Thursday, September 30, 2010

Ada bezanya,,,

ada org ckp bila raya mesti nak mkn lontong. tapi lontong tu apa maksudnya???
ada ckp pakai suka hati, tapi maksud lontong tu kuah lodeh.

dedolu saya pun tak bape pasti. tapi bila dah jadi bini orang nie dgr orang ckp lotong=kuah lodeh, rasa nak gi baiki je mulut depa tuh.

lontong tu nasi yg di rebus di dalam daun pisang yg berupa kelonsong pajang, selama 4 jam +-, dan bila di potong gitu la ghopenyer... bulat2 dan sisinya kaler hijau.. (kalau pakai daun pisang batu atau abu).


yang kuah kaler kuning tu pulak, bukan sambal lodeh eh. tu namanya kuah lodeh. lontong mkn dgn kuah lodeh+sambal ikan bilis(jawa)/kuah kacang(org johor).

kalau masak nasi impit plastik tu bukan lontong dah... tu nasi impit je..

iskh... apa la aku marah bena... bukan marah pun... cuma nak betulkan jawapan melalut2 kuar dr mulut meka2 kat dlm tv tu ha... tah pape tah!

Wednesday, September 29, 2010

Nasi Lemak

Gambar kredit to touringmalaysia.wordpress.com

Siapa tak suka kan?? kalau dah nama penduduk malaysia, tak suka makan nasi lemak nie alamat gi duk luar dr mesia la gamaknyer...hehe..

saya lama dah tak beli nasi lemak kat luar. even every sunday abah gi pasar, beli nasi lemak utk bfast ngan anak2, saya tetap tak nak makan. bukan demand tapi ... cam tak bape nak best nasi lemak kat pasar puchong tu. kuikuikui...

selalu kalau tingin nak mkn, saya rela masak sendiri, ataupun beli kat tempat2 yg biasa saya beli. contohnya, pasar malam melawati. miahahaha!!! masal sungguh!

nak yg sedap jauh beribu batu. paling2 pun saya minta che mah katering masakkan. nanti saya roger2 bila nak balik minta mak masakkan. tapi... kekdah nie berjaya bila saya peknen je. kalu hari biasa... mau kena sound je ngan mereka2 tu ha.. :p

apa nak citer nie ek??? lari bena jauhnya...

oh iya... nak ty ckit, agak2 apa yg basic dlm nasi lemak eh?? kalau saya,

1. nasi la kan..
2. sambal ikan bilis la kan..
3. telur rebus la kan...
4. kacang la kan...
5. ikan bilis goreng la kan...
6. timun semestinya kan...

dan... pada saya.. kalau takde salah satu di atas nie... bukan basic nasi lemak lah!

yg apa saya nak citer disini adalah...! stail org meniaga sekarang ni.

yg saya duk perati skang apa tau...

kalau minta telur goreng, takde telur rebus. yg nie masih acceptable.
kalau minta sambal sotong or udang or rendang ke hape bagai... takde sambal tumis.. ada citer cenggitu ah???
kalau dah buh sambal ikan bilis, takdak ikan bilis goreng. alasan peniaga, dah buh ikan bilis dalam sambal. wat de...???!!
kalau nak buh kangkung, bye2 timun, tak dapek la pulak!

tu yg lagi menyebabkan saya masak nasi lemak sendiri. kalau beli... ada je la nyakitkan hati.
belum lagi bab nasi tu mcm2 wangian. yg paling takleh saya masuk bila nasi tu dibubuh jintan manis... huhuhu.. mungkin ada org biasa, tapi saya... tidak sama sekali.

sedih bila peniaga skang meniaga atas dasar nak kaut untung. tak fikir pahala meniaga. lagipun tak salah buh segala bagai dengan harga yg bersesuaian, dan pada saya, kalau ada belaka, harga sesuai, dah ok dah tuh. ni harga mahal, isi dalam kosong sana sini. lagi kena maki ado.

lagi satu, tak kesahla kecik mano kedai... sila la pamer harga. ni satu lagi saya marah. dah la saya tak suka nak ty2 rega. jadi bila beli tempat ada rega, leh la bajet2. ni kang.. rega takde, katak pun tak melompat cam saya bila dgr rega. pastu isi dalam ciput.

