Friday, October 7, 2011

Serba Tak Senang Dibuatnya

dalam satu kejiranan memang berbagai kaum yang kita akan jumpa dan kenal. selagi ber status adik beradik, suami isteri, anak beranak memang la tak menjadi masalah.

Tetapi bila satu situasi meletakkan anda dalam keadaan yang menimbulkan syak... apa yang akan anda lakukan???

Sesungguhnya ingin saya terus berhadapan dengan 'dia' yang tinggal bersama dengan bukan warga malaysia ini terus ke mukanya. Tapi....tak pernah berkesempatan kerana setiap kali saya keluar dan dia sampai di rumah ( pada waktu petang) seboleh2 dia akan melambatkan waktu turun kereta dan kalau dapat peluang, masuk rumah tak akan toleh kiri kanan.

Nampak situasi yang agak mencurigakan disitu??

kenapa saya bz body??

1. saya rasa dia islam. ke tempat kerja memakai baju kurung dan ada masanya berhijab.
2. kebiasaannya hanya pada hari biasa. bukan hujung minggu.
3. bulan puasa aritu tak nampak batang hidung pun.

Maha Suci Allah.... saya tak mahu bersubahat!!! selagi saya tak bertanya lanjut rasanya hati tak tenang.

tapi... risau... semua yang tinggal di rumah tersebut bukan warga tempatan. mmg geram je dgn tuan rumah. bagi sewa tak kenal penyewa. mmg mata duitan sungguh.

Macam mana eh???

Saturday, October 1, 2011

Terbakar

Cuak tak??

Lagi cuak bila keadaan ni berlaku tanpa saya sedari. terbakar dan tidak menendang kotak suis utama.

tau2 peti ais saya senyapppp dan sunyi..

ingatkan peti es ni majuk sebab selalu sgt pi mall tgk peti es besar dan selalu kabo kecik bona hang ni, sampai nak buat stok mknn pun seksa susun atur dlmn...

kalau manusia boleh merajuk, dia apa lagi kan??? hahaha!

tobat.. pasni kalau kami nak beli baru takmo kabo2 lagi. angkat terus je. kang dia buat peel lagi memang meremang tuan khemah ni ha... dah la duk umah ngan hanak2 kecik ni ha...seriau jek.

ni kali kedua la jugak plug ni wat pasal. dulu dia menendang je. kali ni terbakar terus tanpa signal. lagi bahaya kalau takde signal.

dah la masa tu dah magrib. baru balik dr selayang pulak. mmg haru dowh!

nasibla mamat electrian yg mai dulu tu saya simpan lagi nombornya. kalau tidak... mengelupur nak cari org lain. dan syukur rezeki, dia plak blom balik rumah. kalau balik dah alamat abisla brg2 dlm peti es ku itew...dan alhamdulillah lagi... sib bek dlm poket ada cash! kalau tidak??? menggagau nak korek duit!

iskh... kenapala bila bebenda ni jadi bukan weekend?? kalau weekend tau la org lain plak menggelupur!


Kad Tesco

Ada kad tapi tak pernah dapat apa2 ganjaran.

ikutkan dah beberapa tahun ada kad ni. malas nak tunjuk kalau ke tesco sebab pelik.

point kira tapi takda apa2 reward.

Sekali dalam bulan puasa hari tu tergerak nak tau kenapa kad ada tapi takde apa2 reward, saya ke counter pertanyaan diorg.

Sekali budak tu cakap apa???

'Kad akak ni aktif. point ada sekian2 tapi pemilik kad takde dalam rekod'

haaaa.... kad ni dimiliki oleh halimunan ghopenyerrr...

Ciesss!!!

Kad tu saya buat lama dah kat Tesco shah alam. masa tu baru2 depa tukar dr makro jugak lah.

ingat lagi that indian girl yang amik data plus bagi kad tu siiiibuk berborak dengan kawan dia. tapi.. tangan buat gak la kerja. atleast kad saya dapat. particular tu tah dia simpan dalam tray, ntah dia masuk sistem.. Wallahualam...

haiya.... rugi kan???

dan baru2 ni dapat la bonus RM2 hengget! atas 200 point. adoilaa....

kalau saya gi membeli belah dan selalu swip kad tu sure dah boleh lompat2 depan posmen bila dapat surat bonus Tesco tu kan lama dulu kan??? ngahahaha!