Saturday, May 28, 2011

Dutch Lady Milk Election

ke Tesco semalam. selain mengejar susu DL yg berharga rM18.89 leh amik sampai 5 pek (motip?? wat stok sebulan hokay! jimat banjer ckit :d) , dapat la rasa ke empat2 perisa baru susu dutch lady kotak baru tu. kalau thru FB saya pilih karamel toffee sebab mungkin la rasa akan lebih sedap dan ada ciri-ciri manis sikit.

bila dapat rasa semua sekali, jawapan saya adalah... semua manis. iskh.. felik plak susu manis. ckit tu ok la tapi pada saya semua manis terutama si karamel toffee tuh.

sudahnya, saya leh plak terima dek tekak perisa mo melon tuh. ok la... tak manis sgt dan boleh diterima tekak dan otak.

red bean? manis dan duk pk kalau minum mcm terasa2 bijian2 kekacang tuh. hahaha! rejek!
jagung plak.. makan jagung ok. air berunsur jagung ataupun bubur jagung mmg saya takleh terima kecuali puding jagung. hahaha! again ..rejek!

makanya... moo melon and karamel toffee je yg ok. tapi... rasanya susu yg kaler putih tu lagi leh masuk tekak ku... ;)

kengkawan dah cuba?? cuba gak bagi anak2 , wpun tak sesuai ngan diorg. mmg tak cecah bibir pun. depa bau je dah rejek! :p

lain tekak lain terimanya... cubalah!

Monday, May 16, 2011

Eh!

follower saya yang terbaru (jarang tengok tang follower ni benonyer.. ampun.. :)) adalah seorang yang saya sangat hormati penulisan nya. wah! sonok rasanya!

Mekasih kak!

Nak tau siapa?? meh jengah blog dia meh! takpun jengah ke blog NBKara.

Saya memang hantu novel melayu dari sekolah. dalam ramai2 novelis, rasanya Norhayati Berahim tak pernah putus ilham barunya...

thanks kak melawat blog tak seberapa ni. :D

(seperti biasa.... kalau gi pesta buku jumpa penulis, jarang tingat nak amik gambo. huhuhu.. peel dari azali -kan dah rugi... uhuk uhuk uhuk)

Tuesday, May 10, 2011

Bila Hari Panas

Masa ni la dapat tgk rumah nak tak nak, terpaksa pasang aircond.

Cuba tengok harga air conditioner di kedai2 elektrik. kalau nak mintak kurang mmg sikittttttt je turunnya. Harga asal nak kata turun, rasanya tahun lepas saya jalan dengan tahun ni sama sahaja. Model baru keluar lagi mahal la kan. yang lama gituuu gak harganya.

Laku sungguh lekapan nikan?? dah jadi keperluan asas dah rasanya. kalau dulu2 macam tak berapa nak kesah. tapi la ni, anak sekecil aris (3++) tu pun dah pandai mintak pasangkan air cond kalau nak tido malam.

global warming yg makin mendesak... rasa dulu panas tak seteruk ni. kita leh main lagi kat luar rumah. ni kalau biar anak berpanas, esok sah2 la tak bangkit. badan panas.

Rumah di Subang semua bilik memang ada aircond. bayangkan la 4 bilik dgn host power lebih dari satu. bila malam pakai, atleast 3 bilik on air cond, datang bil, cam nak nangis tolong tengok. hehe.. (tengok sebab yg menghulur dan pembayar orang berlainan :p).

La ni, aircond nya rosak. semua sekali ya! katanya 'wayering' (lupo nak eja dah.. haha) rosak. semua sekali tu yg saya geleng kepala. dah tu nak repair makan ribu. adeh...

Macam best je kan teknologi ni. tapi bila dah rosak nak dibaiki, takde pulak harga nya murah.

(iskh.. kata nak lelap... lain jadinya.. hehehehe... nap la sangat.. :p)



Monday, May 9, 2011

Di Pusat Servis

sib la depa beri free wifi. tak la tercangak ngadap sokabo dr depan ke
belakang. tv astro tapi...malas nak tgk. discovery channel tuu... :)

servis keta yg paling minima. tapi extra2 plak kena ganti buat takdek
extra dlm wallet ku.. huhu..
lama la pulak arini. dah dekat 2 jam bertapa ni ha. apela si berdua tu
bikin kat umah nyai. saje malas balik sana ( leh je jln kaki balik, 10
min tak sampai) sbb anak buah yg sulung tu ada. biar aris mirul kawan
ngan dia. kalau tak, aris cam nampak hantu. itupun takut.

ikutkan pasni mau beli susu depa. tapi... esok je lah. nak 'tadah tgn'
lagi mlm karang. ekekeke!

