Monday, December 30, 2013

Majlis Perkahwinan Terakhir 2013

Esok lusa dah tahun baru. Sibuk apa??! Anak sekolah la jawabnyer.. ada jugak kes babas nak ingat wedding anniversary nnt. Huahuahua...

Dah bape minggu ni duk kira dah bape tahun kawen. Iskh.. mcm asik salau kira je rasa. Macam tak pecaya pun iye..dah nak masuk 11 tahun 3/1/14 ni. Dan... jumpa balik hari pernikahan kami. Jumaat.

Hadiah??!! Tak tau lagi nak beri apa. Tapi la ni beli pun pakai duit dia mcm tak syiok plak. Nak tunggu duit sdiri tah bile taun agaknya. Huhu...

Ok lah.. cite wedding la plak. Smlm ada jemputan. Dr sepupu abah. Majlis untuk anaknya yang sulung. Last week dah buat di pihak perempuan. Minggu ni lelaki di dewan perdana felda. Okeh! 1st time masuk situ. Besar. Tolong gigil bila duk congak anggaran kos majlis. Ahaha!!

Ikutkan kami ni dah pangkat pakcik makcik. Walaupun majoriti anak buah abah baya aku ni ha... tetap takmo bahasakan diri makcik. Depa pun panggil awak saya. Hehe.. sbb umur lebih kurang kan...

Lama sungguh tak jumpa sepupu sepapat abah. Bukan sebab takde majlis. Aku yg segan nak pi kalo dia tak pi. Lelagi skrg mak mertua pun tak sihat (sepupu sebelah mak abah), tak boleh pi, mmg la boleh je nak pi anak beranak. Tapi tetappp... tak syiok nak pi sbb sedara nya sendiri takde. :)

Anak2 masing2 dah besar. Yg belajar pun dah tamat. Tunggu ms nak berkenduri je ni. Wahhh!! Cepat sungguh ms berlalu. Rasa diri semakin tua. Ahaha! Not that old!!! Just increase the number every year.. hihi!! young inside. Alwaysss!!!

Selamat Tahun Baru 2014 semua!!! ;)

Sorry, gambar pengantin takdak. Mcm biasa la kan... anak2 buah pun dah tau peel pak sedara dia khennn. Jadi... kita amik mane dapat je lah. :d

Saturday, December 28, 2013

Aktiviti Hari Ini

Ada gotong royong kat tmn. Tak pi pun. Sbb tuan beso takmo pi. Penat keja tak hilang katanya....haish... tak penah ikut serta apa aktiviti komuniti pun sejak duk sini. Mmg rasa bersalah. Tapi takkan nak heret tuanbeso plak kan??? Derhaka weh! Ahaha!

Mmg la ada jumpa2 kaum ibu yg duk setmn ni kat skolah, bila borak2 ty duk mane... eh setaman kita iye.. tapi tak pernah kenal. Tak pernah ikut aktiviti kah?? Dah... pandang semacam pulakkk bila ckp tak pernah dtg.

Ha lerr... korang iye la..laki tak kesah. Mokcik laki kesah. Sebelum kesah dia bergumpal, baik la kita sedar diri.. iye tak??!! Esok2 skolah nak bukak ni byk plak nak buat sehari dua nnt.

Jadi, bertepatan dgn tema hari ni, kita spring cleaning dan settle kan gosok baju sekolah kekanak.

Eh.. kengkawan hari pertama sekolah kapur kasut tak? Kasut baru?? Last year kita ni merajin la kapur kasut mirul, kena tegur dek abahnya. Kasut baru buat apa kapur?? Ahaha! Gelak la... tapi bini dia ada alasan. Dah... kalo kotor, kasut berkapur, kan basuh senang tanggal.

Oh iye???
Ha ler... mmg la.. zaman abah kasut getah. Zaman bini nya dah kasut kain. Lainnn pendekatan. Ahahaha! (Nampak nau jauh beza zaman kami:p)

Hakikatnya kasut depa lom kapur lagi. Tak dan hari ni. Ni pun dah separa mata.

Esok dah takde kat rumah. So senin la kejar belari. Nasibla orentasi aris abahnya cuti. Kalo tak cuti?? Pengsan umi nak ngadap kelas dedua byr yuran bagai. Huiii..

Ok lah.. mau sambung lipat kain. Sungguh!! Bantal udah manggil!!! :(

Thursday, December 26, 2013

Percutian Hampir Tamat

Alhamdulillah....sekolah dah nak buka. Patut lagi tak suka kan?? Omak sini suka. Sbb?? Tab ipad boleh masuk muzium... ahaha!

