Sunday, August 26, 2018

🔉 Kombo Istimewa 🔉

Tawaran istimewa untuk bukan ahli. Jika masih berkira2 mana pilihan terbaik untuk memulakan perjalanan dengan minyak pati terbaik abad ini, inilah jalannya...

Thursday, August 2, 2018

Bila....

Amukan aris agak luarbiasa mlm ni.

Di tambah 'minyak' dek si abang, memang lagi kuat teriakan dia. Jam pula dah pukul 10++.

Sambil nak tenangkan dia mmg rasa nak gelak. Tapi... mau nya lagi galak amuk nya.

Dah tenang sikit, oils kan dia. Lebihkan #surrender dan #lavender

Amukan dia pun mula dari umi juga. Terleka dengan kerja.. menundakan oiling dia. Sabar la nak.. tgn umi ni 2 je.

Sudahnya, naik atas, ngamuk2  dengar nangis sahaja. Mmg takde mood nak pujuk. Biarkan.

Tah macam mana.. si abg ngajuk si adik menangis. Oohaii.. mmg mintak api la sebab dah simbah minyak😣

Lagi kuat amukan dia tu... mmg serius duk pk.. apa je kena ngan mu ni. Tapi tulah. Takde hati nak pujuk pun kena gak pujuk. Sib bek la aris kecik. Pegang peluk tak la meronta kuat.

Masa oil kan, dia teresak2 nanges. Ok2.. umi salah..minta maaf dengan dia, minta jangan ngamuk2 lagi.. bercucuran air mata aris.. sebak juga..

sebak sebab aku tahu aku tak mampu nak ngadap anak2 ni bersendirian sebenarnya... 🙁🙁🙁

Moga kita sentiasa Allah pelihara.. moga yang diluar sana juga Allah kurniakan kekuatan dan kesihatan menghadapi anak2 zaman ini.

Doa. Sentiasa doakan anak2 sebab inilah zaman fitnah bermaharajalela... Allahu.. mmg menakutkan...

Salam sayang...
Me..