Wednesday, March 31, 2010

Anak2...

tu siapa suruh buat?? amirul la tuh. tapi yg nyusun tu dia sendiri. yg atas sekali baru umi dia tolong.


hobi abang dan adik. nak suruh tgk book kita beli utk dia baca??? 2 minit boleh la.. lebihnya, brosure tah apa2 dia suka belek. gambar byk kaler kot. huhuhu...

Tuesday, March 30, 2010

Nak Kata Apa..........

Bila sesuatu yang diharapkan berada di depan mata tetapi tidak diperolehi, sesungguhnya perasaan saya bercampur baur...

Renungi hadis ini...

(1) "Empat perkara sesiapa yang memilikinya adalah dia munafik yang nyata dan sesiapa yang memiliki satu daripadanya dia memiliki satu sifat munafik,
Apabila bercakap dia berbohong,
Apabila diamanahkan dia khianat.
Apabila berjanji dia mungkiri,
Apabila bergaduh dia melampau".

(2) "Nyawa orang mukmin itu tergantung dengan hutangnya, sehingga hutang itu dibayar".


'no hard feelings. sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan!'

Monday, March 29, 2010

Earth Hour

mmg rumah bergelap.

sebab nak kena tidurkan dua hero yg tak rereti diam disiang hari.
sudahnya, umi dia pun terlajak tido sekali. sesedar kol 11 mlm.
aduhaiii... lari jadual.
malam ahad mmg jadual utk iron baju kerja abah yg telah dibasuh.
dedolu baju ku termasuk sekali. rasa sejam tu mmg penatnyer la hai...

sekarang....
setengah jam sudah siap 5 pasang + seluar panjang.. walah!!!

hari ni... siang mmg takleh menggosok sbb dua hero akan sgt sibuk 'menolong' sama.
tadi plak dah keluar ke subang.
sudahnya... esok2 la den gosok.
mcm tak lengkap plak hujung minggu ku kali nie..

Friday, March 26, 2010

Steak Suka Hati


-kesah seorang isteri yg dari kurun ke berapa nak mkn steak tak dapat2, udahnya belasah buat sendiri... kasihan daku-

daging pakai daging beli kat pasar sahaja.
sos lada hitam ikut resepi kak lat.
mashed potato amik dari tenet. boleh di pertimbangkan rasanya.
coleslaw ikut resepi kak lat gak. hahaha!

terover grill daging. standard la... well done. medium macam uncle mirul masak tu tak tertelan gamaknya..

oh iya... amirul adalah sangat taksub dengan King of Grill Mr Robert Rainford tuh!

asal kol 7.30pm, dia la org yg ingat jadual tv dia tuh. tapi yg tak menahan tu, asik la mende tuh dia pi bakar. aku yg nengok pun rasa nak terkeluar anak tekak. tapi, cara dia marinate daging pun takleh nak ikut sgt pun, banyak mende tak halal plus aku sendiri tak penah dgr bahan2 yg dia gunakan. dalam erti kata lain, kat mesia tak friendly ingredients tu.

hahaha! sah2 la umi hang takkan follow mirul oii!!!

owh.. berbalik kepada steak tu... lembut la jugak sbb pakai meat tenderizer ...walauponnnnn... :p

kalau potong mmg senang. tapi amirul insist nak gigit. udahnya dia amik manis daging, sepah di baginya umi dia suh makan. boley?? manyakk cantik muka umi mu!! hahaha!

kesimpulannya, kos murah je walaupun daging agak kontang (manetaknyer, asikla di bakar, dibakar. sib tak rentung. :p), sedap kat tekak sendiri la kot. kalau nak jamu orang, tak berani lagik. oleh itew...

mu je lah yang buat kak lat.. :p... panggil saya makan len kali.. hehehehe...



Thursday, March 25, 2010

Alhamdulillah

Seronok bila dengar anak kawan semakin baik dari eczema.

anaknya sebaya anak saya yang sulung. sikit2 susu dan makanan ruji pun boleh kata susu. apa yang dia ambil??? hanya beri F1 sahaja . alhamdulillah, nampak perubahan dan yang pasti, takla terkeruk2 gatal cam dulu.

kesian kalau anak kena mcm nie. masa mirul kena gatal2 dulu mmg saya takut sgt dia kena benda ni. tapi alhamdulillah, tukar susu, gatal2 pun reda. tapi tak semua berjaya bukan???

tak salah mencuba, yang bagusnya, dari ramai yang beli untuk anak, semua yang mencuba serasi dan anak kembali sihat. mak pulak, leh makan utk sihat dan bonus, berkurangan berat badan....how about that??? menarik teertarik???

terasa ingin mencuba?? hubungi saya :)

-info berkenaan ekzema-

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

dari wikipedia BM

owh...aris adalah sgt taknak makan sekarang ni. yang tak boleh blah adalah, dia tau kalau susu dia ada penambahan rasa lain dari yang asal. adeh....mirul?? masuk F1 lagi laju dia minum... tehehehe...

