Tuesday, June 21, 2011

Makan Budak!! Eh salah... Makan Ubat!!!!


Anak kome seksa tak nak makan obat??? oohaiii! anak kawan mmg seksa sangat2! rasa kalau diorg ni sakit, biarla abah dia je yang sakit. eh?! leh ya gitew?? hahaha! nauzubillah!

iye la... tu je cara nak tgk abah dema mc. tu pun kalo dia nak mc. kalau tidak, sanggup tido kat off dari tido kat rumah. sebab kat rumah anak duk kacau kan. sib la umah sendiri. leh la lari tido bilik lain. tapi... kalau umi sakit, huhu.... aktiviti harian berjalan tetap sama sahaja. tu pasal, jgn la umi sakit. ada benar kan di situ?? :D

ampun abah ya! hihihi!

apa nak citer ni eh??

oh..

hari ni, pagi lepas hantar mirul skol, terus ke klinik untuk bebetul amik ubat batuk anak.
ada plak kes bebetul ya?? maksudnya, sebelum ni pakai mkn je ubat dlm peti es tu ha. lagipun batuk je. takde demam sesema pun.

sebab ke klinik?? owh.. dah tahap kronik malam semalam dia batuk2 non stop terus muntah 2x. 1st time muntah nasib la kami berdua dah siap mkn malam. terus tinggal pinggan dlm singki. lagipun aris menjerit2 siap berlari ke bilik air ke katil ulang alik. sebab saya kat bawah le tuh! bila bukak lampu.. nah kau! bersepah2 muntah dia kat tilam, bantal, cadar, lantai, baju dia apatah lagi.

sesebelum ni memang dia ada muntah. tapi masih boleh diselamatkan lagi la cadar tu. basuh pakai air sabun dan spray febreeze ilang la bau nya kan... iyola... baru je ganti last week amirulnya muntah. koje heh nak basuh cadar tetiap hari. fengsan!

dah bersihkan sekelian2, ganti baju dia, bagi dia minum air masak (ni pun kena paksa), dalam pada tu, dia still batuk2. ajak baring tapi standby ngan kain lah. tak sempat. dalam pada berhati2, duk kalih2, dia muntah lagi. melompat2. kita yang duk jaga dia bukan rasa simpati lagi dah. gelak nak rak jadinya. sambil tadah mulut sambil berjalan ke bilik air terlompat2. ekekekeke!

maaf lah aris, umi ko kejam plak. ahahaha! dia geli kahak nya la tuh. tapi.. ok la dari duk batuk di telan belaka. muntah keluar la jadinya. dah bersih baru boleh tido. still kongkong! tapi dah tak bangun lagi dah.

since anak dah batuk2, abah yang suspen tak cukup tido telah ku kerah tido di bilik sebelah. apa2 biar la anak je sakit. kang abah sakit, umi ko pitam plak. hahaha!

yang pasti, aris ok je bila kata nak jumpa doctor + ambil ubat.

tapi.... tang nak makan ubat ni yang... was was.

tghri lepas mkn, saya cuba bagi dia ubat. dah lama tak bagi sendir, tadi cuba, umang aiiii! 360 darjah pusing oooo!!!

kaki ku kepit kaki dia, tgn satu lagi kepit tgn. tu pun dah ala2 nak terlepas + uminya nak terbalik dek tak dpt tahan lonjakan badan dia.

ubat masuk tak??? gigi rapat. pakai tembak jek. sambil tiup2 muka dia. hahaha!

masuk la jugak walaupun sikit. lepas magrib kejadian sama berulang. kali ni dia lonjak ke arah kita pulak. weeeeeeeee!!! senak perut kanan ku. ingat balik sama macam kes dia dalam perut dulu. suka landing belah kanan. selalu gak saya senak.

hai la anak....cepat la sihat. fening omak mu ni... :D

si nakal!

Sunday, June 19, 2011

Dah Tempah ke Baju Melayu?

satu kalau datang hari raya, antara aktiviti yang saya tidak akan paksa abah depa buat adalah membeli baju melayu.
tapi sesejak anak dah agak besar ni, takyah kabo, abah dah siap2 plan sekian2 nak beli kain, sekian2 nak hantar tempah.
wah! bagusnya... erm... la ni abah je yg bekerja, jadi keterujaan saya nak berhari raya tu tak bape nak jadi. sebabnya, takut ter request perkara2 yang diluar bajet, hehe..

last 2 years, cuba nak beli baju siap, tapi mmg tak dapat. asal baju ok, seluar tak ok. sudahnya, tahun2 kehadapan berazam menempah awal. (nampaknya janji dikota :d).

manakala anak2 pulak, asal beli baju, nak tak nak kena repair. kalau setakat naikkan tgn ngan kaki seluar ok lagi. ni sampai nak kena potong bagai... haiii.... mane la saya ada kepakaran tu. kalau jahit2 tgn ni ok lagi. kalau sampai nak kena guna mesin, sah2 sub ke mak selayang. dan2, mak plak menjahit baju kurung anak2nya, ala2 potong que la pulak. pun serba salah.

sudahnya... tahun ni, azam abah adalah, beli kain dan tempah untuk tiga beranak. wah! kagum sungguh!

Seperti biasa, abah akan hantar kat wisma yakin. tak tau la orang lain, tapi saya mmg rekomen sungguh kedai ni pada orang lain yg masih tercari2 nak cari kedai buat baju melayu. nama kedai nya, Haji Ramly Hayati. tak tahu la plak mane satu nama abg yg meniaga tu. tapi dari gaya kedai, nama ramly dan hayati tu mcm nama mak ayah dia je. :D

kenapa saya rekomen?? jahitan dia mmg cantik. means, baju melayu jrg dipotong bahu melainkan diminta oleh pelanggan, biasa akan buat berpesak dan yang penting dia tak buat jahit mesin tepi untuk basi kain, tapi lipat jahit untuk nampak kemas. aduhaiii... cemane ek nak terangkan?? hahaha! yg biasa menjahit paham la kot. ala2 jahit luar sekali dan jahit lagi sekali untuk tutup basi kain. kemas dah pasti takkan berumbai.

ala... biasa la kedai lain pun sama kak zana oii! iye ke?? mcm nasib2 la kan.. kekadang beli siap jahitan cantik tapi kurang sedap di pakai. tapi dah bape kali jugak abah cuba tempat lain mmg haru. ada sekali baju melayu dibuatnya takde pesak. heh! felik dan nampak sempit.

dan yang paling saya tabik kat abang ni apa tau?? dari abah buat baju melayu sebelum kawen, lebih kurang 10 tahun lalu, harga dia gitu gitew gak! kalau naik pun adalah tak lebih 10 henggit!
baju melayu abah tempah sepasang hanya RM70 (baru ni) dan kekanak cam mirul/aris RM55 sorang.

menarik kan??

ikutkan, ada gak tipon satu kedai yg nearby rumah, sekali dia mintak baju budak rm120 sorang (kekanak 12 thn ke bawah), tertelan ayaq liuq ku weh! mmg la nama kedai tu pemes, tapi bukan empunya nama kedai yg jahit pun... :D

kalo kengkawan nak cuba, leh je pi kat wisma yakin depan masjid india tuh. kedai kat corner dan jgn lupa tgk signboard kaler ijo dia tuh. mmg old skol weh! perniagaan turun temurun nih. tak silap berselang 2 kedai ngan den wahab.

kalau baju siap untuk dewasa dan kekanak plak saya tak bape pasti. ada mmg ada tapi tak byk pilihan. lagipun abg tu mmg ckp dia byk terima tempahan dr buat siap sbb tempahan senang nak siapkan. hehe..

waktu perniagaan, 11 am hingga magrib tetiap hari. seingat saya la kan... lagi seminggu nak posa pun abah pernah htr dan abang tu terima. amik pun seminggu nak raya. alhamdulillah, mmg tak pernah bermasaelah tentang jahitan. harap2 begitulah juga akan2 datang ni.

susah nak ke sana??? naik je la train lrt. mcm saya ni mmg seksa la nak naik train ngan kekanak penakot ni. tapi kalau nak amik baju pas ni, tak seksa sbb abah kerja dedekat sana.