Nak suruh itu ini mmg seksa. Suruh ulangkaji lagi kedaung. Aris nak masuk drjh 1. Cemane la omak tak ketaq. Tapi tak elok gak nak pressure anak. Jadi... blajar untuk pastikan dia boleh mengeja mengira simple2. Takpela nak... biar kamu masuk skolah dan tau langit tu tinggi ke rendah. Muahahaha!

Macam mak tiri!!. Bukann.. dak sorang ni tak boleh di tekan. Klu kata suh blajar ke baca ke, dia yg tentu masa. Jd, klau luar waktu yg di ckp mmg sakit jiwa mak nak melayan tantrum nya. Haaaa jgn tak tauuu... lagi sadis dr budak umuq 3 thn yee...

Setakat ni ok la kot..penat ms amirul naik drjh 1 tak abis lagi benonyer.. tu yg bila sampai ke adik, umi dah kurang daya nak menekan. Ahaha! Boley?? Cuma risau boleh ke aris adapt dgn persekitaran?. Gi toilet sah2 takmo. Tu pun risau jugak. Hadoii...dah2.. takmo pressure kepala sdiri. :p

Amirul plak?? Drjh 1 duk kelas ke 7 dari 9 kelas. Next year lompat galah pi kelas no 1. Anak ok. Omak ketaq. Jugakkk!! Ha lerr. Cemane cikgu hang leh campak hang jauh bena??? Harap2 amirul performed.  Byk kali ckp ke dia, next year takleh main2 dah. Klau main2 awak ketinggalan.  Iye sesaje. Tapi kalo suh ulangkaji, hangin sesaje. Acane??!! Umi mampu doa je mirul... usaha sama2 la kita tingkatkan...satu je yg peel dia kena kontrol. Baran. Huhuhu....

Barang2 keperluan?? Alhamdulillah dah settle. Yuran je belom. Yang agak terbakar, sek keb dan sek agama buat pembayaran yuran hari dan waktu yg sama. erm... tgk la mcmane. Kot bahagi dua keja ke. Nak ke abah???!! Ahaha! Wat to do... ni la cabaran anak2 sekolah. Peace yeowww!!

Kengkawan cemane???!!! ;)

Tuesday, December 24, 2013

Sambal Goreng Jawa

Gambar semalam. Dah lama tak masak mmg rasa penatnyeee hadap. Pastu masak macam nak berkenduri. Sendiri mau ingat la kan... ahaha!

Resepi??? Macam dah penah bagi. Macam ibu mertua ku katalah.. nak resepi boleh. Janji kena cuba buat. Setakat amik simpan buat tukun buat apa kan?!! Merajuk org yg bagi resepi. :d. Lagi sadis tanya resepi patplopat kali. Ada...jangan kata tak ada... ;)

Yup!! Nasib baekla menantu dia ni kalo mintak buat terus. Kang aku kena pangkah kes naya okeh!! Muahahaha!

Selamat Makan Tengahari!!!

Sunday, December 22, 2013

Tugu Negara

Lebih 15 tahun tak kemari. Fefeling pelancong sabtu dua minggu lepas. Padehal rombongan dr batu caves. Ahaha!

Seronok sbb dapat berjalan dengan family. Wpun abahnya takde, (dok cadang dr kekanak kecik. Sampai sudah tak pi) tak ngape lah... mane yg ada je la.. janji cuti sekolah ada la jugak aktiviti berpaedah. Ada dua lokasi lagi kami tuju. Nnt la ya. Saja  bg banyak entry. Bukan selalu pun kannn??!! Kehkehkeh....

Pengisar Dalam Peti Sejuk

Ke Aeon Big Puchong Utama petang jumaat lepas. Lazimnya ke sini anak2 suka ke electrical area sebelum ke tempat lain.

Nak di jadikan cerita, amirul dan aris bukak pintu peti sejuk. Bukan semua tapi mana yg dia berkenan dan senang di capai.

Tiba2 dalam pada bukak satu pintu peti ais yang lebih kurang tinggi kita ni, jatuh kotak kena sipi kepala aris. Nasib baik tak hempap kaki.

Umi yg duk blakang ni mcm..eh! Terus cek kepala aris. Mmg sakit tuu.. muka dia berubah. Klau menangis sah2 sakit sgt. Syukurla tak menangis. Sakit sikit kot. Amirul dah marah2. Padehal bukan aris sengaja jatuhkan benda tu. Bukak ckit je pintu nya. Umi tau sbb umi kat blakang pintu peti sejuk tu pun...

Ok... skrg kita tengok menatang apa yg jatuh. Hah!! Kotak blender??!!! Lebih ajaib..kotak tu BERAT!!!! sah2 ada barang!!

Belek peti plak. Macamane ada org sampai hati letak benda tu kat dalam peti sejuk tu???

1. Merbahaya kalau betul2 himpap anak aku, berdarah dan bengkak, mmg totally akan meroyan kat situ  jugak!! Hakikatnya mmg dah marah! Tapi takde org. Ada la minah ni tgh ngadap apa tah. Dah cukup kuat dah ckp, tapi dia mcm pekak! Mmg workers gini kena pekak kot!! Utk kebal dgn komplen pelanggan. Heh!

2. Kalau benda tu duk dlm peti, rak fiber glass tu boleh patah. Eh! Non of my business pun.. lantak la...klau workers yg buat, nak aniaya org. Mmg tak selamat la kamu...

Ni kena kat budak umur 6 tahun (rupa 4 thn). Dibuatnya parent tgk, bawak stroller??!! Bedebab jatuh kat baby nya??!! Haaa... sape nak jawab??!! Allah... gile lah!!

Ntah la... aku pun nak cepat, tak terpk plak nak komplen kat kaunter. Malas sebenonyer nak masuk Aeon Big ni. Mahal wpun promo. Tu pun kena gak masuk sbb nak beli brg yg betol2 murah ikut list belanja aku. Rekod rasanya ni baru kali ke 2-3 masuk utk thn ni. Sbb kalau mai pun tak masuk hypermarketnya. Cuma gi kedai kat dlm bgnn tu shj.

Alhamdulillah takde plak aris ckp apa2 lepas kena tu. Kalau kena betul mau bengkak kepala. Iskh.. Nauzubillah. ..

So kawan2, jangan la bagi kekanak yg bukak brg2 berpintu ni. Lagi2 tinggi. Jadi kes anak aku?? Hai... nak salah sape?? Petamanya sendiri la kan.. sbb bg diorg bukak dulu.

Tapi,... tetap la ni kes menganiaya pelanggan. Pedulik!! Mmg nak attention diorg la ni buh nama hypermarket nih. Sebagai peringatan kepada kita ibubapa dan amaran pada pekerja mereka.

As salam...

Saturday, December 21, 2013

Coklat

Makan la sepuas2 nya.. abahnya beli sejenis plak tu. Sebab?? Dia tengok anak dia makan macam nasi. :p

Aris je pun...amirul suka yg biasa tu. Ni kalo kirim tak bagitau bini nya mmg gitu la jawabnya. Amirul macam biasa, buat muka sedih gaban. Dahhh nak wat lagu mana.... abah tak kabo nak kirim.

Tapi nasib baik abahnya kirim menatang men guli tu jugak. Seronok la dia.

Tapiii!!! Umi dia la tak sonok. Sebab yg memasang nya kitaaaa jugak! Heh!  Dah siapkan nak tampal sticker pun malas??!! Dah patut umi hang ni dpt upah pasang tauuu... manyakkk songeh!

Dah penuh stok cokelat ha. Bila nak abis tak tahu la... iskh.. rezeki... Alhamdulillah ;-)

Sunday, December 15, 2013

Bergedil

Kegemaran abah dan anak2 :)

Resepi ada dalam blog ni. Rajin2 la search ya. :d

Friday, December 13, 2013

Kehilangan

Al fatihah....

Sabar tabah redha

Betapa kita terkadang leka, maut menjemput tidak kira tua muda sihat sakit.

Bersediakah kita menghadapi kematian orang yang kita sayang??

Sungguh! Janji Allah itu pasti...

Moga sahabat2 yang kehilangan suami tabah bagi meneruskan amanah Nya mendidik khalifah masa hadapan.

Sungguh aku merasakan saat itu. Walaupun bukan aku. Tapi, tak salah sama merasa sedih itu bagi menginsafi diri, mensyukuri apa yang ada kini.

Sekali lagi takziah buat sahabat yg suaminya pergi bertemu pencipta Nya tahun ini.. sungguh, Allah menyayangi lebih dari kita mengetahuinya...

You know who u are....

