Wednesday, May 26, 2010

Terasa Muda...

Bila jumpa kawan lama sejak di matrik penang, mak dia kata, saya tak berubah.

cara berpakaian dan susuk badan tak jauh beza dari zaman belajar sampai la dah beranak dua.

tapi.. lagi best bila shaz (my good fren dari tahun 1997... lama gak eh kawan ngan dak tepen ni ek.. :D) cakap saya tak berubah pangai... cuma kurus dari dulu sahaja...

er... pelik pulak. dulu saya gemuk eh?? masa belajar?? erm.

tapi mmg seronok je masa dulu2. pk blajar je. tapi sekarang mungkin byk benda perlu diuruskan jadi muka nampak susut. rasanya badan takla jauh beza. gemuk dah heh!

ya.. saya kena jaga makan balik gamaknya.. huhuhu...

Lain Orang Lain Pandangan

terima kasih pada yang mengingati hari lahir saya!

sangat2 menghargai ucapan kengkawan semua...:) :)

kalau dulu... mmg saya tunggu tarikh tu untuk disambut, atleast dengan keluarga kecil saya...

tapi... lepas kes 2007+2008, rasanya... tak datang tarikh, lebih tepat bulan nie (eh! kejam pulak kat anak sendiri la pulak.. huhuhu) pun tak apa...

apa orang kata... luka kalau berdarah boleh berhenti, tapi parut nya tu kekal sampai ke mati.. tak gitu??? :)

syahdu mahdu ke??? saya rasa 'sesuatu' sedang membaca tulisan saya ni, apa orang kata... hati berkata, jarang tidak ada yg salah... :p

standard la kan...nama pun manusia...tiada yang perfect. tapi kekadang ketidak perfect an seseorang tu sengaja dibuat walaupun boleh dijuruskan kearah ke perfect an yang rasional!

haa.. amik ko!!aku pun pening apa aku tulis..

Tuesday, May 11, 2010

4 tahun lah!

sekejap je sorang nie dah bertambah umur.

tapi, ckp masih tak lancar. ikutkan, dgr jugakla butir2 bahasanya. cuma full sentence belum dgr lagi kat telinge umi dia.

last weekend ada majlis kat rumah sedara belah abah, ramai duk negur amirul berisi. alhamdulillah...tapi selera dia sgtla western. :p

ikutkan mirul nie lebih byk nyusu dari makan. asal siang, tak kurang 3x susu dgn kiraan penuh 200-240ml sekali minum. perit jugak. tapi dah dia rasi, biarkan je. lagipun makan dia bukan menentu pun.

apa nak buat birthday mirul??

kek?? erm... tak kesahnyer dia...
bawak berjalan?? sah2 abah dia kerja hari tuh. khamis plak...
makan2?? erm... pizza kah??? umang aii.. muntah gue. :p
beli hadiah??? erm... tak pernah lagi belikan dia hadiah disebabkan birthday. kalau request kat abah dia apa tau cakapnya... tu insurans dah cover. kereta nak beli pun boleh bila dah besar nnt. :p

hakikatnya.... umi ko nie tak rajin la mirul...sbb awak bukan pemakan sgt. tgk la nnt ek.. mane tau nyai nak belikan present. aritu dah hint2 pasal toys ur'us... apa lagi... kita ajak nyai gi empire gallery lah!! tehehehe!

bila tau umi nak amik gambar abg dia kayuh beskal, tu kenit cecepat masuk bakul blakang nak inframe. boley??!! :p


Monday, May 10, 2010

Kesah AdamMaya

jeles tak??? saya duk umah dapat tgk citer ni!! muahahaha!!!

ikutkan sambungan dari filem iam not single. dijadikan drama utk pengakhirannya..

tapi yang rasa sebal n bebal nya apa tau... (dah nama citer, wut du u espek?? :p)

"rendahnya iman manusia dan betapa kalahnya lah manusia dengan nafsu".

ikutkan apa yang dilayarkan tak jauhpun dari realiti kehidupan, tapi...mmg teruklah kalau ada lelaki dan wanita yang berfikiran cenggini.

lagi2 beragama Islam.

mcm tak sabar nak tunggu ending. malas benar nak tgk meleret2 yang rasa bodohnya la manusia yang dibekalkan akal dan fikiran utk memikirkan sesuatu yang rasional dan realistik.

walaubagaimanapun, drama nie berjaya membuatkan saya mengadap tv jam 6.30pm. :p

pulakkkkkkk!!

Friday, May 7, 2010

Bila Sibuk

melayan tv, rasa malas nak buka pc. hehehehe...

tapi dalam pada sibuk ngadap tv, nak jugak bukak pc sekali. uish.. tamak nyer la hai..

tetiba je tanya balik notebook abah. tak de ke cadang nak bawak balik rumah??

diam je dia.. ala2... 'mende la bini aku nie... dah ada pc, lagi mau notebook!' ngahahaha!

senang nak bukak n updet blog sambil tgk tv.

tapi mmg sgt la tak rajin nak bukak pc kalau dah ngadap tv.

lelagi masa tu jugakla ada masa nak kasi rumah nampak bersih dan cantik.

esok pagi nak nyampai ke tghri, dah mcm2 bersepah dah. saya pulak jenis malas nak bising2. selagi belum jam 7 malam, nak sepah, sepah la kamu nak.. lepas dinner, terus, kerahan tenaga merangkap ugutan pada itu dua beradik.

sambil nyapu, sambil nak sapu menan diorg yg berterabur kalau lepas 2-3 kali ckp tak jalan.

nampaknya taktik berjaya. walaupun si adik adalah sgtttttttttt tidak rajin nak nolong. kalau naik sora, sentap la dia, sambil jalan penuh longlai. haiyaaaaaa!!

kejam ke?? hehe... saya tak pedulik, even gi umah nenek or nyai dia pun saya suruh je depa kemas sebelum balik. if not, semua menan masuk plastik buang ke tong sampah.

uish... paham tu... jam2 tu kemas. tapi kalau tgh tgk kartun dia minat, mcm cakap ngan dinding.

anak2... mcm2 kerenah. nie umi dah duduk rumah, pun rasa mcm nak kerja balik. hahaha!