Thursday, September 23, 2010

Terbaek!

Dah dapat makan satay last weekend.

disebabkan tak terfikir nak minta contact no Satay Yunus dari mil,

dek kegigihan saya (abah depa yg desak pun..:p) melayari internet, kami pun menuju ke jln Peel lepas asar ahad itu hari.

bebetul la kedai dia bawah pokok berhampiran carrefour jln peel.

ramai dah masa tu.

tak lama pun tunggu. mungkin siang lagi. cepat je kami gerak balik.

as usual, tapau la kan..

sempat lagi singgah mydin beli ABC.

ikutkan tawaf dah kg baru. nak cari ABC. tapi .... agak2 cemane nak beli kalau pandu laju je kan??? hehehe...

disebabkan dah makin tidak familiar dgn kawasan tersebut, balik subang jugak..

lepas magrib anak beranak mengadap satay bertemankan ABC.

testimonial:

satay D'zul ni okey. kepingan daging agak kering. tapi still sedap. abah ckp keras sikit. saya rasa ok je.
kuahnya datang rasa pedas dulu. baru manis. kacangnya agak lumat. takkan nampak la sgt keketul kacang. masih acceptable.

kesimpulan... pilihan ke dua selepas Satay Yunus. hehehe...

satay station tak pernah cuba tapi baca komen orang perseorangan kata so-so jek. lagipun location nak kena redah mrr2, petang ahad, ala2 kurang waras la... :d

begitu jugak satay yunus. kedudukan nya kat Melawati, agak2 kurang waras nak ke sana semata2 tapi tak tau dia niaga ke dok. huhuhu...lagipun dia bukak lepas kol 7 pun. mmg masak gak nak menunggu.

tapi... disebabkan kau wahai cik satay yg sedap, lambat pun saya akan tunggu... eceewah!

mengadakah kami??? tak...

sesapa nak cuba saya sgt rekomen satay yunus ni. daging lembut, rempah sgt terasa, kuah nya saya siap simpan tau... buat mkn ngan nasi impit. mmg sedappp!

bukan kata yg lain tak sedap, tapi... mmg satay dia 1st choice la kalau buat pilihan nak mkn satay.


nak tau kat mane satay yunus ni??? meh tgk gambar... sesapa yg biasa ke Tmn melawati bertentangan jalan ke TC Permata/Giant, sure leh byg kat mane kedai ni.

Pernah dgr nasi ayam hainan popular kat melawati?? ha... kedai tu sebelah kedai perabot kan?? Satay Yunus nie pulak masih dekat area situ cuma gerainya yg hujung sekali menghadap kedai tayar bridgestone (bridgestone ke bridgestore??)



dapat bayang??? tu lah kedai nya... bukan gambar curik tau... nie masa saya tunggu mil gi order rojak mamak kat seberang jalan. ha.... ni pun rojak terbaeekkk pernah saya makan.

dedolu pak tam. skang yg nie la pujaan saya... ngehehehe!

gile ah!! duk puchong/subang. cari makan sampai ke ulu klang area??!! hahaha!

inilah untungnya umah mak kat selayang. sekali jalan... :d

2 comments:

noreed said...

nyum, nyum sedap nyer combination satey with ABC. mydin nyer ABC kat food court dia ke?

Zana S said...

noreed
ha ah! tu je tempat yg saya tau. hehe..
tapi... bila beli bawak balik buh dalam cup jadi sikit la pulak. tapi manisssssssss sungguh!