Wednesday, July 20, 2011

Durian Kunyit

Dalam banyak2 buah, ini satu2nya buah yang kami laki bini makan agak banyak. yang lelain, mmg agak seksa la hencik suami nak makan. lelagi yang ada kes2 kena potong dulu sebelum makan. memang sukar la dia nak makan. selalunya, kalau nak beli apa2 buah saya kena set in mind, beli mesti habiskan makan. tak pun kena rajin potong siap2 buh dlm peti es. tapi biasanya kalau potong pun saya gak yang abiskan... hehehe...

last sunday, mmg nekad la kami beli durian kunyit ni hanya untuk makan. saya ni ada sikit gatal tangan, asal beli mesti nak banyak, pastu nak jugak buat pengat durian tuh. pastu duk la bertahun dlm peti es, makan cecah roti secara berkala. :p

dek kerana neber kiri kanan takdak kat rumah, takleh la nak pass2 mkn..dan sebab tu jugak, beli la sebijik sahaja durian ni...

ada yang panggil Maosangking. tapi katanya panggilan ni orang cina yang panggil. tak tau la maknanya apa... tapi saya teka... kuning kunyit+mewah kot. hahaha! sila betulkan ya.. :)

memang la terkejut ngan rega dia. tapi memang berbaloi la beli setakat nak merasa. pasni, tunggu duit turun dari langit baru leh beli. :D

Isi kuning, rasa lemak2 manisssss kelat2 ckit dan paling best.
.. isi tebal. biji dia nipissss jek. mabeles weh!

ni ada belen ckit yang saya duk dalam peti es. walaupun bertutup rapat, semerbak bau dalam peti es ku dah la posa. sudahnya habiskan jugak semalam. geram punya pasal.


bape ulas agak2???
.
.
.
.
.
.
.....
.
.
.
.
.
.
empat ulas lor... tapi mmg tebal isinya. lepas makan durian, kita makan mata kucing pulak.
beli tak sampai setengah kilo tapi...gigih saya abiskan sensorang. sayang kalo busuk. owh, buah tu??? abah memang tak makan. tapi air mata kucing tu, boleh plak dia minum + makan buahnya... macam2 kan.. :)

2 comments:

Unknown said...

saya suka durian isi kuning..tak suka yg isi putih tu

Zana S said...

ila
hihi! kalau beli longgok payah kan nak dpt isi kuning. mcm nasib2. tu pasal suka wat pengat. rasanya tak bape best. hihih!