satu kalau datang hari raya, antara aktiviti yang saya tidak akan paksa abah depa buat adalah membeli baju melayu.
tapi sesejak anak dah agak besar ni, takyah kabo, abah dah siap2 plan sekian2 nak beli kain, sekian2 nak hantar tempah.
wah! bagusnya... erm... la ni abah je yg bekerja, jadi keterujaan saya nak berhari raya tu tak bape nak jadi. sebabnya, takut ter request perkara2 yang diluar bajet, hehe..
last 2 years, cuba nak beli baju siap, tapi mmg tak dapat. asal baju ok, seluar tak ok. sudahnya, tahun2 kehadapan berazam menempah awal. (nampaknya janji dikota :d).
manakala anak2 pulak, asal beli baju, nak tak nak kena repair. kalau setakat naikkan tgn ngan kaki seluar ok lagi. ni sampai nak kena potong bagai... haiii.... mane la saya ada kepakaran tu. kalau jahit2 tgn ni ok lagi. kalau sampai nak kena guna mesin, sah2 sub ke mak selayang. dan2, mak plak menjahit baju kurung anak2nya, ala2 potong que la pulak. pun serba salah.
sudahnya... tahun ni, azam abah adalah, beli kain dan tempah untuk tiga beranak. wah! kagum sungguh!
Seperti biasa, abah akan hantar kat wisma yakin. tak tau la orang lain, tapi saya mmg rekomen sungguh kedai ni pada orang lain yg masih tercari2 nak cari kedai buat baju melayu. nama kedai nya, Haji Ramly Hayati. tak tahu la plak mane satu nama abg yg meniaga tu. tapi dari gaya kedai, nama ramly dan hayati tu mcm nama mak ayah dia je. :D
kenapa saya rekomen?? jahitan dia mmg cantik. means, baju melayu jrg dipotong bahu melainkan diminta oleh pelanggan, biasa akan buat berpesak dan yang penting dia tak buat jahit mesin tepi untuk basi kain, tapi lipat jahit untuk nampak kemas. aduhaiii... cemane ek nak terangkan?? hahaha! yg biasa menjahit paham la kot. ala2 jahit luar sekali dan jahit lagi sekali untuk tutup basi kain. kemas dah pasti takkan berumbai.
ala... biasa la kedai lain pun sama kak zana oii! iye ke?? mcm nasib2 la kan.. kekadang beli siap jahitan cantik tapi kurang sedap di pakai. tapi dah bape kali jugak abah cuba tempat lain mmg haru. ada sekali baju melayu dibuatnya takde pesak. heh! felik dan nampak sempit.
dan yang paling saya tabik kat abang ni apa tau?? dari abah buat baju melayu sebelum kawen, lebih kurang 10 tahun lalu, harga dia gitu gitew gak! kalau naik pun adalah tak lebih 10 henggit!
baju melayu abah tempah sepasang hanya RM70 (baru ni) dan kekanak cam mirul/aris RM55 sorang.
menarik kan??
ikutkan, ada gak tipon satu kedai yg nearby rumah, sekali dia mintak baju budak rm120 sorang (kekanak 12 thn ke bawah), tertelan ayaq liuq ku weh! mmg la nama kedai tu pemes, tapi bukan empunya nama kedai yg jahit pun... :D
kalo kengkawan nak cuba, leh je pi kat wisma yakin depan masjid india tuh. kedai kat corner dan jgn lupa tgk signboard kaler ijo dia tuh. mmg old skol weh! perniagaan turun temurun nih. tak silap berselang 2 kedai ngan den wahab.
kalau baju siap untuk dewasa dan kekanak plak saya tak bape pasti. ada mmg ada tapi tak byk pilihan. lagipun abg tu mmg ckp dia byk terima tempahan dr buat siap sbb tempahan senang nak siapkan. hehe..
waktu perniagaan, 11 am hingga magrib tetiap hari. seingat saya la kan... lagi seminggu nak posa pun abah pernah htr dan abang tu terima. amik pun seminggu nak raya. alhamdulillah, mmg tak pernah bermasaelah tentang jahitan. harap2 begitulah juga akan2 datang ni.
susah nak ke sana??? naik je la train lrt. mcm saya ni mmg seksa la nak naik train ngan kekanak penakot ni. tapi kalau nak amik baju pas ni, tak seksa sbb abah kerja dedekat sana.
Nak cuba?? gi la jenjalan dan bawak je kain. insya Allah tempahan masih lagi diterima..
wah! promo! takpe... tolong sesama sedara seislam meniaga. orang jujur dalam meniaga kita bantu, tapi kalau jenis mintak upah melangit output plak sangat2 azab, sah2 la saya wat dek!
apa lagi??? gi la terjah ek!
3 comments:
ila selalu tempah baju melayu kat taman melati...hubby suka tempah baju melayu kat situ..memang cantik jahitnya
ha nnt aku habaq kat faiz. die fussy nau nk membeli siap!! tq...
ila
dah tau tempat ok ila. ni kengkonon nak cari dekat ngan rumah. haru jadinya. hihi!
elyn
haha! mmg seksa la nak beli siap. tempah je la senang. sekali ngan wafiq. beli kain jgn potong. anto kedai tros. :D
Post a Comment