Thursday, October 3, 2013

Demi Kami

Setiap wang ringgit yang diterima di balas dengan kudrat yang tidak seberapa. Kerap terlintas di akal, mahal  sangatkah nilai sebuah tugas itu hingga menculaskan masa bersama anak2? 

Tak Kesah? tipu la kan.... tapi lebih kasihan kan anak2.setiap hari mengira hari untuk berhujung minggu. bukan pinta berjalan2, makan diluar, tapi hanya mohon abah disisi bermain game bersama. mendengar cerita yang tak seberapa, makan bersama walaupun kerap kena marah.. :D. Itulah yang dirasa oleh anak2.. 

Tak banyak yang umi mampu buat. walaupun terdetik, 'tak cukupkan sekadar umi dirumah?' 
Pemikiran anak lelaki lain mungkin. abah juga di cari walau kerapnya perasaan takut2 lebih banyak bila abah di rumah.

Ikutkan umi dah sedia mental dan fizikal bila abah akan bertukar kerja. sebab masa JV dgn co ni pun mmg kerap balik dinihari. Tapi masa tu anak2 tak mengerti sangat hidup ni. banyak habiskan masa di nursery dan nyai yai. 

Bila semakin berusia, perasaan mereka lebih terarah kepada mahunya abah di rumah/menghantar/ambil di sekolah (jika ada masa) tapi, umi mmg terror bab2 alasan ni... akur juga mereka. tapi.. sampai bila ya???

Dulu2 umi sdiri banyak dibesarkan dirumah dgn mak sbb abah cikgu/ ustaz yg biasanya sibuk waktu persekolahan.mungkin sbb kami perempuan, tak berapa nak kesah. tapi lain la pulak anak2 ni... hai, hari2 yang keluar dari mulut mirul ' abah balik lambat...' dan dibalas adiknya ' abah kerja! sibuk!'... mmg lawak sbb adik akan ckp dgn nada yang sangat tegas. tapi... kalau selalu.... tercuit tak???

dulu2 sebelum ada anak, umi tak bape kesah wpun balik kerja mengejar train dan bas. tapi sekarang, wpun tak bekerja, double rasanya kerja rumah. hai... berangan nak ngajar anak org. ajar anak sdiri pun rasa mcm nak makan. cane?? huehue..

Takpela anak2... doakan abah sihat, kerja dapat di agihkan, and we can have a good day together, pray for that, my love!.. insya Allah....

8 comments:

Elyn Sani said...

Aku sebaik br sorang je yang duk tanya mana daddy ni mommy? Kenapa balik lambat? Dah la ofc sepelaung je dari umah. Haih ini la yg aku kene korban kan. Kalau aku pun keje. Dia keje bz nak mampus. Anak cemana kan? Redha je la jana oii. Selagi ko bleh layan bebudak tu main bola, main tembak2, ko buat je.

Zana S said...

:). Tapi la ni rajin bona gi rumah kawan. Boleh tuu?? Ahaha! Aku yg lemas. Ajak je la kawan hang mai rumah. Senang ckit nak marah anak sdiri mane tau menakal sgt kat sana. Hehe...

Zana S said...

:). Tapi la ni rajin bona gi rumah kawan. Boleh tuu?? Ahaha! Aku yg lemas. Ajak je la kawan hang mai rumah. Senang ckit nak marah anak sdiri mane tau menakal sgt kat sana. Hehe...

Ummu Amar said...

super mak!mmg gini..hehehhe

lily lotus said...

samalah kita zana. apepun kita doakan yg terbaik jerlah amin..

Zana S said...

:d ni dah habis alasan ke anak dah ni.. :)

Zana S said...

Amin...:)

Zana S said...

:d ni dah habis alasan ke anak dah ni.. :)