Pemandu Wanita

katanya lebih ganas semasa di jalanan berbanding pemandu lelaki...

betul tak betul, tepuk dada tanya selera..

tapi pada saya sendiri, mmg lagi banyak jumpa female driver yang bawak macam haram berbanding lelaki.

apa yang haram tuh??

1. tak reti nak bagi signal kalau nak masuk memane simpang atau susur atau line. dah la tak bagi signal, potong depan macam dia pk keta dia sorang kat jalan tuh. kita dibelakang?? brake mcm nak rak.

2. parking asal boleh sahaja. ala2 mr bean pun ado. asal boleh. tak sedar ganggu jalan orang lain. kalau ada pokpis (forklift dalam bahasa mirul :p) mau aku angkat alih masuk longkang.

3. telefon kat telinga. slow n steady padahal lorong kanan. pastu nak masuk susur or simpang sesuka hati masuk tanpa signal. slow plak tuh. adala dalam 5 driver perempuan saya jumpa dalam tahun nie sahaja! (terukla tu statistik dengan hwife macam saya nie jrg kuar nie kan)

4. apa lagi ek?? lupa dah... kalau ingat saya list down lagik. iskh.. geram2!

pemandu lelaki pun beh kurang jugak... tapi ikutkan diorg nie lagi HARAM. sebab... tunjuk isyarat lucah. mau aku benti kerat jari kang! lagi satu.. kalau yang dah salah tapi taknak ngaku salah, boleh plak nak berlumba ngan kita... wah! mmg nak kena sondol ngan dig (digger/ buldozer dalam bahasa mirul :p)

pames mirul hari ni.. :D

ape kena saya hari ni??? tetiba teringat pemandu wanita kelmarin yg bawak cam hantu tuh!

Wednesday, March 24, 2010

Bila Tekak Gatal....


Choc moist cake. hiasan tak cun sbb saya tau, cantik mana hias, anakku tak makan pun. dia colek coklat atas tu jek.

roti jala...all time favorite

lempeng kelapa + sambal tumis ikan bilis. mabeles!!

tart nenas. inti dia mak ku buatkan raya itu hari. disebabkan abah dia dah beli, tak la aku buat. tapi bila buat, tak sampai seminggu udah licin. mahap la ya kak lat.. len kali leh order kat aku pulak.. :D

Antara yang sempat saya snap gambonya sebelum selamat masuk ke tekak... marah ke kak elyn?? ekekeke! sila jamu mata di pagi hari ya... tehehehe

Pesta Buku

Tingin nak pi. tapi....sape nak babysit kan dua org budak nie... tehehehe!

Tuesday, March 23, 2010

Membaiki Diri

Tak salah rasanya bila membaiki mana yang perlu di baiki walaupun perkara yang dilakukan adalah rutin harian.. malah wajib bagi kita yang beragama Islam...

saya akui, walaupun dilahirkan di dalam keluarga yang agak 'alim' (ada la orang cakap gitu... tapi tang mana alim tu macam silap je perskripsi mereka pada saya tu...tapi mmg sgt2 aminkan apa yg mereka kata.. insya Allah...) itu bukan tiket untuk saya juga sangat2 bagus di dalam ilmu2 agama.

mmg ramai cakap, 'anak ustaz rupanya', hakikatnya, malu jugak nak ngaku anak ustaz sbb arwah mmg ustaz sekolah, tapi anak dia ni idok le baik beno...

agak lewat mengenal solat (bukan lewat, tapi pemalas... yg pelik cam asik dapat pelepasan dari kena marah jek.. notice tak adik2ku??? :p), sekali terkena terus aku hafal dan belajar bersungguh2. dari sape?? bukan abah tau.. sebab malu, tapi dari buku. huhuhu..

mengaji?? ni lagi satu, kalau dah tak rajin, boleh je aku salahkan orang kan?? tapi tulah... Alhamdulillah hati dibukak cepat olehNya, lelagi dengki ngan kengkawan yg bersekolah rendah agama (saya tak gi skolah agama ya.) saya banyak hafal surah dan blajar jawi sendiri. yang bagusnya, saya tak boleh rasa tercabar, sampai yasin pun ada kawan saya masa form 5 hafal, saya pun cuba jugak. dapatla 2 muka. huhuhu...tapi...berbaloikah hanya kerana di cabar??? renung2kanlah...

lagi satu bab pasal jawi. blajar jawi mmg semangat bila jumpa cikgu yang seronok, tapi kan bila satu hari kena gelak dek ustazah depan kawan2 kelas sambil dia baca ayat sambungan saya yg sgt2 dia tak faham, terossssssssssss.... no for jawi!

terukkan???tapi... aku taknak anak aku tak tau pulak. skang nie, tgh cuba ajar mirul kenal huruf jawi. lagipun, rumi tu dia byk blajar depan tv. memane pun ada. tapi jawi... aku rasa sgt sukar... huhuhu...

yg lawaknya, amirul leh sebut, tapi ala2 tak keluar je suara... tapi kalau menjerit, satu blok leh dengar. cey...

dan sekarang, sesejak tak bekerja, rajin tengok tv, dalam banyak siri keislaman kat astro oasis tu, ada dua yang kalau takde aral, takmo aku lepaskan...ulangan pun jadikla... janji ilmu..

