pulak nak pi cari mkn nnt. huhu..

Kepada yg baca blog aku pagi nie... SELAMAT HARI ISNIN>>> sesapa yg dah dpt gaji tu senyum la pepagi nie. jgn memasam plak. kang rezeki tak masyukk... hehe.. :)

Saturday, May 26, 2007

Insaf nya....

Aku dapat nie dr e - mail yg di forwardkan menerusi satu laman kesihatan yg aku join. korang bacalah.. moga2 jadi iktibar buat kita semua... :)

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun
kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit
jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan
disegani di kampung beliau.
Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara
menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri
Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil
merungut-rungut.


Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara
Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau
merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya
membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada
arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun
sampai.


Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan
merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil
bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar
jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya
ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka
milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan
anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya
bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham
sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam
perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping
itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan
kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.


Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil
waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut
dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang
anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang
bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya

diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli
perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan
anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama
rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak
saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak
perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15
ekar

seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya
diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak,
dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk
menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin
lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta
mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah
dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah
surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.
Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik
lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar
dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras
kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah
proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang
digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan
satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu
banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling
berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun
pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa
sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar
rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum
anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak
pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia
mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."


"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas
seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang
sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis
faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa
berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan
apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna
kepada kita sebagai umat Islam

-she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-



25/5/2007

Penat dan pening. 2 ayat yg aku rasa dah jadi bestfriend aku sesejak dua tiga bulan nie. Bukan tak nak mkn tapi takda selera. bukan takmo amik supplement food tapi tak berani takut keluar balik. kan ke rugi namanya tu.. huhu...

Tapi itu la.. aku mmg takda selera langsung nak mkn. no wonder last week check up doc kata low Bp. hehe.. Semalam aku pi beli mknn je sbb mak mertua aku dah kepenatan jaga si kenit tu. Amirul pulak merengek sesaja. takmo berenggang dgn org langsung sbb dia still demam lagi. aku nie risau gak sbb panas badan dia makin menjadi pulak.lepas mkn semalam aku pun apa lagi... jalan kan tugas masukkan ubat thru du*** dia. sib bek dia dah ala2 mamai nak tido. jadi takla dia terkejut. tapi... dia tido malam tu pulak mcm ketakutan. tak tau kenapa. mcm asyik sentak2 badan pulak. iskh.. nak kata semut ke .. dah kibas dah cadar. nak kata nyamuk dah pasang ubat nyamuk dah. tapi alhamdulillah dia banyak merengek dalam tido but suhu panas badan dia dah turun n aku leh ckp zero. dah tukar sejuk pulak badan dia. apa lagi.. keja aku duk selimutkan dia pulak takut dia sejuk. dlm erti kata lain tido aku mmg terganggu sungguh la. every hour aku akan sedar n no wonder i am so sleepy 2day. huhu. bukan sleepy jek, cakit pale pun iye gak. huhu.

Tapi takpa la.. janji mirul cepat sembuh. pagi nie lagi sekali dia bangun lewat. aku nak bawak dia turun kul 7.30 pun dia still tido lagi. sekali dah kena angkat apa lagi... buntang la mata dia. dahhh satu kes plak.. takmo letak. huhu...demam lagi kot dia. even badan dah tak panas tapi...sejuk badan dia pulak len macam. mcm demam panas sejuk pulak jadinya. erm...harap2 arinie dia tak wat perangai lagi kat rumah. kesian gak ngan parent aku tuh. langsung takleh wat benda lain. kena ngadap dia je. lagi satu.. truk gak temper sorang nie. ngalah budak besau.

Pagi nie je aku marah dia sbb dia duk kacau nenek subang dia nak minum. dia sibuk nak minum jugak padehal dia baru je lepas mkn. sudu yg dia pegang tu trus dia baling ke belakang. protes ler tuh. iskh... apa aku ckp kat mirul, 'angin la mirul.. ko tak tengok lagi angin abah kau' hehehe... mcm la dia paham. tapi next few months kena ajar gak sikenit nie kontrol temper dia.. klau tak.. bbtul anak abah la nie.. huhu..tambah caket pale aku kang. huhu..

Sekian utk pagi ini. hehe..

Friday, May 25, 2007

Pictures! Pictures!

13/5/07 - close up gambar mirul ngan umi.. hehe.. nak gak inframe..

