Dukacita dimaklumkan, dinner ayam penyet sabtu lepas adalah di tahap yang sangat mengecewakan.
Haiyaaa! salah kedai ghopenyer...
Nak dijadikan cerita, satu hari di tahun lepas, cuti skolah ujung tahun, kami 3 beranak ke Summit usj mencari bhn bacaan untuk dua badik ni. Ke MPH tu.. yg mane telah berjaya membengkokkan poket ku sendiri. bajet lain, penge'paw' plak suka suki nak sekian2 book. mcm salah org je kome mintak. patut bawak makcik2 kome tu ha. kehkehkeh!
oh btw, kat cnie rasa kecik tetiba bila masuk satu parent dgn anak dia baya 2thn+, tunggu buku yg telah dia order. tak tau la saya senyum kureng manis or dia ala2 pandang tidak ke saya. heh! mcm2 ragam org 'kita' ni ya. payah nau nak bermanis muka. dah la aris kwn sat ngan anak dia. tu pun dia sibuk tarik tanpa pdg. saya tarik je la aris. nak je ckp, takyah kawan org sombong. tapi gilo apo? manela bdk nak faham, ye dok. rasa diri kecik sbb pe? depa beli buku satu set hak kenal hurup,abjad,menatang mcm2 bagai yg tak silap lebih rm1k. (cane tau? dak cashier lupa bagi dia voucher. kat saya dia bagi voucher tu (RM10) tapi, voucher tu telah diberi ke adik saya. ntah guna ntah tidak tuh. :P).
Tapi saya sempat belek telek buku yang depa beli tuh. sekali bukak2 ada plak gambo menatang haram tu... uish... not good, not good. hahaha! letak balik.
Lepas dah dpt buku+menan, saya pi la bawak depa makan. cam teringin nak makan ayam penyet. cuba la tapi mmg tak ingat langsung kedai tu nama ayam penyet apa. ayam nya mmg sedap! rangup+bumbu+sambal mmg sedap.
iskh... mmg saya tingin nak makan lagi. cuma menyedihkan soto nya la...bergedil, nasi impit mmg takdak. kosongggg jek. tu mmg tak masuk menu la pas ni.
Nak dijadikan citer, saya tingin bena nak mkn sabtu lepas. mmg pi beli tapi haiya.... lain kedai la.. dah abah depa nak pi kedai dedekat puchong, terpaksa la pi yang mmg dekat2 sini je la. nama Ayam Penyet tu dah betul. tang blakang tu salah ghopenyer...sudahnya, resepi nya pun lain lah. ayam nya pun rasa sangatttttttt lain.
Yang sangat2 tak puas hati, ayam nya macam ayam semalam dan depa cuma perangat sahaja.ceh! sambal plak pedas ya hamat. merah je la.. rasa tah apa2. lelain? erm...kira gagal la kedai nih. tapi yang kagumnya, lama jugak kedai tu. lebih 2 tahun dah. cam pelik nape rasa dia tak sedap kat tekak saya.
Dalam makan duk bebel2, rasa tak sama+ada sikit sesal tak pi Summit terus. tapi.... tu sume dalam hati ya tuan2 dan puan2... malas nak ngungkit. kang saya gak kena. lagipun masa tu kan mirul demam... takleh jalan jauh2 pun.
bila surf tenet baru la tau... nama kedai kat Summit tu Ayam Penyet Ria. yang saya pegi tu Ayam Penyet *P*. mmg gagal lah!!!
Sampai ke hari ni saya mengira waktu dan hari gaji dari hencik boss untuk pi mkan ayam penyet di summit dgn hanak2.. hehehehe!!! ngidam ayam penyettttttttt!!!! hujung bulan... hujung bulan...
No comments:
Post a Comment