Tuesday, June 22, 2010

Hapuskan??

masih dalam pemerhatian. tapi sekiranya exam upsr dan pmr dihapuskan apa pendapat semua?
saya lebih suka dikekalkan sebab dari situ boleh tgk lebih dan kurangnya anak2 tu, dan kecenderungan minat mereka ke mana.
saya sendiri belajar dari kesilapan. jatuhnya dari sekian peperiksaan, menguatkan azam untuk berjaya dimasa hadapan.
tapi.. masalahnya kalau ada anak yang tak pernah belajar dari kesilapan ini yang sgt2 perlu diberi perhatian.
rasanya anak2 zaman IT nie tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup. jadi, tak salah pendapat mereka diambil kira.. betul tak??
ibubapa rasa???
-banyak nak tulis tapi.. nape la duk tulis padam je hari nie... huhuhu-

Pesta Gol

meriah portugal hari ni. 7 kali sumbat bola dalam gawang korea.

sadis je tgk player korea hari ni. apa suda jadi???

senyum simpul encik ronaldo tadi.

hahahaha!

tapi mmg cantik la gol hari ni.

cuma kesian lah korea tak dapat apa2 jaringan.

gawang pun kosong jek. pertahanan gi mane???

huhuhu..sekali sekala citer pasal bola best gak kan???

saya sokong siapa??? none. cuma seronok tgk diorg main.

tapi mmg byk team negara (setakat ni) yg disebut2 gah main ala2 je.

belum dtg mood kah??

yang pasti, saya tgk pun ikut mood. bila malam mmg saya la pegang remote. biasanya tgk pun lompat2 dgn channel lain.

tapi klau abah depa ada.. lagi la saya kena hadap bola. adeh....

redho je la labu... ;)

Tuesday, June 8, 2010

Urut

Khamis minggu lepas, bangun tidur belah kanan badan, kaki tgn kebas2.
mmg berhajat nak pi urut. tapi tak la rushing.
bila dah jadi gini, nak tak nak, call je lah mak cik urut yang dah biasa tu.
alhamdulillah dia senang. tapi lepas kol 10 lah.
sebelum tu dia sibukkan orang beranak.
mmg bz ibuk ni. mmg dah terbiasa panggil dia ibuk.
lagipun dia mmg orang seberang. tapi lama tinggal disini.
rasanya saya mmg serasi dgn dia.
lagipun dia yg urut sampai la saya leh mengandung dulu. Alhamdulillah...

nak dijadikan cerita, disebabkan tak plan awal, pakai redah je kengkonon nak hantar berdua ni ke subang.
sekali sampai, keta bapak ngak ada. sah la keluar. bila dijengah burung pun simpan dalam, sah2 la jalan jauh or lama.
spital kot.
nak tak nak, hangkut je la diorg berdua sekali. sib baik la behave.
walaupun memula aris takmo jejak kaki ke lantai, lelama ok plak.
lagipun dia tgk abg dia seronok ngusik brg org dalam bilik tu. dia pun joint sekali lah!
lagipun ibuk nie ygn mandi dan urut diaorg sepanjang saya pantang dulu. takkan la buat2 lupa ya?? hahaha! (ikutkan budak berdua nie paling trauma masa kena urut. wpun tak nampak, tapi cam tau2 je bila ibu nie pegang ke deme. sure meronta2. hehe).

siapa nak teka bape lama saya tidak berurut??? stahun? salah
2 tahun? salah. tapi 3 tahun ya...
last urut masa seminggu awal pantangkan aris.
abis pantang pun tak panggil ibuk urut.
nape ek?? ntah la..degil kot. adala sebabnya tuh. malas nak ingat!

mmg sakit gile badan kena urut. especially kaki ngan tgn yg kekebas tu.
bila sentuh tang perut, aduhaiii... part nie yg paling tak mo kena bila diurut. sengkak peranakan.
sakit ooo...

masa urut tak sakit sgt.
bila balik ok lagi, leh masak.
esok dan hari ketiga... umang aiii... perut nie rasa nak tanggal.
mmg rasa la beza sebelum dan sesudah diurut. rasa ringan dan selesa nak berjalan.
tapi... sakit kat bahagian yg peranakan tu duduk sebelum nie, sakit oooo... adeh..
ngilu pun ada lagi kekadang.
tak pepasal je berbengkung malam hari, siang ber'girdle'.
moral.... biasa2kan la berurut 3-4 bulan sekali. kalau anak duk terjah perut, lagila kena selalu.
nie pun sesejak aris mirul rajin terjah la badan kekebas.
mmg haru.

la nie dah kurang sakit. tapi risau gak mcm peranakkan jatuh lagi. sebab?? asikla dukung si aris nie ha kat rumah. sampai ngamuk saya dibuatnya tak rereti nak kawal pangai sentap dia tuh. iskh.. geram heh! asal naik sora sikit sentap. pastu melalak cam kena pukul. habuan.. dukung sambil offer mknn. tu pun kalau layan. kalau tak layan, kita disepak2 nya. ceisss!! anak2...

