Sunday, July 31, 2011

Demam

Pagi sabtu mendung je. malas nak basuh kain. sudahnya, abah ajak gi Sunway.

Biasala la kami, kol 9++ dah tercongok kat parking bay. gelap lagi sebab kol 10 baru lampu dibuka.

Kali ni saya ingatkan level + parking code. hahaha! harem tau... leh lupa nak buat kerja ni masa gi mane ek???? menggagau aku mencari parking. sungguh! lupa nak ingat. tah apa kena tah. memang horror kalau gi jalan memane pastu parking tak ingat. lagi parah kalau dengan big boss. :p

Dari new wing ke old wing, memang segala ceruk la kami berjalan kali ni. sungguh, cam nak order air jam2 tuh. tapi... kalau ngan abah depa, nak singgah tempat makan selagi tak settle pencarian mmg sorry la...

Meriah betul sale. semua kedai masuk untuk buat perbandingan. sudahnya, parkson ngan jusco gak pilihan. percent disc lebih cun kat situ dari kedai2 yang byk tuh. kekadang mcm tak berbaloi je rasanya. kat big mall tu dah jual jenama sama. tapi ada gak kedai sendiri kat sebelahnya. padehal sama je benda alahnya. dan lagi tak syiok, mahal la pulak. kan dah rugi tu...

Bila dah puas jenjalan dan keperluan abah dah dapat, tiba masa saya nak cari jeans, boleh pulak si aris demam!!

haiyaaa!! spoil weh! memang nengok muka dia tak bermaya. tgn memang sejuk. tu yang ada masa dukung gak dia. bila kita pegang tak la rasa panas. tetiba plak bila turn abah dia jaga dia, demam la pulek....kita yang nak memilih pun rasa tak best. sudahnya, dapat satu terus angkat kaki balik. nasib menyebelahi umi dik...sauk size ok + berkenan. tu pun berdoa ya... tgk muka abah depa dah macam nak makan orang pun... baik cepat2 blah. :p

balik rumah makan, makan ubat terus tido. kerja dia bangun tido, bangun tido. amirul pun terjebak tido sekali. :p

bila malam, dah ok . tapi tampal gak la kool fever tu. takut la.. naik balik panasnya.

Satu je sebab dia demam tu rasanya.... kurang air. hehehe! maaf la ya dik...kalau dah berjalan. susah nak benti minum air. selalu saya bawak susu depa. hari ni lupa plak. dek sebab selalu sgt berjalan sekejap2, assume hari ni pun berjalan sekejap la kot... hehe!

bape hari demam?? hari tu je. ahad dah sihat berkinja balik. :d

Thursday, July 28, 2011

Sekolah

Anak jiran sebelah ni rupanya dah mula sekolah sama mirul bermula hari ni. tapi akak tu cakap semalam dah masuk dah. erm.. iye kot.. saya tak perasan.

memang dia ada minta nombor phone sekolah dari saya last week. tak sempat nak tanya panjang lebar beberapa hari ni sebab saya pun sibuk ngemas dalam rumah. kang tunggu nak kemas bulan posa, mau anak pun kena makan. :p

tapi lagi haru adalah, amirul leh tak bersuara langsung! macam tak kenal je kawan sebelah rumah! haiyaaa!!!

tapi teacher ada citer semalam dia bz. bz nak buang air, bz nak buang kahak, bz nak main!!!

iskh.. berdesing tinge dibuatnyer. bukan nak marah pun. cuma kena cakap ke dia la balik, masa main, main la sepenuh hati. kalau masa belajar, jangan la nak jadi 'kepala' ngacau kengkawan belajar. memang kena tegur dek abah dia semalam. tak tau la kalau hari ni dan hari2 seterusnya macam mana. harap amirul faham la hendaknya. ikutkan kat rumah dia agak menakal. tapi kat skol, ada hari2 mood dia mcm nak main2. cikgu dia tak kesah. janji masa buat kerja dia ok.

la ni kalau ada homework, kalau banyak kali buat benda yang dia rasa dah tau, selamba je cakap, 'umi boring!' siap buat muka lagi. :p

nak marah pun tak boleh. apa lagi... suruh dia tutup buku tengok tv je lah. kalau di paksa pun memang tak bergerak tangan tu.

la ni pepetang saja bawak diorg gi taman. sebelum puasa bermula baikla korang jalan sakan. kang dah puasa, umi ko ni sibuk nak bega menu sesaje. sah2 pepetang takleh nak merayap kecuali gi PARAM. hehehe...

boleh ke nak gi param tu?? mari berangan2 dahulu ya... ;)

Berpanas di Shopping Mall

Boleh??

semalam ke IOI Mall. mencari pakaian untuk anak2. namanya pun tengah sale. cuba la nak gi tengok2 mana yang berkenan.