Thursday, December 12, 2013

Lasagna

Kuah Merah ( nak pangge ape tak tau :p)

200gm daging/ayam cincang. Kalau produk ramly amik sekeping.
1 tin kecil tomato puree. Selalu pakai jenama duchef
2 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar-cincang
3 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar oregano
Garam dan gula-perisakan
Pilihan sayuran;
1/2 btg saleri
1/2 btg lobak merah
1/2 biji Cili benggala
3-4 bj cendawan butang (tin)

Sos putih
1 kotak susu (biasa guna jenama dutch lady kotak kecik)
2 keping cheese (mkn burger tu je)
2 sudu besar butter/marjerin
2 sudu besar tepung gandum
Lada hitam dan garam -perisa

Bahan lain
Kepingan lasagna
Keju mozarella
Keju parmesan (kalau ada dan gatal nak bercheezy :d)

Cara2,

Untuk kuah merah, tumis bawang yg sudah dicincang. Layu. Masuk cili kisar. Garingkan. Masuk daging. Masak sampai kecut. Kalo tak masak betul nnt mcm makan daging mentah. Hehe.
Dah masak dagingnya, masuk sayur pilihan kecuali cendawan. Masak sampai nak sayur lembut ikut kesukaan. Pastu, masuk oregano. Kacau rata. Masuk tomato puree. Last masuk cendawan, perisakan garam gula. Biar mendidih dan boleh tutup api. Ketepikan.

Untuk sos putih, cairkan butter dlm kuali. Masuk tepung kacau rata.pastu masuk susu. Api kecil. Kacau sampai tepung tak berketul. Boleh masuk keju. Pastu dah cair, perisakan garam dan lada hitam. Sos ni dah siap. Tapi, bila dibiarkan akan kental. Kita nak dia cair2 je. Tuang air panas sikit2. Dan kacau cairkan.

Last, boleh sediakan loyang untuk buat lasagna. Jangan lupa gris kan loyang. Senang nak keluarkan nnt.

Layer lasangna
1. Lasangna
2. Kuah merah
3. Sos putih-mesti rata2 tak nampak kaler merah. (Ini gak yg buat kulit lasagna masak dan lembut)
4. Mozarella cheese+parmesan (kalau nak)

Ulang lapisan demi lapisan. Sampai puas hati. Hihi... jgn sampai membumbungya. Nnt masak dia ngembang, 'cantik'la oven sekalian... hikss.

Selamat mencuba! ;)

Donut

Anak2 peminat j Co. Selain tu mmg payah ckit nak abis. Tapi peberet adalah donut gula abg nasi lemak keluar simpang rumah. Ahahaha!

Omaknya buat la jugak. Dah jatuh cuti sekolah tak beli bfast, asik yg kenit mintak donut, buat jugak.

Surprisingly,  menjadik!! Lama ooo tak buat sbb majuk ke anak. Dia ckp tak lembut la, kedekut gula la (wajib :p), kecik la... haiii banyak sungguh bunyik.

Haa  ler...kalo dah mkn seketul nak gula extra sesaje mmg cari nahas la kannn...

Klau amirul kena ada sambal tumis. Dia nak mkn jenis bulat2 cecah sambal. Tuuu lagik maleh. Kalau kebetulan ada sambal tumis, baru la pk boleh buat. Hai... mcm2. Umi?? Nak buh coklat ngan almond flakes. Haaa memain??!! Ahaha!

Selera mencari pasal namanya. Tapi kalo diorg nak, kena redha lah. Itula dinner. Sbb?? Kang berhiya msk, tak mkn.

Mmg kesian je rasa. Anak2 paknya semua kena makan donut sebagai makan malam. Tapi, selalunya ok je. Ahaha! Dasar femalazzz....

La ni, makcik tengah berangan2 mkn donut lembut dan gebu. Aiseh.... kena tunggu donut mak saya la gitu. Ooomakkk!! Bila nak buat donut???!!

Dulu2 mak saya rajin buat donut sbb siapa??? Sayalah.. peminat no 1. Hari2 pun takpe. :d

Tapi kalo dah balik sana, tak sampai hati plak nak request. Kesian mak.. takpela... tunggu skolah bukak. Baru senang nak beli donut. :)

Hadoiiii mlm2 citer pasal makanan... se'eh! Lol!

Sunday, December 8, 2013

Bulan Balut Membalut

Selesai buku teks dan aktiviti amirul. Minggu depan beli buku dedua sekali dan sah2 balut buku kali ke dua. Kena siapkan sebelum buku aris plak datang. Oohaii.. buku sekolah agama lagik??!!

