Tuesday, February 8, 2011

Baguskan Kalau...

terbaca di satu halaman web yang ada bertanyakan pendapat pembaca apa
perasaan mereka jika mereka tidak ber 'twit' or bbm dalam sehari.

jawapan yang diterima ada yang biasa2. tapi bila ada yg sampai mcm tak
sempurna hidup kalau tak ber twitter or bbm sehari, rasa tak
sepatutnya berlaku.
ya..saya tau pendapat masing, tapi... saya juga ingin menyampaikan
pendapat sendiri.. maaf jika tercuit. tapi mmg kenyataan.

alhmdulillah.. dgn teknologi yg semakin maju kita semain mudah
berhubung dan mengetahui keadaan yg berlaku pada sekeliling kita.

tapi, biarlah berpada2.

KALAULAH ayat2 sedemikian dikeluarkan bila kita tak cukup solat lima
waktu(bila tak sempurna hidup) ataupun membaca kalam Allah, alangkah
bagusnya..

Sunday, February 6, 2011

Tak Best

sangat pun kalau gi mall tengah2 cuti CNY ni. ramai umat tu mmg wajib.

tapi yang saya perasan bila lepas cuti umum, tempat mcm jusco tu
ala2 seperti dilanggar todak. hahaha.

kesian salesgirl yg tak dpt cuti. tapi kalau kerja sah2 payment double. hehe..

tak larat ko diorg nak mengemas. bila ramai dah kerja balik sah2 baru
berkemas belaka.

beli apa? takde apa pun, cuma bawak anak2 jalan2. duk umah pun ngadap
tv je depa. sampai dah tak kuasa nak layan tv, bercekau berdua pulak.

ikutkan ada jemputan, tapi, susah jugak nak ajak abah depa ni gi mkn
kenduri. haish!

ni esok dah start keja skol, sampai ke sudah tak bawak mak subang ke
ampang. haiya.. tunggu amirul cuti skol lagi nmpknya..

Monday, January 31, 2011

Sisa Binaan

Tong sampah besar yang kalau kita buat renovation rumah wajib sewa tu apa nama nya ya??

Masa saya buat reno 2 tahun sudah rasanya sebuah kena bayar RM250 sahaja. tapi bila mak saya kena baru2 nie, 2x ganda harga saya tu.

terkejut gak. tapi katanya 2x trip. maksudnya sama la jugak. cuma terkujat byr upfront byk gitu. :)

bukan nak bincang sangat fasal ni, cuma saya sgt sedih dengan perangai rakyat malaysia ni. tak kira la bangsa apa. tapi rasanya mmg semua kot. selagi tak reti menghormati hak orang lain, selagi tulah pakai redah je privasi orang lain.

masa renovasi rumah sendiri mmg banyak juga kes sampah tak bertuan nie tersadai dalam tong sampah besar tu. walaupun ditegur dek jiran sebab dah byk tapi tak di angkat, workers yang reno rumah kami tu mmg sgt la baik. dia siap buangkan keluar sampah2 yang tidak berkenaan tu tadi. bayangkan lah, reno rumah kosong/tak diduduki lagi, tapi kabinet kayu memane la yang duk tersadai kat dalamnya. uish... angin juga la abahnya sebab tujuan ambil untuk buang sisa batu/kayu, tapi di ambil kesempatan manusia2 bego ni buang sampah suka hati mak pak dia.

habis kesah rumah saya, ni saya sendiri tgk depan mata saya, tong sampah neber yang sedang reno rumahnya. biasa diorg tak duk situ, jadi takde siapa tolong perhatikan. depan mata saya, keta benti, sengih2, buang kabinet rosak dlm tong tuh. yang paling best, ada la minah ni, pepagi saya nak hantar anak gi skol, dia berjalan dgn baju tidurnya bawak kotak semata2 nak buang kat tong sampah besar rumah neber yg sedang reno tuh.

haiyaaaaa!!! nak senyum pun rasa tergeliat bibir heh!

teruk sungguh attitude neber2 saya ni. rumah leh tahan cantik. tapi perangai....ala2 kena masuk sekolah tatasusila rupanya.

macam mana saya kena, macam tu jugak la mak saya kena. meradang la orang tua tu. hahaha! mane taknya, selamba je ada yang buang sisa makan dalamnya. dah di tegur boleh pulak buat pekak. mmg la dasar tak de perasaan menghormati jiran. ingat tong sampah tu alam flora punya gamaknya. nak di larang tak boleh. tak kan nak diri tepi tong tu siang malam pulak?? iskh... ilang akal jadinya...

harap2 kengkawan diluar sana bukan antara yang saya ngatakan dia atas la ya... hehe.... selagi kita hormat kan orang lain, lambat laun, orang lain tu akan sedar dan sama2 menghormati hak sesama kita.

:)


Friday, January 28, 2011

Hipokrit!

kalau goodie bag pi buh mkn rapu buat ape kalau di mulut ckp makan rapu tu boleh buat anak hilang selera makan makanan yang berkhasiat (katanya) ???

heh!
ni la yang saya nampak pada parents yang berlumba2 nak beri goodie bags ke anak2 yang mai ke party hari jadi anak2 ataupun yang diperolehi dari sekolah.

ya, tak kesah la untuk seronok. tapi kalau mulut cakap lain, yang di beri tak seiring dengan perbuatan, nampak sgt hipokrit.

tapi saya suka sgt bila amirul balik dari skol dgn goody bag yang atleast leh diterima akal.
latest = satu kotak susu DL - kid dan satu muffin coklat di balut dengan plastik isi kueh sahaja.
Alhamdulillah, rezeki. tu pun berebut dgn Aris.

bukan nak ngata, tapi kan... kalau yang diberi bukan apa yang di makan anak2nya sendiri, atau lebih tepat semata2 nak isi kasi byk, tak ke membazir.dah tu tah apa2 jenama yang kalau saya buka bau nya adohaiiii.... sah2 la tong sampah peginya.

sweets..kata la apa. tak baik untuk anak, ilang selera makan, saya mmg wat pekak. sbb, once a while mmg saya akan beri ke anak. satu je sebabnya.... biar dia merasa n tak menjakun kalau tgk anak orang lain makan.

ntah la... tetiba cam nengok budaya goodies bag merapu makin menular dlm masyarakat kita.
berfikirlah sebelum berbuat sesuatu ... kata nak bersedekah, biarlah dari hati yang luhur ikhlas.

oh iya, niat mmg ada nak buat gitu masa bday mirul. tapi saya mungkin akan isi apa yang amirul suka makan. ke nak beri stationery??? eh, cam pernah dgr je idea nie ek?? ngehehehe...

Saya rapper Yol!

melaram no satu. ni dpt dari barang2 yang jadi tukun dalam keta abah dia. letak kat hall mmg selamat la jadi tilikan si tonet sorang nie...

apa lagi... redha kan je lah!



Aksi yang tak sepatutnya di buat ya adik!!!!

.
.
.
.
.ayukah saya???? miahahaha!