tapi ... bila masuk je dalam mall, ' await macam takde aircond je ni eh??' tak la panas sangat tapi terasa la kontang je udara. bau lampu je lah. tak la terbit bau2 yang kurang menyenangkan sangat. sampai satu tahap, rasa macam bau lampu terbakar pun iya. :p

seperti biasa, kami kalau berbelanja memang semua kedai kami masuk. beli belum tentu. hehe...
dan seperti yang di rancang, Reject Shop la tempat yang kami melabur. reject sgt ke pakaian kat situ?? tak lah. masih cantik2 terutama baju anak2 yang berkolar. kami memang tak memilih jenama, janji cantik, kain elok, yang penting, tak turun warna masa membasuh. pernah gak terkena beli baju yang berjenama, sekali menurun warnanya. nasibla rendam sekejap. kalau tidak... selamat baju lain.

Tapi bukan nak citer sangat pakaian tu pun... masuk kedai yang agak lama kita 'bersidai, rasa macam daging salai pulak. hahah! panas weh! nak memilih pun rasa serba tak kena. yang budak berdua ni sokmo berlari larian. sudahnya, berpeluh lencun muka badan. sama je ngan umi dia. tak pernah2 shopping berpeluh2 melain jalan TAR la kan.. hiks!

tanya gak ngan staff RS ni, bape lama tak de aircon? boleh dia citer... 'last time 3 hari mcm ni kak. tapi dah bape hari elok, hari ni jadi lagi. tak tahu la sampai jam berapa kak.'

haaaaaaaaaa!! kalau saya sure fengsan! kalau salah sorang penyewa, sah2 saya mintak disc atas electricity. dah la customer hilang, siapa yang nak pilih baju lelama ye dok?? saya pun kalau boleh nak cepat2 keluar. tak tahan dibuatnya. abah depa pun duk tunggu kat entrance lepas dah pilih baju. saya je yang rajin nak pusing2 dalam tu. :p.

lepas tu masuk plak wing baru. nasibla kat sini aircond berfungsi seperti biasa. tapi... kedai yang biasa kami pergi tu, suda tukar der.... alahai...leceh plak sebab nak tak nak kena pi Tang, Pav. nak cari baju kerja abah. tu nampak nya ujung tahun tak pun lepas raya. sale sampai 4/9 kan?? hehe... orang lain pi beraya rumah sedara, kami gi raya kat mall. as usual. :p

lepas dah rasa sejuk cikit, patah balih wing lama yang panas tuh. wah!!! masuk jusco lagi rasa terkuap! adohai... balik je ler... tak kuasa nak lelama kat situ. leps beli dinner, pulang la kami ke sangkar.

kejap je pi shopping kan?? lepas zohor gi, asar dah sampai rumah. :p

sesungguhnya, kalau la shopping mall tu tak berpenghawa dingin sampai weekend, mau lengang mall tu. :p

panas oooo!!

Friday, July 22, 2011

Nanny 911

Dah lama tak tengok rancangan ni. dulu ada kuar ari senin. skang dia tukar jumaat pulak. ikutkan, masa yang dia tunjuk tu agak sukar nak tengok. masa tu la nak tidokan bebudak. tapi hari ni ada syiok sikit. amirul suda pengsan. berkat berjalan ke rumah nenek selayang gamaknya. :D

semalam dia berjalan pun balik rumah segar bugar. yang pasti memang dia tak tido petang. malam tetap tido lepas 9 malam.tah mane penat di duk sembunyi tah!

Nanny 911 hari ni kesah single parent yg terpaksa menjaga 3 anak dibawah umur 5 tahun. kenapa single parent?? sebab buat masa ni laki nya berpergian. army rasanya, sebab tgk dah lepas 15 mint terawal, makanya tempias2 cerita je la yang dapat dengar. berkemungkinan setahun tak balik. ha... tak army tu?? hehe..

anak nya yang dua atas perempuan dan yang bongsu lelaki. tapi.. bila tengok satu hari kat rumah, mmg horror! anak perempuan memang kaki memberontak. merengek, mengacau adik, mengaruk dan paling haru sekali, cakap bukan2 ke mak dia. sampai tahap keluar ayat ' i wanna kill u (mommy)' .mengamuk bila apa yang dia mintak tak dapat, pastu kena denda, memang terrible lah! denda duk dendiam kat tangga. tapi anak dia dah terlalu biasa, buatkan hukuman tu mainan. lari sana sini, kacau adik2. aduh..

yang mak dia pun berusaha untuk tak pukul anak dia. jadi... denda byk tak jalan. pastu tak tido plak siang. uiskh... ni kawan mirul. tapi lagi haru.... malam dia susah tido. masuk tido jam 8.30-9 malam, tapi tido betul pun jam 11 ke atas. wah!!

