Thursday, January 31, 2013

Rindu

Masa kecil anak2. sekarang dah besar, sekolah, macam2 perangai. Dah terrnampak ciri2 membengkeng je si amirul ni. ehem2..sape lagi dia ikut kannn... :d.
Si Aris ni tah bila nak membesar pun tak tau lah. drama king dah satu hal. ikut kepala dia je..tapi satu yg dia pandai tepis bila kita marah abang dia, yg si kecik ni akan jadi kekanak yg paling baikkkk dalam masa tu. masa tu je la.. :p

mirul selalu clash gambar dia ke adik. tgk balik, ada bezanya. tapi yg pasti, dedua muka abahnya. adeh...

 Aris

Amirul

Wednesday, January 30, 2013

Hanya Kau Ku Mampu

Tak dpt handphone, dapat pouch pun jadik la...dr hp asyik menyembam lantai tak sudah kan..



Ada la yang membahan kan si atas ni satgi.. :p

Mokcik pun ala2 paksa rela okeh!

Tuesday, January 29, 2013

Tukar Kelas

Dah hampir ke penghujung bulan  januari. hakikatnya bukan nak bukak pc, nak menyapu ni haaa... dah terpjg plak tangan mokcik! huhu..

Last 2 weeks amirul dah pindah kelas. 1 Delima. tak tau la ranking cemane amirul ni. dgr cikgu2 ckp masa amik duit rm100 tu, ada ujian bertulis sebelumnya. maths, bm, bi katanya. tapi, cikgu sorang lagi ckp, wpun dah buat penilaian mudah, pelajar di tukar masih tidak mengikut tahap pencapaian mereka. kira kelas campur2 lagi. haii.. mane satu nak dengar tah.

Nak jumpa cikgu kelas amirul mcm tak nak mengganggu sessi pembelajaran. tapi sangat2 nak tau cemane amirul setakat hari ni. 21/1 haritu gi htr borang permohonan aris utk masuk darjah satu plak tahun depan. ty nama cikgu kelas, bila tgk jadual, lorrrrr... cikgu mirul ni masuk sekali je seminggu. itu pun hari rabu. adeh.. bg msg kat buku pun sampai la ni tak berjawab2. haru sungguh.

Setakat hari ni, amirul mcm ok kat skol. bagi duit belanja pun minggu ke dua sekolah je dia guna. la ni, bawak balik duit masuk tabung je. dia mmg cepat blur nak beli apa. ala2 omak dia jugak. ahahaha!

tahan tak blanje kalau dah tak tau nak mkn apa.bebalik sama pun tak selera. :p

La ni, asik bawak nugget. umi pun dah boring nengok dia bekal nugget. tapi itu je dia abis n minta. lelain, cengkodok ke, roti ke, semua balik ada balen. paling2 pun separuh. tu yg kalau dia kata nak beli sekian2 kat kantin, saya ty balik, 'amirul boleh habis tak?' selalu jawab tak. dahnya ckp, mirul balik, umi masak je. lagi lama+ulang2  dpt mkn.

minggu lepas ckp kat kita cikgu nak sekian2 buku rampaian. hai... ada buku aktiviti pun nak buku rampaian lagi eh? dah la stok buku tu takdak kat rumah. dan2, lepas antar kafa gi skolah jap belikan buku. beli tie sekali. baru ada stok. ber tie plak gi skol. hai... melaram sungguh skang eh? kita dulu, kalau bukan prefect jgn harap nak ber tie bagai. :d

Dan pagi ni umi buat lawak. tak perasan tie tu boleh tarik2. ejas pjg pendek. akakakaka! udahnya, mirul gi skol tak ber tie sbb umi ingat nak kena jahit. dowhh!!! hayun sungguh!!

Ni kalau citer kat abah hang mau kena sound dulu, sebelum digelakkan. hahaha! dah tuuu.. dia yg duk pegang mende alah tu lama, tak plak ajar ke kita. hahaha! kan dah anak jadi mangsa. :p

kesian mirul...yg jual tie gitu wat gapo?? depa jahit tapi hakikatnya masih boleh ejas. len kali buh je getah. senang lagi nak usik2. :p (sdiri salah lagi mau cr salah orang... ahahaha! )

eh.. ok lah.. mau sapu mop. rumah dah bersawang2 rasanya.. :D

jumpa lagii!! ;)


Wednesday, January 16, 2013

Resepi: Tempe Goreng Berempah

Masa bujang, mak selalu goreng tempe. tapi mkn mcm takdak feel sbb mak hy goreng kunyit+garam. jadi tak bape mkn pun iye gak.

Tapi bila dah kawen, tempe digoreng dgn resepi ni, pergh... tiap minggu lauk tempe pun takpe. kenapa sedap?? pada yg tak pernah masak cenggini, cubalah. mesti nak mkn hari2.. ;)

Tapi bab rangup tu mak sdiri yg ajo. mcm kita goreng ayam tu la kan.. nak rangup2 kulitnya dan tahan lama, buh tepung.


bahan-bahannya;

1 bungkus tempe
seulas bawang putih
setengah sudu kecil jintan putih
setengah sudu kecil ketumbar
satu sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
setengah sudu kecil serbuk penaik

cara2:
potong tempe ikut suka. jgn basuh ya. satu kerja kang nak keringkan. ataupun, tempe akan berderai.
tumbuk bawang putih, jintan dan ketumbar hingga lumat.
masuk garam, tumbukkan dan masukkan serbuk kunyit.
sebatikan. ambil tempe dah dipotong dan gaul sebati dgn bhn tumbuk.
sebelum digoreng boleh ditaburkan tepung naik sendiri ataupun tepung yg dicampur serbuk penaik.

hasilnya,;

Tempe goreng yang wangi dan rangup diluar, lembut di dalam.





Tuesday, January 8, 2013

Kelas Agama Fardhu Ain





Jangan betulkan pixel pc/hp anda. mmg gambar mcm haremmmm!!! tah la.. tipon ni mcm tah pape je gambarnya skang ni. ke.. sebab asik jatuh?? adeh...

yang abang sebelum kafa sibuk tv. yg adik plak, selagi boleh mkn/minum, semua dia tibai..nasib la sekolah sekangkang kera. dek kena amik kawan aris, ku jerit jugak suruh cepat. haru weh!

astro buang kartun ke tidak ke, sama jek. tviq ngan ceria kan masih ada kartun. tapi kurang2, kartun blajar takpe lagi. hadap je ya mirul. (nasibla dia tak berapa hangin mcm dolu2) tapi mmg dah bersedia kalau dia mengamuk.

ya... kita jual nama Abah sahaja. gerenti diorg menikus.. kehkehkehkeh!!

Friday, January 4, 2013

Orientasi Darjah Satu 31122012

Amirul bersekolah di SK Puchong Utama 2. dlm 5 minit perjalanan dgn kereta. (er.. ni kalau umi dia yg bawak. kalau abah dia tambah 2-3 minit lagi :d). 



 Muka boring kena bangun pagi dgn dipaksa abahnya bergambar. kalau umi nak amik gambo, sah2 ngamuk :p.

 owh.. tak betulkan plak. tgk je lah iyer.. ahahaah!
 kelas saya nama 1 Nilam. memula je ni. tak lama kendian boys depan . girls blakang.
 dalam kelas. mirul dah ada girlfriend!! ahahaa! benonya tu Aina, neber selang sebuah rumah merangkap ex preskol mate dia. masalahnya, berhiya kawan tu cerita/ckp brg baru dia, mirul boleh tgk tanpa perasaan. hai la anak....puas suruh dia ckp + fokus pada percakapan orang. tgk mata. penyakit umi jugak. ckp mcm ckp dgn diri sendiri. huhuhuh!

 Muka tak boley blah! kesian Aina... padanla kawan sekolah lagi sorg (boy) tak kuasa nak ckp ngan ko. wat dekkk jek! dlm kelas tu ada 3 termasuk mirul dr pra sekolah yang sama dan 4-5 orang dr taman yg sama. jiran belaka!
 Tak relak langsung. gabra je dia. huhu...



eh! lencana sekolah KAFA sesat plak sini. haha! hijau rekod GG, hitam rekod kesihatan. isi jgn tak isi. abis rekod imunisasi keluar belaka. :p


disebabkan kerajaan pakai KSSR, tu la fail portfolio progress sampai darjah 6.byk skit kerja mak pak ikut silibus ni. redho je lah.. :D tu kiri atas, buku teks skol kebangsaan. kiri bawah, buku latihan, aktiviti+ teks KAFA. berrrattt beg dua skolah heh! Name tag mirul dgn ejaan salah. terus kami padam tulis balik.

Start majlis sepatutnya jam 8. tapi tunggu si polan sipolan, jadilah 8.30 pagi. cikgu besar n cikgu yg berucap masih mood baik, bagi ucapan perlahannnn jek. masalahnya, parents kat blakang2 mcm langau. tak tau la parents ke, cikgu cikgi ke, sampai dah tak bape jelas apa yg berucap tu ckp. lagi haru kedai koperasi jual buku udah bukak. dpt senarai buku nak kena beli, makin langau la parents kat blakang. kami duk depa mmg tak tau apa. biarkan je lah.. 

dah habis ucapan.(hakikatnya tak sempat habis,parent dah gerak ke kelas anak2) kami bergerak ke kelas utk byr yuran. dpt no 22. huehue...

