Rasa lepas beban yang due end this month..
1. tax submission
2. pendaftaran awal tahun 1 2013
Kes yang pertama tu patut saya buat. sekali sampai end last week tak berbuat2, hencik boss suda sound. udahnya dia buat sendiri. huhuhu... ampun la ya hencik boss. bukan sengaja tapi tersengaja lewatkan... eh! :p
Kes yang kedua tu pulak khas untuk amirul. tak sangka diam tak diam dah nak darjah 1 dah dia dua tahun lagi. ikutkan takmo reg dulu. nak tunggu tahun depan la... tapi disebabkan bila masuk pendaftaran online tu di khaskan sekolah yang berada dalam lingkungan alamat rumah kita SAHAJA, uish... suspen jugak kang takleh masuk sekolah nearby sebab penuh.
Dan lebih mengharukan... neber2 yg ada anak sekolah sini kata sekolah2 yg terhad ni mmg byk kelas untuk darjah 1 this year. cuba bayangkan 2 tahun akan datang + pertambahan penduduk? uish... kang tak pepasal kena masuk private skol matik nak korek duit bayar bulan2. haha!
sebelum saya nak daftar mmg la duk jengah secara luaran + korek2 mana tau ada blog or website pasal sekolah2 ni kan... and to my surprise, mmg sekolah2 ni ada laman web sendiri + up to date ya kengkawan... huhuhu.... beri de IT minded youls!
mmg byk sekolah yang byk kelas untuk darjah 1 this year. lebih dari 6 kelas. tapi...apa option saya ada ya?? kalau tak daftar online, saya kena pi sekolah daerah lain secara manual. iskh...kalau manual, kena pi awal tahun depan. iskh... tak berani nak tanggung risiko. biarla stick di sini. insya Allah, dapat hendaknya.
Oh ya, alamat saya jatuh dalam daerah Sepang. dan yang mengharukan, sekolah nearby ada 3 ketul jek. lelain nama sekolah mmg la jauh kedaung. tetiba nak marah sebab kawasan ni dah lebih 5 tahun tapi sekolah dijanji tak nampak tiang lagi. dah la sekolah under JAIS tu pun terbengkalai. haiya.... sadis lah!
Wat 2 do... nak hantar mirul sekolah sebelah umah nyayi di subang?? tak dapek la.... IC kami berdua dah tukar add puchong. kalau tak... ko duk umah yayi kena torture la mirul... ahahaha! (yayi dia mmg takdak kompromi pasal pelajaran, mau balik skol terus buat hm no makan mandi dulu. ngahahaha!) . tapi elok gak ada yg lebih grg pada saya...
buat msa ni mirul sekolah kanak2 mmg ada Homework. biasanya hm tu bukan hm pun... dia je tak siap kat skol. mmg rajin berangan sorang ni. tu yg saya kalau nak suruh dia buat hm mmg bercinta. masih blom jumpa timing sesuai. lepas kol 2 dia duk menguap. disuruh tido tak jugak. lepas kol 5, dia tau jadual nak mandi makan men kat luar kejap. lepas magrib la yang ok setakat ni. tu pun duk ngelat ngantuk. tapi.. setakat ni mlm ok la ckit. sebab.... kalau dia tak siap ada alasan 'satgi abah balik, esok dah skol teacher nak tgk buku siap, kalau tak buat tido luar' ngahahah! byk alasan leh bagi. teruk kan umi dia??? biar teruk sekarang... esok2 dia tau apa dia patut dan kena buat. kena belajar hormat masa. la ni... tv je dia hadap. mmg nak buang je chanel kartun tuh. tunggu naik darjah 1 mmg hapus terus. ( berjayakah?).
Dalam pada sibuk daftar sana cek sinun, saya lagi risau tahap komunikasi amirul. masih byk patah perkataan yang belum keluar dari mulut dia. up to today, alhamdulillah ada la perubahan wpun agak perlahan. cuma itu lah... moga2 dalam temph dua tahun ni amirul boleh bercakap dengan sempurna macam kawan2 yang lain... doa2 kan la ya... :)
No comments:
Post a Comment