Nak cuba?? gi la jenjalan dan bawak je kain. insya Allah tempahan masih lagi diterima..

wah! promo! takpe... tolong sesama sedara seislam meniaga. orang jujur dalam meniaga kita bantu, tapi kalau jenis mintak upah melangit output plak sangat2 azab, sah2 la saya wat dek!

apa lagi??? gi la terjah ek!

Hari Bapa

gaya model weh! :p

Pagi2 abah gi pasar beli brg basah.
Pagi2 bapak subang call dari pasar tanya nak air soya tak?? sebab depa mai lambat. abah dah balik, nanti gi sana amik. saya kata ok je.
lepas bfast kami berempat bertapa di mydin subang untuk beli bekalan brg rumah sebulan.
weeee.... ramai weh kat sana wpun baru kol 9.30am.
oh iya, giant usj 1 udah tutup. giler ah!! mydin naik tak sampai 5 tahun giant bungkus! sadis!
dan... latest, secret recipe dah bukak kat dlm mydin (ganti kedai jual porduk tempatan near stroller bay). meriah!
dua jam di sana, tengok2 dah sampai umah in law kat subang. hahha! beli brg dapur mmg maks 2 jam je...hebat kalau berjalan ngan 'Bapa' ni. takkan dapat selit sana sini. :d
singgah subang amik air soya je. pastu terus balik puchong.
sampai rumah kemas barang, basuh baju, petang masak nasi (sebab lauk panaskan semalam kemarin punya:p).
hanak2 makan roti sahaja (mmg seksa nak mkn) dgn tuna. lepas tu mak pak plak makan.
kol 8.30 naik tido, dah kol 9 mlm umi dah tercongok depan tv3. hahaha!
sungguh tak best hari bapa nih! :p


baru cdg2 nak ajak abah makan luar sekali kena sound, hari bapa nak keluar mkn pulak! masak je lah! tak ke paw abah namanya tu? :P
ler... takleh ek?? hahaha! ciesss!!!

Thursday, June 16, 2011

Kenapa Kuku nya Panjang??

agak2 ramai tak orang lelaki sekarang membela kuku panjang??

pada pendapat saya setakat hari ni adalah RAMAI!

asal kemane2 je mesti saya akan terjumpa para2 pria ni berkuku panjang. iskh.. kalau bukan islam ada sikit geli dan mula terbyg mcm2 lah kan. piawai la tu.

tapi... kalau sesungguhnya mereka ni melayu dan islam, adohaiii.... lelaki pulak tuh... pastu buka perniagaan runcit (brg basah dan kering), mau keluar balik kedai tu dibuatnya. iskh!

bukan ke dah dinyatakan terang2 lelaki ke perempuan ke membela waima satu batang jari yang kuku panjang ni seumpama membela sekandang ba alif ba ya! sah2 la besar dosa yang dibawa dek mereka2 nih!

yang lagi buat saya geli geleman, cemane depa uruskan bahan2 niaga diorg nih?? pastu bersuci? adeh... maleh nak pk kan. sah2 pasni cari kedai lain. sedih sungguh! kedai dah strategik+bhn2 semua ok. tapi pengelola plak wat sadis. kan ke haru tu...

cemane la bangsa kita nak maju eh? terang2 perkara2 sekecil ni di bawak mudah. indirectly, apa yang kita lakukan tak dapat keberkatan.

peringatan tun diri sendiri juga ni...

salam hari khamis!

Thursday, June 9, 2011

Birthday Present



almost every year dpt birthday present yg praktikal. mmg la bagus tapi yg tak syiok ia adalah pemberian tersebut di suruh pilih awal2 lagi. huehuehue...

Tapi kan, rasanya makin lama kita bersama pasangan kita tu, lagi bagus kalau apa2 present yg nak diberi berdasarkan keperluan... kan? dedolu boleh la.. SURPRISE! skang ni macam dah tak sesuai.
tapi rasanya kalau nak beri yg bling2 tu elok sgt la konsep SURPRISE! tuh. ekekeke!

wokeh! bulan 4 birthday abah, dpt hadiah
pun bulan 5. tapi birthday umi yang bulan 5, dapat present ujung bulan 4. cemane tuh?? :p

konsep yang boleh diterima pakai apabila wife adalah seorang surirumah. hehehehe!