nie jadi kat saya jugak la nie, beli nasi lemak kat usj kelmarin. mcm tak berbaloi RM4.50 dengan nasi beberapa sudu dan sotong yg leh dikira tak sampai lengkap 5 jari. huhuhu. sedih ooo...
nak kata susah... meniaga restoran. sah2 restoran nama makanan tu, isi aduhai..

komplen byk2... sudahnya masak je la sendiri.. anak beranak mkn bertambah pun tak kesah..

tapi mmg saya sedih je la kalau nengok org melayu meniaga gitu. cam tak ikhlas je... kan??

Tuesday, September 28, 2010

Tak Mampu Eh...

memang kulit muka saya sgt sensitif. pencuci muka pun dah bape byk cuba. kalau ada yg sesuai, poket pulak tak sesuai. tapi alhamdulillah yg pakai sekarang masih boleh diterima dek muka dan poket.

ikutkan skin care tak byk masaelah. tapi kalau bab make up, mmg saya sgtla fail. belum make up pun lagi, baru nak cecah bedak compact, pun selalu muka takleh terima.

mmg byk bedak compact saya cuba. even yg loose powder pun pernah. tapi.... tak tahan lama. sekejapan muka saya akan gatal2. tu jangka pendek. jangka panjang, cik J plak naik. mmg seksa eh nak melawa. mcm raya baru ni, baru cuba pakai compact powder+foundation+ blusher, esoknya muka saya terus menerima tetamu. cik J tau!! tak suka sgt!. dah la seksa nak surut. mmg bercinta dibuatnya.

tak tau la kenapa... tapi makin naik usia, makin seksa nak sesuaikan sesuatu kat muka ni.

tapi dalam pada tu, saya adalah sgt sesuai dgn satu 2 way cake powder foundation ni. itupun dapat sample beli buku tuk office last 2 years.

sampai hari ni saya simpan. pakai bila ada perkara yg penting sgt jek.

glowing cantik, kemasan cantik, tahan lama, muka tak naik minyak, pendek kata mmg sesuai lah dgn saya.

yg penting, tak bagi muka saya gatal dan naik cik J.

tau bedak apa tu??? sample powder foundation jenama RMK!

gile bapak kan??? bila surf web, feedback ttg product ni, especially powder foundationnya, mmg 2 tumbs up lah katanya.

haritu pi pavillion baru saya jumpa counternya. rupanya mmg limited place ada produk ni. dan.... secara tidak langsung, dah dapat agak dah berapa harga original powder foundation N yg saya dapat sample tuh...

umang aiii.... tak sanggup nak invest. tapi... sample pun saya pakai lama, inikan pula kalau beli yg original pack.

powder foundation pun dah keluar yg baru. PF EX. yg saya pakai PF N.

katanya liquid foundationnya sgt famous kat jepun. testi pun ramai berpuas hati. tapi... saya mmg nak powder foundation jek...

agak2 dapat ke saya beli PF nie ek??? mcm dah cerita kat abah, tapi... dia wat dek jek... agaknya abah tak kuasa nak layan pangai bini dia ni... hahaha! beli2... pastu bedak johnson's gak di tepek ke muka. hahaha! (cam dah terbayang dah ayat tu kalau saya cuba melobi lagi... hahahaa!)

nak baca review?? meh la gi blog ni.... mmg details. apa produk korang nak pun leh dapat tau ok ke dok. :d

Monday, September 27, 2010

Cerita Lama Tu.....

ke zoo negara bulan februari tahun ni. few days after CNY.
gile lama gambar ni duk terperam dlm camera.
nape tak minat nak cerita??? sebab anak2 ku tak enjoy langsung ngadap menatang dalam ni.
felik2... amirul takut lagi ada. kalau kat tv ok jek. bila tgk live mmg dedua takmo dekat.
tengok la dari jauh. bukan jalan kat sebelah kandang, jln kat laluan keta kecik tu haaa!!! rugi je tau bayar tiket. sib bek abah dia tak beli tiket masuk memane. kalau tak... berganda ruginya...
tgk je la pangai depa nie ya...