kalau saya dah meroyan dah! :p. mmg stress gile mak dia. lagi father tak de.. mmg haru sungguh.

bila nanny tu datang, dia pun sgt terkejut dgn kemengarukan anak perempuan yang ekstrim tu. tapi iye lah... dia bagi jadual untuk mak dia ikut sebab sebelum nya takde jadual yg boleh jadi panduan untuk mak dia. dan paling haru, mak dia selalu mengalah ngan anak nya... apa anak dia nak, end up, kena bagi jugak. sebab tak larat dengar anak nya melalak.

memang kesian ke mak dia. tapi... lepas few days nanny tu dtg tolong, semua berubah jadi terkawal. dalam pada tengok tu, yang saya faham, anak dia sgt perlukan perhatian. lagi2 father tak ada. mmg anak biasa buat ragam. lagi satu, apa kita buat, kena ada had masa. kalau yang ni tak dapat nak control, memang huru hara la jadinya..

ikutkan masa memula benti kerja pun mmg saya stress sebab tak tau lagi cemane nak kawal anak berdua ni. lelama bila kita ajak dia buat aktiviti, baru dia ok. nak dengar cakap dan yang penting, tak mudah mengalah. saya lebih byk bising mulut dari tgn berjalan. tapi sesejak amirul sekolah ni, mmg takleh wat apa... sehari tak kena jentik tinge, cubit ckit, memang tak sah. haha!

moral...

apa2 yang kita nak buat even menjaga anak pun kena ada ilmu. tak tahu bertanya, tak tanya... sesat la jalan.. iye dok??? :)


Cantik La Tuh!

Budak sentap + budak takleh di usik + budak yang agak kurang nak dengar cakap. haaaaaaaaaa... dia la nih! owh iya... pelakon handalan nih!

ni muka lepas melalak sakan siap hingus terkeras kat kening lagik umi tak lap. hahaha! pastu dia jumpa pen haaaa... tulis kat muka. nak mintak sah2 tak dapat. sekali rampas, muka dah cantik. tak sempat conteng tapak tangan ngan kaki je. JE!



Ni plak gambar aris amik pakai hp umi. baek punya posing abg ko pi snap ya aris. banyak lagi dia amik sampai dah tak kuasa nak delete. hohoho! ni antara yang diampunkan lah... boleh cuba lagi ya dik! tingkatkan usaha! dengan harapan abah belikan umi new camera. ;p



berhiya tengok pc. paling tak leh tahan siap susun lori kat atas meja. penuh hujung ke hujung si kenit nih. tengok apa??? segala tok nenek berkaitan lori, kontena,ketapi, sume dia tgk. yang paling tak larat nak layan.... ulang tayang gambar sama plak tuh. disuruh tukar lain takmo plak. iskh...layan kan je lorrr....




Thursday, July 21, 2011

School Trip.

Masa kita dulu kalau mak ayah tak bawak berjalan takde nya dapat gi lawatan sekolah. La ni, kekecik tadika pun ada gi jenjalan ek? memang beruntung anak2 sekarang. keluar duit je la mak ayah nya.

Hari ni mirul gi lawatan ngan kengkawan sekolahnya ke kilang coklat ngan muzium tudm. disebabkan tempat pertama tu mmg bukan boleh masuk suka2, saya lepas kan dia pergi.

yang tempat kedua pulak kami memang belom sampai pun. memang berhajat nak bawak, tapi macam terasa2 la... bila dia nampak heli beso2 tu, sah2 dia mintak keluar. :p. jalan terbaik, biarla dia gi ngan cikgu2 dan biar dia bedikari sedikit + hilangkan perasan takut dia tu. Ni berdiri sebelah bas pun dia taknak, sah2 saya biar dia ikut sekali untuk dia experience naik bas. mak ayah takde lagi senang dia nak dengar arahan cikgu. kalau parent ikut, sure bersepah2 diorg ni kan??

Dek kerana pakaian semua pakai baju sekolah, satu je lah yang amirul tak lengkap. stoking. dia gi skolah pakai kasut tapi tak pakai stoking. kasut sendiri je. tak beli pun kasut seragam sekolah sebab tak wajib. ngeheheh! yang wajib uniform je lah sebab masuk kelas pun bukak kasut stoking bagai. even bag pun tak beli. dah ada beg pree, kita utilise okeh. dah ranap baru pk nak beli beg cap sekolah ke, sendiri nanti. :D ... yang penting... jangan membazir...

ikutkan nak cari sepasang je stoking, tapi.. dijual pun 3 pasang sekali. adeh... bila masa plak la budak ni nak pakai lagi kendian. kalau ada musim sejuk kat mesia ni ok la jugak.. iye dok?? hahha!

sudahnya, angkat jugak yang 3 pasang tu. dah last minute, hari ni pi, semalam baru teringat. sib la teacher kasi surat. kalo tak... togel je mirul jalan pakai kasut no socks. :d

Dan yang pasti, mamat bawah ni la yang merasmikan nya... siap paw nutrigen lagik. mmg cukup2 je 20 hengget dalam wallet. tu pun suka suki depa amik mknn, saya kat blakang letak balik. hahaha! apa2.. tunggu ujung bulan wokeh! tu nak paw bape pun umi joint sekali. :p


sampai hari ni pakai.... kekejap bukak. panas la kot. :p

haiyaaaaaaaaaaa!!! dah la ini satu2 gambar dapat amik. dia plak men nyenyorok! apeda... nnt suh teacher amik gambo ya mirul!! :D

dalam hati.... cemane la mirul skang ni??? tapi saya pasti dia teruja nak tunggu lunch happy meal dia tu nnt. hiks!

Wednesday, July 20, 2011

Durian Kunyit

Dalam banyak2 buah, ini satu2nya buah yang kami laki bini makan agak banyak. yang lelain, mmg agak seksa la hencik suami nak makan. lelagi yang ada kes2 kena potong dulu sebelum makan. memang sukar la dia nak makan. selalunya, kalau nak beli apa2 buah saya kena set in mind, beli mesti habiskan makan. tak pun kena rajin potong siap2 buh dlm peti es. tapi biasanya kalau potong pun saya gak yang abiskan... hehehe...

last sunday, mmg nekad la kami beli durian kunyit ni hanya untuk makan. saya ni ada sikit gatal tangan, asal beli mesti nak banyak, pastu nak jugak buat pengat durian tuh. pastu duk la bertahun dlm peti es, makan cecah roti secara berkala. :p

dek kerana neber kiri kanan takdak kat rumah, takleh la nak pass2 mkn..dan sebab tu jugak, beli la sebijik sahaja durian ni...

ada yang panggil Maosangking. tapi katanya panggilan ni orang cina yang panggil. tak tau la maknanya apa... tapi saya teka... kuning kunyit+mewah kot. hahaha! sila betulkan ya.. :)

memang la terkejut ngan rega dia. tapi memang berbaloi la beli setakat nak merasa. pasni, tunggu duit turun dari langit baru leh beli. :D

Isi kuning, rasa lemak2 manisssss kelat2 ckit dan paling best.
.. isi tebal. biji dia nipissss jek. mabeles weh!

ni ada belen ckit yang saya duk dalam peti es. walaupun bertutup rapat, semerbak bau dalam peti es ku dah la posa. sudahnya habiskan jugak semalam. geram punya pasal.


bape ulas agak2???
.
.
.
.
.
.
.....
.
.
.
.
.
.
empat ulas lor... tapi mmg tebal isinya. lepas makan durian, kita makan mata kucing pulak.
beli tak sampai setengah kilo tapi...gigih saya abiskan sensorang. sayang kalo busuk. owh, buah tu??? abah memang tak makan. tapi air mata kucing tu, boleh plak dia minum + makan buahnya... macam2 kan.. :)

Thursday, July 14, 2011

Entry La Sangat!

Asal nak mengarang je ada la tukang tumpang sibuk kat tepi nih! hah! kan dah lupa...

tu la.. patut baca yassin. aku duk ngadap pc. cemane nak berkat.

sat ya.. tunggu kol 8, naik atas terus biar depa tido. senang sikit nak buat apa2 berkaitan diri sendiri.

opss... dinner depa tak makan lah??!! erm.. kalau tanya sah2 mintak mee sup a.k.a maggi mee. oleh itu lebih baik sumbat susu sahaja. hohoho!

mmg nampak kejam... tapi kalau sesiapa berjaya sumbat nasi dalam mulut anak2 aku, akan diberi rm0.10. okeh! ahahaha!

dah tak larat nak marah + bising2. memang seksa sunguh nak bagi anak makan. tghri tadi pun depa makan ayam goreng ngan suhun dalam sup sahaja. cemane nak kenyang??? alih2 susu jugak depa mintak lepas tu. tak ke kesian mak dia masak. rasa dah cukup ikut dah tekak deme. udahnya.. kita gak yang kenyang.

eh.. dah kol 8 eh.. tutup pc dulu... sambung kendian..

Thursday, July 7, 2011

Dah Khatam


Sekarang adalah sangat blur nak buat apa waktu senggang (macam la banyak sangat waktunya iyerrr :p). dah hilang skil nak ngadap komputer gamaknyer...

dah gatal tangan nak cari buku baru. tapi, kena tunggu ujung bulan. tgk ada balen belanja bulan ni ke tak. hahahaha!

haru kan??

berjimat cermat la kita hendaknya sekarang ni. tapi.. bahan bacaan kena ada la.. kalau tak cam lemau rasanya.

apa guna kusi dan lampu baru, ye tak mak Teh?? ahaks!