1. Panggilan Agung
2. Bicara Kifayah

Panggilan Agung membicarakan solat dari pandangan mazhab syafie dan perbandingan dengan mazhab lain.
Bila tengok rancangan nie, terus ingat yang kekadang solat yg didirikan hari2 pun ada kekuranganya...
Bicara Kifayah pula ceritakan berkenaan fardhu kifayah yang membawa maksud “perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila telah dilakukan maka hilanglah tuntutan kewajiban itu terhadap orang lain. Tetapi apabila tidak ada seseorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa, seperti mendirikan tempat beribadat, rumah sakit, menyembahyangkan mayat dan sebagainya(A. Hanafi M.A., Ibid).

susah nak jumpa satu2 rancangan yang boleh tunjuk details cenggini kalau tak ke kelas agama. tapi, orang macam saya ni, kalau dulu keja co besar, leh la tumpang blajar kelas agama, skng nie, harap tv sahaja lah selain internet.

yang penting, kita berusaha membaiki diri, jangan sangka bila kita pandai sesuatu adalah betul dan sentiasa benar sepanjang waktu. kehidupan adalah satu proses pembelajaran yang tiada berperhentian....

renung2kan lah...

Penangan Kartun

berdekah2 amirul gelak. tapi yang bestnya, saya pun ketawa berdekah2 sekali.

susah benar nak tgk kartun yg boleh ketawa gitu skang nie. tapi, kartun bebaya mirul mmg syiok tengok.

kartun apa tu??? shaun the sheep! penah tengok??

tapi mmg lawak abis...

skang kat disney channel jam 12.30tghri. dulu ada kol 4.30ptg.

tapi la nie dah tukar jadual pulak...

yang lawaknya, anak yg tengok, mak dia ni pulak kena alert jadual kartun mana dia suka. haiya!

akibatnya, ngan mak dia sangkut depan tv. ekekeke!

Wednesday, March 10, 2010

Update

Saya merangkap pemilik blog
-sgt tidak rajin nak buka pc. nie pun sbb nak buat transaction payment baru la buka. :d

-gile nengok tv. tetiba rancangan malam menjadi menarik. siang?? jgn harap la kalau amirul dah hadap. mmg milik dia selamanya. sib bek kalau bukak tvIQ dia suka. :p

-novel??amik 4 biji dr umah mak. baca? satu pun lom lepas. :D

-kerja?? in between masih berjalan wpun tak sehebat dulu. kenapa ek?? ramai dah sihat+kurus kot. call or msg tak berbalas. atleast say something pls...cukup tak suka kalau saya bertanya tak berjawab. jimat kredit kot. but still, i need progress. coz wut iam doing is base on result.

-masak?? biasa2 je..tak hadap sgt nak masak sbb selera abah ngan anak sgtlah teruk. sama macam cuaca skang nie. mmg sgt2 challenging nak tackle perut lelaki nie eh?? :)

-coti2 malaysia?? erm....next!

-anak??

Amirul hyper skang nie. apa dia kata kena turut. kesian dia. dah byk gak kesan cubit kat badan dek ketidaksabaran mak dia nie. rasanya anak yang menjerit ala2 kena pukul kat depan rumah sbb mak dia tak kasi main air hanya saya seorang kat sini. huhuhuhu! oh iya.. pokok daun pandan ngan kari dalam pasu pun hampir godol penangan dua beradik nie. haiyaaa!!

Aris adalah sangat dramaKing ya kengkawan..sepah menan kali pertama saya tegur bebaik suh kemas, leh ckp 'no' sambil sesengih. kali kedua pun sama, sambil ajak dia tolong abang dia kemas, still cam statue degilnya. kali ke tiga bila sora ku naik sikit tonenya.. siap buang puting sambil sesedu tak nampak hingus sambil mata tgk kita nak tak nak muka seposen bagai. mmg lawak tapi marah punya pasal, kena wat serius jugak. heh! masal ko dik oiii! tapi dia mmg rajin nyepah menan tapi malas kemas.

lelain...cemane nak buang diapers dia nie ek?? cuba tak pakai, dia amik suh pakaikan. adeh...

Candid



buble....abah kome takde masa nie. gi OS.

lama dah gambo nie.. masa bday aris. huduhnya la hai dik...:D

Taken by Mak Teh.

nak tunggu umi dia amik??? sah2 kulu kilir ngan camera. tapi duk la setia dlm handbag.

bagus kan?? :D

Kurus tu....

baru lepas tgk finaleThe Biggest Loser-Asia

kurus gile 'king' David tuhh!! mmg dia berhak dapat di atas segala usaha dia selama nie..

tapi kan... pasan tak... meka2 yg berbadan besar masuk dlm rancangan nie bukan orang sebarangan...

ramai yang berada kan?? (selain Carlo lah rasanya!-final 4)

Morale - biar sihat kerana makan, jangan sakit kerana makan.