Thursday, July 15, 2010

Alahai Pembanci

cemane kekdahnya bancian terkini ya??
setakat yg ditulis dalam paper, cek itu ini kat pembanci, pastikan pembanci ada tag, ada kad kuasa, bla bla bla...
tapi.. bila tiba giliran rumah ku...
hari sabtu yang lalu, tetiba jek ada sehelai kertas putih berlambangkan kerajaan mesia terselit dlm post box.
lor... suh isi bagai je ke?? takde interaksi secara lisan ke??
bagus2... mmg la cekap. tapi... leh caya ke?? kena la percaya... kot.. (masih mood cuak)
apesal dia tak panggil eh?? saya sekeluarga mmg ada je kat hall. asal ada bunyi2an, contohnya hon, orang bagi salam, posmen datang hantar surat, walaupun bukan kerumah saya, sure saya jengah. mane tau, rumah kita ke kan...
tapi ni... mmg takde bunyik pun.
dah tu suruh isi dan akan kolek form tu esoknya dari kol 9 ke 1 ptg.
disebabkan hari sabtu agak bz, terlupa terus form tu. sampai la ke hari esoknya.
yg lagi musyikil, takde plak depa panggil or gegar pagar nak kolek form. lagila saya lupa nak isi.
bila saya sedar mende tu tak berisi??? masa anto adik nak balik kol 7++ petang tuh depan pagar.
sebab??? nampak budak banci ni duk gegar pagar rumah orang lain nak kolek form... kot...
sudah... kelam kelibut saya isi. sampai jadual dinner pun tertunggang terbalik.
bila dah isi, jengah ke luar mane pulak budak ni??? tak nampak dah.
bila dgr dia gegar pagar rumah org lain, saya jengah lagi... tak nampak pun...
haiii... bila nak kolek ni?? kan dituduhnya saya warga tak bertanggungjawab pulek...
bila esoknya (isnin), masih tak mai, tetiba tghri/petang dgr announcement dari mane tah, minta bekerjasama untuk isi dan lengkapkan borang, hati saya dah panas!
ewah2!! org lain tak bertanggungjawab, kita pun terjebak! heh!
punya la tunggu mamat tu kolek form, sampai ke sudah tak mai, siapa salah??
mmg la takleh nak salahkan dia, mungkin byk rumah/tempat dia nak pi ronda, tapi, bila kita yg tercatuk kat rumah nie dia tak singgah.... hangin gak la...
sudahnya, saya buang RM0.40 sms mamat tu supaya kolek form sebelum hujan. (nampak mendung, kang hujan, dia gak susah).
ler... suh buh dlm post box je??? pastu dia kolek lepas kol 7 mlm.
overtime gamaknya... kesian... tapi....bila fikir logik, cemane kita nak pastikan betul ke idok pembanci nih??
sib bek dpt paper kecik berwarna yg catat bancian telah dijalankan. kalau idok.... mau report kat kementerian.
mmg la menyenangkan pihak pembanci, tapi, bukan ke kekdah tu dijalankan sekiranya pembanci mendapati tiada sesiapa berada di rumah???
masaelahnya saya ada je kat rumah 247!!!
bukankah salah dari segi etika seorang pembanci???
tolong jawab sesiapa yg tahu???

10 comments:

Lina Rahim said...

Hm..tak tahu nak cakap macamana..kalau tengok nisbah pembanci dengan bilangan penduduk, memang tak munasabah, terlalu ramai penduduk dengan pembanci yang terlalu sedikit.

Rumah saya belum didatangi pembanci.Tunggu juga.Alih2 baca suratkhabar,ada tajuk
"Kerajaan Swak kecewa kerana warga Miri tidak memberi kerjasama kepada pembanci"..Aik..

Zana S said...

Lina Rahim
mekasih sudi mai umah saya :)

iskh iskh iskh... takmo la kena macam warga miri tu.

ala2 kerana nila setitik, rosak susu sebelanga... gitu la kekdahnya...