13/5/07 - amirul dan abah dia.. nak bergerak tu.. takmo diambil gambar.. ciess...

13/5/07 -kek birthday amirul.. mak teh dia yg carikan.. comeykan.. sib bek dia tak amik satu pastu baling.. dah nama bola kan.. hahaha.

13/5/07 - Nie kek utk para ibu dan para2 tetamu yg sama sambut b'day dlm bulan may. salah sorg nyer aku la tu.. hehe.

13/5/07 - dishes of the day. clockwise:kek dr nenek shidah, mee kuning, rendang, kuah kacang, nasi impit, buah anggur, tertutup tu buah betik.

13/5/07 - clockwise:kuah mee rebus, bertutup tu bawang goreng, rencah2 yg lain utk mkn mee rebus dan mee kuning(inframe sekali lagi)

13/5/07 - clockwise: sambal tumis ikan bilis, nasi lemak, yg bertutup tu tak sure satu2 tapi itu ada ikan bilis goreng, kacang tanah, kagkung rebus, telur rebus, timun dan ujung sekali tu sambal tulis sotong.. wallah... mmg sedap mknn ari tuh...

23/5/07 - nie plak.. muka budak demam.. huhu.. cian mirul ek.. susah na nak snap gambar dia nie. ngalah artis. huhu..

Apa Jadi Semalam ??

23/5/07 - aku mmg bz giles sbb boss masuk. dia sihat plak ari nie.. huhu..tapi mekasih kat dia sbb dia banjer mkn tghri tu kat Alexis, Bangsar. jumpa la Marina Mahathir yg katanya mmg pelanggan tetap kat situ. kenyang mmg kenyang tapi lama tuu nak tunggu mknn.. huhu...

Aku pun balik awal arini. erm.. awal ke? tak jugak. sbb ada guest kat opis.. terbakar gak aku. sbb anak aku sakit. klau dia takde apa2 takpa gak la. sampai boss aku terpaksa terangkan pada guest tu yg aku kena balik awal dan dia pun kena balik awal. aku nak bawak mirul pi klinik n boss aku nak pi lawat partner dia yg admitted kat spital damasara. huhu.. mcm2..

Kesian plak.. partner boss aku nie pun perempuan dia kata sakit dada. mmg dia call aku pick up truk sungguh sora dia.. erm.. aku sempat kirim salam je kat dia moga dia sihat kembali.

Berbalik pada kisah mirul.. aku sampai rumah around 6.10pm and tenguk si kenit tu tertido dlm stroller dia (jgn tak tau.. peel dia tido dlm tu kalau nenek/atuk subang dia jaga. langsung takmo tido atas tilam). mak mertua aku pulak sibuk masak. kesian dia.. amirul buat perangai la tu. iyela.. dia demam. klau tak demam pun wat perangai apatah lagi bila dah mcm nie.. erm.. sabar je la..

aku bila tgk mak tgh masak, cepat2 naik atas mandi n siap2 nak pi klinik. tapi.. kena tunggu si kenit tu bangun la dulu. sementara tu aku tolong la kemas apa2 kat dapur tu.. kesian nenek mirul.. penattt.... sudahnya.. lepas siap belaka aku tgk nenek mirul terbaring. huhu... cian nenek mirul.. klau aku leh cuti lama dah aku cuti. tapi mcm baru je cuti last week. mampus kena sound dek boss. huhu..

aku pun tunggu sampai magrib...mirul pun bangun. lepas solat trus angkat dia pi klinik. Alhamdulillah kat klinik takde patient. klau idok.. kena nunggu lagik. huhu.. sementara nunggu doc balik mkn, aku pun susukan mirul. cian dia lapar.

Bila settle sume, doc pun masuk n pangge kami berdua. hihi.. mirul.. phobia dia ngan doctor kot. last week kena inject. this week kena jumpa doc lagi.

Doc check mmg panas gile badan dia. dekat 39-40 degrees dah. Sudahnya doc masukkan ubat through du*** dia. aku yg pegang miru laku pun sama nak menangis. mana taknya.. dah sekienit tu tersentak doc wat cenggitu. pastu trus dia teriak. kuat sungguh. sampai doc nak cek anak tekak pun dia nangis kuat2. aku plak dgr2 tak dengar je apa doc tu ckp sbb mirul nye teriak lagi kuat dr segala.. huhuhu..

Bila dah keluar bilik doctor perlahan ckit la dia nangis tapi bising ala2 nak ngadu la tu. hehe.. macam2 amirul ek. heheh..

