Sunday, March 27, 2011

KAWAN

last week dpt call dr rakan yg tinggal di utara. yg lawaknya, aku pi
bubuh nama panggilan biasa ke dia. dalam masa yg sama, ada sorg lagi
kawan dr utara nama sama n ngajo kat utara jugak. dedua buh nama
tempat ngajar sama.
dh konpius. kwn A call tak sempat jawab, msg ke dia ty, dah balik
mesia ke? sedangkan yg benarnya kwn B yg lom balik mesia tapi aku pi
msg si A ty soklan utk org lain. behehe... malu....
belum tua dah pelupo...

ikutkan lama tak dpt call dr kengkawan. skng byk yg thru fb. jadi apa2
soklan ke sume duk masuk sana. mcm hilang pulak nikmat berbual di
phone skang ni..

tapi ada gak kes kita msg tak reply2. sombong eh?? haha! bz la tu ngan
keja+keluarga. tapi.. pelik kan kalau kita tau dia tak tukar nombor,
tapi sampai ke sudah tak balas2, walhal kwn yg lain kata kawan tu
masih dgn no yg sama. klau jadi org terkenal camne ek??

kalau saya, sonok kwn call/msg. tapi... tak semua org ada perasaan
yang sama.kan?

Entry Dari Email

bosan sungguh entry without photo. apa boleh buat, nak buka pc, askar
bz ngaco. klau askar tido, abah depa plak ado. kang ngadap pc, ada
plak yang buat muka pc pulak. ngehehe... hadap je ler..

hari ni mkn dinner fillet ayam digoreng guna bread crumb. cecah la sos
lada itam yg suka suki ubah ikut anak tekak. siap singgah giant BK
semata2 cari ayam+salad.

as usual, nak mkn masakan apa yg terjual kat kedai mmg kena google
resepi. sorry la nak mkn luar. alasan abah yg pjgg.. buat tinge ku
pijar. baik msk sendiri. anak mkn cemane kecah pun masih kat rumah.
dia nak mkn asing ngan anak pun aku wat pekak. nama mkn di luar, is a
way.. far from our dreams..kesian anak2 aku...
takpelah, sib tak keja. klau keja, tertunggang terbalik aku sensorg...

Friday, March 18, 2011

Anak Haiwan Apakah???

Selepas baca entry makcik elyn, saya sentiasa dalam langkah berjaga2. entah la.. cam tak sedap hati je kalo duk kat rumah sendiri.

Harapnya takde pape yang berlaku. abis segala ceruk saya duk sembur bygon ngan tabur ubat lipas. biarlah.. busuk pun janji takde mende2 kuar dari mane2 celah. hehe....

siapa tak takut weh. kalau kena kat batang idong ku mmg tak tau nak cakap apo. lagi2 yang duk bertapa kat umah ni saya ngan 2 kenit ni je.

Dalam berjaga tu, baru sat ni saya gi dapur nak kemas sinki dan simpan air dlm jug, tgh tuang, titis plak air panas, lap ngan kain kat bawah sinki, sekali saya nampak sesuatu menguit.

hitam n kecik!!!! mcm anak ulauuuuu!!! tapi mmg tak nampak jelas. yang saya tau pastu saya terus pijak kain tu dengan harapan, penyek lenyek la ia.

lepas dah puas pijak lenyek segala, saya siapkan air panas, rendam dalam baldi. godak2, tak kuar timbul pulak??!! heh! mane pi nyer tuh???? adoi.... cuakkk!!!!!

takut2 gak, tapi pijak tetap pijak. nape saya kata anak ulauu?? sbb hitam kilat n pergerakkan dia tu tak rupa lipan pun.... adui!!!

apa nak buat ni??? mane dia pi??? jangan la bebetul wujud mende tuh! gi la cari rumah lain....

Tuesday, March 15, 2011

Penjual Ais Krim

Hari ni hujan. tapi, si penjual ais krim kat area rumah ni tetap mencari pelanggan. dari jauh terdgr lagu kegemaran aris..." mat kool, mat kool, yea yea yeah!" (versi aris la tapi nya... :d).

demi mencari sesuap nasi... waktu hujan pun mencuba nasib.

saya tak pernah beli ais krim kat penjual beroda 4 ni. alasan, takmo anak2 ketagih. sbb sekali dah dapat, biasanya aris nak lagi. kalau mirul kurang sikit pangai mintak2 ni.

tapi kan... alasan paling kukuh saya apa tau, sebab pernah terbaca satu kesah di internet gak, dia nampak si penjual ni pi membuang hajat kecil di sebalik semak, lepas tu tak basuh tgn, terus angkat itu eskrim kasi jual ke kanak2.. huwaaa!!!

mmg takkan ku beli weh! sanggup beli kat supermarket yg duk dlm bekas tu je. mcm terbayang2 adegan tu kalau tetiba rasa nak beli kat mamat penjual eskrim ni tau...

mahap la ye... tak dapek nak nolong eh!

