Tuesday, June 8, 2010

Resepi: talam suji


walaupun gambar kurang memuaskan, tapi rasa dia sedap tau... lelagi kalau yang nak buat nie mmg sgt2 nak makan. sure sedapppppppp jadinya. macam saya. hahaha!

ikutkan mak buat lagi sedap. tapi resepi ni pun mak yg beri. kira ok la nie.

nak cuba?? meh la.. tapi kalau kali nie kurang di mane2 sedapnya, next time dah boleh agak dah sukatannya.. :)

selamat mencuba..

loyang saiz sederhana.

bahagian bawah - suji
1 cawan tepung suji
3/4 cawan gula
2 cawan santan cair (jgn cair sgt)
satu sudu kecil esen rose
sedikit warna kuning
garam sedikit

cara2
campur semua dalam kuali/periuk.
kacau sampai likat dan agak2 lembut. pastikan tak keras terus.
terus tuang dalam loyang yang telah di sapu minyak.
kukus.

bahagian atas - brown
2 cawan santan pekat
3/4 cawan air gula melaka/kabung
2 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
garam sedikit
1 sudu kecil esen vanila
chocholate emulco atau karamel ( yang nie sampai puas hati warna gelapnya dan rasanya)

cara2
campur semua
kacau atas dapur dalam kuali/periuk
bila dah likat, leh tuang atas loyang yg telah dikukus suji dibawahnya.
kukus sampai masak.

maaf kalau kengkawan buat tak berapa nak jadi. tapi klau kita tanya orang dah biasa buat kueh (contohnya mak saya) mmg cenggini la resepi dia beri. saya pun ala2 buat ingat2 masa nolong dedolu. mmg sukar kalau tak pernah tgk. tapi, kalau tak cuba, tak tau kan?? meh la cuba.

kalau lembek, tak rugi sbb tetap sedap. percayalah! :)

-er... mak.. nie bukan perli. tapi mak buat mmg selalu lembik pun dedolu. skang je dah ok.. kan?? tehehehe... lembek pun orang ckp sedap sbb lemak-

2 comments:

Elyn said...

hehe mak ko buat lembek pun sedap weiii. dh mmg pebret aku lembik pun telan. tgk cara susah. nanti aku try print pehtu suh mak aku buat la ekekekek

Zana S said...

elyn
ha ah.. sampai bila la ko nak suruh mak ko buat ek?? amik simpan. mane tau leh buat sendiri nnt. :p