Sampai rumah abah dia dah balik... alhamdulillah... tak la aku kelam kabut lagi. pass je mirul kat abah dia. tah apa la dia ngadu tah bising mulut dia. demam2 pun still nak menceceh gak. hehe..

Alhamdulillah lagi... malam tadi badan dia tak panas sangat. dah makin sejuk since doc bagi ubat tu cuma... dia mkn ubat la muntah. abis dgn susu2 dia minum sebelum tu kuar balik. kesian mirul. sib bek idung aku ala2 tersumbat. klau tak.. truk gak la aku duk ngadap bau muntah mirul tu. hehe.. silap2 ngan aku2 sekali muntah. hahaha...

Pagi tadi patut aku tgk bola ngan En sharin tapi ngantuk mengatasi segalanya. aku biar je dia tgk sorang. hahaa.. tau2 dia dah off tv. aku tau citer pun masa dia nak pi keja dah. hehe.. Liverpool kalah 1-2 dgn AC Milan. huhu... mesti ex boss aku kat switzerland lompat tak cukup tanah sbb football team dia menang.. ciesss.....(masih teringat aku masa aku bagitau dia last 2 year team dia kalah ngan penalty, kecewa habis dia hahahaa).

Kesimpulannya... ari semalam... seronok tapi penatnyer aku... mcm tak berdaya nak bawak diri dah nie. huhu....

oh iya... lupa ek.. meh aku upload gambar birthday present aku kat En sharin. jgn gelak tau... mmg la murah tapi... worth it. Dlm byk2 barang.. benda nie yg dah truk sangat dia pakai pi opis. huhu...Tak sesuwei tau BOSS pakai yg dah terkopak2.. ngehehehehe.

Korang dpt cam tak mende tuh? Tadaaaaaaa....











Thursday, May 24, 2007


Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Zana................
Happy Birthday to you..
Hehehe.. ari nie biar aku plak yang nyanyi utk diri sendiri.. selalu org duk nyanyikan utk aku, so ari nie biar diri sendiri ingat umur diri sendiri tu dah bertambah. ahaks..
Diam2 dah bertambah umur aku.. erm. tak yah la reveal number yg pasti korang dah tau pong... ngehehehe...
Tapi birthday kali nie rasa extraordinary wish dr kengkawan aku. especially kengkawan dr ireans. tak lupa juga kawan2 baru dr blog terutamanya fozalin(makcik kecoh nie, macih coz buat banner lagi date aku tuh kat blog hang), otam(new friend) ,Dilla(adik tapi berlagak kakak.. hahaha) dan Izwan(ex coll. masa kat PETCO).

Kat sini aku mmg ucapkan banyak2 terima kasih atas ucapan dan kata2 semangat dari korang sume terutamanya kengkawan kat Ireans. terharu sungguh aku. siap nyanyi lagi. hehe.. tapi Sharm(klau ko baca la) ampeh ko bagi tau satu dunia umur aku :P

Hadiah tahun nie?? erm..siapa nak beri?? from En Sharin... lom nampak bayang lagi sbb dia duk pk nak beli apa. hehe.. takpa la.. aku beri present bday dia bertarikh last month pun kelmarin. hihi... tapi itulah... apa yg aku nak dah dpt kot. last year birthday dlm pantang. so apa2 pun kena tunda. huhu... tapi hadiah nye aku dpt nak raya puasa last year. dpt handbag. (erm.. leh korang byg la bila aku akan dpt this year nyer present. hahahaa).

What ever it is... aku sungguh2 terharu coz byk sungguh ucapan aku dpt tahun nie. sampai tak terkira plak.. hehe... mekasih banyak2 (rasa macam artis plak aku ari nie) hahahaha...

P/S= ucapan je ke korang? mkn2 minum2 takde ke?

Wednesday, May 23, 2007

Demam!!

Baru jap tadi dpt call dr mak subang kata mirul demam. alahai..cian anak umi.. demam lagi. padanla semalam dia tido tak nyenyak. sekejap2 dia duduk. pastu tepuk2 dia baring balik. tapi umi dia kot sakit pagi nie.. sbb duk kalih dr atas katil ke tempat mirul baring. last2 aku tido je sebelah dia sambil pegang mirul. dan kesudahannya.. dia tak merengek2 dah. tapi pagi tadi tak la panas. cuma panas sbb dia baru bangun je. aku buka tingkap bilik, dah get ready nak turun baru dia bangun. lambat jugak tu dekat kul 7.30.