Monday, March 14, 2011

Kesan Tinggalan

bermula dgn gempa bumi, diikuti dengan tsunami dan kini kebocoran
reaktor nuklear.

seram mendengarnya. bila search apa yg terjadi di chernobyl, meremang dibuatnya.

di katakan, letupan yang berlaku berskala rendah, tapi bila dah ada
kematian..anytime apa2 boleh berlaku.

Moga selamat segala2nya..

Friday, March 11, 2011

Gegetas


Betul ke ini namanya?? tapi mak saya selalu sebut nama kueh ni itu lah dia.

lain negeri lain sebutnya kot..:)

kueh ni jadi fav saya sejak saya sekolah dulu. selalu gak mintak mak buatkan pepagi utk bekal saya gi skolah. pastu bukan makan masa rehat. cikgu suh buat keja sekolah, saya n geng leh melantak bekal senyap2. ala2 tukar2 bekal.

bila rehat, tunjuk baik gi library. hahaha!

pecah lobang. tapi mmg saya baik pun dulu... akakaka! muntah ijo mak teh baca! :p

selalu beli kat luar mesti keras kejung kan? takpun takde gulanya. takpun tak rasa kelapa. tapi kalau buat sendiri, kelapa byk, sure lembut kuehnya. takla mkn gigi leh tercabut. hehee..

last sekali saya buat bulan posa lepas. aritu teringin, buat la sikit. dpt 7 ketul je pun. tu pun seksa nak abiskan. lagi seksa nak abiskan bila saya dah tak lalu nak mkn manis2 sekarang.

iskh... manis tu... cue tgk saka gula tu?? mirul ngan aris suka nak rak! bukan makan kuehnya, gula tu ha... tu pun saya duk kuis2. mane yg terkuis dpt masuk mulut dia, ampun kan jugak. mana terkuis lagii banyak, saya masuk tong sampah terus. melalak la aris. pedulikan... nak mkn manis sesaja sorang ni.

mmg lelepas ni nak buat kueh takleh manis2. kalau manis pun kena bercatu. tapi cemane nak buat kueh bersaka gula tu, tapi nak catu ek??? hihi! kalau ckp ke org lama, sure depa tak suka. tapi tak suka2 pun kena hadap juga. daripada hadap kencing manis, baikla kurangkan gula... iyee dok??

Eh!

Gelap pulak...

takpe.. nnt saya boring saya tukar.

last week gi kenduri dapat rasa bingka roti sedap sgt!

esok nak buatlah! :D

(terbyg2 enaknya bingka roti di tekak ku... :D)

Thursday, March 10, 2011

Haru Biru

Dalam banyak2 hari, napela jadi hari ni? dahla takde back up. kalau
ada pun nun di usj sinun. takkan nak pinjam sebelah plak ek? haha!

Nak dijadikan citer, pagi ni bila dah start enjin keta, dua beradik ni
pun kuar rumah nak nek car. htr mirul skol. saya plak sibuk nak buang
sampah (nak kejar lori sampah hari ni). teringat botol2 tin bagai dah
asing pun menimbun, extra sibuk jadinya. tak sedar si mirul dah
bertinggung kat pasu daun sup saya.

bila toleh, Halahhh!! mirul...dia pi patahkan tunas baru naik daun sup
saya. tinggi sora + kena la jentik tgnnya. dlm pada tak puas hati,
saya terlock pintu rumah. ah sudah! cek dlm keta takde, sah2 kunci
DALAM rumah. tutup grill, blok ngan bakul sampah, htr mirul, zass ke
subang.

mcm jauh gile bbp ke usj. jem pagi cam dengki je tau! sampai usj, sib
bapak ada. mmg ada satu set kunci umah ada kat bapaknya. dah dapat,
calo balik bbp. aris pun tak jumpa nyai yayi dia. ekeke..,

takpe esok2 kita mai bawak bingka.wah, berangan lagik!

saya yg ala2 suspen nak tinggal umah gitu, pecut balik. Alhamdulillah,
sampai gak umah dgn selamat. tgk neber tgh borak, tak sempat nak
toleh. takpe.. esok2 kita borak iye, byk kerja tergendala dgn hanya
lewat 1/2 jam.. hukhuk...

Wednesday, March 9, 2011

Kasihan..

bila terbaca kisah artis yg failkan kes dimahkamah syariah ni. mmg
'panas' kesahnya sejak diketahui bergolak rumahtangganya.
Bila baca komen2 pembaca dilaman web hiburan, geram pun ada. mmg, kita
tak tau masalah mmg sedap jatuhkan hukuman, tapi berpada la..doakan
terbaik buat mereka.

kekadang masalah gini nmpk normal secara luaran. if dedua takde
masalah sebelum ni, tapi ada masalah bertentang mata seselepas tu, byk
cara dah dibuat, cubalah secara tradisional(islami). mana tahu, dgn
izin Nya, yang keruh kembali jernih. insya Allah.

(byk juga dgr kes husband n wife takleh duk umah sesama. 'panas'
katanya.wallahualam..)

Thursday, March 3, 2011

Topi

Dari kecik memang dua beradik ni tak suka ada mende atas pale dia.
paling2 pun buh kain je kalau keluar kejap2 lalu bawah panas or hujan.
tah cemane dia godek2 jumpa cap yg saya ngan abah dia dapat dolu.
rembat je la nak iye...



ni sumpah kalau beli semata2 saiz dia belum tentu dia nak pakai.

Wednesday, March 2, 2011

Apakah Nasibnya


Saya mmg tgn takde ong.

dulu ada mak tanamkan daun kesom, dah abis saya tarah, nama nak naik balik tak dapat. ni dah kali ke 2 tanam daun kesom sendiri, masih menaruh harapan. harap2 naik la sempurna sikit. tapi tu pun ada tanda2 nak sembah bumi. :p

la ni, sesaja akar daun sup ni saya buh dalam air. dah nak masuk seminggu cantik plak naik tunas baru.

tapi... TAPI... kalau nak pindah ke pasu, saya tak yakin pokok dia akan naik sempurna. haduyaiii!

dah la kawasan umah ni terik bena kalau panas. kalau hujan cam ribut. mmg suspen je nak tanam pokok masakan ni. belum campur tgn double A yang sibuk nak siram ngan gembur tanah. mau mati jugak kawan ni.

eh! mcm bagus... pasu pun saya takde. hahaa!! hampeh!

ya la.. nak pi beli la ni. dari taun lepas nak cari pokok daun limau purut. sampai la ni tak pepegi nursery yg tak jauh dari rumah ni... hehehe! cam tak reti plak. tunggu mak tido sini la ek?? hahaha! berangan lagik!

Tuesday, March 1, 2011

Penantian Berakhir

Tak begitu menarik kan??? mmg la... kalau nampak cantik dan sedap, nanti saya kena marah. hahaha!

last week buat hari rabu. hari selasa gi subang, sebelumnya singgah puchong prima. pusing2 tgk kedai ada jual petai. wah! bergayutan.

bila tgk dekat, kurang menarik. tapi bolehla... dari tak dapat. 3 papan RM3.50. walaupun papan nya tak rupa lipan, banyak jarak, tapi semua elok. takde 'orang'.

gi subang apa lagi... kutip 'anggur' ler... syiok nya... berjuntaian. banyak gile. belimbing buluh umah subang kat luar pagar. dari rumah mmg tak nampak buah. kalau keluar, mmg geram je.

esoknya, yakni rabu, apa lagi... masak la sambal tumis udang+petai+belimbing buluh. pergh... rasa mcm mak sendiri masak. hahaha! (wpun kurang sama).

hilang ngidam. tapi... belimbing buluh umah subang masam sungguh. agaknya umah mak saya dah kurang masam, sokmo kena kutip kot. asal berbuah je hilang. mane la masam dia nak lekat. lagipun pokok tu dah lama. subang rasanya 2 tahun kebelakangan ni baru berbuah.

hari ahad aritu ke selayang. lawak pulak tgk pokok belimbing buluh mak. atas gondol, bawahnya berbunga2+buah nak keluar punya la meriah. cemane la tak gondol, roboh dapur, pokok pun kena la potong. sib tak potong abis. kalau tak... kena mai subang la amik buahnya pulak.

nyampah tol... citer gambo takde. apa da.. :p