Wednesday, June 11, 2014

Kebun di Atas Tiles

Kecil yang banyak baktinya.... ;)



Friday, May 9, 2014

Kenapa??

10/5/2014
Sekolah kebangsaan ada ganti untuk cuti hari raya. Anak sorang pagi dan sorang petang.

Dan2 jugak la mesyuarat pibg sek agama anak2. Sepatutnya minggu lepas tapi tunda minggu ni. Ada usul. Dan tertulis dalam surat, kalau tak datang, usul akan ditolak. Hamboiii.... dah suka suki tunda. Bajet nak kena follow rules pulak. Sah2 tak dapat datang sbb kena urus kekanak.  Ikut jadual khamis pulak. Balik pun cepat. Tak boleh nak sukahati datang lewat sbb sabtu. Biasa tak ramai yg datang.

Pontengkan?
Sorry... dah janji dalam diri kami mak pak, once anak dah sekolah, perkara terakhir yang kami akan lakukan adalah memontengkan anak2 sekolah.

Lorat eh?
Itu salah satu cara kami untuk mengajar anak menghormati  institusi pelajaran.

Ramai kata tak belajar kan hari sabtu. Tapi, Sekurang2nya ada yang dipelajari. Lagipun next week peksa. Biar la depa belajar...

Kesimpulan: moga ada mana2 ibubapa yang sama usul dan diperbincangkan untuk di ambil tindakan. Khas untuk anak2 sekolah.

11/5/2014
Dari awal mmg dah kosongkan hari ni untuk anak2 belajar. Insya Allah... tapi, ada aqiqah baby raqib pulak. Adeh...

Ya, dah kasi tau jadual kekanak. Takpela... asal mak ayah baby raqib ok tarikh tu, jalan je la.. takkan la nak ikut jadual kami pulak... iye tak??

Iskh... payah betul bile rasa serba salah.

Tayar keta myvi pun dah mintak tuka. Even kena servis pun minggu ni. Yup... itu yang dalam fikiran abahnya. Bila jadual berubah, boleh tengok muka dia pun berubah.

Sekian.

Mokcik yang masih serba salah.

Tuesday, February 25, 2014

Ujian

Cepatnya masa berjalan. Minggu depan dah bulan 3. Masa untuk ujian bulanan di sekolah agama. Mungkin tahun ni haru biru sikit sbb abang adik sekolah. Last year duk tolong mirul. Tahun ni nak ngadap yg kecik plak. Masalahnya, yang abang masih tak rajin nak baca buku. Menjadi monster la omaknya nanti. Lol!

Selamat berujian ya anak2!!

Eh jap... buku teks ada tak dapat lagi??!! Acaner nak baca nie??? Puasla  nak kena belek buku tulis depa. Tulisan amirul ok lagik. Adik??? Halahai.... dua perkataan bersambung. Puas gak nak memaham. Jawi plak tu. Takde titik pun dah haru umi baca nak oiii.... tolongla...harap by end this week dah boleh dpt. :)

Dan sebab ujian ni gak, nampaknya aktiviti hujung minggu ni terpaksa dibekukan. Hukhuk!

Monday, February 17, 2014

Kelas Tuisyen

Tetiap minggu akan peruntukan masa untuk kelas tuisyen. Hari biasa akan berlangsung kalau anak2 takde homework sahaja. Kalau ada kerja rumah cuma buat hafazan surah sebelum tido.

Hujung minggu adalah WAJIB paling lekeh 1 1/2 jam belajar. Tak kesah la apa pun. Janji tulis. Dah nama kelas tuisyen dengan umi kan.. redho je la...

Memang payah nak suruh diorg bukak buku kalau cuti. Tapi ada la reward kalo blaja. Kalo tak... harommm... :d

Terkesan weh kalo ada kawan baya amirul aris gi tuisyen atau cikgu mai rumah. Omak dia pun taknak mengkalah. Ahaha! Janji dengki yg sihat kan.... anak mu nak pandai. Anak ku pun sama.... walaupun yg mengajo omak nya...:)

Berjejesan air mata tu piawai. Biarlah... biar susah sekarang jangan kemudian hari. 

Moga Allah permudahkan usaha kita mendidik anak kita dunia akhirat... amin... :)

Saturday, January 11, 2014

Hangin!!

Baru ambil lambat sehari dah buat hal. Perangai tahun lepas takkk lenyap2!
Dia tak sedar yang dua minggu sekali, umi lambatkan ambil adik sebab kesian kan dia yang datang awal ke sekolah.

