Wednesday, January 16, 2013

Resepi: Tempe Goreng Berempah

Masa bujang, mak selalu goreng tempe. tapi mkn mcm takdak feel sbb mak hy goreng kunyit+garam. jadi tak bape mkn pun iye gak.

Tapi bila dah kawen, tempe digoreng dgn resepi ni, pergh... tiap minggu lauk tempe pun takpe. kenapa sedap?? pada yg tak pernah masak cenggini, cubalah. mesti nak mkn hari2.. ;)

Tapi bab rangup tu mak sdiri yg ajo. mcm kita goreng ayam tu la kan.. nak rangup2 kulitnya dan tahan lama, buh tepung.


bahan-bahannya;

1 bungkus tempe
seulas bawang putih
setengah sudu kecil jintan putih
setengah sudu kecil ketumbar
satu sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
setengah sudu kecil serbuk penaik

cara2:
potong tempe ikut suka. jgn basuh ya. satu kerja kang nak keringkan. ataupun, tempe akan berderai.
tumbuk bawang putih, jintan dan ketumbar hingga lumat.
masuk garam, tumbukkan dan masukkan serbuk kunyit.
sebatikan. ambil tempe dah dipotong dan gaul sebati dgn bhn tumbuk.
sebelum digoreng boleh ditaburkan tepung naik sendiri ataupun tepung yg dicampur serbuk penaik.

hasilnya,;

Tempe goreng yang wangi dan rangup diluar, lembut di dalam.





3 comments:

Sumijelly said...

lama x jenguk sini...

sedpa makan tempe goreng...sumi suka potong nipis2 pas tu goreng.. baru rangup...

Sumijelly.com

Elyn Sani said...

Mak aku nye resepi gini gak. Selalu nk mkn ade perasa sdp request kat dia je. Ikut malas aku kunyit garam je hajjsjsj

Zana S said...

Sumi,
hehe.. byk pilihan blog skang ni. dek kerana rajin membaca, blog sdiri terabai.. :d
sedap sumi, tapi kena mkn cepat. klau tak, rangup hilang dah. :)

Elyn,
haiyoo... malas sungguh ini mummy! :d
aku siap2 blend rerempah tu. nak masak amik je. (klau mil dia tumbuk jam2 tu. aku?? bwg pun ketuk atas landas je. haha!)