Kujie said...

Dia belum mai rumah Kak Jie...dok tunggu juga


lagu mana cara

ikut laman web tu ada 3 cara depa banci

1. Temu ramah bersemuka ( yg ni best sangat....berkerumun adik beradik tgok org gomend datang rumah )

2- Drop-off and pick-up (DOPU) – Pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci untuk responden mengisi sendiri dokumen dan mengambil semula (pick-up) dokumen yang telah lengkap diisi pada tarikh yang dipersetujui . ( mcm kes kat tempat zana le ni...)


3. e-Census – Buat pertama kali, bancian memperkenalkan kaji selidik secara online di kawasan bandar dengan mengisi soal selidik melalui laman web jabatan www.statistics.gov.my

Elyn Sani said...

eh camni ek cara banci terbaru?? bahaya weiii kalau org nk curi info sesenang je pi amik kat post box!!

lily lotus said...

erkkk..camne tu? gaji buta betul

Anonymous said...

Salam semua.. batul mcm Kujie bgtau tu.. situasi Zana tu termasuk dlm kaedah ke-2 tu lah.. mmg pun sepatutnya pembanci tu buat kaedah pertama dulu.. tp setiap pembanci tu perlu berdepan dgn lebih kurang 100 org yg setiap satunya punyai situasi dan kerenahnya sendiri..
Jika semua 100 org ni bersikap seperti Zana ni, Alhamdulillah..

Masalahnya rata2 cuma 10 dari 100 org ni yg beri kerjasama baik kpd pembanci ni.. yg selebihnya lebih suka berdiam diri atau menunjukkan sikap permusuhan, apabila di panggil oleh pembanci.. hinggakan ada pembanci dimaki, diugut di kejar dgn anjing dan mcm2..

pembanci je lah yg tau titik bengik susah senang jadi pembanci. xde pembanci yg mkn gaji buta!

Anonymous said...

borang yg telah diisi tidak boleh di passing melalui pos box! Disinilah perlunya ada persefahaman dan persetujuan bersama antara pembanci untuk arrange masa temujanji. kalau tuan2 sibuk, pembanci juga sangat sibuk untuk memastikan tuan2 dibanci!

Mkd Parit Kecil said...

Minyak Kelapa Dara memberi 1001 khasiat. Malah baik utk penjagaan kulit muka. Utk apa berbelanja lebih utk produk campuran bahan kimia. Bukankah lebih baik guna produk bio-teknologi yang lebih mesra alam. Jadikan ia salah satu amalan gaya hidup sihat anda. Selanjutnya : http://mkdparitkecil.webs.com/

Zana S said...

kak jie
dah mai dah umah kak jie?? mesti dia mai jengah sbb hijaunya umah kak jie kan?? umah zana?? kontang. ngehehehe!

elyn
gitula kekdahnya... terkena no 2. tapi bila tgk gaya penduduk kaw perumahan aku tu, mmg sesuai yg no 2. ramai tak mesra tetamu tak diundang. huhuhu... tapi... aku tak... :D

lily lotus
uish... tak kot. byk tempat depa nak pi tuh. kesian gak kedia. tapi.. tak syiok gak sbb takde interaksi.

Zana S said...

anon 1
itulah.. kesian ke depa. tapi saya pulak terkilan takde interaksi. apa yg ditulis kat borang tu tak seperti ug dia lakukan. kena la msg dia. tapi... tak semua org macam kita yg bz bedah ni kan?? hahaha!
saya dpt tgk mamat tu pi gegar pagar rumah org sampai ke sudah depa tak keluar. kesian... nak panggil jauh pulak.

anon 2
ya udah katanya tinggal kat post box. kena la ikutkan. kang tak pepasal kata saya tak paham bahasa. tapi mmg harap dia pangge. idokla sampai ke sudah. mmg bukan makan gaji buta. cuma kerja je sampai ke tengah malam buta. hehehe..