Sunday, September 26, 2010

Realiti

Bila tgk cerekarama tadi mmg itulah realiti kehidupan segelintir manusia.

ibu yg mementingkan diri, anak yang terlalu menghormati, menantu yang menurut perintah, tiada kebebasan bersuara, segala lah.

bila telek diri sendiri, Alhamdulillah syukur saya masih boleh berjumpa dgn mak dan adik beradik serta kaum keluarga yg lain pada hari raya pertama (walaupun tak pernah dapat bersama dimalam raya).

ikutkan boleh je saya nak minta izin beraya di rumah mak sendiri sebelum dan pagi raya, tapi.... rasa tanggungjawab dan kasihan lebih berpihak dalam diri sendiri.

cuma satu je yang saya rasa perlu diambil kesah kepada mereka yg telah mendirikan rumah tangga.

bila si wanita sudah berkahwin, atleast, cuti lah sehari sebelum hari lebaran. tolonglah apa yang patut di rumah ibu atau ibu mertua. dengan cara itu sahaja dapat menggembirakan orang yg kita sayang. tak kiralah dirumah siapa pun.... janji kita membantu... siapa yang nak makan nanti??? kita anak beranak jugak kan???

renung2kan lah....

kerja.. sampai mati pun tak habis...

No comments: