Tuesday, February 25, 2014

Ujian

Cepatnya masa berjalan. Minggu depan dah bulan 3. Masa untuk ujian bulanan di sekolah agama. Mungkin tahun ni haru biru sikit sbb abang adik sekolah. Last year duk tolong mirul. Tahun ni nak ngadap yg kecik plak. Masalahnya, yang abang masih tak rajin nak baca buku. Menjadi monster la omaknya nanti. Lol!

Selamat berujian ya anak2!!

Eh jap... buku teks ada tak dapat lagi??!! Acaner nak baca nie??? Puasla  nak kena belek buku tulis depa. Tulisan amirul ok lagik. Adik??? Halahai.... dua perkataan bersambung. Puas gak nak memaham. Jawi plak tu. Takde titik pun dah haru umi baca nak oiii.... tolongla...harap by end this week dah boleh dpt. :)

Dan sebab ujian ni gak, nampaknya aktiviti hujung minggu ni terpaksa dibekukan. Hukhuk!

Monday, February 17, 2014

Kelas Tuisyen

Tetiap minggu akan peruntukan masa untuk kelas tuisyen. Hari biasa akan berlangsung kalau anak2 takde homework sahaja. Kalau ada kerja rumah cuma buat hafazan surah sebelum tido.

Hujung minggu adalah WAJIB paling lekeh 1 1/2 jam belajar. Tak kesah la apa pun. Janji tulis. Dah nama kelas tuisyen dengan umi kan.. redho je la...

Memang payah nak suruh diorg bukak buku kalau cuti. Tapi ada la reward kalo blaja. Kalo tak... harommm... :d

Terkesan weh kalo ada kawan baya amirul aris gi tuisyen atau cikgu mai rumah. Omak dia pun taknak mengkalah. Ahaha! Janji dengki yg sihat kan.... anak mu nak pandai. Anak ku pun sama.... walaupun yg mengajo omak nya...:)

Berjejesan air mata tu piawai. Biarlah... biar susah sekarang jangan kemudian hari. 

Moga Allah permudahkan usaha kita mendidik anak kita dunia akhirat... amin... :)