Amirul nak tolong balut. Tapi bagi ke dia tak rupa balut. Mcm bungkus sampah adooo... ahaha! Tunggu je la mirul. Dah beso sikit, dah masukk arahan umi yg cerewet, sila la buat sendiri.

Adik?? Hadoi dia lagi takleh harap. Mcm nak telan je dia sbb setiap arahan tak penah siap sempurna. Hai aris...umur abang mcm hang dah ok dah. Ko je terlebih manja. Abah pun kalah. :p

Oklah... bantal suda pangge. Gudnite! ;)

(Sambil berkira2 bila nak start jahit lencana. Adehh deh..deh...)

Thursday, December 5, 2013

Sahabat

Saya jarang dapat penuhi undangan. Samada jauh atau kebetulan ada jemputan/kecemasan lain. Tapi, klau big boss dah bagi greenlight, dia tak dpt pi, saya on je.. heee

Ahad lepas dpt jugak memenuhi jemputan dr sahabat lama. Baik? Sangatt!! Ikutkan saya tak suka nak menjeniskan kawan2 sebagai 'bff'.selagi kita berkawan, selagi tulah sahabat selamanya. :)

Makcik ni ikutkan satu sekolah rendah. Tapi tak pernah sekelas. Tapi kenal la muka wpun tak pernah bertegur sapa. Naik sek menengah, dia sek lain. Tak jumpa dah. Sekali, tup2 jumpa kat ukm. Tahun pertama. Sefakulti. Sejabatan. Sepersatuan lagik! Ahaha! Jejak kasihan okeh! Kasihan la sbb kami kenal/cam muka tapi tak pernah bertegur sapa.

Pendek cerita, kerana persatuan kami jadi rapat. Tapi kasar2 dia, lagi gurly dr saya! Wahahaha! Pandai gubah bunga. Jgn saya. Kedaung jadinya! :p

Dah matang2 ni masing2 dgn haluan sdiri. Tapi, mcm tak bape nak segan ngan keluarga dia sbb en suami adalah pengerusi kami dipersatuan. Kira jodoh 'menjadik' la ni. Hihi! (Matikkalomakciknibaca:p).

Apa2, congrats dear on ur arrival of 2nd bodyguard! Comel! Mcm muka paknya (sbb paknya mmg comel dulu kini dan selamanya.. huahuahuahua!)

Yg penting, aku ingat namanya sbb sama dgn nama anakku yg sulung. :d

Again... tahniah buat keluarga sahabatku, zie dan ustaz Raja ( okeh mokcik nak tergelak tulis ni :p) atas kelahiran baby asyraf.

Tuesday, December 3, 2013

Putrajaya... kami datang!!

Lama plak rasanya tak tidur balik lepas subuh. Sesejak cuti ni terpaksa tidur kan diri lepas subuh. Sebab?? Anak2 tak reti tido siang ni payah. Celik mata nak tgk tv, men game.

Jadi, bila dah bangkit lewat ckit, rush mandi, bfast, boleh htr gi ngaji terus. Balik delay kan lagi utk men game dgn suh depa baca buku. :d

Mmg payah, tapi umi ni mmg keras hati. Sanggup bertekak dengan anak. Pastu, depa nangis berjemaah. Mmg makan dalammmm...

Since mak teh dah kata nak bawak nenek buat ic kat ptjy senin, gigih umi prepare mee rebus. By 10 am, kuah suda settle. Tu la bahagian paling kritikal. Penghasilan kuah. Sekalik mak teh mau bawak makan luar. Haiyohhh!!! Spoil okeh! Tapi takpa... kita mkn luar tghri, mkn mlm kat rumah. Kurang2 rame ckit leh abiskan mee tu nnt.

Makan tghri di restoran Saba', cyberjaya. Lebanese/arabic food. Sedap. Next time leh ajak abah. Wponnnn blur mane masuk kuarnya. Anak2 pesen cr nasik kaler/berasa adalah sgt sesuai. Mcm kekanak dua org ni lah! Happy dpt mkn nasi mandy. Byk gak mirul mkn. Aris makan jugak. Tapi bila mai hidangan ada fries.. mmg sorry la.. itu yg dia nak mkn. Huhu... harga reasonable. Rasanya kedai mkn ni yg neber duk cite tu.. anaknya suka. Hehe.. kasihan kami. Cyberjaya ni dekat je. Tapi haremmmmm... tak tau. Hiks..

Selesai makan kita pi zohor kat masjid besi. Ni lagi satu... first time sampai nih! Haru kan??? Ok la.. tapi ruang solatnya mcm cacamarba plak. Ko toleh blakang nampak org lelaki naik turun eskelator. Huhu... tak bekenan...