Friday, May 6, 2011

Alahai Apam Balik

gambar kredit kepada Resepi Raidah

Cun sedap je apam balik kat atas tu kan??

Semalam ke pasar malam, dah khatam ujung ke ujung baru leh pk nak beli apa. salah satu adalah apam balik. favorite abah bebudak ni.

memang la nampak dia dah ready buat sesiap dalam tempat dia tu banyak. cuma kurang berkenan adalah putihnya... kes jimat gas gamaknya.

takpelah... kang balik kita panaskan kejap. lagipun yg meniaga pun org tua dah lanjut usianya. simpati pun iye gak ni. setakat rm2 ngan tebalnya, pesalahnya kan... sambil membeli sambil membantu taraf hidup orang lain.

tapi sadis laaaaa... itulah apam balik pertama saya makan masuk mulut sekali gigit saya lueh balik. abah pun cakap tak sedap.

alasan... kacang kat dalam tu adalah kacang mentah ya kawan2...tu belum cek lagi rasa gula + jagung ada ke idok. tak dan nak rasa lebih2 dah ke tong sampah perginya..

sedih la cenggini... nak meniaga tapi tak sempurna. kalo mil ku mmg dah kena sedas dua la kalo pi sana pakcik tu ada lagi. haaaaa!

tu ala2 menjual kepada pelanggan pertama je la kot. pelanggan ulangan sah2 yilek pocik.

haduyai.... cemane nak meniaga ni??? sila la meniaga tu ikhlaskan diri. kalau setakat nak untung, mmg tak kemana la jawabnya...

sadisss!!!

rindu plak apam balik depan pasaraya bintang, selayang baru masa kekecik dulu. sheedaappp! ( bak kata amirul), gula, jagung, kacang, perghhh!! perfect lah! ntah2 peniaga nya pun dah takde... :)

Tuesday, May 3, 2011

Labour Day a.k.a Cuti 3 Hari

Jumaat pi pesta buku. kol 7 ++ baru sampai rumah. tembung jem kat plaza tol jalan Duta. iskh.. lama gile tak tembung jem gini. Insaf... baik jaga anak dirumah dari kerja. :d

Sabtu lepas bfast ke jakel shah alam untuk misi planning dari last year. haha! sesungguhnya pinau mata hitamku duduk disana. tghri berjaya minta beli ayam penyet di summit. puas hati sebab sedap. mlm mkn burger sdiri bikin ala2 mcD (siap lettuce bagai) :p. mirul gak telan daging semata. seperti biasa, dia makan bukan cecah sos. tapi mustard. iskh.. kalo saya mkn takde sos, mau terkeluar balik. hehehe!
Elok2 lepas semua abis makan si Aris bangkit. cey... baru nak angkat dia naik atas. sian plak ke dia, mknn dia abg dia dah tibai. nasibla dia mintak susu je. tu la... sape suh tido kol ptg ke magrib?sorang ni memang seksa nak di tegur. tah cemane nak htr dia sekolah nnt. mesti seksa.

ahad pulak, lepas mendobi, ke rumah orang kawen di kota damansara. ikutkan pangkat yang kawen tu anak buah suami. tapi dek saya ala2 beh kuang umur ngan anak2 buahnya, rasa mcm depa ni lebih kepada sedara saya sendiri. encik suami pulak mmg jenis susah nak bertegur sapa ngan sedara2 dia belah perempuan. jadi, nak tak nak, saya kena berusaha rapatkan dia ngan sedara mara dia sendiri. sedara belah mak dia mmg ramai. tu yg kekadang saya pun ingat2 lupa nama apatah lagi ghope. yang betul2 kamcing ngan mak mertua saya mmg jarang saya miss event depa. tang ni mmg ingat dari nama pak depa sampai anak cucu. Tapi yang harunya.. kalo ckp ke laki den, sah2 dia tak cam yg mane kawen tuh.haru gilos! yg naik pelamin pun si bongsu yg akhir sekali kawen, mcm extra meriah pulak kali ni. :). balik dah nak asar pun. dan2 kami lencong ke tempat cari mkn malam. Dapat la tapau domino n donuts.
Uish.... kalo selalu cuti gini mmg bagus rasanya. takyah masak. :)

Hari senin, pe lagi, melayan hw mirul lor... today no excuse, kena masak. dah lapar nasi lauk lemak pucuk manis dah. uish.... sedap2. sdiri masak, makan dan puji. pakej utk diri sendiri. kengkawan apa cer?? :)

Eh! tetiba nenek balik kampung pulak...sib la kami tak ke selayang. kalo tak...sure kena paw ngan adik2 ku. miahahaah!!!