Friday, March 30, 2007

MINGGU INI

LETIH!!

letihnye towards this week (padehal baru ari jumaat) hehe... leh bayangkan weekend nie cemane since hubby still at the sea... huhu..

aku.. kepenatan... normal la.. since aku tau aku tak sihat... then it might normal for me since last time i've got the same feeling too.. aceewah... tapi... penat ler.. coz kena drive sendiri pi kerja.. huhu
tapi drive gi kerja, laju nak rak. klau leh terbang sah2 aku dah terbang.. huhu.. haru tul aku nie... bahaya-bahaya.

Dsc00062

Amirul dari hari selasa.. kenapa dia ada tumbuh mcm bisul ek??
suspek campak.. tapi dia tumbuh satu2 pulak.. erm.. bukan kot.. tapi kesian la dia takleh tido nyenyak.. termasuk la aku... alahai... jadi kurang sabar aku dibuatnya.. tapi... pk balik.. org lain lagi byk dugaan.. aku baru ckit nie pun dah bising. Iskh... bersyukur la zana....(alhamdulillah)

hari nie dah jumaat..bisul kat belakang kepala dia still wujud. pastu bila pecah berdarah still tak surut.. kesian mirul. agaknya tak dpt tido malam sbb sakit berdenyut kot... huhu... klau yg tua kena pun takleh tahan. apatah lagi budak kecik.

petang nie perlu pulang awal tapi boss plak ada kerja so aku kena stay kat opis.. alahai... erm.. kena pi klinik gak since one of the friend said maybe infection. erm... ada gak kebenaran since benda tu bernanah...

oklah... nak balik dulu... jumpa lagi next week. :)

Tuesday, March 20, 2007

KETIDAKSIHATAN

TAK SIHAT............mmg dua minggu nie truk betul aku rasa... bermula dgn abah mirul demam. sambung dengan selesema n utk cukupkan korum... batuk sekali... teruk betul..last wed dia amik EL coz truk sampai takleh bangun.. aku pun terjebak ke office lewat sbb byk plak benda nak kena settle kat rumah. Mirul pun mcm hampir2 je nak demam.. erm... sbb dia dah mula buat karenah.. n finally on thursday.. dia mmg panas sungguh badan.. nak tak nak.. mlm tu jugak bawak dia pi klinik. erm... kat klinik pun ramai org. alahai.. cian mirul... dan ngamuk sbb time tidur dia dah ganggu..
asyik ckp pasal abah ngan anak.. ngan aku2 skali dah flat dah. since last tuesday. sbb jangkit selsema dr abah mirul. at last.. on friday.. aku mmg flat... sakit kepala.. badan lemah.. selesema dah ok ckit cuma tersekat kat dlm tekak je.. huhu.. tunggu nak muntah je nie... iskh...
sampai la weekend.. amirul still not so healthy. tapi... aku bawak gak pi umah mak selayang sbb biar dia berjalan tgk luar .. hehhe.. abah mirul tak ikut sbb kerja.. erm.. bila la nak abis kerja tu... kesian gak.. mungkin dia demam pun sbb kerja byk sgt kot.. kluar pagi balik lewat mlm.. erm.. klau pokok pun boleh tumbang klau kena panas sejuk hari2 inikan pula manusia.. iye tak?
ari nie tuesday 20/3 - mirul dah kebah. abah mirul pun dah recover. but umi mirul still........sakit kepala... nape pulak nie??? tekanan darah rendah lagi ke?? alahai... malasnye nak pi klinik... apa2 pun aku kena jugak pi klinik petang nie.. sakit nyucuk btul...adeh..

Thursday, March 15, 2007

Copy N Paste

Boleh pakai ke nie??? hurm... fikir fikirkan lah.. ada benarnya... :)

10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI Lelaki...

1. Bila si dia sibuk....... . Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik.... .... Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran....... . Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri..... .... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong. .... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba..... .. Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Wednesday, March 14, 2007

PETUA MENGASIHI ISTERI

Aku dpt nie dr email... bagus utk dikongsi bersama...
enjoy reading :)

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah.... betulkan.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi 'angpau' kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

24. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat ‘surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!

27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

30. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu… itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Friday, March 9, 2007

Pelik Tapi Benar - PHD

aku sungguh2 rasa pelik dan terkilan...

kenapa la manusia sgt berhasad dengki pada manusia lain??
klau kita dengki kerana sesuatu yg bakal memberi kesenangan kepada semua org, apa la salahnya berkongsi...
aku tak penah menyangkal, kerana harta manusia lupa..
lupa pada kejadian manusia dijadikan di dunia.. lupa kepada Yang Satu... lupa pada kebenaran...lupa pada diri sendiri...
hanya kerana HARTA.
tinggalan yg sepatutnya dibahagi sama rata.. tapi tidak dibuat sebaiknya.. bukan kita meminta atau sibukkan ia.. tetapi ini adalah amanah yg mana semua berhak mendapatnya walaupun sesen.
aku tak kisah... janji aku boleh hidup aman dan damai.. tetapi aku sgt benci kepada org2 yg tidak boleh lihat org lain senang dan aman hidupnya
cukup la dgn apa yg berlaku... tak ingat kah pada ALLAH?? akan seksanya??
kenapa perlu menduakan Nya semata2 kerana harta??
neraka jahanamlah hendaknya mereka ini.. mati cepat lagi bagus..
dulu2 kenapa la tak nak mati?? senang ckit hidup..
tapi Allah maha mengetahui.. takde thrill bukan hidup namanya..
tapi thrill ini yg pada aku sangat la meninggalkan kesan kepada kehidupan manusia..
PHD - penyakit manusia dr Zaman Nabi Allah Adam AS lagi..
apa yg aku boleh katakan... aku doakan org yg terkena moga sembuh segera dan org yg mengenakan tu..biarla sakit dulu.. biar dia rasa peritnya sakit tanpa ubat doktor nie.. biar dia rasa betapa panasnya api yg Allah cipta di sana..hy kerana PHD.