Selesai... kami gi Alamanda plak. Haa ni penah la sampai. Melampo la kan... hahaha! Kami kan jenis berjalan tunggu pintu kedai bukak. Balik selalu, azan zohor berkumandang, kami dah dlm keta nak balik.  Mmg takde la nyinggah solat mane2 slalunya... apa2 balik terus.

Gi alamanda ni sekadar membunuh masa (kill the time). Nunggu ic siap utk dikolek. Bagus skang ni. Buat ic kat ptjy pagi, petang lepas 3, boleh kolek dah. :).

Tapi dalam memenuhi ms tu, sempat juga mak bersoping brg dapur kat aeon big. Aku? Membanding rega je. promo2 pun masih tinggi rega berbanding pesaing yg biasa aku pi. Tapi, kalo dah takde pilihan terpaksa angkat juga kan?? Itu la yg aku nmpk. Warga ptjy ramai berbelanja kat sini. Kagum. Jam kol 4 ptg lebih kurang. Cashier counter byk bukak dan penuh. Q panjang. Kalo kat puchong utama q panjang gak. Sbb cashier counter seketul je bukak. Boley?? Ahahaha!

Selesai berbelanja dan singgah sana sini, baru gerak ke jpn. Tinggalkan mak, mak shu n aina. Kami 3 beranak mak teh bawak pusing2 ptjy sampai ke picc. Hadoiii kasihan tourist dr puchong ini. Jakun anak? Aku pun sama!! :p

Puas ronda, kolek yg kat jpn, tros balik puchong. Syukurla sepanjang berjalan sejuk dan hujan. Tak la panas beruwap.

Balik rumah kita mkn mee rebus la pulakkk :)

Mekasih la kepada pemandu pelancong kami semalam. Nama nak pi sdiri?? Hangan la kami... :d

Sunday, December 1, 2013

Di Pertengahan Cuti

Dah lepas dua minggu cuti. Macam rasa baruuu  je mula. Tinggal 4 minggu lagi nak naik penggal persekolahan 2014.

Apa umi buat?? Sangat tidak bagus. Bagi kekanak lepas main sesaje. Game, tengok kartun, punggah menan, bergaduh dan macam-macam lagi. Ahaha!

Saje je... sbb, misi bulan 12 akan bermula mulai Selasa. ;). Mula balik kelas cikgu makan anak hokeh!

Amirul tak bape risau. Aris ya. Mamat tak rajin menjawab bila ditanya. Senyappp jek. Mmg latih tubi la awak nnt. Tulisan ngalah doktor. Kena tune jari tulis semenggah ckit. :p

Push skil ngira pun iya nnt ni. Tambah ok. Tolak memain. Takpe.. blaja la dulu dik. Kalo tak leh kejo, hang blajar kat skolah je la. Biar duk kelas blakang. Janji result jgn terkebelakang. :d

Sabtu smlm pi beli persiapan sekolah. Kami ni duta mydin tidak berbayar. Jadi, segala pun beli kat sana terus. Senang! Ahaha!

Tu baru yg diorang akan pakai. Blom peralatan tulis lagi. Huuu... nnt kena pi cr ruler rm1.50, 10 btg. Mmg mudah patah. Tapi, resmi mak garang, mu patahkang, mu makang balance hok bawok balik! Beraniiii!! Ahaha!

Suka gi mydin sbb nasib baik, leh dpt kaler faber castell or luna 24 btg hok panjang tak sampai rm9. Tapi la ni minyak dah naik, berkemungkinan brg pun naik rega. Beli kemeja putih saiz lebih satu takok utk mirul smlm, harga naik sampe rm4. Ke last year disc? Ntah la... tapi agak kaget disitu. :(

Tu gambo hasil smlm. Kasut mirul last year leh pakai time emergency. So, beli dua je la. Aris 3 sbb tahun depan masuk skolah agama. Sah2 pakai kasut. Takde spare this year. Jadi, bersiap la kite....

Total?

Secara kasarnya, utk dua beradik ni, 6kemeja putih, 6 long pants, 2 set(3 in 1) stoking, 3 pasang baju melayu, 3 singlet, 1 belt, 2 songkok, 5 kasut, 2skol beg.... lebih kurang rm400++.. alatulis tambah2 je nnt. Tu tunggu gaji ujung bulan ni la iye... huehuehue...

Turut merasa nipisss je poket abah. :|..

Belajar elok2 ye anak2...