Wednesday, April 27, 2011

Anak Dia Sakit Teruk Kot...

Bila badan tak sihat, korek2 banyak plak balen ubat klinik dulu. malas la nak jejak klinik nunggu. lagi2 anak sekolah. byk plak aktiviti nak buat kat rumah sementara tunggu dia balik. alamat gi klinik, mau bertapa sampai mirul abis kelas. Dalam pada tu teringat plak kesah masa bawak mirul ke klinik awal bulan yang lalu.

Seperti biasa, kalau apa2 berkaitan anak2, saya yang alert dahulu. kalau apa perkara jatuh hari kerja ke, tidak ke, sama je. soklan: abis kalo ko keja camne?? jawapan: sama je.
Bagi elak perkara2 berbangkit, saya yg dah biasa wat kerja sendiri, jalan je la... nama pun suri dirumah. eh..pjg mukadimah?? :p

Amirul demam on saturday. malas nak bawak di gi klinik tapi dek susah nak mkn ubat, bawak jugak la. dah masuk hari ke 3 pun tak bape nak kebah mmg abah dia paksa jugak. dah agak monday ramai, nak la kuar awal. takde maknenyer... amirul muntah lepas bape teguk susu. yg faling sayu, dia muntah di kapet. bukan di tikar yg lebih luas bukaannye. nak tak nak, basuh la tempat muntah je. ni kalo balik kang bau mmg basuh je la kapetnya. sib jenis ringan+murah tu ha.. kalau berat, menangis haku. oh...melalut lagi :p

dalam kol 10 baru gerak. hoho! dan2 abah depa call ty dah jumpa doc blom. alasan la. mirul kasi 'keje'. hehe..
sampai klinik usha parkin nearby, hoh! nan adoo. ni kalo byk shop lot baru tu penyewa, mau cramp keta. lagi seksa dpt parking. erm.. ok la gak, selagi tak kena lintas jln tu dah baik la ni. turunkan kekanak riang+menceceh sakan agar depa tak lari ke jalan, kami tiga beranak pun menuju pintu klinik.

dah nampak dah satu ibu dan bayi masuk dalam. sekali bila time saya dah hampir ke pintu klinik, mai seorang lelaki ni terus masuk n biar pintu tu tutup sendiri. aris yang hampir gile ke muka pintu nyaris gedebum dek hempasan pintu tuh. uish!!! saya dah mula cam... 'dia ni tak reti hormat perempuan or atleast, bagi la kami lalu dgn bukak kan pintu dari dalam ke..' dah terang2 haku ni kiri kanan pegang anak. tak gentlemen langsung. (dalam pada ni bersyukur laki aku tak cenggini wpun agak garang mukanya.. :) ).

Masa nak mendaftar pun dia duduk depan kaunter tu ala2 tak bagi laluan ke kita langsung. sib la dia nak daftar tu mcm lamaaaaa, adik tu terus amik kad kami yang kaler oren tuh. uish.. syukur la kan... dalam geram gitu takyah saya nak tunggu lama2 kat kaunter.

saya dapat no 31 dan dia plak rasanya no 30. btw, that mother and baby tu adalah anak bini dia.
adala dalam 10 menit menunggu tetiba wife dia ke kaunter n minta pembantu klinik tu percepatkan kemasukan dia jumpa doc. ala... klinik senyap sunyi sure dgr apa org ckp kan... lagi sekali. saya pandang dgn perasaan campur baur. anak org lain pun ada gak sakit. tunggu je lah. (aku pernah gi klinik, amirul ke aris ya.. lupa dah. melalak tak hengat. nama nak mintak masuk awal bukan aku ya! ramai lagi yg terpeleot tunggu anak bagai. biarla ikut nombor. tapi mmg kesian la ke anak aku masa tu, sampai dia terlelap sendiri kepenatan melalak. tobat, tak gi klinik tu lagi :p).

lagipun anak dia tak bising pun. dalam hati ni mesti laki dia suruh minta cepatkan. masal tol! dijadikan cerita, ada dua pintu doc. tetiba je ada dua. masa memula dtg satu je. dalam pada panggil2 tu, tetiba nama/nombor kami naik dulu dari nombor dia. masa ni mmg suka giler.. sebab, mirul dah terbaring peleot panas gile badan. alhamdulillah cepat dpt jumpa doc. dan lagi satu, family lagi satu tu masih menunggu. tak jumpa lagi doc. huish! dalam hati berdetik, tu la.. sombong lagi. dah la ko nak hentam muka anak aku kat pintu tadi. la ni dapat masuk jumpa doc lambat. rasain!

uish... ayat bongkak tetiba kan?? iskh.. tak elok2... tapi tula.. kekadang apa kita nak buat tu cepat je di balas. tapi sungguh, saya tak rasa pape masa kejadian tu. cuma bila dah sampai rumah, ulang tayang kejadian kat klinik n citer balik ke abah diaorang, baru la rasa panas tu datang. heh! lambat sungguh. sib la marah dah sudah . kalau marah tang tu, kan ke merugikan diri. heheh... tak berbaloi pun layan org cenggini. tapi yang sedihnya, depa ni ramainya melayu!

2 comments:

Ila said...

biasalah tu,tak kira siapa,kalau takde adab sopan tu...gitulha jadinya

Zana S said...

sedih kan? melayu selalunya. tapi mcm zana nmpkla... besa bena masaelah dia ti gamaknye.. :)