Masa ni la dapat tgk rumah nak tak nak, terpaksa pasang aircond.
Cuba tengok harga air conditioner di kedai2 elektrik. kalau nak mintak kurang mmg sikittttttt je turunnya. Harga asal nak kata turun, rasanya tahun lepas saya jalan dengan tahun ni sama sahaja. Model baru keluar lagi mahal la kan. yang lama gituuu gak harganya.
Laku sungguh lekapan nikan?? dah jadi keperluan asas dah rasanya. kalau dulu2 macam tak berapa nak kesah. tapi la ni, anak sekecil aris (3++) tu pun dah pandai mintak pasangkan air cond kalau nak tido malam.
global warming yg makin mendesak... rasa dulu panas tak seteruk ni. kita leh main lagi kat luar rumah. ni kalau biar anak berpanas, esok sah2 la tak bangkit. badan panas.
Rumah di Subang semua bilik memang ada aircond. bayangkan la 4 bilik dgn host power lebih dari satu. bila malam pakai, atleast 3 bilik on air cond, datang bil, cam nak nangis tolong tengok. hehe.. (tengok sebab yg menghulur dan pembayar orang berlainan :p).
La ni, aircond nya rosak. semua sekali ya! katanya 'wayering' (lupo nak eja dah.. haha) rosak. semua sekali tu yg saya geleng kepala. dah tu nak repair makan ribu. adeh...
Macam best je kan teknologi ni. tapi bila dah rosak nak dibaiki, takde pulak harga nya murah.
(iskh.. kata nak lelap... lain jadinya.. hehehehe... nap la sangat.. :p)
2 comments:
amat terseksa jiwa dan batin kan bila ekon rosak.
aduh macam nak bogel je nih!!!!
haha! kina. mmg ter'sentak' tajuk mu itew... :p.
skang ni kalau mende lain rosak takpe. jgn ekon. :d
Post a Comment