tak byk amik gambar pun. tapi ni terambil sebab dekat ngan laluan pejalan kaki. :)

tertekan je abah ko tau.. :p

dahi di gigit nyamuk. pipi kanannya tak ingat kenapa, yg pasti pipi kanan dia pi main tiub losyen. kan hujungnya tajam, dalam usaha nak ambil pada dia, selamat... dia layangkan dipipinya. sib bek tak mata dik... huhuhu...

gitulah mirul. bila dgr bunyi pepelik, ditariknya abah dia mcm boleh terbang ke kereta. sungguh menyampah! saya pun terjebak la kena sound, sibuk sgt nak gi zoo... hahaha! bukan anak nak gi, mak yg sibuk.

puting terakhir adik. tak ingat bila dia stop. tapi, dalam bulan 3-4 jugak lah. kenapa stop? dia gigit puting sampai hilang kepalanya. bila dia tgk pelik, terus takmo. sib bek dah train dia tak pakai tido malam. taklah drastik sgt kehilangan BF dia tuh. :)

berisi jugak kamu masa nie ya adik?? sekarang??? cekudut jek! :p

Sunday, September 26, 2010

Realiti

Bila tgk cerekarama tadi mmg itulah realiti kehidupan segelintir manusia.

ibu yg mementingkan diri, anak yang terlalu menghormati, menantu yang menurut perintah, tiada kebebasan bersuara, segala lah.

bila telek diri sendiri, Alhamdulillah syukur saya masih boleh berjumpa dgn mak dan adik beradik serta kaum keluarga yg lain pada hari raya pertama (walaupun tak pernah dapat bersama dimalam raya).

ikutkan boleh je saya nak minta izin beraya di rumah mak sendiri sebelum dan pagi raya, tapi.... rasa tanggungjawab dan kasihan lebih berpihak dalam diri sendiri.

cuma satu je yang saya rasa perlu diambil kesah kepada mereka yg telah mendirikan rumah tangga.

bila si wanita sudah berkahwin, atleast, cuti lah sehari sebelum hari lebaran. tolonglah apa yang patut di rumah ibu atau ibu mertua. dengan cara itu sahaja dapat menggembirakan orang yg kita sayang. tak kiralah dirumah siapa pun.... janji kita membantu... siapa yang nak makan nanti??? kita anak beranak jugak kan???

renung2kan lah....

kerja.. sampai mati pun tak habis...

Friday, September 24, 2010

Kesayangan ku...




ish... sesejak dah besar ni mmg seksa nak dpt gambar yg semenggah!

haru tol kamu berdua nie tau...

Thursday, September 23, 2010

Terbaek!

Dah dapat makan satay last weekend.

disebabkan tak terfikir nak minta contact no Satay Yunus dari mil,

dek kegigihan saya (abah depa yg desak pun..:p) melayari internet, kami pun menuju ke jln Peel lepas asar ahad itu hari.

bebetul la kedai dia bawah pokok berhampiran carrefour jln peel.

ramai dah masa tu.

tak lama pun tunggu. mungkin siang lagi. cepat je kami gerak balik.

as usual, tapau la kan..

sempat lagi singgah mydin beli ABC.

ikutkan tawaf dah kg baru. nak cari ABC. tapi .... agak2 cemane nak beli kalau pandu laju je kan??? hehehe...

disebabkan dah makin tidak familiar dgn kawasan tersebut, balik subang jugak..

lepas magrib anak beranak mengadap satay bertemankan ABC.

testimonial:

satay D'zul ni okey. kepingan daging agak kering. tapi still sedap. abah ckp keras sikit. saya rasa ok je.
kuahnya datang rasa pedas dulu. baru manis. kacangnya agak lumat. takkan nampak la sgt keketul kacang. masih acceptable.

kesimpulan... pilihan ke dua selepas Satay Yunus. hehehe...

satay station tak pernah cuba tapi baca komen orang perseorangan kata so-so jek. lagipun location nak kena redah mrr2, petang ahad, ala2 kurang waras la... :d

begitu jugak satay yunus. kedudukan nya kat Melawati, agak2 kurang waras nak ke sana semata2 tapi tak tau dia niaga ke dok. huhuhu...lagipun dia bukak lepas kol 7 pun. mmg masak gak nak menunggu.