Aku plak, sakit gak pinggang sbb tido atas toto. erm.. saat begini la aku nak baring kat atas katil huhu...cian amirul..sbb aku dah jarang tido ngan dia. skang turn abah dia la plak teman kan dia tido. tapi... abah dia ke laut anak dia ke darat hahahahaha.. aku juga yg alert klau anak dia merengek. hadey... macam2 peel dua beranak nie.

Rasa macam nak balik awal je nak tgk mirul tapi nak singgah beli barang dulu.. erm.. cepatla jam nie berjalan...

Haaa... ada satu lagi... aku baru je belikan present besday utk abah mirul. esok aku upload ek sbb gambar tu still duk dlm hp lagi.Kesian abah mirul... besday last month tapi baru arinie aku nak beri hadiah. ala2 beri minta balasan utk esok la nie.. ahaks...

Alahai...malas plak nak upload. nak tau apa??? jengjengjeng... nanti den kabo kan ya... tungguuuuuuuu....

Saturday, May 19, 2007

Si Minah Scoot

Pagi nie aku saja je kuar lewat dr rumah. about 8.30 am aku kuar sbb bos takde kat kl. jadi aku assume dia takkan call aku pepagi buta la kan. dan oleh sbb itu juga aku predict akan sampai office dlm kul 9++ tapi telahan aku silap. agaknya org bercuti kot arini? takpun org dah kuar rumah awal. lengang pulak pagi ni. jem ckit2 tu besa la.. tapi before 9 aku dah terpacak kat parking opis nie. iskh.. miracle plak.. tapi mmg aku drive laju pong. dah nama pun npe.. apa barang tak bawak laju.. hehehe... lengang beb.

aku nak citer satu scoot nie .. aku serempak ngan dia bila aku wat u turn nak naik ke jln hospital pantai tu la. nie jam la dia duk depan aku. aku tau dia gurl base on rambut karatss dia yg duk mengerbang2 disebalik elmet dia tu. buruk plak aku tgk sbb rambut tu cam tak bersikat jek. pastu berserabai. hadey... buruk tau. dia pun kurus je. pakai sweater kaler brown ngan beg sandang kaler ijau. ooo scoot dia pun kaler ijau. cuma no plat je aku cam tak tergamak nak kasi tau kat sini. kang dia terrrrrrrrrbaca sure malu. hehehe...

Alkisahnyer... minah nie bawak scoot dgn penuh berhati2 dan yg aku geram tu... pi bawak jalan kanan pekejadahnyer?? leh tak bawak tu kat belah kiri? ko pk ko bawak keta ke hape? pastu bila jumpa bendul ke apa2 yg memperlahan kan laluan kat jalanraya tu... lagi la dia slow. leh byg la kan scoot nak pick up mcm keta auto je kan... haiyaaaaaaaaaa.... hangin aku. keta kat blakang aku berderet2 tapi dia leh wat pekak buta jek jalan lorong kanan.pastu amik side sebiji keta.

Dey tambi!! aku pun bawak moto gak dulu. takde la seciput dan seslow ko. ada masa pick up la beb. ini bawak moto/scoot mcm bawak keta apa barang!! bila aku dpt potong dia aku tgk muka.. erm.. minah nie minah saleh ke punjabi pun aku tak sure. tapi mmg muka dia muka alert giles. ala2 mengingatkan moto 'pandu perlahan jiwa selamat' bukan pandu cermat tau bukan......... aku pun penin. penin klau ada 10 org bawak moto gini... abis la jalan raya kat kl nie.. moto jadi keta, keta jadi moto. huhu...

tapi siyes i tell u, slow giles.. aku rasa si sweethoney pun bawak lagi laju pada minah nie.. muahahahaha...

Friday, May 18, 2007

Wau!!! Sekali, Dua Kali, Pandang Jangan Tak Pandang!

Korang mesti ada kereta idaman korang kan... latest.. aku suka gile kereta 2 biji nie.. tapi nama nak menjadikan ia satu realiti... mau makan pasir aku kot.. ngehehehe...

the 1st one is.....TOYOTA CAMRY 2007


Cantik tak anak2?? hahahaa... kaler nie gak aku suka. ala2 silver blue metallic. tapi yg latest nie 2.4 liter la.. rega pun 130k++. mmg dreaming la aku.. huhuhu

lagi satu kan... yang nie haa....

Cun kan.. cermin dia mcm honda accord baru tapi ada sentuhan bmw ngan volvo ckit. erm... takpa la.. janji nampak elegan. cantik tau.. yang nie pun 2.4 liter rasanya. tak sure plak klau 2.0 ada. tapi body dia mmg besau la... Rega plak... tak silap 140k++ tapi latest $ tak dapat di sahkan.

Tiap2 pagi aku mesti tembung dgn dua biji keta nie dan selalunya dipandu oleh orang yg sama sbb no plat dia dah sama. Camry kaler silver yg aku minat tu dan CRV nie kaler hitam nie. wah... meriah gile pepagi.. semangat btul memandu ke tempat kerja bila jumpa kereta idaman aku nie.. wahahaha....

Out Station Lagi

Every month mesti akan outstation. nak buat macam mana.... dah namanya kerja. hari nie pagi2 lagi dah berangkat ke N9 for training/seminar.

Next month pegi mane pulak ek?

Esok balik la tu... kesian mirul.. abah asyik takde kat rumah. Nasib baik la duduk dgn atuk nenek. tak la sunyi sangat. kan mirul kan :P

Thursday, May 17, 2007

Selamat Hari Guru!!

16/5/2007 datang lagi.... setiap tahun mesti kita akan mendengar dan melihat kemeriahan anak2 murid/pelajar menyambut hari bersejarah ini dgn guru2 kelas masing2.

masa zaman sekolah2 dulu pun sama juga.. aku pun antara yg menyambut hari guru ni. tapi yang paling aku ingat masa form 5 lah. kamiorg janji bawak makanan setiap sorang and buat jamuan utk cikgu Kholimatun binti apa? tak ingat plak..hehehe....

Meriah jugala jamuan makan2 tu sbb kamiorg pun berbilang bangsa dalam kelas tu. tapi kesian gak bila terr bawak mknn yg ada daging sbb ada dak india tak boleh mkn daging.

Kamiorg jemput juga cikgu2 yang lain tapi majoriti cikgu nie bz ngan kelas masing2. so.. kamiorg pun mkn dgn cikgu2 yg datang.

Cikgu kelas aku nie dah ngajar 3 adik beradik aku dah. dr kakak aku yg no 2, pastu aku dan last sekali adik aku. tapi dia duk compare aku ngan adik aku la.. sbb adik aku nie nama je kelas sains tapi.... subjek puan Kholimatun ajar dia slow ckit.. ngehehehehe..

masa kakak aku dulu dia ngajar sejarah ngan bm. masa aku plak dia guru kelas dan ngajar bm. tapi yg bestnya... aku tak bape blajar bm pun ngan dia.. tapi duk tanya subjek sejarah ngan dia. lagipun dia rajin lukiskan peta minda utk kamiorg. hehe..
Bila dia masuk utk ajar bm je.. kamiorg mmg tumpu sepenuh perhatian la (konon) tapi lepas je dia beri kerja sekolah... masa dia duk meround dlm kelas.. bermula la taktik kamiorg ty pasal sejarah. sbb apa tau? dgn alasan agar.. kerja sekolah yg dia beri tu leh anta esok atau next meeting kelas dia.. hahahahaha... malas arr nak wat bm nie.. klau duk umah baru feel ckit.. kahkahkah... mende la.. tapi itu la keja aku n d geng. bukan aku jek.. dak india blakang aku selalu ckp mekasih sbb postpond anta keja sekolah. hahaha...

Bila ingat balik mmg lawak la.. lagi2 cikgu nie pun melayan jek. ngehehehe... lagi satu.. cikgu aku nie katagori cikgu manja kot. dia pakai gelang kaki kat kaki. so klau dgr bungi gelang kaki tu... sah2 la dia sedang menuju ke arah anda.. selalu aku malas nak bertembung ngan dia sbb ada jeee soklan dan jawapan yg aku kena jawab. hehe...

aku bukan ketua kelas or penolong pun... kaki tido ada la.. tapi klau subjek tu aku suka.. aku la org ke tama yg volunteer utk jawab kat papan hijau.

aku ingat lagi... aku selalu tido dlm kelas ekonomi. nama cikgu tu pun aku dah lupa. tapi klau masuk pun dr 40 minit waktu kelas, 25 minit tu masa dia beri motivasi kat kamiorg. tido la apa lagik. sampai dia tanya kat member sebelah aku, Wizana demam ke? dia nganguk kan plak tuh. aku yg kengkonon baring kat meja cam nak pecah perut gelak. hadey... jahat tul aku nie.

