Dah lama tak tengok rancangan ni. dulu ada kuar ari senin. skang dia tukar jumaat pulak. ikutkan, masa yang dia tunjuk tu agak sukar nak tengok. masa tu la nak tidokan bebudak. tapi hari ni ada syiok sikit. amirul suda pengsan. berkat berjalan ke rumah nenek selayang gamaknya. :D
semalam dia berjalan pun balik rumah segar bugar. yang pasti memang dia tak tido petang. malam tetap tido lepas 9 malam.tah mane penat di duk sembunyi tah!
Nanny 911 hari ni kesah single parent yg terpaksa menjaga 3 anak dibawah umur 5 tahun. kenapa single parent?? sebab buat masa ni laki nya berpergian. army rasanya, sebab tgk dah lepas 15 mint terawal, makanya tempias2 cerita je la yang dapat dengar. berkemungkinan setahun tak balik. ha... tak army tu?? hehe..
anak nya yang dua atas perempuan dan yang bongsu lelaki. tapi.. bila tengok satu hari kat rumah, mmg horror! anak perempuan memang kaki memberontak. merengek, mengacau adik, mengaruk dan paling haru sekali, cakap bukan2 ke mak dia. sampai tahap keluar ayat ' i wanna kill u (mommy)' .mengamuk bila apa yang dia mintak tak dapat, pastu kena denda, memang terrible lah! denda duk dendiam kat tangga. tapi anak dia dah terlalu biasa, buatkan hukuman tu mainan. lari sana sini, kacau adik2. aduh..
yang mak dia pun berusaha untuk tak pukul anak dia. jadi... denda byk tak jalan. pastu tak tido plak siang. uiskh... ni kawan mirul. tapi lagi haru.... malam dia susah tido. masuk tido jam 8.30-9 malam, tapi tido betul pun jam 11 ke atas. wah!!
kalau saya dah meroyan dah! :p. mmg stress gile mak dia. lagi father tak de.. mmg haru sungguh.
bila nanny tu datang, dia pun sgt terkejut dgn kemengarukan anak perempuan yang ekstrim tu. tapi iye lah... dia bagi jadual untuk mak dia ikut sebab sebelum nya takde jadual yg boleh jadi panduan untuk mak dia. dan paling haru, mak dia selalu mengalah ngan anak nya... apa anak dia nak, end up, kena bagi jugak. sebab tak larat dengar anak nya melalak.
memang kesian ke mak dia. tapi... lepas few days nanny tu dtg tolong, semua berubah jadi terkawal. dalam pada tengok tu, yang saya faham, anak dia sgt perlukan perhatian. lagi2 father tak ada. mmg anak biasa buat ragam. lagi satu, apa kita buat, kena ada had masa. kalau yang ni tak dapat nak control, memang huru hara la jadinya..
ikutkan masa memula benti kerja pun mmg saya stress sebab tak tau lagi cemane nak kawal anak berdua ni. lelama bila kita ajak dia buat aktiviti, baru dia ok. nak dengar cakap dan yang penting, tak mudah mengalah. saya lebih byk bising mulut dari tgn berjalan. tapi sesejak amirul sekolah ni, mmg takleh wat apa... sehari tak kena jentik tinge, cubit ckit, memang tak sah. haha!
moral...
apa2 yang kita nak buat even menjaga anak pun kena ada ilmu. tak tahu bertanya, tak tanya... sesat la jalan.. iye dok??? :)
2 comments:
betul tue..nak membesarkan anak mmg kena ada ilmu. baru anak akan menjadi org. kalau tak jadi hantu...haru biru dibuatnye.
kina
haha! dah rasa tengok mak bebudak tu mcm zombie jadiya. :p
Post a Comment