Friday, January 25, 2008

FILEM: Sweeney Todd: The Demon Barber Of Fleet Street




Petikan Harian Metro


PENGARAH: Tim Burton
PELAKON: Johnny Depp, Helena Bonham Carter, Sacha Baron Cohen, Alan Rickman dan Timothy Spall
GENRE: Musical/Thriller
EDARAN: Warner Bros Pictures
TAYANGAN: 24 Januari 2008

SELEPAS Edward Scissorhands, Corpse Bride dan trilogi Pirates of the Caribbean yang meninggalkan kesan di hati penonton, Johnny Depp kembali dengan satu lagi karektor hebat, Sweeney Todd.

Filem muzikal yang diadaptasi daripada karya Stephen Sondheim ini memaparkan kesengsaraan dan dendam membara seorang tukang gunting rambut apabila dianiaya hakim ternama.

Menerusi garapan gelap Tim Burton ini, kita dapat melihat perubahan drastik seorang suami dan ayah yang naif kepada pembunuh kejam yang membunuh mangsanya menggunakan pisau pencukur. Percikan darah dan tindakan tanpa belas kasihan itu cukup untuk menggambarkan kemarahan dan dendam membara jejaka yang memperkenalkan dirinya sebagai Sweeney Todd.

Menerusi karektor ini, kita dapat melihat kebolehan Depp menyanyi. Hasilnya membanggakan, malah suara aktor ternama ini mampu membuatkan penonton kasihan dengan nasib malangnya meskipun dia sebenarnya pembunuh kejam.

Penceritaan dimulakan dengan dendangan lagu No Place Like London yang mengajak penonton melihat gambaran sebenar kota London yang penuh dengan kekejaman dan ketidakadilan daripada kaca mata Todd.

Penonton seterusnya dibawa mengimbas kembali kisah lama Todd yang pernah membuka kedai gunting rambut di Fleet Street 15 tahun lalu. Ketika itu pemilik nama sebenar Benjamin Barker ini hidup bahagia di samping isteri jelita (Laura Michelle Kelly) dan bayi perempuan yang comel.

Kejelitaan isterinya bagaimanapun menarik perhatian hakim Turpin (Alan Rickman). Untuk mendapatkan wanita itu, hakim berjiwa binatang itu menjatuhi hukuman penjara ke atas Barker. Tukang gunting rambut malang itu dipenjara di Australia tanpa kesalahan.

Barker kembali semula ke London untuk mencari isteri dan anaknya, tapi kali ini dia pulang dengan nama Sweeney Todd. Apabila mengetahui isterinya mati selepas dirogol Turpin manakala anaknya, Johanna menjadi tahanan hakim kejam itu, Todd berazam menuntut bela.

Dengan bantuan Mrs Lovett (Helena Bonham Carter), dia membuka semula kedai gunting rambut di atas kedai pie daging wanita itu. Sejak itu, ramai penduduk London hilang tanpa dapat dikesan dan dalam masa sama kedai pie Mrs Lovett makin maju.


maklumat lanjut boleh ke sini dan sini

~NEVER FORGET NEVER FORGIVE~

Zana - mmg peminat Johnny Depp dr mula dia berlakon drama series hingga la ke layar perak. tak akan ketinggalan menonton filem nie(atleast tgk cd la. hehe). wpun adaptasi nie tlh bbrp kali dipentaskan tapi disbbkan johnny Depp, lagila aku nak tgk filem nie. :D

2 comments:

UmiMia said...

i pun sama suka ngan johnny depp..suka dia masa tengok 21 jump street lagi...dia mmg talented actor..tengok jer dlm pirates of carribean..

MOLY said...

kite dah tengok kak zana ... not bad jugak dia menyanyi ...

citer nih ala ala sounds of music ... menyanyi .. pastu dialog skit2 ..

ape lagi kak .. cepat gi tgk !!
:D