Resepi: talam suji


walaupun gambar kurang memuaskan, tapi rasa dia sedap tau... lelagi kalau yang nak buat nie mmg sgt2 nak makan. sure sedapppppppp jadinya. macam saya. hahaha!

ikutkan mak buat lagi sedap. tapi resepi ni pun mak yg beri. kira ok la nie.

nak cuba?? meh la.. tapi kalau kali nie kurang di mane2 sedapnya, next time dah boleh agak dah sukatannya.. :)

selamat mencuba..

loyang saiz sederhana.

bahagian bawah - suji
1 cawan tepung suji
3/4 cawan gula
2 cawan santan cair (jgn cair sgt)
satu sudu kecil esen rose
sedikit warna kuning
garam sedikit

cara2
campur semua dalam kuali/periuk.
kacau sampai likat dan agak2 lembut. pastikan tak keras terus.
terus tuang dalam loyang yang telah di sapu minyak.
kukus.

bahagian atas - brown
2 cawan santan pekat
3/4 cawan air gula melaka/kabung
2 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
garam sedikit
1 sudu kecil esen vanila
chocholate emulco atau karamel ( yang nie sampai puas hati warna gelapnya dan rasanya)

cara2
campur semua
kacau atas dapur dalam kuali/periuk
bila dah likat, leh tuang atas loyang yg telah dikukus suji dibawahnya.
kukus sampai masak.

maaf kalau kengkawan buat tak berapa nak jadi. tapi klau kita tanya orang dah biasa buat kueh (contohnya mak saya) mmg cenggini la resepi dia beri. saya pun ala2 buat ingat2 masa nolong dedolu. mmg sukar kalau tak pernah tgk. tapi, kalau tak cuba, tak tau kan?? meh la cuba.

kalau lembek, tak rugi sbb tetap sedap. percayalah! :)

-er... mak.. nie bukan perli. tapi mak buat mmg selalu lembik pun dedolu. skang je dah ok.. kan?? tehehehe... lembek pun orang ckp sedap sbb lemak-

Wednesday, June 2, 2010

Kenduri kawen kat mane??

'Rawang'. kata abah.

'Specific?'. tanya saya.

'Serendah'. cuba tengok kat kad tu.' kata abah.

noktah. kang tanya banyak2 kang mau aku kena tinggal kang. hahaha!

cenggitu la kalau nak berbual secara serius ngan abah anak2ku.

aku lebih rela ckp benda2 yang tak masuk book. dari bincang pasal benda2 penting.

tetiba je mood kerja dia akan datang.

situasi diatas akan berlaku biasanya bila nak ke sesuatu tempat yg julung2 kalinya nak gi.

biasanya sebelum ke mane2 tempat yg tak pernah saya gi, akan saya google maps dulu kat rumah. tapi... kes nie lain sikit. sabtu nak pi org kawen. jumaat balik dari selayang baru dikabonyer. malam?? malas dah nak bukak pc. nengok tv je. lagipun kad pun tak cecah tgn saya lagi.

saya mmg seram nak bukak mulut sbb duk ligat pk sape la den nak mintak tulun kasi idea di mane Serendah tuh. tgk map cam senang. bila dah lalu rawang...

mane pulak signboard ke Serendah nie??? cuak weh!! tu pun cuba call seseorang, tapi tak berjawab. pi mkn kenduri la dia... :p

mmg lost giler.. dalam hati... baik la dia pi sorang. kalau saya yg drive, sah2 takkan sesat. biasala... saya kalau bab drive, wpun tanpa gps, masih mampu mencari jalan. sesat sikit tu biasa la.. mane penah jejak tempat tu kan... tapi... kalau dgn abah depa, kesilapan itu adalah BENCANA!

erm... faham tak?? hahaha! bukan nak ngata.. tapi rasaya, ramai lelaki gitu kan?? sekali tgk, nak betul sokmo. wpun dia tak bape tau, tapi dia nak org sebelah dia/terdekat, tahu belaka. fenin...

kalau baca map diberi, mmg kena ikut hati. lagi2 takde nama jalan. adeh..

walaupun dalam tgn, nak je tipun seseorang di sana... tapi..cam tak nak pulak kacau orang tuh.. hehe... malu.. mmg betul pun.. malu sesat jalan..tapi.. sesat saya masih leh diterima otak. hehe..

kesimpulannya... jumpa tempatnya. nak kata jauh, tak jugak. cuma dia ke dalammmmm... banyak. mmg sungguh dalam... tempatnya..

satu yang saya suka... sejukkkkkkkkkkk je bila masuk jalan ke area rumah pengantin.

tapi... yang paling lawak..hati dah tergerak... mungkin kat sinikah???

sekali ada nampak itu awek jalan lenggang kangkung ke khemah kenduri kawen.

Seperti ku kenal... betul kot...ni area umah dia..

tak jumpa tuan rumah, terus serbu awek tadi..

'ini kak jie ye??' konpius awek tadi...tapi.. lepas saya kenalkan diri yg rasanya amatla lawaknyer, terus dia ingat.. ke saya yg lebih teruja??? ekekeke...


yang buat saya lebih konpem, itu adalah kak jie bila nengok intan. hehe

tak sangka jumpa kak jie kat rumah kenduri kahwen. dahtu dedekat rumah dia pulak tuh.

mmg ke dalam area rumah kak jie ni. tapi, kalau duk sana, saya pun suka. sejukkkkkkkk je..

maaf la ya kak jie kalau husband zana ty pasal kediaman banyak sgt. dia mmg suka bab2 rumah ala2 mcm kak jie tu. cuma dia pk kerja je. jauh dari opis.

tapi.. mmg seronok je kalau pi memane jumpa orang yg kita tak sangka kita kenal.. kan??

mekasihla kak jie rajin nak layan soklan2 kami yg banyak ni. len kali leh la terjah lagi! :D

-bila jalan balik tu saya buka tingkap. tak pasang aircond.. tapi bila cecah je jalan kuching... tutup tingkap. sampai puchong, panasnyer!!! :p-

Bila Mood Western Mai

Dinner



Dessert


home made ya.. :)

Tuesday, June 1, 2010

Moga Dilaknati olehNya!!

suka2 nak tembak orang tanpa senjata. dah tu alasan mcm budak kecil.

satu je doaku...

Moga dilaknati oleh Allah perbuatan mereka2 itu!!

Allahhu Akbar!!

ni baru betul2 syaitan bertopengkan manusia ek??