Pn Zana dapat apa???

mende alah ini lah! syukur... ada gak adiah kan... dari takde. :D
btw, dah lama aim menda ni. dpt gak lepas microwave oven yang ada kat rumah tu dah ngeng!

mekasih abah ya!


dan julung2 kalinya bakar cheese cake. wah! sendiri bakar, sdiri buh lilin, sendiri makan. bijak..bijak...

sedap walaupun simple.. :D

Friday, June 3, 2011

Amirul 5!

13/5/2011

jatuh hari jumaat. tarikh keramat kejadian yang berlaku di kuala lumpur tanggal 1969, sebulan selepas abahnya dilahirkan, mmg senang sgt nak ingat. hahahaha! pecah rahsia umur abah mu mirul oiii!

direct dua hari tiup lilin si mirul dan aris (kes tumpang sekek! :p).

cara berlauk 1st time bikin. keras ckit. takpe.. janji cuba. sedap tau! :d

cadangan mirul untuk bawa kek ke rumah nyai. iyola... ikutkan.. lagipun sepupu mirul yg rajin melayan dia tu ada, ada la org nak tolong abiskan kek. hehe...

petang jumaat kat subang, hari sabtu kat rumah nenek selayang pulak.

ini kami bawak pizza, nenek siap2 belikan kek. kek cantik. tapi.... isi kek plak cam... hihi! telan je la nenek.. macih beli kek! :D


saya pun nak jugakk!!

spiderman. tapi amirul mane kenal. :p

ya.... mak teh! jgn lupa utang nak banjer okeh! ngahaha!

Thursday, June 2, 2011

Mr Pieman





Korang tengoklah terbalik eh. nyampah dah betulkan tapi upload dia terbalik cenggitu gak. ngeng!

sempena birthday amirul arituh, takde kena mengena ngan tekak mirul semestinya, abah bawak balik pie. katanya kawan opis dia yg meniaga. sekali bila ku belek telek kotaknya, borang order pun leh upload dr website nya. malah FB page pun ado. huhu... hebat..

Yang saya makan adalah Rotorua Chicken (regular size. cari sendiri tapinya dalam website dia, tanya abah nya apa nama, dia tau pie ayam jek. :d). sedap dan leh terima di tekak melayu saya. tapi kena makan masa lapar2. kalau separa lapar alamat tak abis gamaknyer.. mmg besar dan sesungguhnya kenyang ke petang.

teringat sup dome yg ber tutup dek roti tuh. cenggitu la rasanya beh kuang. adeh.. sejak tak bergaji sdri, lama sungguh tak makan kat situ... tetiba teringin. :D

owh iya.. last week abah bawak balik yg diperbuat dari daging. kecik ckit dari yang ayam dan harga kurang singgit. maaf cakap, saya takleh masuk yg daging ni. cam ada kurang. hehehe... tekak saya kan.. ada lagi seketul dlm peties... sape la nak ku paksa makan nih. haha! ( Berkemungkinan besar namanya waikato beef. lagipun tak byk menu dlm website dia.. hihi). lain tekak lain citarasa kan.. mane tau kengkawan suka plak.

kalau tingin nak makan search la nama tu ya. tak silap kat hartamas shopping centre ada kiosk nya. OU dan Sunway Pyramid pun ada.

Sekali sekala bertukar selera ni ok gak. cuma... anak2 tetap wat pandangan slack! iskh.. rugi sungguh. nasi pun takmo makan. tak ke haru??

Wednesday, June 1, 2011

Wash Beda!


Dapat tangkap BEDA tu apa??

Basikal....

tu bahasa aris dan juga aktiviti paberet dia kalo dpt kuar rumah. kata nak main basikal. tapi... kalau dah peminat air, sikit2 sibuk nak siram pokok. bukan siram pokok je. basikal pun disiram sekali. siap amik kain nak basuh.

dah tak kuasa nak halang sebab rasanya sora umi dia ni mcm dah takde yg tak kenal kat sini. huhuhuhu!

dah besar nnt jangan wat2 rabun ke keta abah umi okeh! :p