tapi... disebabkan kau wahai cik satay yg sedap, lambat pun saya akan tunggu... eceewah!

mengadakah kami??? tak...

sesapa nak cuba saya sgt rekomen satay yunus ni. daging lembut, rempah sgt terasa, kuah nya saya siap simpan tau... buat mkn ngan nasi impit. mmg sedappp!

bukan kata yg lain tak sedap, tapi... mmg satay dia 1st choice la kalau buat pilihan nak mkn satay.


nak tau kat mane satay yunus ni??? meh tgk gambar... sesapa yg biasa ke Tmn melawati bertentangan jalan ke TC Permata/Giant, sure leh byg kat mane kedai ni.

Pernah dgr nasi ayam hainan popular kat melawati?? ha... kedai tu sebelah kedai perabot kan?? Satay Yunus nie pulak masih dekat area situ cuma gerainya yg hujung sekali menghadap kedai tayar bridgestone (bridgestone ke bridgestore??)



dapat bayang??? tu lah kedai nya... bukan gambar curik tau... nie masa saya tunggu mil gi order rojak mamak kat seberang jalan. ha.... ni pun rojak terbaeekkk pernah saya makan.

dedolu pak tam. skang yg nie la pujaan saya... ngehehehe!

gile ah!! duk puchong/subang. cari makan sampai ke ulu klang area??!! hahaha!

inilah untungnya umah mak kat selayang. sekali jalan... :d

Sunday, September 19, 2010

Belum

Mai lagi mood nak citer pasal raya... lagipun hari2 keluar berjalan. dah beraya umah sedara, gi mall pulak.

haish... rumah ku cantik masa org nak mai aritu je la.. kendian cam kapal karam.

hehehehe!

nenanti eh!

Wednesday, September 8, 2010

Salam Syawal

buat semua rakan2.

tak sempat nak terjah rumah sorang2.

rumah sendiri ala2 taufan melanda.

hehehe...

Selamat Bergembira di hari lebaran

ampun dan maaf jika pernah terasa dgn tulisan dan perlakuan saya sebelum ni

moga kita semua diberkati oleh Nya...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Monday, September 6, 2010

Belum Kemas Lagi!

apa bendanya??

rumah saya lah!

jiran kiri kanan semua dah tukar langsir bagai (mane tau?? sebab diorg dah basuh langsir.. hehehe)

saya?? esok2 la kot. lagipun banyak aktiviti lain skang nie..

pagi ni kala entry ni dah publish, saya dah berada di subang pasangkan langsir mil. haritu cucu balik dah pasang separuh. la ni tinggal sliding je.

tak sangka, masa awal kawen dulu, cucu mil semua baru nak sekolah rendah. sekarang dah jadi anak bujang/dara, dah leh harap bekerja. boleh saya ngelat sikit. eh eh... :p (boleh ke??)

sambil tu saya nak kena pi amik barang avon pulak.. ada sesiapa nak kirim?? saya leh amikkan. tapi jgn tak jadik plak nak amik dari saya ya!! :D

byk brg menarik dlm buku kempen sept ni tauu!

tapi kan.... ada satu saya tak suka...

Pelik gak kekadang ngan manusia ni... dah berhiya kirim brg itu ini bagai. sekali bila dah ambilkan, boleh pulak dia reject?? kesian kepada dealer yg dah keluarkan duit tuh. lagi haru bila buyer tu tak pass duit lagi. mane nak jual brg yg dah di beli tu??? pastu, takleh return brg dah beli. kesian tauuuu....

bukan nak mengata tapi FAKTA ni...

alhamdulillah lom jadi lagi pada saya... tapi...kesian pada kawan yg terkena..

korang tak kan??? :)

Bila Kita Gembira

Ada yang berduka...

sedih bila dengar berita kematian disebabkan pembunuhan..

apa salah dua beranak tu ya?? kejamnya manusia berhati binatang.

harapan..segera bertemu pembunuh tersebut.. amin...