Apa2 pun...aku harap2 cikgu2 kat sekolah lama aku tu sihat dan jika masih berbakti.. aku doakan kebahagian dan kesihatan buat diorg sepjg hayat mereka... amin...

Puan Kholimatun
Puan Haniza
Puan Kiran
Puan Rohani
Puan Siti Habidah
erm... lupa la yang lain.. apa2 pun.. Selamat Hari Guru utk cikgu2 kat Sekolah Menengah Taman Selayang 1992-1996
(diorg baca ke? hahaha.. janji dah wish ;) )


Tuesday, May 15, 2007

Happy 1st Birthday to my Dearest Son!!

13/5/2007 at 12.58 pm.. genap la Mohamad Amirul Ashraff bin Sharin berumur setahun...
Alhamdulillah... syukur sangat2 kerana aku di bekalkan kesihatan yg baik utk menjaga dan melihat mirul membesar dan syukur yang amat kerana amirul di berikan Allah kesihatan yang baik sepanjang setahun dia membesar. Mirul tak sukar dijaga dan aku amat bersyukur kerana dikurniakan anak yg sihat dan tidak pernah menimbulkan masalah besar terutamanya sakit yg teruk. Cuma la nie je... kelasakkan dia bertambah dan tahap kemerajukkan yg melampau. iskh... manja tul dak lelaki sorg ni. mementang la dia sonsorang kecik... huhu.. takpa2... next year.. Insya Allah... no more manja2 lagik.. hihi...:P

Dari hari Sabtu lagi aku ngan mak mertua aku sibuk kat dapur sampaikan dinner utk mlm sabtu pun beli kat luar jek.. hehee... aku nie mmg kategori malas masak sesejak nie.. tapi... nak wat cemane... terima je la.. janji aku willing utk belikan.. ngehehe... umpan itu harus...

Hari Ahad.. besday mirul... siap2 bawak bekalan dr subang ke selayang sbb nak celebrate kat selayang... dr subang kami bawa..KUAH MEE REBUS, NASI IMPIT,KUAH KACANG, RENDANG AYAM dengan PULUT KUNING. pencuci mulut plak.. BUAH BETIK.

Kat Selayang pulak... mak ngan kakak adik2 aku tgh sibuk siapkan brg2 utk MEE REBUS dengan NASI LEMAK. ada AGAR-AGAR TELUR PANDAN dan buah ANGGUR.

pastu... ada la special kek for mother's days dan amirul's cake not to forget. kali nie dillah tolong order kan cup cake utk amirul. sedap gak. orange ngan coklat. berbaloiiii...

Hari tu gak kamiorg celebrate besday mereka yg sambut bulan May selain mothers day yakni, aku, Busu dan acik Shidah. since alif tak dtg... so kami bertiga je la plus mirul. hehe...

Best gak... dah lama tak celebrate gini. sekali sekala buat camni.. rasa meriah sungguh.
For mak selayang, mak subang, nenek.... Selamat Hari Ibu 2007 (moga panjang umur dan dimurahkan rezeki)
For Busu (17/5), Acik Shidah (26/5), Alif (16/5) Selamat Hari lahir yang ke..... *TET* ngahahaha....
Moga sukses dah panjang umur serta diberkati kesihatan yg baik oleh Allah swt.

Kepada pembaca blog aku nie... jgn lupa.. besday aku tau... masa Ac Milan lawan ngan Liverpool nanti... aku doakan Liverpool menang sbb klau memang leh la kecek present dr *Boss* menarik ckit.. since club kegemaran dia menang... ngahahhaa....

Apa2 pun... nak tengok lagi gambar??? sila la singgah di don, dilla fp... enjoy it fwens...

Friday, May 11, 2007

Haru-Haru

Selasa aku cuti.. so hari rabu la aku memulakan kerja semula. dr pagi lagi aku dah ready. bangun awal gak la.. kul 7.00 pagi( lepas subuh mesti bum balik sbb jeles mirul tido... wakakaka) gosok baju n mandi. mirul pun jaga. aku siap2 dan bawak dia turun bawah.
owh.. aku terlupa amik kunci kereta.. alahai... cari satu bilik tak jumpa. padahal aku letak kat meja tulis biasa tu je. klau working days, aku selalu buh dlm handbag. tapi ari tak kerja ada la aku duk belek keta aku tu...Satu je aku pk... musti abah mirul terbawak pi keja.alahaiii... masaelah tul la abah mirul nie... sbb apa tau.. kat atas meja tu.. dia juga buh kunci keta, rumah, pintu opis dia. sah2 la dia grab belaka apa kunci atas meja tu.

