Saturday, April 10, 2010

Alkesah...

Minggu lepas seorang anak jiran dah pun mendirikan rumah tangga.
setakat yang saya kenal, dia yang paling berusia antara ramai2 jiran.
pangkat mak dah ngan saya.

dah lama tak gi rumah kenduri nikah kawen ni. macam seronok plak saya. iyelah, nikah kol 10, kol 9.45 dah sampai. tehehe... (peel saya mmg gitu. time is money!. masa tunang last year pun, saya yg awal sampai. hukhuk).

sempat jugak la sediakan ole2 untuk tuan rumah. yg agak membanggakan, air tangan sendiri tu.. uish.. cam seronok plak. hehehe.. tak rugi blajar. walaupun internet.

lepas kes nikah, bersanding la pulak. di dewan Ptjy. walaupun selalu kesana, sesat barat gak dibuatnyer. tempat baru. mmg la haru. lelagi saya sgt tidak pasti. sah2 la kena tempias2 angin pemandu. :p

bila citer pasal nikah, kawen, walaupun penat, rasanya bila fikirkan perjalanan selepas sah bergelar suami isteri tu yang lelah rasanya...

dapat duduk sendiri, dah kira bonus. tapi kalau kena duduk dengan mertua, tak kena gaya, mau makan hati berulam jantung.

bila di imbau kembali kenangan 6 tahun tinggal dgn mertua, Alhamdulillah, tak banyak sangat kesahnya saya ni. lelagi kat rumah cuma ada bapak, mak dan abg ipar.

bil mmg byk buat hal sendiri. jadi, saya agak rapat dgn mil. Hari biasa mmg mil masak, saya balik, saya kemas dapur. weekend plak, kalau tak kemana, mmg mil bagi sepenuh kepercayaan utk saya masak suka hati saya, walaupun masih dalam pemantauan dia. means, tak semua lauk kena pada tekak org dlm rumah tu. dan dek kerana itu, saya byk masak ikut tekak isi rumah tu juga, plus, 1 lauk yg saya rasa nak makan. depa makan tak makan, saya tetap masak. hehehe!

kalau nak diikutkan, masa bila kita boleh kenal keluarga kita nie tau?? saya 100% mengatakan DIDAPUR. sebab, masa nie mil akan cerita apa anak dia suka makan, apa dia suka makan, cemane pangai sorang2 anak dia, apa dia suka kat rumah tu, apa dia tak suka kat rumah tu, semua terkeluar.

yang kita pulak, jgn la nak buat perbandingan. ambil yang baik buat teladan, yang buruk jadi peringatan agar tidak mengulang benda yang sama. kekadang kita terasa kalau apa dia ckp tu ala2 terkena btg hidung sendiri, tapi sebenarnya dia hanya nak menegur, tapi corner dia tu yg agak daring. :D. kalau saya, dengar jek. membantah?? tidak sama sekali. tapi menjawab tu banyak kali. hahaha! menjawab pun kena skill gak. kalau silap, lain jadinya..

hakikatnya, saya bersyukur dapat duduk dgn in law sebelum ni. masa tu la saya banyak belajar memasak, bertolak ansur, skill jaga anak dan macam2 lagi. sebab apa tau. cuba kalau kita duduk dengan mak sendiri. agak2 dapat ke kita buat semua tuh?? lagi amik kesempatan ada la kot. semua mak buatkan. ada tak mak tak buat untuk anak??? mustahil la kan.. tapi kalau duk ngan mertua, segan tu mesti ada.

mmg sangat berdikari dan bila duduk umah sendiri, alhamdulillah, saya byk manage hidup berpandukan kehidupan di sana dahulu.

apa kes mak sendiri?? sib bek la mak saya lebih kurang tegas mcm mil saya. jadi, acuan tu tak lari jauh pun. yang pasti, dedua masak best. sekurang2nya bila mak saya datang rumah, leh jamu lauk yg saya belajar dari mil. dan sebaliknya. kan bagus tuh..

zaman sekarang?? ramai juga yg tak suka duduk ngan mertua. pada saya, tepuk dada tanya selera. perangai orang tak akan sama. yang penting, cara kita beradaptasi dengan persekitaran tu yang penting. tak salah duduk sebulan dua or setahun dua jika diizinkan utk belajar mengenal keluarga mertua. disitu ada kemahuan, disitu ada jalan...


mini Muffin. penat ngadap sbb lama . tapi bila makan. tak cukup 10. hihihi.. amirul mmg lorat. akan makan bila panas2. bila sejuk, boleh dia buang dalam tong sampah. ciess!!



5 comments:

arin said...

bila nk on ym?gue mau buraks..:)

Zana S said...

lor... tak dan . nnt memalam ek. :D

Unknown said...

aku takuts duk dgn MIL aku....hehehehe...

Zana S said...

mama3hz
nape? lom cuba lom tau lor.. nnt balik mesia jgn lupa duk sekali ek. :D

rumah kuning said...

tabik spring dgn org2 yg sedang /pernah duduk dgn keluarga mertua. saya tak pernah...malu sebab tak pandai masak. hehehe