pit stop pertama, amik buku kesihatan dan gg sambil cek saiz baju n seluar sukan. saya amik baju sukan je. seluar beli luar je. murah ckit. :p

2nd pit stop baru byr yuran dan bersemuka dgn cikgu kelas mirul. Pn Tg. Waheda. ngajar english. tapi dgr dia ckp tegas n ceria. mcm ok la... harap2 mirul tak beri masalah pada dia. amin...

ada setengah jam lebih beratur kat sini. dah byar yuran, ambil buku teks dll. tgk line nak beli buku kat kedai koperasi sekolah mcm ular kena palu, kami beredar ke poslaju utk kolek docs abah. lepas tu ke sekolah aris byr yuran+ambil baju. dr situ sempat order pizza n pick up. patah balik skol mirul nak beli buku sbb 1/1 depa tutup. beratur jugak la bentuk L. mcm pendek je barisan tapi, 45 minit lebih gak beratur. haiyaaa!! 

Sampai rumah 2.45 tros mkn dulu.aris ada gak tertido dlm kereta. amirul taunya ngamuk klau kena tunggu lama sikit. kalau lama byk kena tunggu, mula menangis bagai. sabar je ler..

Ptg jam 4 diorg gi ngaji plak. last day of Dec. teros byr yuran KAFA. kot diorg cuti 1/1, takyah la rushing nak byr masa sekolah mula 2/1. 

kira cincai2 kol 5 baru boleh bernapas dgn tenang. 

haru sungguh orentasi depa eh. kira tahun ni pengalaman. next year kena sedia mental fizikal utk aris darjah satu. ooohaiiiii!!! 



03012003 ~ 03012013

Mcm coding plak. kehkehkeh!

hakikatnya.. ini tarikh yg makcik lupoooo!!! gile babas nyanyukkk!! bz ke anak tahap melampau. iye la.. hari  ke dua sekolah untuk mirul tapi pertama untuk aris. selepas bbrp hari abahnya cuti, baru mula kerja jugak hari semalam. jadi, dlm kepala byk benda nak buat. lepas htr anak2, tunggu kain dibasuh, sapu la rumah. mmg mcm nak terbalik sbb dr sebelum mirul skol byk benda nak settle. jam 9 dah lari ke sekolah tunggu rehat. balik tu dlm jam 10 terus bersilat kat dapur.

anak2 digorengkan meehun. mak pak plak, yg mak nak mkn kari ikan. jadi masak la siap2. kekadang mirul nak mkn nasi kalau ada kari. punnn... pk gak tuh. pastu jam 11.45 gerak nak pi amik mirul. dia keluar 12.10. tau parking masih susah, tu yg kena jugak keluar awal. mirul pun kita suruh tunggu satu tempat. bukan cr kereta umi. nak mampuih! keta byk + student clash dengan sesi petang dtg. mmg havoc.

disebabkan mirul balik awal, sempat lagi tunggu dia cr kita. next week sorry la mirul... nak ngejar adik pun satu hal gak. aris keluar jam 12.30 melain selasa jumaat 12. jadi, kena kejar berlari antara mirul n aris. nasib baik aris masih duk kwsn skol senang aunty nak pantau. atleast lambat tak risau sgt. amirul ya, takleh lambat. kang ada kes budak melalak tunggu umi tak sampai2. :p

haiii... pjg sungguh penjelasan di atas. ahahaha!

balik skol pe lagik, mkn , rehat jap, siapkan diorg nak gi KAFA. lepas kol 2.30 baru lega. itupun dah set nak sapu atas + mop rumah. lepas mop, kol  4.30 kuar jap gi beli brg ckit. nak biskut gula la pulakkkk!! nasib la mknn yg diterima akal. klau tak, tak koser.. beli brg msk ckit2. balik tros amik diorg dr KAFA.

balik rumah sambung masuk dapur. goreng ikan ngan sayur je. kekanak mandi,  rehat jap, bagi mkn sebelum magrib. belom pukul 8 deme dah sibuk  nak tido. okey... tido la .. senang umi..

hakikatnya, perjalanan kisah di atas membuatkan aku lupa our 10th Wedding Anniversary!!! nasib la ala2 abah pun lupa. tak la rasa bersalah sgt. ahahaha!

btw, yg selalu lupa adalah aku. ingat mmg ingat. tapi bukan pada tarikh nya. sebelum seminggu dua tu ke, sebulan dua tu ke, haaa mmg ingat sesangat. sampai kat tarikh tu, hancuss!!

Cuma satu yg ku pinta;

Moga Allah sentiasa lindungi perkahwinan kami, zuriat kami, dan pegangan kami. moga sentiasa dilorongkan ke jalan yg benar dan perbuatan kami selari dengan ajaran Nya. Amin...

Love, 




Umi to Abah and our children.