Masih!! Tak berubah perangai. Sungguh!! Smalam rasa macam nak makan je si amirul. Tapi, mmg cuba bertenang. Takmo marah2.

Selalu dia menangis je.. semalam dia menangis dannnn siap naik van kakak yg biasa kami jumpa di sekolah. Hah!!! serempak dengan van tu ms umi dah sampai. Hailaaaa anakkkkk!!! Grow up!!! Matang la sikitt!! Umi lambat sikit melalak!. Awak bukan si kecil 5 tahun. 8 tahun mei nnt. Kenapa la haiii....

Sungguh!! Dah tak tau nak cakap apa dah anak pun...doa je umi mampu..

Mood: berantakan

Monday, January 6, 2014

31/12/2013 Orentasi Darjah 1

Dah besar anak umi. Walaupun fizikal mu kudut, umi yakin sangat awak boleh berdikari. Dia ni walaupun nampak pendiam tapi boleh tahan gak bersosial. Yg penting perangai dia. Tak kesah nak berkawan. Mmg, kawan memang kawan. Tapi, kalau dia nak buat itu ini dia on je.

Mohamad Aris Ashman. Jangan menakal okeh. Blajar elok2 pasni. Dah drjh 1 sila hapuskan pangai sentap awak yee... :p.

Alhamdulillah, urusan hari tersebut berjalan lancar. Disebabkan dua anak dah sekolah, pengalaman lepas sgt berguna. Sambil dengar taklimat di sek keb, abah dengan rela hati pi bayar yuran sek agama. Ikutkan tak nak abah bayar sbb byk benda nak tanya guru anak2. Tapi, takpelah...byr je dulu. Kendian kita tanya.

Sebab berpecah, umi nya sambil dengar taklimat duk pasang mata. Mane nak bayo yuran amirul. Elok je terjengah2, nampak neber berkeliar kat skolah. Call/sms. Ahaha! Terosss dpt info boleh byr. Togeder2 dgn kakak duk sebelah dgr taklimat, kami cabut byr yuran anak2 yg besar. :d. Iskh... tunggu taklimat abis, kol 2 gak balik nnt. Idokler... tobat okeh!.

Selesai byr yuran mirul merangkap kenal2 cikgu kelas nya, turun ke bawah nak bayar yuran aris pulak. Sekali abahnya telepon. Aris ada dgn abah kat dewan taklimat. Owhaii... rehat. Tu yang keluar. Beza dgn amirul, dia duduk je dlm kelas dan kalau boleh nak tunduk muka masuk bawah meja. Aris?!? Sengih2, jalan2. Macam biasa pulak dia kat kelas. Padehal 1st day. Syukur lah cikgu kelas sementara aris ni cikgu amirul drjh 1. Tau jugak la cikgu ni cemane. Tapi, kena tunggu ujian pengesanan jugak. Harap tak jauh sgt kelas hang pi nnt aris.

Selesai yuran, kolek buku teks. Nampak la bbrp buku teks amirul djh 1. Elok je berbalut. Eceewah!! Sbb, mane2 buku yg tak elok balutnya cikgu bukak dan repair. Abahnya ckp, amikla yg ada nama mirul tu... umi plak takmo. Nak jugakkk buku lain. Dah bawak balik... haila.. azab pulak aku nengok buku2 ni. Mmg cikgu dah repair. Tapi.... terpk, awaitla buruk na bukunyerrr??!!... haru sungguh!

Buku2 amirul mmg aku belek telek selalu. Dannn selalu la dia kena bebel sbb sumbat buku dlm beg mcm kain buruk. Mmg kena tegur... kalau tak ditegur sampai sudah la pangai tu. Biarr... nak marah umi sukatik!. Yg penting, selagi kita pegang amanah, kena la bertgjwb sebaiknya. Payah gak nak bagi dia paham. Tapi kat situla tahap kekereativitian seorang umi terpakai. Ahakss!! Selalunya menjadik. Tapi ingat tak sampai 2 hari pun.... kendian jadi balik. Huhuhu...

Berbalik cerita yuran bagai, selesai urusan lebih kurang 11++am. Wah!!! Mcm nak lompat katak!! Seronok sbb cepat siap. Padehal nak ngala balik tu saya perasan taklimat blom abis. Takpe la.. tu taklimat linus. Dah dgr last year. Harap aris lebih mudah nak di ajar sbb linus 2.0 ni ujian dr kementerian. Nak uji 4m pelajar.  Yang ni kita citer kendian. Panjanggg lebar pun kesahnya.. oklah.. kita cuci mata gambo la iye...

Wednesday, January 1, 2014