Nasib baik la ada kunci spare.tapi kunci stering plak aku tak ingat buh mane yg spare tu... huhu.. tawakal je la...
Dlm kereta baru la abah dia return call kata MAYBE terrr hangkut kunci keta aku n ada dlm keta dia bersama2 kunci rumah.. iskh... sib bek aku nie tak suka nak marah2...klau aku la wat keja tu... huhu..... Tuhan je la tau hangin puting beliung dia :P

Aku pun selamat sampai ke opis cam besa... tapiiiiiiiiiii ari nie ujan lebat dr pagi kan? sampai keja cam biasa mende?!! sejam setengah kat atas jalan. NPE yg bertol mahal tu pun jem. padehal kul 9 lebih dah. ampeh tul.

Normally aku lalu Persiaran Tujuan mmg jem ckit kat USJ 4 tu.. tapi klau hujan.. extraordinary plak jem nyer... pelik sungguh. tapi geram gak la.. aku kuar awal pun sangkut. klau kuar cam besa... mau sangkut teruk lagi. ada staff jadi bos, bos jadi staff plak kang... hehe..

Tghri seb bek baru bos masuk. tapi aku kuar mkn ngan kelik sorg tu kat midvalley..leceh gak kuar ngan org lelaki nie. dia mkn cepat. takpa la.. tapi lepas mkn trus bergerak. ello apek! nasi aku pun tak turun lagi nie tau..haru tul.. nak wat cemane... saba je la.. aku mkn tak la slow. tapi dia mkn mmg laju la.. chinese kan. lagi la cepat. senak gak perut aku dibuatnyer. pastu sambil jln ke carpark.. aku nie duk nahan pening sbb berjalan lepas mkn. huhu.. kesian aku... tapi nak wat cemane.. tu je kelik yg aku ada. huhu..klau ada gurl.. mmg aku ajak dia lama ckit. hehe...
Dlm tempoh sejam kamiorg dah ada kat opis. huhu... sharp giles... ngan aku yg rasa nak terkeluar segala mknn tadi.. huhu...

Ptg... nak balik dah nie.. aku bawak kuar keta cam besa.. sekali apa peel la aku kuar keta kat parking bawah opis aku nie... keta aku sangkit kat pintu blakang. MAKKK AIII!! aku tengok balik... adeh... abis cat dinding building opis aku tu lekat kat keta.. huhu... nak nangis pun ada.. tapi aku tau.. mmg aku yg careless... selalu aku amik side.. semalam aku silap percaturan... ingat leh lepas.. sekali... DUM!! eh salah.. ZRASSS !! bunyinyer... mcm kita bergesel ngan dinding.. alahai... sepanjang jalan balik aku tak on aircond ngan radio. punya suspen. tunggu abah mirul bersuara... waaaaa takut nyerrrrrrr!!

Kalau ikutkan... parking lot kat bawah building opis aku nie mmg mencabar minda. klau keta ko proton iswara sedan, berpeluh gak la nak ejas masuk parking. tapi tabik spring gak la sbb SsangYongnyer limo pun diorg leh parking dlm nie.. aku sure... lebih 10 minit nak masuk parking tu sahaja.
Klau nak blajar parking... building aku nie la tempatnyer.. gila challenging!!

Huhu.. abah mirul balik kul 11++ mlm... dia tak tau.. tapi aku tersedar dia balik.. ckp la.. dia tak marah sbb benda dah jadi nak wat cemane... tapi... pjg gak la syarahan dia di malam yg gelita itu :P dia turun tgk keta pastu dia bersihkan cat putih tu.. paginyer aku tgk perh... lega.. tak la seteruk yg aku sangka.. TAPI!! klau nak cat, mau gak la RM200 dlm tgn. alamak... bulan 7 kot. lepas service kot. huhu... fulus oo fulus... kontang aku bulan2 mendatang nie.. hadey....

Thursday, May 10, 2007

Peringatan Utk diri sendiri dan Rakan Taulan yang membaca... sekadar renungan....

Ni ada sikit pesanan untuk adik-adik dan kakak-kakak. Jauhkan diri anda dari mencintai suami orang. Antara sebabnya ialah :
1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua… .khususnya wanita.

Tuesday, May 8, 2007

Bosan

Kenapa la aku rasa bosan nie? padehal kerja dah buat. bos pun ada nie ha..hajat di hati nak tido tapi.... mcm kurang ajo je kat bos kan. huhu..
Tghri tadi pi lunch kat kedai belakang dataran maybank. punyer la tak sedap.. lebih tepat lauk dia yg tak sedap. klau ku tahu begini... awal2 pi mkn kat dataran maybank jek. huhu.

Aku pun tgk2 lauk byk pilihan tapi tak menarik. disebabkan nak lari dr mamak, aku pun mkn jugak la kat ctu. amik taugeh masak lemak(terpaksa sbb lauk lain tarak), sotong sambal dan kuah kicap ala2 masam manis. Ieeyewwwwwwww..... sotong tak basuh bersih!! bodoh tul. klau nak meniaga biarla bbtul.. nie sume tasteless. tulang sotong yg seketul pun still wujud lagik kat situ. sakit tul jiwa. amik 2 ketul tapi mkn satu je sbb ketidakbersihan itu. hadey.. dah la lapo. mkn cam ampeh. sib bek esok cuti. leh gak la aku pi cari sushi esok...muahahahaa... sukanya... esok cuti...

Sebenarnya esok mak mertua aku nak amik darah je... tapi aku padulik hape... nak cuti gak. padehal leh amik 1/2 day jek.ngehehehe... saja je nak cuti.. next monday pun aku cuti sbb mirul plak pi imunisation dia. muahhahaa.. bestnyer...


Rupe meja kerja org yg bosan ari nie....semaknyerrrr!!!

Mohamad Amirul Ashraff 13/5/06 till now

Thursday, May 3, 2007

Pertunangan

Alhamdulillah... selamat lagi sorang anak Pak Sani bertunang. Ni kira sepupu aku yg ke 3 la belah mak aku. aku pangge dia Ela je. aku pun tak perasan sejak bila dak sorang nie membesar jadi anak dara sunti.. kahkahkah... sorry la ela.. sbb still pk cam kita nie bebudak lagi... dan aku pun tak sangka aku dah ada anak pong... hahahaha.. lagi tak terima realiti. :P

Ela nie pun baru umur 22. beh kuang aku gak la masa bertunang dulu. aku kawen pun awal tahun jadi sah2 lom lagi umur 23 masa tu.

Dijadikan cerita...bertunang patut start kul 2. kira rombongan lelaki patut sampai kul 2 la dr Klang. aku minta maaf bebanyak sbb lewat. tetiba mirul wat peel tido plak dia tghri tu. kul 1 sharp dia dah tertido.. hadey... aku siap2 je la.. janji dia bangun aku tukar baju dia angkat trus. dan akhirnya... kul 2.30 baru dia bangun. kelam kabut gak aku siapkan dia.

Aku ingatkan aku la org terakhir sampai.. rupenyer pihak lelaki pun lom sampai!! aii... ini klau lewat 1/2 jam tu understood la.. nie dekat 2 jam lewatnyer. kul 3.30 baru nak ambil port. kira kul 4 jugakla mulanya. erm... takleh aku bayangkan kalau jadi kat pihak laki aku. mau bapak mertua aku hangin satu badan. strait cancel kot.. huhu.. haru2.

Kesian kat makcik aku la.. masak nasi berlauk. akhirnya. mkn tea time.. hakhak... timing suda lari daaaa....sib bek sedap.. hehehe.. pandai acik shidah masak. pasnie leh import catering putrajaya plak.. ngehehehee....

Cousin aku lak... mata cam takleh bukak jek.cian... mana taknyer... dgn cari brg hantaran last minute.. ngan masak lagik.. huhu... ala2 kamiorg gak la dulu... nie tunggu dillah la plak utk kamiorg bekerja seperti itu... huhu.. sadis2.. penat ooo...

Apa2 pun mintak mahap la ek... satu keping gambo pun den tak sempat amik sbb pihak lelaki ada lagi laki aku nak pulang.. huhu...mmg tak dan la nak bergambo kenangan ngan minah kepoh tuh.. hakhak..

Apa2 pun ..tahniah la utk Naielah Bt Mohd Sani.(klau salah eja ampun...) Moga berkekalan jodoh hingga akhir hayat.. ;)

Inilah bakal pengantin tuuu... Ela dan boy.. nak tengok lagi byk gambar2 menarik dan memuaskan hati.. sila la rujuk ke...http://fozalin.fotopages.com (kalah kakak dia bertunang... lagi penuh gambo adik dari diri sendiri... ngehehehe)