Dah hampir ke penghujung bulan januari. hakikatnya bukan nak bukak pc, nak menyapu ni haaa... dah terpjg plak tangan mokcik! huhu..
Last 2 weeks amirul dah pindah kelas. 1 Delima. tak tau la ranking cemane amirul ni. dgr cikgu2 ckp masa amik duit rm100 tu, ada ujian bertulis sebelumnya. maths, bm, bi katanya. tapi, cikgu sorang lagi ckp, wpun dah buat penilaian mudah, pelajar di tukar masih tidak mengikut tahap pencapaian mereka. kira kelas campur2 lagi. haii.. mane satu nak dengar tah.
Nak jumpa cikgu kelas amirul mcm tak nak mengganggu sessi pembelajaran. tapi sangat2 nak tau cemane amirul setakat hari ni. 21/1 haritu gi htr borang permohonan aris utk masuk darjah satu plak tahun depan. ty nama cikgu kelas, bila tgk jadual, lorrrrr... cikgu mirul ni masuk sekali je seminggu. itu pun hari rabu. adeh.. bg msg kat buku pun sampai la ni tak berjawab2. haru sungguh.
Setakat hari ni, amirul mcm ok kat skol. bagi duit belanja pun minggu ke dua sekolah je dia guna. la ni, bawak balik duit masuk tabung je. dia mmg cepat blur nak beli apa. ala2 omak dia jugak. ahahaha!
tahan tak blanje kalau dah tak tau nak mkn apa.bebalik sama pun tak selera. :p
La ni, asik bawak nugget. umi pun dah boring nengok dia bekal nugget. tapi itu je dia abis n minta. lelain, cengkodok ke, roti ke, semua balik ada balen. paling2 pun separuh. tu yg kalau dia kata nak beli sekian2 kat kantin, saya ty balik, 'amirul boleh habis tak?' selalu jawab tak. dahnya ckp, mirul balik, umi masak je. lagi lama+ulang2 dpt mkn.
minggu lepas ckp kat kita cikgu nak sekian2 buku rampaian. hai... ada buku aktiviti pun nak buku rampaian lagi eh? dah la stok buku tu takdak kat rumah. dan2, lepas antar kafa gi skolah jap belikan buku. beli tie sekali. baru ada stok. ber tie plak gi skol. hai... melaram sungguh skang eh? kita dulu, kalau bukan prefect jgn harap nak ber tie bagai. :d
Dan pagi ni umi buat lawak. tak perasan tie tu boleh tarik2. ejas pjg pendek. akakakaka! udahnya, mirul gi skol tak ber tie sbb umi ingat nak kena jahit. dowhh!!! hayun sungguh!!
Ni kalau citer kat abah hang mau kena sound dulu, sebelum digelakkan. hahaha! dah tuuu.. dia yg duk pegang mende alah tu lama, tak plak ajar ke kita. hahaha! kan dah anak jadi mangsa. :p
kesian mirul...yg jual tie gitu wat gapo?? depa jahit tapi hakikatnya masih boleh ejas. len kali buh je getah. senang lagi nak usik2. :p (sdiri salah lagi mau cr salah orang... ahahaha! )
eh.. ok lah.. mau sapu mop. rumah dah bersawang2 rasanya.. :D
jumpa lagii!! ;)
No comments:
Post a Comment